13

8.6K 454 17
                                    

LUTH yang sedang memapah Mattheo selepas lelaki itu tiba di perkarangan rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta serta wajahnya terlihat ada sisa baki muntah yang melekat di tepi bibir merah delima miliknya. Baru sahaja hendak dibantu menaiki tangga, lelaki itu terlebih dahulu menghalang.

"Eloise─" serunya secara tiba-tiba membuatkan langkah Luth mati, wajah majikannya dipandang lama. Tubuhnya benar-benar di bawah pengaruh alkohol.

"Kenapa dengan Eloise tuan?" Kepalanya digaru perlahan. Kenapa pula tiba-tiba lelaki itu menyeru gadis yang pasti sedang tertidur di dalam ruangannya? Lelaki itu hendak mendera gadis itu ke? Mampu kah dia dalam keadaan kesedarannya sudah dikawal oleh alkohol.

"A-aku nak jumpa sundal tu. Bawa aku pergi pada Eloise." Arahnya, tangannya ditunjukkan ke arah bawah. Sempat dada bidang Luth ditolak agar tidak terlalu merapati dirinya memandang seluruh tubuhnya terasa memanas.

"T-tapi─"

"Bawa aku jumpa Eloise! Aku nak jumpa perempuan sundal tu!" Pekikan suara garau milik sepasang mata kelabu itu memenuhi isi ruangan rumah agam itu sehinggakan membuatkan rata-rata pengawal yang sedang menjaga sempat memandang ke arah mereka sebelum fokus mereka dibuang kembali arah kerja.

Luth akur, tubuh Mattheo yang lebih kekar darinya dibantu menuruni tangga semula lalu kaki diatur menuju ruangan yang menempatkan Orked.

Sesampai sahaja di hadapan pintu, Mattheo segera merampas kunci yang dipegang oleh Luth.

"Aku boleh uruskan dari sini. Pergi sambung kerja kau semula." Tegas Mattheo bersuara, meskipun dirinya sedang mabuk teruk namun aura yang dimilikinya masih sama seperti dirinya ketika sedar. Luth pantas menunduk hormat sebelum meninggalkan tuannya sendiri.

Mattheo berusaha membuka kunci gembok mengunakan gugusan kunci yang dipegang. Disebabkan pandangan matanya berpinar jadi dia sedikit susah untuk melepaskan kunci tersebut dari tempatnya. Setelah berulang kali mencuba, dia akhirnya berjaya.

KLACK!

Pintu dibuka, dengan langkah terhuyung-hayang Mattheo memasuki ruangan tersebut. Terlihat gadis itu sedang tertidur pulas sambil beralaskan selimut tebal yang terlihat usang. Mattheo menyeringai sinis, hatinya jadi sakit melihat bagaimana selesanya gadis itu melelapkan mata sedang dirinya di sini, menderita kerana Orked.

"Kau─" pandangan matanya yang berpinar membuatkan tubuh genit Orked yang sedang berkelubung di dalam selimut seakan berganda-ganda jumlahnya. Mattheo menggeleng perlahan sehingga gandaan itu berubah menjadi satu objek.

Melihat Orked masih tidak sedar, Mattheo pantas menyepak kaki gadis itu kuat sehingga Orked tersentak dari lenanya. Pantas gadis itu bangkit dan berengsot sehingga tubuhnya merapati dinding. Wajahnya menekur memandang lantai.

Mattheo tertawa perlahan.

"Kau takut k-ke?" Sempat sedu kecil terlepas dari bibirnya. Orked yang terlihat ketakutan dipandang lama sebelum tubuh gadis itu yang bertutup dengan selimut menjadi tatapan matanya.

Bau arak yang kuat datang dari Mattheo membuatkan Orked sedikit menahan hidungnya dari menghidu bau busuk tersebut. Hampir membuat tekaknya loya. Dalam keadaan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol membuatkan Orked jauh lebih takut. Dia takut sekiranya Mattheo memukulnya lebih teruk dari sebelum ini.

"AKU TANYA, JAWABLAH." Jerkahan secara mendadak membuatkan bahu Orked terhinjut ke belakang. Kepalanya pantas dijatuhkan berulang kali.

"S-saya takut encik." Perlahan sahaja nadanya membalas. Pandangan tajam sepasang anak mata berwarna kelabu itu takut untuk dipandang memandangkan aura yang dimiliki benar-benar mengerunkan sekeping hati milik Orked.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now