12

7.3K 363 9
                                    

INTERKOM yang berbunyi segera dijawab, wajahnya kelihatan tegang memandangkan dia sedang fokus melakukan kerjanya. Sempat wajah setiausaha yang terlihat dari kaca lutsinar biliknya dipandang tajam sehingga gadis itu sedikit gelisah memandangkan Mattheo memiliki sikap tidak suka diganggu ketika sedang bekerja.

"What Sara?" Dingin dan tegas.

"Sorry to bother you tuan muda tapi tuan Xavier datang." Suara Sara kelihatan takut-takut untuk memberitahu memandangkan lelaki itu terkenal dengan sikap panas barannya.

"Suruh dia masuk."

Butang memutuskan sambungan ditekan sebelum fokusnya kembali dibuang pada skrin komputernya. Kedengaran daun pintu dibuka namun kepalanya tidak diangkat memandangkan dia sudah kenal dengan susuk tubuh yang masuk itu.

"Aku datang bukan nak sambut tapi sibuk je mengadap kerja." Tulang punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan lelaki berwajah dingin tersebut, sempat ruangan bilik pejabat Mattheo diperhatikan. Dari dahulu sehingga sekarang tiada yang berubah. Aura menakutkan Mattheo masih memenuhi ruangan tersebut, baru Xavier faham mengapa pekerja lelaki itu sentiasa takut hendak menjejakkan kaki ke dalam pejabat tersebut.

"Banyak tender masuk. Kau kenapa datang? Kerja tiada ke?" Nadanya kedengaran tenang tetapi dipenuhi dengan sindiran. Xavier berdehem kecil, kedudukan punggungnya dibetulkan.

"Kerja tu ada Theo tapi aku bosan hadap kerja. Nak fun tapi awek aku sibuk. Sibuk dengan butik dia je. Katanya ada event tak lama lagi." Luahnya bersama rasa kesal. Kesal kerana sudah beberapa hari ditinggalkan oleh kekasih hati atas urusan kerja.

"Awek mana satu?"

Soalan Mattheo membuatkan Xavier berdecit kesal.

"Awek aku seorang je. Dahlia lah!" Balasnya geram. Mattheo menghentikan ketikan di atas papan kekunci sebelum senyuman sinis terlakar di wajah tampannya.

"Yakin seorang je?" Perli Mattheo sebelum tangannya menyambung kembali menari di atas papan kekunci. Xavier meneguk kesat air liur, kata-kata Mattheo sedikit sebanyak membuatkan dia tersentak.

"Dulu je aku playboy, sekarang aku dah setia." Bidasnya yakin, wajah Mattheo ditatap dalam. Namun Mattheo sekadar menayangkan wajah menyindir.

"Kenapa datang ke sini? Perlu ke aku ulang soalan yang sama." Xavier mencarik senyuman penuh makna.

"Aku ingat nak ajak pergi club baru buka tu. Jom nak Theo?" Ujarnya tujuan sebenar dia datang ke pejabat lelaki itu, sudah hampir seminggu tidak menjejakkan kaki ke klub membuatkan dia rindu dengan suasana klub malam. Rindu hendak mengoda gadis-gadis di klub malam, rindu hendak meneguk air arak kegemarannya. Yang penting Xavier rindukan semua perkara yang ada di klub malam.

"Sibuk." Tolak Mattheo selamba. Wajah Xavier yang awalnya gembira berubah muram.

"Kita dah lama tak luang waktu sama-sama, tackle perempuan klub sama-sama. Jom lah Theo. Kau pun dah lama tak jejakkan kaki ke klub sejak fokus kerja ni. Kau tak rindukan suasana klub malam? Dapat try macam-macam jenis perempuan. Kau tak rindu ke belaian seorang perempuan?" Xavier masih berkeras hendak mengajak Mattheo ke klub. Sudah lama Mattheo tidak menjejakkan kaki ke tempat sebegitu sejak lelaki itu memiliki perusahaan sendiri.

"Perempuan semua dekat sana murah. Aku nak yang dara," balasnya sekadar beralasan memandangkan dia tidak terasa hendak ke klub pada hari itu. Moodnya untuk berseronok seakan sudah hilang sejak usianya semakin meningkat.

"Aku boleh carikan yang dara untuk kau, asalkan kau nak je ikut." Balas Xavier semangat. Senyuman lebar sudah tercarik di wajahnya.

"Aku malas Xavier."

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now