39

9.9K 560 60
                                    

WAJAH tampan milik Uzzair mendadak berubah pucat saat muncul figura yang sedang ingin dia elak sejak kejadian itu berlaku, terasa tangannya bergetar sendiri saat sepasang anak mata berwarna kelabu itu menatapnya dingin. Mattheo berdehem kecil sebelum kakinya diatur menuju ke kerusi empuk di hadapan Uzzair.

"Long time no see, Uzzair." Suaranya terdengar tenang namun mampu membuatkan bulu roma Uzzair berdiri dengan sendiri. Rasa ngeri mengulit sekeping hatinya.

Uzzair menayangkan senyuman janggal, wajah cemas cuba ditutup sebaik mungkin.

"Bro," segera tulang punggung diangkat lalu kaki diatur menghampiri Mattheo sebelum bahu sasa itu ditepuk perlahan.

"Aku fikir kau masih di rumah, iyalah tentang kes haritu. Paparazzi pasti masih tercari-cari kau lagi." Uzzair membuka bicara, nada suaranya dikawal setenang mungkin. Dia tidak mahu Mattheo perasan dengan tingkahnya yang sudah berbeza.

Mattheo menyeringai sebelum tertawa sinis.

"Kau kenal aku Uzzair, aku takkan mudah biarkan orang burukkan nama aku." Saat ucapan itu memasuki halwa telinganya, jantungnya berkerja lebih rancak dari sebelumnya.

"Betul tu Theo, kalau aku jadi kau pun, tak mungkin aku senang-senang lepaskan orang lepas apa yang berlaku sampai terpaksa berkahwin." Hujung ayatnya terdengar perlahan kerana dia yakin isu itu pasti tidak disukai oleh Mattheo untuk disebutkan tika ini.

Seperti sangkaannya, wajah tampan itu serta-merta berubah tegang.

"They messed with the wrong person." Mattheo mengetap gigi geram sehingga ternampak jelas rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Riak wajah yang sudah sedia menakutkan bertambah seram di mata Uzzair. Seketika jantungnya semakin laju berkerja membuatkan peluh terasa keluar dari liang kulitnya.

Uzzair berdehem kecil.

"Kenapa kau datang sini bro? Ada apa-apa aku boleh tolong kau tentang kes tu ke?" Soalnya meskipun dia sebenarnya tidak rela hendak menyebut mengenai perkara itu. Dia lebih rela jika hal tersebut dibiarkan begitu tanpa diketahui siapa dalangnya. Namun dia kenal Mattheo, lelaki itu tidak akan melepaskan perkara itu semudah itu sahaja.

Wujud rasa menyesal kerana membantu Helena. Dan sekarang dia terpaksa menanggung padahnya sekali.

"Aku datang nak suruh kau bagi aku rakaman cctv masa hari kejadian." Air liur bagai tersekat di kerongkong saat kata-kata itu keluar dari bibir Mattheo. Wajahnya cemasnya tidak lagi mampu dikawal.

"C-cctv kau cakap?"

Mattheo merenung lama segenap wajah tampan yang terlihat pucat itu sebelum menarik senyum sinis.

"Kenapa kau panik? Kau ada apa-apa yang kau sembunyikan dari aku Uzzair? You know that I don't like secrets." Soalnya tenang namun membuatkan Uzzair semakin dihambat rasa takut. Laju kepalanya menggeleng. Tawa hambar dilepaskan.

"Mana ada, tak mungkin aku nak betray kau Theo. Kau dengan aku, kita dah lama kawan. Kita sama-sama menolong satu sama lain dari kita buka company lagi. Tak mungkin aku nak buat sesuatu yang burukkan nama kau." Laju saja dia membalas. Mattheo merenung lama Uzzair sebelum dia menepuk bahu Uzzair perlahan.

"Relax, aku cuma tanya. But you know," jarak wajah antara mereka semakin dirapatkan, anak mata berwarna coklat pekat tersebut terlihat gelisah dipandang lama.

"I don't compromise a betrayar." Ungkapnya dengan penuh makna. Tawa perlahan dilepaskan, sekali lagi bahu sasa Uzzair ditepuk.

"But don't worry, I believe in you. So, boleh tak kau bagi rakaman cctv pada aku?" Uzzair lama berdiam sebelum mengangguk. Air liur berpasir diteguk perlahan, wajah tampan di sisinya dipandang sekilas sebelum kakinya diatur menuju ke interkom lalu diarahkan setiausaha untuk masuk.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now