75

9.8K 900 128
                                    

HELENA terburu-buru mengambil beg tangan bersama luggagenya, di sebelah tangannya lagi terdapat passport bersama tiket penerbangannya ke England. Selepas mendapat khabar dari mata-mata yang diupahnya untuk mengawasi pembunuh upahan yang dibayarnya untuk merosakkan brek kereta milik Mattheo bahawa lelaki berdarah Cina itu sudah hilang tanpa dikesan membuatkan Helena tidak senang duduk.

Dia dapat merasakan rancangannya sudah diketahui Mattheo. Tanpa menunggu panjang, tiket berangkat ke England ditempah. Langsung tidak dikhabarkan pemergiannya ini kepada kedua orang tuanya. Dia tidak mahu Dato Halim atau Datin Hadara membocorkan keberadaannya kepada Mattheo.

Dia kenal dengan lelaki itu, pelbagai cara pasti akan digunakan untuk mencarinya jika mengetahui dalang di sebalik kemalangan yang berlaku adalah berpunca darinya.

Sejujurnya dia memang menyasarkan Mattheo memandangkan hatinya sakit mengenangkan tindakan Mattheo yang bukan sahaja menolaknya mentah-mentah. Di tambah lagi dengan lelaki itu yang membuatkan segala rahsianya yang disimpan kemas terbongkar begitu sahaja. Dek kerana hal itu, Dato Halim dan Datin Hadara kecewa dengannya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga berani menunjukkan simpati pada keluarganya? Dia bermatian-matian fikir bahawa pelabur-pelabur yang melabur di syarikat ayahnya merupakan hasil kerja kerasnya namun dia silap! Semuanya datang dari hasil simpati lelaki berdarah Rusia itu? Hatinya sakit memikirkan bahawa dia hidup berbelaskan ihsan lelaki yang sudah memalukan dirinya di hadapan ayahnya!

Kerana itu, dia putuskan untuk melakukan perkara tersebut. Dia ingin melihat lelaki hebat seperti Mattheo jatuh tersungkur. Dia ingin menyaksikan kejatuhan seorang Mattheo Knight. Tapi, semuanya gagal! Malah yang termasuk perangkapnya adalah isteri kepada Mattheo.

Walaupun sedikit kecewa kerana rancangan asalnya gagal tetapi sedikit sebanyak hatinya seronok memikirkan wanita yang merampas tempat yang sepatutnya menjadi miliknya kemalangan. Malah, yang membuatkannya bertambah seronok, saat mata-mata yang diupahnya mengatakan bahawa wanita itu terlantar koma di atas katil.

Puas? Iya, Helena puas.

Lagi puas hatinya, saat mengetahui bahawa kejadian tersebut memberikan dampak besar kepada Mattheo. Kehidupan lelaki itu yang tampak tenang berubah menjadi huru-hara selepas wanita itu kemalangan. Sakit juga hatinya melihat ada wanita yang berjaya membuat Mattheo menjadi sebegitu namun perasaan senang lagi menakluki hatinya.

Puas, dia sangat puas.

"Helena... eh nak kemana kamu? Tiada cakap apa-apa pada kami?" Suara Dato Halim menegur anaknya yang sedang bersusah-payah menarik luggage menuruni anak tangga. Dahinya sudah berkerut seribu. Tiada angin, tiada ribut, anak perempuannya menarik beg. Sudahlah waktu sudah malam.

"Itulah, untung kami masih di bawah ni. Kalau tak, tak tahu pun Lena nak pergi." Datin Hadara menyokong bicara suaminya. Kaki sudah diatur mendekati anak daranya yang sudah sampai di akhir anak tangga.

Helena mengaru kening. Bibir diketap kuat.

Rancangannya hendak pergi secara senyap berakhir gagal jua.

"Lena..."

"Selagi Lena tak bagi mommy dengan daddy alasan, mommy tak izinkan anak dara mommy keluar dari rumah ni. Takkan kerana hal hari itu, Lena nak menjauh dari kami. Kan daddy dah cakap, selagi Lena tak ulang kesilapan sama dan berjanji takkan ganggu Theo lagi... kita lupakan perkara yang lama." Panjang lebar Datin Hadara bicara. Tiket di tangan anak perempuannya dirampas sebelum sempat Helena menahannya.

Tiket dibaca, membulat besar anak mata wanita separuh baya yang masih terlihat elegan itu.

"England? Tengah-tengah malam ni you nak gerak ke England? Kenapa mommy dan daddy langsung tak tahu ni." Suara Datin Hadara sedikit meningkat, Dato Halim merapati sang isteri dan anak. Wajah Helena yang tampak ragu-ragu dipandang, anak mata tuanya jelas meminta penjelasan dari Helena.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now