67

9.6K 717 137
                                    

MIKAYLA yang sedang memerhatikan Reyhan yang sedang tertidur pulas segera memusingkan kepalanya saat suara Puan Fatimah terdengar menyeru sebaris namanya.

"Kayla, azan asar dah berkumandang di surau tu. Marilah kita solat bersama-sama, solat di awal waktu ni merupakan sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah pernah ditanya, amalan apakah yang paling utama, baginda menjawab solatlah pada awal waktu. (Hadis Riwayat Tirmidzi)" Sempat diselitkan hadis di dalam kata-katanya, Mikayla diam terkedu.

Bibirnya jadi kaku hendak membalas.

"Kayla,"

Hatinya malu. Dirinya malu. Bagaimana dia hendak jujur pada wanita separuh baya itu mengenai dirinya yang tidak pernah solat? Bahawa selama 25 tahun hidupnya, dia hidup dalam kekufuran.

Puan Fatimah yang seakan mengerti reaksi gadis muda itu segera menapak dengan berhati-hati menggunakan tongkat ke arah Mikayla. Telapak tangan Mikayla diambil dan diggengam perlahan.

"Kayla ikut Mak Timah, Mak Timah akan ajarkan pada Kayla cara untuk solat."

"Tapi Kayla malu pada Mak Timah, pada Raid, pada Reyhan. Kayla tak sempurna sebagai seorang muslim, Kayla hina."

"Siapa Kayla untuk menghukum diri sendiri? Hanya Allah SWT sahaja yang layak menghukum dan mengadili Kayla. Kayla tahu tak sekarang ini Kayla sedang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berubah? Kayla sedang dipanggil oleh sang Pencipta yang sedang merindukan Kayla. Kalau Kayla tak ambil peluang yang sedang Allah berikan sekarang ini, bila lagi Kayla akan dapat peluang seperti ini?" Lembut sahaja intonasi Puan Fatimah membalas bicara Mikayla. Sikap Puan Fatimah tika ini tidak ubah jauh dari kakak iparnya. Ucapan mereka sama-sama ikhlas, langsung tidak terselit sebarang hinaan bagi orang sepertinya.

Kekura tangan Mikayla digosok lembut.

"Kayla tahu kenapa setiap perbuatan kita harus dimulaikan dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim?" Soal Puan Fatimah, bibirnya mengukir senyuman lembut. Pandangan redup itu diberikan kepada Mikayla.

Mikayla menggeleng perlahan, segan. Dia langsung tidak tahu-menahu mengapa setiap perbuatan digalakkan membaca kalimah tersebut terlebih dahulu.

"Kalimah bismillahirrahmanirrahim membawa maksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kalimah ini adalah untuk mengingatkan setiap hamba-Nya bahawa Allah SWT iaitu Tuhan kita adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kerana itulah, kita digalakkan untuk sentiasa mengucapkan kalimah bismillahirrahmanirrahim dalam apa jua tindakan kita supaya kita tak terlupa akan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Kayla tahu tak, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan, Allah SWT akan sentiasa memaafkan dengan syarat hamba-Nya memohon taubat dan kembali kepada-Nya semula. Jadi, Kayla jangan segan untuk perlahan-lahan belajar tentang agama walaupun Kayla harus belajar dari awal." Ucapan Puan Fatimah bagai menjentik jiwa Mikayla. Satu rasa keinsafan bagi timbul di hatinya.

Dia benar-benar kagum dan terpaku saat mendengar ucapan Puan Fatimah sebentar tadi. Begitu besar kasih sayang Tuhan kepadanya selama ini tetapi dia terlalu buta untuk sedar. Dia biarkan jentikan keinsafan yang diberikan kepada Allah SWT kepadanya sebelum ini dengan alasan bahawa dia manusia yang hina, manusia yang tidak layak untuk menerima ajakan sang Pencipta.

Sedangkan dia hanya ragu-ragu, dia tidak yakin dengan dirinya sendiri, dia masih terleka dengan dunia, masih hanyut dalam keindahan alam yang fana.

Mikayla merasakan berdosa. Berdosa kerana mengabaikan semua seruan Yang Maha Esa kepadanya sebelum ini.

Ucapan kakak iparnya kembali berlegar-legar di dalam fikirannya tika ini.

"Kalau Kayla nak berubah, Kayla boleh berubah perlahan-lahan. Dalam surah Ar-Ra'd ayat 11, Allah SWT ada menyebut bahawasanya sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Jadi, jangan rasa malu untuk kembali pada Allah."

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now