17

8K 424 14
                                    

MIKAYLA merapati abangnya yang sedang membaca buku dari penulis bernama Napolean Hill memandangkan lelaki itu tidak suka membazirkan waktunya dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Mikayla mencarik senyuman kecil tatkala wajah Mattheo terlihat fokus membaca isi buku tersebut. Tangannya naik dan memegang bahu Mattheo membuatkan fokus lelaki itu terjeda.

Sempat senyuman kecil dihadiahkan buat adik perempuannya.

Mikayla segera mengambil tempat bersebelahan sang abang sebelum dia berdehem kecil bagi menarik minat lelaki itu.

"Abang okey?" Mattheo berkerut kecil, pandangan pelik diberikan kepada adik perempuannya.

"Kenapa Kayla tanya abang macam itu? Abang okey je. Tengok ni abang baca buku? Baca buku petanda tak okey ke." Kepala digeleng perlahan bersama tawa kecil. Sekali-sekala matanya dikerling ke arah buku yang dipegangnya.

Mikayla mengeluh.

"Bukan itu maksud Kayla abang. Maksud Kayla, Mikha dah pergi dah nak masuk sebulan dah abang. Abang dah redha dengan kepergian Mikha kan? Itu yang I maksudkan dengan okey." Terhenti perbuatan Mattheo sebelum wajah serius Mikayla dipandang.

"Kayla tahu bukan mudah nak lupakan Mikha kan? He's our brother. Little brother. Takkan semudah itu kita nak lupakan dia dari hidup kita satu keluarga?" Suara Mattheo berubah sedikit keras. Riak wajahnya berubah tegang.

"Redha tak bermaksud kita lupa dan nak buang arwah Mikha dari hidup kita. Kayla tak sanggup tengok keluarga kita pecah belah macam ini. Mama murung, papa dengan abang sibukkan diri dengan kerja. I rasa sedih tengok keadaan keluarga kita." Suara Mikayla berubah sebak. Diluahkan segala perkara yang dipendam beberapa minggu ini sendiri.

Mattheo pantas menarik adik perempuannya ke dalam pelukan.

"Abang faham keluarga kita dah kucar-kacir sekarang ni tapi abang janji pada Kayla, semuanya akan jadi macam dulu lagi." Rambut lurus adiknya dibelai perlahan.

"Abang Theo tak betul-betul maksudkan dengan apa yang abang katakan pada I dengan mama dan papa hari itu kan?" Wajah abangnya direnung dalam namun Mattheo sekadar mengukir senyuman.

"Soon Kayla akan tahu. Abang masuk bilik dulu, abang nak rest." Pelukan dilepaskan lalu kaki diatur pergi selepas sahaja tulang punggung diangkat. Mikayla terdiam melihat balasan abangnya.

Sejujurnya dia berharap lelaki itu tidak benar-benar mengotakan janjinya yang dahulu walaupun dia kenal sifat Mattheo yang sangat berpegang teguh pada janji. Setiap apa yang dikatakan akan dikotakan. Cepat atau lambat sahaja.

Hatinya dipalu rasa tidak enak.

ROTI putih bersama segelas air kosong diberikan kepadanya sebagai sarapan pagi. Sudah tiga hari berlalu sejak kejadian buruk itu dan sejak itu bayangan lelaki itu tidak lagi muncul di hadapan Orked. Namun selama tiga hari ini, Orked tidak henti diberikan makan. Setiap kali pagi, dia akan diberikan sarapan roti putih bersama segelas air kosong. Tengahari pula, nasi bersama kuah serta air kosong. Manakala petang, dia akan diberikan roti putih bersama air kosong juga.

Meskipun dia rasa bersyukur kerana diberikan makan tetapi dia dipalu rasa ragu. Kenapa mereka memberinya makan sedangkan dia langsung tidak mempunyai duit untuk membayar mereka semula.

"Kau termenung apa lagi tu? Makanlah!" Jerkahan Luth membuatkan Orked tersedar dari lamunannya yang panjang. Pantas roti digapai lalu digigit sedikit. Orked takut hendak memandang ke arah lelaki yang baru sahaja menjerkahnya tadi.

"Malam ni sebelum pukul 8 malam, kau kena mandi. Faham tak?" Orked terhenti perbuatan mengigit roti yang dipegangnya. Dia tidak mengerti kenapa lelaki itu mengarahnya sebegitu namun hendak bertanya lebih, dia takut. Akhirnya dia hanya mampu mengangguk akur.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now