62

11K 695 63
                                    

MATTHEO meraup wajah serta rambutnya kasar, bibir merah delima itu sejak tadi terdengar menghembus nafas berat. Sepasang anak mata kelabu itu tidak berkalih dari merenung Orked yang sedari tadi tidak berhenti memandang ke arah tingkap yang menampakkan pemandangan di luar hospital.

Kakinya tidak berhenti menghentak lantai namun tidak pula bunyinya kedengaran kuat. Makanan yang disediakan hospital sejak tengahari tadi masih tidak bersentuh oleh Orked. Sudah puas dia memujuk Orked untuk makan tetapi hasilnya wanita itu akan menyuruhnya untuk jauh.

Jangan kata dekat, sentuh pun wanita itu tidak izinkan. Sejak semalam sikap Orked sudah berubah terhadapnya, tiada lagi diri wanita itu yang dahulu. Pandangan anak mata milik Orked terlihat kosong. Saat dia cuba menyelam ke dalam anak mata itu, dia merasakan perasaan sebu di dalam hati.

Mattheo mendengus kasar.

Lama dia berperang dengan fikirannya sendiri sebelum diputuskan untuk memujuk Orked untuk kesekian kali.

"Eloise..." serunya, kakinya perlahan-lahan menapak mendekati wanita yang masih berada di dunianya sendiri.

"Eloise." Lengan wanita itu disentuh, saat liang kulit mereka bersatu, serta-merta tangan itu menepis pegangannya. Wajah Orked terlihat basah dengan cecair hangat miliknya. Rupanya wanita itu menangis secara senyap sedari tadi.

"Jangan sentuh saya! Saya taknak encik sentuh saya!" Suara lembut itu terdengar keras. Tubuhnya perlahan-lahan mengengsot menjauhi Mattheo.

Hatinya yang dipalu rasa marah cuba disabarkan.

"Fine tapi aku nak kau makan. Nak tunggu nasi ni busuk ke baru nak makan?" Ucapan Mattheo mengundang tawa perlahan namun terdengar sinis dari Orked. Wajah tampan itu dipandang lama sebelum bibir merah jambu pucat yang terlihat merekah itu bersuara.

"Bukan encik lagi suka ke kalau saya makan nasi busuk? Setakat busuk, apalah sangat. Saya pernah makan lagi teruk dari tu. Nasi basi, encik lupa?" Balas Orked mendatar namun terdengar pedas di telinga Mattheo. Halkumnya terlihat bergerak menelan air liur. Wajah jelita itu dipandang tajam.

Lengan Orked segera dicengkam.

Orked memberontak. Dia tidak mahu disentuh Mattheo lagi. Namun, kekuatan Mattheo jauh lebih besar darinya. Hasilnya dia gagal melepaskan pegangan Mattheo di lengannya.

"Sejak bila kau pandai menjawab cakap aku ni? Dah pandai nak tunjuk perangai kau yang sebenarnya? Dah tak tahan lagi nak berpura-pura baik depan aku?" Suara garau itu terdengar keras. Panas hatinya saat Orked tidak lagi berperangai seperti dahulu. Selalunya Orked akan dengar dan akur sahaja pada arahannya. Tidak pernah sekalipun wanita itu berani membalas ucapannya seperti sekarang.

"Lepaskan tangan saya! Jangan sentuh saya!" Lengannya cuba direntap dari pegangan Mattheo. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit cengkaman lelaki itu di lengannya. Dia sudah agak, lelaki itu cuma melayannya baik untuk sebentar sahaja. Sekarang belang lelaki itu sudah muncul semula.

"Apa hak kau nak halang aku sentuh kau? Kau isteri aku, semua yang ada dekat tubuh kau ni belongs to me! I have the right to touch you whenever I want. Don't you forget about that, Eloise!" Suara garau itu melengking tajam. Cengkaman di tangan Orked semakin dikuatkan sehingga terlihat kesan merah yang muncul di sekitar cengkamannya.

"SAYA TAKNAK ENCIK SENTUH SAYA! SAYA ADA HAK UNTUK HALANG ENCIK SENTUH SAYA. SAYA BUKAN MAINAN YANG ENCIK SUKA-SUKA PEGANG BILA ENCIK NAK, SAKITKAN SAYA BILA ENCIK MARAH!" Suara lembut itu turut melengking tinggi. Mattheo mengetap gigi kuat, rahangnya terlihat bergerak-gerak menahan amukan yang semakin bermaharajalela di hatinya tika ini.

"AKU SUAMI KAU, KAU KENA DENGAR CAKAP AKU!"

"LEPASKAN SAYA!" Tubuh sasa Mattheo ditolak kuat sehingga cengkaman lelaki itu terlepas dari lengannya sebelum Orked memeluk kedua lutut kakinya, wajahnya disebamkan di celahan kedua lutut tersebut. Tangannya menutup kedua telinga, bahunya terlihat terhinjut seakan sedang menangis.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now