50

8.9K 561 41
                                    

MATTHEO memasuki ruangan bilik baru yang menempatkan Orked. Terlihat wanita itu sedang tertidur di atas katil bersaiz queen tersebut. Daun pintu ditutup perlahan sebelum kakinya menapak mendekati Orked. Lama sepasang anak matanya merenung tubuh kecil yang masih lena tersebut.

Sudah puas menilik wajah jelita Orked. Mattheo pantas menggunakan hujung kakinya untuk mencuit tubuh Orked.

"Bangun." Suara garau itu bersuara mengejutkan Orked. Namun tubuh wanita itu masih kaku. Tiada tanda-tanda wanita itu tersedar.

Rengusan dilepaskan.

"Nur Orked Eloise, kau bangun sekarang." Sekali seruan, Orked pantas bangkit. Wajahnya jelas terlihat terkejut dan cemas. Suara garau itu benar-benar menakutkan di halwa telinganya.

"E-encik..." takut-takut wajah Mattheo dipandang.

"Tahu pun bangun. Ingatkan mati tadi. Baru tidur  tilam macam ini, kau dah mula lupa diri." Suara garau itu melengking kuat memenuhi ruangan bilik tersebut. Orked menggeleng. Jari-jemarinya terlihat menggengam kuat comforter tebal yang membalut tubuhnya.

"T-tak encik. S-saya tak lupa diri." Tergagap-gagap nada suara Orked menjawab. Rasa takut kembali mencengkam hatinya. Sisi menakutkan Mattheo kembali terlihat.

"Datang ke sini." Tangannya dilayangkan ke udara memanggil Orked mendekatinya. Orked akur, tubuh diturunkan dari katil bersaiz queen itu serta-merta lalu menapak menuju Mattheo.

Tangannya naik dan bergerak mengelus pipi Orked sebelum diusap belahan bibir merah jambu pucat tersebut. Sepasang anak mata berwarna kelabu pekat itu terus menerus menatap Orked membuatkan Orked semakin ketakutan.

Sempat matanya mengerling ke arah tangan wanita itu yang terlihat digenggam kuat.

"Kenapa? Takut? Aku baru naik suara sikit dah takut." Hujung bibirnya naik mencarik senyuman sinis. Orked laju menggeleng menafikan meskipun jantungnya sudah berdebar teruk tika ini. Takut sekiranya lelaki itu akan memukulnya seperti dahulu kala. Dia sudah tidak sanggup diperlakukan seperti dahulu.

"S-saya okay encik."

"Oh really?" Tangan berurat itu perlahan melepaskan usapan di bibir Orked sebelum bergerak ke tangan Orked lalu diambil dan diangkat ke atas. Anak mata kelabu itu merenung lama jari-jemari kecil yang terhidang setia di matanya sebelum dikucup sekilas belakang telapak tangan itu. Matanya sempat menangkap cincin yang masih terselit kemas di jari manis Orked.

"Takut aku sakitkan kau lagi?" Nada suara yang awalnya tegas berubah menjadi lembut. Membuatkan rasa takut Orked semakin membuak-buak.

"Jawab Eloise." Anak mata Orked yang terlihat bergetar direnung tanpa berkalih.

"T-takut encik."

"You have nothing to be afraid about, sweetheart. As long as you listen to me, I'm not going to hurt you." Suara garau itu lembut berbicara.

"B-baik encik."

"Good girl. Now listen carefully." Pegangan di tangan Orked dilepaskan sebelum dagu wanita itu dipaksa mendongak memandang ke arahnya.

"Mulai esok... aku nak kau berpura-pura sebagai maid dalam rumah ini. Bukan sebagai isteri aku. Aku ulang sekali lagi, sebagai maid aku. Jangan pernah buka mulut yang aku ni suami kau atau kau isteri aku. Ini..." jari manis Orked digapai sebelum cincin emas di tangan wanita itu ditarik paksa.

"Aku akan ambil cincin ni. Esok bibik akan ajar kau semua kerja dalam rumah ni. Faham tak?" Tegas sahaja Mattheo berbicara. Wajah jelita itu masih setia direnung.

"B-baik encik." Orked akur meskipun gelaran isteri yang disandangnya bagai dipijak hina lelaki itu. Dia sedar, dia tidak mungkin akan dianggap isteri oleh Mattheo. Lelaki itu hanya menjadikan dirinya sebagai hamba abadi dan tempat dia melepaskan amarah. Jadi, dia hanya harus bertahan sehingga lelaki itu sudah puas dengan dirinya.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now