36

10K 505 98
                                    

MATTHEO merenung baju melayu putih yang tersarung kemas di badannya melalui pantulan cermin, meskipun terlihat segak namun langsung tidak memberikan apa-apa makna bagi lelaki itu. Kerana desakan Dato Matthew yang berkeras mengatakan bahawa dia harus bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukannya membuatkan Mattheo akhirnya terpaksa akur.

Berita mengenai dia ditangkap basah di hotel sudah tersebar meluas, hasilnya nama keluarga mereka sudah menjadi bualan hangat orang ramai dan topik mengenai isunya menjadi trending di media sosial.

Kerana hal itu, Dato Matthew mengesa agar perkahwinan di antara dia dan Orked dijalankan secepat mungkin.

Atas permintaan Datin Amaya, pernikahan akan dijalankan di rumah mereka sahaja memandangkan dia tidak mahu mengadakan majlis pernikahan besar-besaran anaknya dengan wanita asing yang tidak tahu asal usulnya. Tambahan lagi, tiada sesiapa yang akan dijemput hadir. Hanya mereka sekeluarga sahaja yang ada ketika majlis pernikahan berlangsung.

Datin Amaya tidak mahu menanggung malu jika orang mengetahui anaknya mengahwini wanita yang entah datang dari mana. Boleh jatuh air mukanya. Sudahlah berita mengenai anak bongsunya bunuh diri sudah memberikan kesan pada nama keluarga mereka. Sekarang kes anak sulungnya pula. Silap haribulan, wanita elegan itu tidak berani lagi hendak menunjukkan muka pada orang ramai.

Rambut digosok kasar, kepalanya rungsing memikirkan masalah yang tiba-tiba sahaja menghimpit dirinya tika ini. Dia terpaksa mengahwini wanita yang dibencinya, wanita yang telah membunuh adiknya, wanita yang seharusnya diseksa olehnya tika ini.

Mattheo mengetap gigi geram sehingga terdengar geseran gigi yang berlaga kuat. Tangan dikepal sehingga menjadi penumbuk, terlihat jelas urat-urat tegang di sekitar penumbuk tersebut. Dia bersumpah dia akan mencari orang yang menjadi dalang dan punca kepada semua ini. Dia akan pastikan orang itu tidak akan hidup tenang kerana telah menghancurkan hidupnya.

Pantas butang baju melayu bahagian teratas dibuka saat merasakan tubuhnya sedang panas kerana diamuk rasa marah sekarang ini. Sejak semalam lagi rasa api bagai membakar-bakar jiwanya. Mattheo tidak dapat bertenang dan melegakan rasa marah ini selagi orang yang menjadi punca segala hal ini terjadi berada di dalam genggamannya.

Suara daun pintu dibuka membuatkan Mattheo tersedar dari lamunan panjang. Muncul Datin Amaya dengan wajah tegang tanpa sebaris senyuman.

Meskipun tidak rela dengan majlis pernikahan yang bakal berlangsung, wanita elegan itu tetap bersiap cantik.

"Mama tak setuju you kahwin dengan perempuan entah dari mana datang. Sekarang mama nak Theo cakap dengan mama, siapa perempuan tu? Macam mana dia boleh ada bersama Theo masa Theo duduk di bilik tersebut." Soalan sang ibu membuatkan Mattheo segera mengawal riak muka.

Bahu dijungkit.

"Theo datang ke event yang Uzzair anjurkan dan dia memang ada di situ. Jadi, Theo berbual dengan dia, kitorang berbual dan Theo pelawa dia masuk bilik. Theo tak sangka pula nak berlaku perkara ni." Bohongnya, wajah dikawal setenang mungkin seakan perkara yang diucapkan benar belaka. Dia tidak mahu memberitahu mengenai siapa Orked yang sebenar kepada ibu bapanya kerana dia tidak mahu mereka menghancurkan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Orked.

Silap haribulan, jika orang mengetahui dia dalang di sebalik kehilangan Orked. Maruah keluarganya bisa tercemar lagi. Sudahlah kes ditangkap basah ini juga sudah membuatkan nama keluarganya sedikit rosak.

Malah sekarang dia yakin wartawan sedang berkumpul di hadapan bangunan syarikatnya dan menunggu sehingga dia datang untuk menyoalnya mengenai kes tersebut.

Wajah Datin Amaya semakin tegang.

"Mama dah agak! Perempuan tu memang bukan perempuan baik-baik. Tengok dari cara dia pun I dah tahu. Nampak sahaja macam suci tapi ada niat busuk nak mengenakan keluarga kita. Mama dapat rasakan dialah yang panggil JAWI untuk kenakan you." Tuduhnya dengan rasa yakin. Dia yakin firasat ibunya tidak akan salah.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now