26

8.7K 473 67
                                    

MATTHEO sekadar memesan minuman alkohol yang tidak terlalu berat memandangkan dia tidak ingin mabuk malam ini. Malam ini syarikat yang berkerjasama dengan syarikatnya mengadakan parti sempena mengukuhkan lagi hubungan yang dijalinkan di antara dua syarikat. Kerana tidak mahu menunjukkan imej yang buruk, Mattheo akur untuk hadir sedangkan dia sudah lama meninggalkan tabiat berparti sebegini.

Gelas kaca yang masih penuh berisi air arak tersebut dipandang. Bunyi musik yang kuat membuatkan telinganya terasa bingit namun Mattheo berusaha untuk mengabaikan bunyi tersebut dengan membuang fokusnya pada gelas yang dipegang.

Sekali-sekala matanya mengerling ke arah kerumunan orang ramai yang terdiri dari pekerja-pekerjanya sedang leka menari malah ada yang sedang berpelukan mesra bagai melupakan batas pergaulan.

Decitan sinis dilepaskan.

Sempat dikutuk para pekerjanya yang rancak menari. Jikalau mengenai seronok, berilah kepada mereka. Jika berkenaan pekerjaan, selalu sangat melakukan kesalahan.

Fokus kembali dibuang ke arah gelas yang dipegang. Sekali-sekala disisip sedikit airnya. Otaknya ligat memikirkan cara untuk pergi dari sini memandangkan dia sedang tiada mood hendak berseronok.

"So, bro─tak have fun ke? Parti aku buat tak best ke? Ke tak jumpa perempuan yang kena dengan selera?" Seorang lelaki memakai jaket kulit berwarna hitam melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengannya, di tangannya terdapat terdapat satu gelas kaca.

Mattheo sekadar menggeleng.

"Bukan tak best Uzzair tapi kau tahu, aku dah lama tak pergi ke tempat-tempat macam ini." Sebotol champagne diangkat lalu dibantu tuang ke dalam gelas Uzzair yang hampir kosong. Lelaki itu sekadar membiarkan.

Uzzair tertawa galak.

"Taubat ke bro?" Soalan Uzzair membuatkan Mattheo tertawa sinis. Tubuh badannya turut dihamparkan ke sofa, sempat dikerling Uzzair yang sedang memandang liar ke arah seorang gadis yang sedang leka menari di hadapan mereka. Sekali-sekala gadis itu tersenyum malu ke arah mereka berdua.

"Bukan taubat, cuma malas. Lagipun, semua benda macam ini sekarang bagi aku buang masa." Uzzair pantas mengalihkan pandangan ke arah Mattheo.

"Walaupun perempuan?"

"Iya perempuan murah membuangkan masa dan duit. Kau fikir Uzzair─perempuan yang tengah pandang kau miang sekarang ni, goda kau kenapa? Sebab duit dan diorang murah." Balasnya tenang. Gelas kaca yang dipegang diletak ke atas meja di hadapannya. Pandangan tajam diberikan kepada para gadis yang memandang ke arahnya, membuatkan mereka segera mengalihkan pandangan.

Kata-kata Mattheo sekali lagi mengundang tawa galak dari Uzzair.

Segera kedudukan mereka dirapati lalu bahu Mattheo dipeluk mengunakan sebelah tangannya.

"Sebab kita ada duitlah, perempuan murah semua ni nak. Lagipun, itu fungsi duit kita ada bro, untuk beli maruah semua perempuan murah ni." Sama seperti Mattheo, bagi Uzzair semua perempuan yang mendekatinya adalah perempuan murah kerana mahu bersamanya kerana duit dan gelaran yang dimilikinya.

Siapa tidak kenal Nik Uzzair Daaniy? Pemilik Uzzair's Holdings, salah satu syarikat terkenal dan terbesar di Malaysia. Selain memiliki syarikat pembinaan, Uzzair juga memiliki dua buah hotel yang terkemuka di Malaysia.

Kerana itu, Uzzair langsung tidak mempercayai sesiapa yang ingin mendekatinya. Kerana baginya, mereka mahu dengannya kerana ada tujuan.

"Ke─kau dah ada stok simpan dekat rumah ni?" Teka Uzzair kerana Mattheo sama sepertinya, hidup lelaki itu hanya sekadar mengunakan wanita seperti baju. Pakai satu malam sahaja dan kemudian dicampak esok harinya. Tiada langsung yang pernah kekal dengan mereka.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now