34

9K 510 58
                                    

TUBUH ramping yang mengenakan gaun hitam pendek yang dibelinya semalam dipandang bersama senyuman gatal. Jari-jemarinya naik dan mengusap perlahan bibir delima merah miliknya perlahan sambil matanya galak memerhatikan setiap inci tubuh wanita yang sedang terlihat tidak selesa menyarungkan gaun tersebut.

Orked berusaha menutup lurah dadanya yang hampir terlihat dengan menarik sedikit gaun hitam tersebut. Tambahan lagi, pandangan liar yang seakan sedang meratah tubuhnya membuatkan Orked merasakan tidak selesa.

Kerana takut akan dipukul oleh lelaki itu seperti semalam membuatkan dia akur menyarungkan gaun seksi tersebut ke tubuhnya.

Mattheo pantas menapak merapati Orked, tangannya naik dan menolak dagu Orked agar memandang wajahnya.

"Tak selesa ke?" Suara garau itu bersuara, matanya memerhatikan segenap wajah Orked yang terlihat penuh dengan kesan lebam kerana kekasarannya semalam. Di tambah lagi, leher wanita itu yang terlihat jelas banyak meninggalkan hasil karyanya.

Orked mengangguk lambat.

"Boleh ke kalau encik berikan saya baju lain? S-saya tak biasa baju ni." Mattheo berdecit perlahan bersama senyuman sinis, jarinya bergerak liar mengusap kesan lebam yang terlihat di bahagian pipi wanita itu.

"Macam mana kalau aku kata kau kena pakai baju ni?" Ucapan tersebut membuatkan Orked terdiam seakan mengerti maksud yang ingin disampaikan dari kata-katanya.

"Good kitten."

"K-kita nak kemana encik?" Orked beranikan diri juga untuk bertanyakan soalan yang berlegar-legar di fikirannya sejak tadi. Kemana lelaki itu hendak membawanya dengan menyuruhnya memakai pakaian terdedah sebegini. Puas dipaksa hatinya untuk tidak memikirkan perkara-perkara negatif.

Mattheo menarik seringai sinis. Terbit idea hendak menakut-nakutkan Orked.

"Kau rasa aku nak bawa kau kemana?" Soalan berbalas soalan. Orked sekadar menggeleng tidak tahu. Jauh langit dari bumi sekiranya lelaki itu ingin melepaskannya pulang.

"Saya tak tahu encik." Perlahan sahaja suara itu membalas.

"Aku nak─" dirapatkan kedudukan mereka sebelum tubuh mereka berlaga di antara satu sama lain lalu sepasang anak mata kelabu pekat tersebut merenung dalam sepasang anak mata Orked yang kelihatan seakan bergetar.

"Bawa kau pergi tempat pelacuran. Aku nak jual kau dekat sana, sekurang-kurangnya kalau aku jual kau dekat sana. Aku boleh dapat duit, takdelah membazir duit aku keluar untuk beri kau makan dan tempat tinggal di rumah aku ni." Serius sahaja percakapan membuatkan jantung Orked diamuk rasa takut yang hebat. Dari nada suara lelaki itu seakan benar-benar memaksudkan kata-katanya membuatkan Orked semakin ketakutan.

Wajahnya berubah cemas.

Manakala Mattheo sudah tertawa sendiri di dalam hati melihat wajah panik Orked. Baru digertak sebegitu, wanita itu sudah seakan cacing kepanasan. Tahu takut sekiranya dijual ke tempat sebegitu.

"T-tolong jangan jual saya di tempat sebegitu encik, saya berjanji saya takkan buat lagi perkara-perkara yang boleh buat encik marah. Saya merayu jangan hantar saya ke tempat sebegitu." Suara Orked sudah seakan ingin menangis. Tidak bisa dibayangkan dirinya dijadikan pelacur. Dia tidak mahu.

"Kau takut ke jadi pelacur?" Orked mengangguk laju, jari-jemari sudah terasa membeku sejak mendengar kata-kata Mattheo. Ketakutan yang dirasakan sehingga ke tulang putih.

"Kenapa takut? Kau bukan ke memang pelacur, pelacur aku dalam rumah ni." Ucapnya sinis sambil menyeringai kejam. Manakala hati Orked terasa sakit bagai direntap dan dicucuk dengan pisau berulang kali dengan hinaan lelaki itu.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now