15

8.5K 382 17
                                    

MATTHEO membetulkan tali leher yang menjerut lehernya sambil anak matanya memandang ke arah Orked yang masih terbaring kaku di atas katilnya. Kaki diatur merapati Orked, tubuh Orked yang sekadar mengenakan tuala mandi dipandang lama sebelum anak matanya bergerak meneliti setiap inci tubuh Orked yang jelas kelihatan banyak kesan-kesan berwarna merah. Tidak cukup sekadar itu, kesan lebam angkara dipukul serta lecur dituang air panas pun masih kelihatan di tangannya.

Mattheo berdecit perlahan.

Keadaan Orked membuatkan sekeping hatinya berasa puas.

Ini baru sedikit bagi Orked, banyak lagi rancangan yang telah diaturkan untuk wanita itu. Meskipun malam tadi, dia telah merampas kesucian Orked secara paksa namun dia tidak rasa bersalah. Orked layak menerimanya.

Memori semalam sedikit sebanyak kembali terulang di ingatannya meskipun tidak semuanya membuatkan bibirnya mencarik tersenyum puas.

Lamunan Mattheo terhenti tatkala ketukan di pintu menyedarkannya. Sempat Orked yang masih tidak menyedarkan diri dipandang sekilas sebelum kaki diatur menuju daun pintu. Muncul Adam bersama tundukan hormat buat dirinya.

"Tuan, sarapan dah siap."

"Aku akan gerak ke pejabat sekarang. Sarapan tu untuk perempuan sundal dekat dalam tu. Sampaikan pada Luth dan Francis, lepas sahaja betina dalam bilik ni bangun. Arahkan dia untuk mandi dan Adam. Cakap pada perempuan tu juga, sarapan tu sebagai bayaran dia untuk malam tadi." Ujarnya bersama senyuman sinis. Adam sekadar mengangguk akur.

"Baik tuan."

"Good. Aku takkan balik hari ini. Mungkin esok atau lusa, aku akan pulang." Tambahnya lagi, coat yang dipakai sempat dibetulkan. Mattheo merupakan orang yang paling menjaga imej dirinya memandangkan ketika sampai sahaja di pejabat, dirinya sentiasa menjadi ikutan paparazzi.

"Baik tuan."

ORKED bangkit setelah hampir dua jam tidak menyedarkan diri, pipi yang masih terasa sakit disentuh berhati-hati sebelum ringisan kedengaran. Tatkala memori sebelum dia pengsan kembali bermain di fikiran membuatkan Orked pantas memeriksa tubuhnya. Keluhan lega dihela saat tuala yang dipakai masih berbalut kemas di badannya. Jadi, lelaki itu tidak menyentuhnya tadi.

Teringat akan lelaki itu, Orked segera mencari bayangan Mattheo namun tiada tanda-tanda lelaki itu ada. Sekali lagi hembusan nafas lega dihela tatkala dirinya selamat dari cengkaman Mattheo. Orked perlahan-lahan menuruni katil bersaiz king tersebut, simpulan tuala yang terasa longgar dibetulkan. Tanpa disedari, muncul lelaki berbadan tegap dari arah pintu membuatkan Orked menjerit kecil. Sedaya-upaya tubuhnya yang hanya mengenakan tuala ditutup dari pandangan lelaki itu.

Francis berdehem kecil. Sempat dia mengutuk dirinya kerana meluru masuk tanpa mengetuk pintu.

Pandangan matanya dihala ke arah lain. Dia sedar Orked tidak mahu dipandang dalam keadaan begitu.

"Tuan suruh kau mandi dan pakai pakaian ni." Beberapa plastik berisi keperluan pakaian diletakkan ke atas lantai.

"U-untuk saya ke?" Soal Orked perlahan. Francis sekadar menjatuhkan kepala.

"Cepat mandi dan keluar, aku tunggu di luar. Jangan cuba-cuba nak buat perkara bodoh sebab bilik tuan ada kamera cctv jadi apa sahaja kau buat, aku boleh tengok melalui telefon." Arah Francis sempat diselitkan kata-kata ugutan.

"Dah pergi mandi. Aku keluar dahulu." Kepergian Francis dihantar dengan sorotan mata sebelum Orked terduduk ke atas lantai. Air matanya mengalir perlahan, perasaan sebak kembali menguasai dirinya tatkala kejadian buruk malam tadi berulang kembali di kotak mindanya. Tubuhnya digosok perlahan, terasa jijik dengan dirinya yang sudah hina.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now