AARIZ IKTIZAR- Pekerjaannya berbahaya tetapi seperti maksud namanya, si agung lagi terhormat itu tidak sesekali akan mengalah dengan permainan tidak diduga yang sentiasa menghambat langkahnya. Nyawanya menjadi taruhan dek ketenangannya dalam menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi tetapi terlindung di sebalik nama: DARK. AMRA KHAYRA - Gadis cantik kecil molek, tetapi awas perangainya jauh berbeza dengan maksud nama yang diberi. Puteri Kebaikan? Jangan percaya! Dia... si gadis yang penuh dengan kejahatan dan kekejaman. Pegawai pemasaran di syarikat pengiklanan ini hanya sekadar topengnya sahaja, sisi gelapnya tiada siapa yang tahu. THE LORD - Apa saja yang ada pada Aariz dan Amra, dia pasti akan mendapatkannya. Mata dengan mata, gigi dengan gigi. Dia akan buru mereka berdua sehingga mati! "Kenapa kau jumpa aku, Aariz?" - Khayra. "Kau dalam bahaya!" - Aariz. "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Khayra. "Setidak-tidaknya aku ada untuk melindungi kau!" - Aariz. Aariz Iktizar dan Amra Khayra, kedua-dua manusia ini bertemu kerana takdir-Nya. Perkaitan antara masing-masing terlalu kuat sehingga ada-ada sahaja musuh yang memberi salam perkenalan. Permainan emosi, takdir dan identiti, semuanya perlu dirungkai satu persatu demi sebuah kebenaran. DIA... AARIZ IKTIZAR. [SIRI KEEMPAT ABANG BODYGUARD] Tarikh Mula: 08 Oktober 2020 Tarikh Akhir: 30 Oktober 2020 Jumlah Bab: 33 Bab Cover by: Reenmedina Nota: Dalam proses editing.