Bab 32

4.4K 460 97
                                    

"Aariz, kau kenapa? Aariz, bangun!" jerit Khayra kuat.

"Papa!" Yaya turut meraung sambil menggoncang-goncangkan badan Aariz yang tergeletak kaku di atas tar. Terkejut, ya. Di depan matanya sendiri Aariz tiba-tiba tumbang.

Ktup. Ktap.

Bunyi derapan tapak kaki yang berlari laju ke arahnya serta-merta menolehkan Khayra ke arah pemilik larian tersebut. Light dan Cindy serta Wana!

"Dark. Dark!" Light menepuk-nepuk pipi Aariz namun hampa, Aariz tidak memberikan respon walaupun sedikit.

Tit... tit...

Nombor telefon Tuan Walid didail laju lalu dibukakan loud speaker. Tidak menunggu lama, pada deringan  kedua panggilan tersebut terus bersambut.

"Ada apa Light?" soal Tuan Walid tenang.

"Dark, tuan. Dark pengsan. Nadinya lemah, pernafasannya juga lemah dan tidak teratur. Apa perlu saya buat?" tanya Light dalam nada bergetar hebat.

Keluhan berat terbit pada mulut Tuan Walid, namun keluhannya itu kemudiannya berganti dengan nada tegas menyuruh Light berlari ke Toyota Camry milik Aariz.

"Cari silinder oksigen dan Oximeter dalam bonet kereta dia.  Pasangkan Oximeter pada Dark dan berikan oksigen secara terus menerus sehinggalah sampai ke infirmari markas kita," suruh Tuan Walid.

Setelah menjumpai alat tersebut, Light dengan dibantu oleh seorang pegawai polis lelaki terus mengangkat Aariz ke dalam kereta di bahagian belakang. Oximeter, alat yang dapat mengukur tahap oksigen dalam darah dipasang ke pergelangan  tangan Aariz dan tabung silinder oksigen mudah alih terus diberi tanpa henti.

"Jalan, Cindy!" arah Light tertekan. Berdebar hebat jantungnya melihatkan keadaan kawannya yang bagaikan telur di hujung tanduk.

Menurut arahan, Cindy terus memandu laju ke markas mereka. Habis semua peraturan lalu lintas dilanggarnya dan dia tidak kisah dengan semua itu. Apa yang dikisahkannya sekarang ialah kondisi Aariz dan Khayra.

Khayra. Gadis itu setia memandang Aariz sambil memeluk Yaya. Yaya juga menangis tanpa suara sama seperti Khayra. Kedua-duanya orang perempuan itu sememangnya menyayangi Aariz.

"Bersabarlah, dalam lima minit lagi kita akan sampai," beritahu Cindy dalam nada cemas yang sedaya upaya dikawal baik.

Vrom!

Toyota Camry yang dipandu laju oleh Cindy menderum hebat memecah suasana senyap malam. Malam bencana, hati merana. Ya Allah, selamatkan Aariz. Sesungguhnya, aku mencintainya kerana-Mu, ya Allah.

******

Jabatan kesihatan markas dilengkap dengan semua kemudahan peralatan perubatan sama seperti hospital dan ada beberapa orang doktor yang bertugas setiap hari. Malam itu, kecoh ruangan infirmari markas dengan kehadiran tiba-tiba kumpulan mereka.

Setelah Aariz ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan tadi, Khayra dan Yaya berserta Light dan Cindy hanya mampu menunggu sahaja di ruangan menunggu bilik tersebut. Kehadiran Tuan Walid berserta Puan Fatma ketika itu serta-merta menarik perhatian mereka semua.

"Umi, abi." Khayra mengesat air matanya yang semakin tumpah membasahi pipi. Entahlah, semakin dilap semakin banjir pula.

"Mama..." Yaya menarik-narik hujung baju labuh Khayra lalu menyorok di belakang gadis tersebut.

Mama? Puan Fatma memandang kepada Khayra dan Yaya silih berganti lalu pandangannya jatuh kepada si suami yang tegak berada di sisi. Sejak bila aku ada cucu? Erm... jika dilihatkan, Rara ini memang sudah sudah layak bergelar mama. Bagus, umi suka!

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Kde žijí příběhy. Začni objevovat