Bab 24

3.8K 397 89
                                    

"Sayang, baby tak mengantuk lagi la. Jomlah kita ke Red Carpet..." Suara rengekan daripada gadis di kerusi sebelah kepada seorang lelaki yang bersamanya benar-benar meluatkan dia, seorang Nona.

Huh! Nona mendengus geram  mendengarkan suara rengekan penuh manja daripada targetnya di kerusi selang sebuah dari tempat duduknya. Berbulu mata, bernanah pula telinganya mendengar dan melihat aksi merpati dua sejoli tersebut. Cis, sengaja sajakan membuatkan dia cemburu.

Tuan Dodo yang berada di sebelahnya dikerling dengan ekor mata. Hm... langsung tidak romantik. Usahkan romantik, caring pun tidak. Jantan hodoh macam Tuan Dodo nak romantik? Huh, sampai kiamat barangkali tidak akan romantik. Buruk macam jalan tar, adalah.

"Hm... ha bolehlah. Jom kita bergambar dengan patung lilin artis-artis terkenal. Mana tahu kan kalau bernasib baik, muka kita akan masuk Instagram i-City," balas si jejaka pula.

'Aduh, merpati dua ekor ini tidak reti balik ke rumah ke apa? Sudah pukul 11.00 malam la.' Hati Nona menyebal geram.

"Jom. Jom!" Si gadis terus bangun lalu bergegas keluar dengan diikuti oleh teman lelakinya. Riang saja kelakuannya macam kanak-kanak Ribena.

"Apa lagi yang kau tunggu Nona, ikutlah budak dua ekor tu," dengus Dodo seraya bangun dari kerusinya. Sempat kepala Nona dilukunya. Lembap!

'Sakitlah bodoh!' Dua kali, Nona menyebal di dalam hati.

Tak guna punya Dodo, mahu saja aku lempar kau ke Lautan Hindi jika tidak mengenangkan kau yang bantu ibu aku yang sedang sakit leukemia selama ini. Hish!

******

"Light, macam mana?" tanya Aariz melalui earbud.

Sesekali, dia memandang ke belakang. Manalah tahu jika pelannya terkantoi awal, harulah pula jadinya jika tiada backup plan. Lagipun ya Rabbi, susah betul nak kawal kanak-kanak tidak cukup umur si Rara ni. Tadi kata mahu tengok penguin, tetapi pada saat akhir mahu ke City of Digital Light pula.

"Tanggung beres Dark. Kau datinglah dengan Rara dulu ya, aku dan Cindy akan lencongkan perhatian dua ekor itu. Jangan risau, aku akan pastikan mereka tidak akan kacau kau orang," balas Light sambil tergelak.

Dark, pelan kau memang terbaiklah. Iyalah takkan masuk ke i-City sekejap sahaja kemudian blah macam itu saja? Paling kurang satu jam pun jadilah berlagak sebagai teman istimewa di depan Dodo dan partnernya. Dodo agak bodoh tetapi partnernya itu pembunuh upahan. Licik. Kalau mereka keluar awal dari i-City, mungkin wanita tersebut akan menyangka bahawa tembelangnya telah pecah.

"Baguslah kalau begitu. Thanks, Light. Aku dan Rara akan berlagak seperti kau dan Cindy ni. Jadi, dalam masa sejam itu kau buatlah apa yang patut," pesan Aariz.

"Eh, sekejap. Kau nak berlagak macam aku? Jadi... kau tak pakai topenglah ni?" tanya Light penuh teruja. Ya, dia teruja teruk ni. Hei, tidak pernah sekali pun seorang Aariz Iktizar muncul di tempat awam tanpa memakai topeng, tahu? Wah, ini sesuatu yang mengujakan!

"Ya, aku akan menjadi orang normal malam ni. Doakanlah aku..." jawab Aariz mendatar.

Light, jika kau tahulah aku membahayakan diri aku sendiri ketika ini, mungkin kau takkan teruja begitu. Paling tidak pun, kau akan membebel macam mak nenek jika kau tahu perkara sebenar.

"Wah, seronoklah Rara dapat tunjuk muka pakwe dia depan orang ramai malam ni. Hahaha," gelak Light.

"Yalah. Light, jaga diri kau dan Cindy baik-baik. Aku tak tahulah dia orang akan buat apa nanti dekat kau orang jika dia orang sedar yang kau bukan aku dan Cindy bukan Rara," pesan Aariz lagi.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now