Bab 15

4.3K 440 191
                                    

"Aishiteru, Rara-chan. Lillahi."

Khayra tersenyum sendirian mengingatkan kata-kata Aariz semalam. Gilalah Aariz, apa halnya ini buat confession ala-ala movie Hindustan? Habis hangit ikan yang digorengnya semalam tahu tak. Akibat terkejut punya pasal, dengan otaknya sekali terbakar.

Semalam itu jugalah, kalut terus semua orang apabila sudahlah ikan bertukar menjadi arang, api pula naik menyambar kuali. Nasib saja Aariz pantas bertindak, jika tidak terlekat pula gelaran Queen of Hell pada namanya. Neraka kan dipenuhi api?

"Hoi, sudah-sudahlah tu termenung," tegur Aariz.

Cuak pula dia melihat Khayra sekejap termenung sekejap tersenyum sendirian. Sewel ya? Selepas dia menuturkan kalimat tersebut semalam, terus Khayra bertukar karakter. Ya... nasib baik gadis itu tidak menjerit kalau tidak buat malu sekampung saja. Apa ini anak dara menjerit malam-malam? Reject jadi menantu!

Namun, seperti jangkaannya Khayra tetap saja memandang ke luar tingkap kereta. Mereka berdua kini dalam perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur selepas Light memaklumkan yang Dato' Sani dan Datin Saniah mati dibunuh. Terperanjat, itu yang dirasakan oleh mereka berdua ketika mendapat berita tersebut.

Setelah berpamitan dengan Ibu Halimah, Dani serta anak-anak yang lain selepas Subuh tadi, mereka berdua terus bergerak pulang. Nasib baik waktu sudah terang-terang tanah ketika Light memaklumkan kejadian tersebut, jika tidak terpaksalah mereka berdua meredah gelap malam.

"Kau rasa macam mana kes ini, Rara?" tanya Aariz cuba memancing perhatian Khayra.

Aduhai, Rara. Takkanlah kau terkejut sampai boleh terdiam seribu bahasa? Padahal, mulut laser kau itu pun boleh tahan dalam melongkangkan orang. Janganlah cakap kau terharu, sangat tidak sesuai.

"Dah ajal dia orang, nak buat macam mana..." jawab Khayra mendatar dengan matanya tetap saja terpaku ke tingkap.

"Rara..." panggil Aariz perlahan.

"Handsome sangat ke cermin tu sampaikan aku pun kau tak nak pandang?" tanyanya sederet ayat.

"Ya," jawab Khayra sepatah.

"Seriuslah?" Alamak, cermin lagi handsome dari dia? Kurang asam punya Khayra.

"Ya," balas Khayra lalu memandang tepat ke wajah Aariz yang tenang memandu.

"Ayiz," panggil Khayra perlahan.

"Hm?" balas Aariz tetapi matanya tetap terfokus pada jalan raya.

"Jalan tu cantik sangat ke sampai aku pun kau tak nak pandang?" soal Khayra sambil tersenyum sinis.

"Ya," jawab Aariz sepatah.

"Seriuslah?" tanya Khayra sambil menahan gelak.

"Ya," balas Aariz lalu berpaling sekilas ke wajah Khayra.

Mata bertembung, hati terpaut. Masing-masing terkelu, terdiam sejuta kata sebelum ketawa kecil terletus daripada mulut masing-masing. Aariz dan Khayra, kedua-duanya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, mereka berdua dipertemukan semula setelah 15 tahun berlalu.

********

Pang!

Dodo melibas cemetinya ke tubuh seorang wanita berusia dalam lingkungan akhir 30-an dengan beberapa libasan. Berbirat dan berdarah tubuh si mangsa namun anehnya tiada sepatah aduhan pun keluar dari mulut wanita tersebut.

"Nona, aku suruh kau habiskan si Sani saja, bukannya dengan bini Sani sekali kau kasi diam. Kau ni bodoh ke apa?" jerkah Dodo.

Jerkahannya bergema pada seluruh wat persendirian milik The Lord. Nona si orang suruhannya itu sudah gagal menjalankan misi pada kali ini. Pelik, padahal hasil kerja pembunuh upahannya itu tidak pernah mengecewakannya.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora