Bab 11

4.3K 468 180
                                    

"Kawan kau ke tu? Tudia... kalah mak gorila..." Tanpa sedar, Aariz bertepuk tangan.

Setelah Khayra menjerit depan mukanya tadi, Aariz akhirnya mengalah. Terburu-buru mereka berdua menapak naik ke tingkat atas mall di mana tempat kali terakhir Aariz meninggalkan Datin Saniah dan Cik Suja untuk dijaga oleh Light dan Cindy.

Mengenai hal Cindy pula, amoi itu pun sebenarnya salah seorang undercover bawah Tuan Walid, cuma dia ditugaskan untuk menjaga keselamatan Khayra. Khayra memang memerlukan khidmat bodyguard juga disebabkan mulut longkangnya dalam berurusan dengan klien.

Entah di manalah silap si Khayra ni, walaupun mulutnya laser dalam membedil klien, tetap ada juga klien yang berani berurusan. Ya, mungkin kerana hasil kerja seorang Nur Amra Khayra sangatlah tip top dan klien mendapat pulangan yang berlipat  ganda setelah menyerahkan urusan pengiklanan kepadanya.

"Kau jangan kutuk kawan aku eh!" Khayra menjengilkan matanya kepada Aariz. Hish dia ni, suka hati saja cakap Cindy gorila?

"Ha, eloklah tu. Kawan kau mak gorila, kau pula mak singa. Cuba belajar control baran tu sikit, Rara," perli Aariz lalu tanpa berlengah lagi, dia menapak selamba ke arah Light. Hai Light, seronok tak kena bahan?

'Aariz Iktizar!' jerit Khayra dalam hati.

Jaga kau, aku tembak pakai senapang gajah nanti. Mulut tu mulut urgh annoying gila! Dengan hati mendongkol geram, Khayra juga melangkah laju ke arah Cindy dan Light. Pada amatannya, Cindy si kawannya sememangnya sudah bertukar seperti Hulk.

"Light," tegur Aariz sambil menayangkan sengihan.

"Dark." Light membuat muka kasihan.

"Datin, Cik. Kau orang berdua okey? Jom saya hantar balik," ajak Aariz sopan. Alahai, kasihan pula dua beranak ni kena tibai dek Cindy.

"Hisk. Hisk. Hm... okey," jawab Datin Saniah dan Cik Suja serentak.

Perlahan-lahan mereka berdua bangun lalu berjalan ke arah Aariz yang setia terpacak kukuh di hadapan. Aariz, kau memang baiklah. Ini yang buatkan kami lagi sukakan kau.

"Abang Dark..." rengek Cik Suja lalu cuba merebahkan diri ke badan Aariz.

"My Handsome..." Tak nak kalah, Datin Saniah juga cuba melonglaikan diri. Mana tahu kalau Aariz akan menyambutnya, kan? Bolehlah berangan seperti dalam drama Hindustan.

"The hell?" jerkah Khayra kuat lalu tanpa amaran, dia menarik rambut Datin Saniah dan Cik Suja sehingga wanita berdua tersebut terdorong ke belakang.

"Dark... aku punya!" kata Khayra lalu menghantukkan kedua-dua kepala Datin Saniah dan Cik Suja antara satu sama lain.

Kuk!

"Kalau kau orang kacau suami aku lagi, siap kau orang aku kerjakan!" Khayra menyinga dengan tangannya dicekak kejap ke pinggang.

'Wow, Rara...' Aariz tersenyum kagum.

Raranya tetap tidak berubah sejak dahulu sehingga kini. Kau sangat comel, Rara. Tika itu, Aariz berasakan dirinya sangat bahagia.

Datin Saniah dan Cik Suja? Dua-duanya kembali meraung sambil berpelukan. Anak dan mak sama saja, itu yang Khayra geramkan sangat. Dasar penyondol. Cis!

'Sekejap... suami?' Khayra membuat lipat maut kepada Aariz.

'Bila masa aku kahwin dengan Aariz? Cabulnya mulut kau Khayra!' Kala ini, muka Khayra sudah bertukar seperti ceri masak. Malu semalu malunya... ya Allah... apa yang aku buat ni? Kenapa aku termengaku yang Aariz tu suami?

Perlahan-lahan, Khayra dengan muka menunduk menekur lantai berjalan ke arah Aariz yang dari tadi tersengih saja memandangnya. Aish, semua ini salah mulut! Huwarg malunya... mahu diletakkan ke mana muka ni? Campak dekat planet Zuhal okey tak? Planet Zuhal cantik, ada dua gelang yang melingkari planet...

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz