Bab 20

4.2K 420 275
                                    

Ya Allah, ramainya jemaah surau! Terkejut Aariz melihatkan jumlah jemaah yang datang berpusu-pusu ke surau. Dia yang baru turun dari kereta bersama dengan Tuan Walid serta-merta berasa kagum dengan penduduk kawasan perumahan ini.

Perasaan bersyukurnya kepada Allah SWT dipanjatkan di dalam hati. Ya... kegembiraannya pada situasi ini tidak dapat dibendung lagi. Iyalah, kebiasaannya manusia dek sibuk mengejar kemewahan hidup, solat diabaikan. Sekerat dua tidak pun hanya orang berusia saja yang rajin ke surau atau masjid untuk solat berjemaah.

Setelah menjejakkan kakinya ke dalam surau, ruangan saf hadapan sudah pun penuh. Tetapi, dia bernasib baik apabila masih ada ruangan yang longgar jadi bolehlah dia dan Tuan Walid menyelit. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT dapat juga dia berada di saf paling hadapan. Namun, baru sahaja dia membetulkan posisinya, tiba-tiba Tuan Walid mencuitnya.

"Aariz, naik jadi imam," arah Tuan Walid kepada Aariz.

"Hah?" Aariz terperanjat.

Alamak, pak imam yang sebenar ke mana pula? Aduh, berdebar teruk aku macam ni. Sudahlah jemaah Maghrib di sini ramai macam solat Jumaat gayanya, fuh gementar seyh!

"Cepatlah, pak imam tiba-tiba tak available pula," gesa Tuan Walid apabila Aariz kelihatan teragak-agak.

Para jemaah sudah mula pandang-memandang menanti bakal menantunya menjadi imam solat Maghrib. Lulus ke tidak lulus ujian ketiga ini agak-agaknya ya? Penat dia berpakat dengan pak imam agar membenarkan si Aariz ini menjadi imam solat Maghrib.

Dalam diam, hatinya juga berdebar hebat. Sudahlah jemaah Maghrib hari ini datang beramai-ramai semata-mata mahu menyaksikan bakal menantunya menjadi imam solat. Aduh, sudah terseleweng ke niat mereka datang solat berjemaah di surau ketika itu? Ya Allah, ampunilah aku...

"Baik, abi," akur Aariz lalu tanpa bicara lagi, dia naik ke tempat imam.

Allahu akbar...

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin...

Assalamualaikum warahmatullah...

Muhammad Aariz Iktizar, suaranya sangat merdu ketika mengalunkan bacaan al-Quran. Pergerakan solatnya tertib dan teratur. Bacaan wirid dan doanya sangat mendayu-dayu dan meresap ke dasar hati. Pada malam itu, dia mengimamkan solat Maghrib berjemaah kepada ahli qariah seramai 40 orang tersebut dengan jayanya.

Syukur alhamdulillah dan kerana kejayaannya itu, dia sekali lagi diminta untuk menjadi imam solat. Tetapi kali ini, bukan Tuan Walid yang meminta tetapi pak imam sendiri yang memujuknya agar mengimamkan solat Isyak.

Aduhai Aariz, siapa suruh kau terlalu bagus? Muhammad Aariz Iktizar, bersyukurlah kau bekas pelajar jurusan agama dan biasa mengimamkan solat di masjid dan surau-surau terutamanya ketika solat teraweh di bulan Ramadhan. Syukur...

"Aariz, jom. Umi dan Rara serta kakak dan abang ipar kamu sudah tunggu tu," ajak Tuan Walid setelah bersalaman dengan pak imam dan ahli jemaah yang masih ada di situ.

Tersenyum bahagia saja Tuan Walid ketika berpamitan dengan ahli jemaah. Sempat jugalah dia bermain mata dengan pak imam. Pak imam mengherotkan muncung mulutnya ke arah Aariz seraya mengangkat ibu jari tanda bagus, fuh lega hatinya. Aariz lulus semua ujian daripadanya. Alhamdulillah.

Suami ialah ketua keluarga, imam bagi isteri dan anak-anak. Apa guna menjadi suami jika memimpin rombongan menghadap Allah SWT pun tidak mampu? Itu pegangan yang dipegang oleh Tuan Walid dan itulah juga yang dia harapkan daripada menantu-menantu lelakinya.

"Okey abi. Jom," sahut Aariz seraya menuruni anak tangga surau.

Dalam berjalan, peliklah juga dia apabila tiba-tiba terkeluar perkataan 'abang dan kakak ipar' daripada mulut Tuan Walid. Aduhai Aariz, banyak lagi kau tidak tahu pasal keluarga Tuan Walid ni. Tak apa, perlahan-perlahanlah. Usaha tangga kejayaan, kan?

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora