Bab 17

4.3K 432 224
                                    

Sepanjang sidang mesyuarat pada petang itu, baik Aariz mahupun Khayra kedua-duanya tidak senang duduk. Sudahlah perkataan yang keluar dari mulut Tuan Walid memberikan kejutan, mata-mata yang memandang mereka berdua pula sangatlah tidak memberikan keselesaan.

Rasa macam menjadi pesalah pun ya, rasa acah-acah artis pun betul juga. Tidak fasal-fasal mereka berdua menjadi bahan gosip panas pada petang itu. Habislah mereka berdua selepas ini... kahwin, tapi tak ajak pun!

"Jika tiada apa-apa lagi, kita tamatkanlah perbincangan pada hari ini. Ingat akan tanggungjawab dan tugas masing, jangan mengelat," pesan Tuan Walid kepada semua orang anak buahnya.

"Baik, Tuan!" Semua orang berdiri lalu menunduk hormat kepada Tuan Walid.

Tuan Walid hanya mengangguk perlahan lalu tanpa bicara lagi, dia mengorak langkah untuk keluar. Namun, langkahnya terbejat dek Khayra dan Aariz bertindak menghalang langkahnya. Menuntut penjelasan, ya.

"Masuk pejabat," arah Tuan Walid kepada Aariz dan Khayra.

Arahan daripada ketua mereka itu disambut dengan anggukan. Masing-masing saling berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya membuntuti langkah Tuan Walid yang berjalan laju ke pejabatnya.

*******

"Tuan Lord." Dodo melutut di hadapan The Lord.

The Lord seperti biasa berada dalam posisi bermeditasi. Jenuh sudah fikirannya berfikir macam mana mahu dihapuskan musuh-musuhnya, namun semuanya menemui jalan buntu.

"Apa cerita?" soal The Lord dengan mata tertutup.

"Aku sudah hapuskan Sani. Tapi anak buah aku si Poison Ivy buat kesilapan. Dengan bini Sani sekali dia kasi jalan," lapor Dodo sambil menahan debaran di dada.

"Bodoh!" jerkah The Lord.

Matanya yang tertutup tadi terbuka luas lalu dicerlung tajam ke arah Dodo yang nampak kecil besar saja pada pandangannya. Ada anak buah pun tidak guna!

"Maafkan aku Tuan Lord." Dodo bersujud di kaki The Lord.

Pengampunan, itu yang dimahukannya sekarang jika dia juga tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Dato' Sani. Jika Dato' Sani si orang kesayangan The Lord pun boleh dihukum bunuh, apatah lagi dia yang hanya orang kanan lelaki tua itu.

"Apa cerita dengan bodyguard si Sani?" tanya The Lord setelah bertenang.

"Positif, Tuan. Aku mendapat info yang budak itu sebenarnya perisik. Satu kumpulan dengan Princess Devil," jawab Dodo lagi.

"Sekejap... aku tak faham. Kau kata hari itu yang Sani pelihara tikus. Tapi, takkan Sani pelihara perisik sebagai tikus?" The Lord memandang tajam kepada Dodo.

Dodo mengangkat muka lalu turut menentang anak mata The Lord. Dahinya yang memang sedia berlapis kini berlapis-lapis lagi kerutannya. Ketika The Lord menuturkan perkataan itu, otaknya juga dipaksa berfikir. Dan... akhirnya dia mendapat jawapan kepada semua yang berlaku.

"Bodoh!" tempik The Lord sekuat hati.

Dush! Dush! Dush!

The Lord menyepak Dodo berkali-kali dengan sekuat hatinya. Amarahnya yang menggunung sudah tidak dapat dibendung lagi. Kenapalah semua anak buahnya tidak boleh diharap?
Pada ketika ini, mahu sahaja otak Dodo disepaikan jika tidak memikirkan bahawa Dodo itu orang kuatnya selepas Black dan Spade.

"Kembalikan anak emas aku si Sani tu!" tempiknya lagi sambil menerajang dan membelasah lagi Dodo.

"Kau tersalah bunuh oranglah bodoh!" Amarah The Lord menggila.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora