Bab 18

4.2K 418 178
                                    

Dodo melepaskan keluhan kasar. Butir bicara The Lord sesekali menampar gegendang telinga. Perkataan demi perkataan, ayat demi ayat arahan daripada ketuanya itu meluncur laju masuk ke dalam fikirannya.

"Tuan Dodo, tuan mahu aku buat apa?" soal wanita yang tegak berdiri di belakangnya.

Dodo berpaling kepada si empunya suara. Wanita cantik tetapi beracun tersebut dipandangnya sekilas sebelum sekotak rokok dikeluarkan. Tangannya laju sahaja mengeluarkan sebatang rokok lalu muncungnya dicucuh dengan pemetik api.

Puh...

Asap rokok yang dihisap dan dihembus rakus berkepul-kepul keluar dari mulut dan rongga hidung. Dodo tenggelam dalam keasyikan dan nikmat palsu bahan pembunuh senyap tersebut. Jiwanya yang gundah sedari tadi seolah-olah terbuang resahnya apabila dapat menikmati rasa rokok.

"Tuan Dodo, bukankah rokok itu berbahaya untuk kesihatan? Asap rokok mengandungi nikotin, tar, karbon monoksida dan lebih dari 4000 bahan lain yang membahayakan kesihatan," tegur Nona. Sejujurnya, dia benci dengan asap rokok.

"Pandai pula kau berceramah kat sini. Sekarang ni siapa ketua? Kau ke aku?" Dodo memberang lalu puntung rokoknya dicampak kasar lantas dipijak-pijak dengan tapak kasutnya.

"Maaf, tapi tuan perlu tahu." Nona tetap mempertahankan hujahnya.

Dodo mendengus kasar. Huh, ada anak buah pun semuanya bodoh. Tidak fasal-fasal, dirinya juga nampak bodoh di mata The Lord. Ya... mana dia tahu yang sebenarnya Sani langsung tidak memakai tikus, malah Sani tidak tahu apa-apa pun perkara berkaitan organisasi mereka.

Dalam hal ini, musuh utama mereka yang sebenarnya ialah bodyguard bertopeng si Sani. Tunggu masa saja, mereka pasti akan mendapat maklumat yang tepat mengenai siapa sebenarnya bodyguard itu. Tidak dapat tidak, mereka mesti menghapuskannya jika tidak mahu The Lord menghabiskan dirinya pula.

"Nona, intip Princess Devil. Ada masa terluang, bunuh. Bodyguard bertopeng itu pun, kasi jalan saja. One way to hell, no corner," arah Dodo kepada Nona yang masih setia tidak berganjak di hadapannya.

"Baik, Tuan Dodo," akur Nona lantas beredar dari situ.

Setelah bayang Nona si Poison Ivy menghilang di sebalik pintu, Dodo sekali lagi melepaskan keluhan. Haih bahasa Inggerisnya, entah betul entah salah. Ah, hentam sajalah Belalang...

*******

"Hah, apa tunggu lagi? Masuklah," gesa Tuan Walid kepada Aariz dan Khayra lalu terus menghilang ke dalam rumah.

Terburu-buru sangat Tuan Walid masuk ke dalam, entah apalah yang dikejarnya. Aariz dan Khayra, kedua-duanya saling berpandangan dan tersengih-sengih di muka pintu. Aduhai, hati. Janganlah kau berdrama pula dekat sini. Di dalam rumah itu hanya ada umi dan seekor kucing betina berbaka Maine Coon saja, bukannya ada singa pun!

Perlahan-lahan, Aariz dan Khayra menapak naik ke atas rumah. Dekorasi rumah banglo dua tingkat itu tidaklah mewah mana namun bolehlah dikatakan sebagai rumah orang 'ada-ada'. Namun, senyap sunyi saja rumahnya. Pelik.

Tuan Walid yang sudah menghilang entah ke mana membuatkan Aariz berasa tersangatlah canggung. Situasi ini berasa semakin tidak kena apabila Khayra juga meminta diri untuk naik ke biliknya sendiri. Sudahnya, tinggallah Aariz seorang diri di ruang tamu. Tidak tahu mahu membuat apa, Aariz akhirnya melabuhkan punggung di sofa.

Miaw!

Aariz berasa kakinya digesel-gesel dengan sesuatu yang berbulu. Tidaklah berasa geli bahkan hatinya tiba-tiba saja berbunga riang. Dia yang sedang termenung seorang diri di sofa serta-merta mengukir senyuman. Wah, cantiknya kamu! Sudahlah montel, comel pula.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें