Bab 27

3.6K 391 123
                                    

"Rara. Kau Rara kan?" laung seorang lelaki dari kejauhan. Berkejaran dia mengejar langkah laju Aariz dan Khayra.

Aariz pandang Khayra, Khayra pandang Aariz. Habislah, tembelang mereka berdua akan terbongkar jika Sadad berjaya mengecam Khayra. Macam mana ini? Aariz memejam mata mencari solusi.

"Papa, kenapa pipi papa panas?" Tiba-tiba kanak-kanak di atas dukungan Aariz menyoal polos. Mudah saja tangannya merayap ke pipi suci bersih Aariz.

'Panas? Aariz demamkah?' Hati Khayra dipagut risau. Tadi batuk, kini panas badan. Mahu tidak percaya, kanak-kanak tidak pandai menipu.

"Papa tidak apa-apa, papa okey saja sayang. Jomlah kita keluar dari sini, kata nak pergi tengok air menari?" Cepat-cepat Aariz membalas.

"Okey papa." Si kanak-kanak ketawa riang.

"Cepat jalan Rara, Sadad ada di belakang saja tu," bisik Aariz kepada Khayra yang jelas kelihatan risau saja memandangnya.

Rara, janganlah tengok aku dengan pandangan risau macam itu. Ya, aku mengaku yang aku tidak berapa okey sekarang ini, tetapi wallahi aku berjanji akan menjaga kau semampu aku. Sekarang, kita perlu melepaskan diri dari mata Sadad terlebih dahulu.

"Rara! Rara!" jerit Sadad lagi.

Langkah kaki Sadad semakin mendekat, mereka berdua pula tersekat. Aduh, masa ini jugalah orang ramai berpusu-pusu ke muka pintu. Oh ya lupa, waktu semakin menginjak ke tengah malam jadi pastilah pengunjung lain juga sudah mahu beredar dari situ.

'Apa nak jadi, jadilah.' Aariz menarik nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan.

Allah... sesak betul dirasakan nafasnya ketika ini, namun apa pun yang berlaku dia tidak boleh mengalah dengan kesakitan ini. Sadad mesti dilencongkan!

"Rara, dukung budak ni." Aariz meletakkan si kanak-kanak tersebut ke lantai untuk diganti dukung oleh Khayra.

Ya... mana boleh dia menyerahkan begitu sahaja kanak-kanak tersebut ke atas dukungan Rara. Jika tersentuh macam mana? Tunggulah apabila sudah halal nanti, tidak apalah jika mahu bersentuhan. Tidak berdosa malah mendatangkan pahala.

"Rara! Kau Rara kan?" terjah Sadad di depan Aariz dan Khayra.

Tercungap-cungap nafasnya melepaskan lelah yang tersisa hasil daripada berlari tadi. Panggilan terjerit-jerit daripada teman wanita si lubuk emasnya kini tidak lagi diendahkan, apa yang dia tahu Rara ada di depan matanya.

"Kau siapa, bro?" soal Aariz dengan muka sengaja dikerutkan lalu Rara yang berada di sampingnya dibawa ke belakang.

"Perempuan sebelah kau tu, Rara kan?" soal Sadad kasar, tidak mempedulikan soalan Aariz.

"Kau siapa main terjah-terjah? Ini isteri akulah, Nura. Rara mana pula kau ni?" Aariz membengang.

"Tak, aku yakin dia Rara. Mari sini tunjukkan muka kau perempuan!" tempik Sadad semakin agresif.

Mata-mata pengunjung lain yang memandang tidak dihiraukan, teman wanita gediknya juga tidak dipedulikan. Apa yang dikisahkannya sekarang ialah kunci kepada hartanya daripada Tuan Lord ada di depan matanya.

"Huargh... papa... mama... siapa pak cik hodoh ni? Adik takut. Isk... isk... huargh..." Si kanak-kanak yang berada di atas dukungan Khayra tiba-tiba meraung hebat dengan pelukannya pada gadis itu semakin kejap.

"Tengok bro, apa yang kau dah buat pada anak aku hah?" marah Aariz.

"Aku tak kira. Aku nak Rara!" jerkah Sadad kuat.

"Mana ada Rara di sini!" Aariz cuba bersabar. Tangan Sadad yang cuba menyentuh Rara ditepis kasar.

"Itu Rara!" bentak Sadad kuat lalu tanpa berfikir panjang, dia menerpa ke arah Khayra.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now