Bab 19

3.9K 421 204
                                    

"Rara, menantu umi tu suka makan apa?" tanya Puan Fatma selamba sambil mengupas bawang.

Uhuk! Uhuk!

Khayra yang sedang menyuap nestum ke dalam mulutnya terus tersedak. Apa punya soalan la umi ni, tidak fasal-fasal perit pula tekaknya terlekat nestum. Nasib baik nestumnya dibuat agak pejal, kalau dibuat agak cair mesti sudah termasuk ke dalam saluran hidung. Haih umi ini pun, sambil mengupas bawanglah dia membawang pasal Aariz.

"Tak tahu," jawab Khayra sambil menepuk-nepuk dada. Merah mukanya menahan perit tekak.

"Hish kamu ni Rara, Aariz tu bakal suami kamu, kenalah tahu pasal dia," bebel Puan Fatma. Mahu saja dia mencubit anaknya yang ini, geram betul!

"Ala umi, yakinnya dia bakal suami Rara." Rara memuncungkan bibir.

"Rara jangan macam-macam ya. Umi suka si Aariz tu jadi menantu umi. Dia calon terbaik untuk tundukkan mak singa macam Rara ni," balas Puan Fatma.

"Kata kat Rara pula, umi pun singa juga." Rara tersengih-sengih.

Umi, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buktinya, inilah. Jarang Rara dapat mengusik umi jadi sekali sekala mengusik, tidak salah kan? Khayra ketawa kemenangan di dalam hati.

"Singa singa umi pun, abi kamu sayang!" bidas Puan Fatma seraya mendabik dada sekali gus memulangkan paku buah keras kepada Khayra.

Hah, nak lawan umi? Sorry girl, umi terlebih dahulu makan garam daripada kamu. Sudahnya, Puan Fatma pula ketawa di dalam hati melihat wajah cemberut Khayra dikenakannya. Seronok kan, Rara?

"Ala umi ni." Buat kali kedua, Rara memuncungkan bibir lalu kembali menghabiskan nestumnya yang masih berbaki sedikit di dalam cawan. Acah-acah merajuk, kononnya.

"Rara," panggil Puan Fatma.

"Hm?" Khayra mengangkat kepala lalu menumpukan perhatiannya kepada Puan Fatma. Tidak jadi merajuklah, bukannya ada orang pujuk pun.

"Kamu ni kan, sejak kecil sampailah besar pun tetap saja suka makan nestum." Puan Fatma tersenyum-senyum.

"Favorite Raralah..." Khayra menjawab selamba.

"Masak Aariz nak beli nestum untuk kamu dan baby nanti," gelak Puan Fatma keras.

Uhuk! Uhuk!

Buat kali kedua, Khayra tersedak nestum. Apa ni umi! Ya Allah... tolonglah. Umi ni suka sangat kenakan Rara ni kenapa? Mahu saja Khayra menjerit dekat situ juga jika tidak memikirkan Aariz masih ada di ruang tamu bersama abinya. Ala, mahu menyorok dalam almarilah macam ni!

*********

"Kami berkenalan di Darul Hikmah semasa Rara berusia tujuh tahun." Aariz memulakan cerita. Sempat dikerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kirinya. Sudah jam 7.00 petang.

"Tetapi, perhubungan kami terputus ketika Rara berusia 12 tahun," sambung Aariz lagi.

Tuan Walid kelihatan mengangguk-angguk. Entah apalah dia dipersetujui oleh abinya si Rara itu, Aariz tidak tahu. Apa yang dia tahu, riak wajah Tuan Walid ketika ini tidaklah tegang, tetapi mahu dikatakan ceria tidak juga. Waduh, berdebar siot hatiku!

"Kami berjumpa semula di wad kecemasan tempoh hari," sambung Aariz lagi lalu memandang tepat kepada Tuan Walid yang juga menentang tajam anak matanya.

Zup!

Tajam menikam pandangan Tuan Walid kepadanya ketika ini.  Takut juga perasaannya, namun lelaki tegas di hadapannya ini ialah wali Rara. Maka, walau apa pun yang terjadi dia perlu mendapatkan keizinan lelaki ini terlebih dahulu jika ingin memperisterikan Rara.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin