[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀...

By fierose_

492K 22.7K 918

[T A M A T] [STAND ALONE] ×COVER BY @CORETANKASIH× Nak baca cerita ala-ala Mafia? Cerita yang buat korang sa... More

+CHARACTER+
0.0|◀prolog◀
1|HIDUP BARU
2|CUBA TEKA
3|MISI
4|RAHSIA
5|FIGHT
6|MEET YOU
7|BEKU
8|PLAY DIRTY
9|SALE
Teaser🔻10
10|DREAM
11|HER
12|IT'S ALWAYS YOU
13|LIE
14|GONE
15|HEART
16|MAKE YOU MINE
17|DANGER
18|TROUBLE
19|RAIN & CHOCOLATE
20|LOVE ME LIKE YOU DO
21|OUR DESTINY
22|SMILE TO HEART
23|SHINE TOGETHER
24|GODA DIA
25|TARGET
26|LAST FOR YOU
27|HIDE AND SEEK
28|TRAGEDY OF TWO HEARTS
29|PAIN
30|MEMORIES
31|DEVIL EYES
32|BEFORE YOU GO
33|WHO
34|LITTLE LOVE
35|OCEAN EYES
36|HEART LIES
37|FIRST STEP
38|BEHIND THE MASK
39|THE DAYS
40|IT'S TRUE LOVE
41|WANT MORE
42|EVERYTHING IS IMPORTANT
43|BLUE WOLF
44|BLOODY AUTUM
45|QUEEN•NIGHT FESTIVAL
47|BECAUSE OF YOU
48|IF I FALL IN LOVE
49|SAY YES
50|LET ME GET YOU
51|YOU ARE THE REASON
52|BCM - END
Hiii ✨

46|KING•BEAUTIFUL LIAR

5.1K 304 17
By fierose_

“The game is over”

🔱🔱🔱

Tuan Kenzo menyuruh Delivia duduk di atas lantai. Namun, Delivia tidak mahu duduk. Dia sudah tidak tahan dengan perangai Tuan Kenzo ini. Suka mengarahkan orang sahaja. Dalam fikiran Delivia, mereka berada di tempat luar, peluang untuk larikan diri masih ada bukan?

"Duduk sebelum aku bagi kepala kau dekat King " paksa Tuan Kenzo. Akhirnya, Delivia terpaksa duduk melutut di atas lantai itu. Sesekali, Delivia menutup hidungnya saat asap yang di hembuskan oleh Tuan Kenzo mengenainya.

Tuan Kenzo masih menikmati asap dari rokok itu dan tangan kirinya elok sahaja di masukkan ke dalam pocket seluarnya. Orang kanannya masih berdiri di sisi Tuan Kenzo dan ada beberapa lagi orang-orang Blue Wolf berdiri berbaris di tepi ruang bilik ini.

Delivia memandang sekeliling, sekarang mereka sudah berada di satu ruang sedikit besar seperti di dalam ruang yang kosong. Tiada perabot dan isi dalamnya tiada. Kenapa Tuan Kenzo membawa dirinya ke sini?


"Tuan, kejap lagi dia akan sampai" orang kanan Tuan Kenzo mula berbisik. Delivia dapat mendengar bisikkan itu kerana Tuan Kenzo berada dekat dengannya.

"Bagus. Dia sorang ke? " soal Tuan Kenzo.

"Tak. Dia bersama empat orang konco dia" balas orang kanan Tuan Kenzo.

"Pastikan dia tak membelot. Aku dah muak asyik jumpa orang yang suka membelot ni" balas Tuan Kenzo.

"Tak. Kali ni dia pegang janjinya. Yang lain sudah siasat kedatangan dia ke sini. Tiada apa yang mencurigakan" jawab orang kanannya.

"Bagus. Pastikan bersedia jika ada apa-apa yang berlaku. Lepas perempuan ni dah dijual, kerja kita selesai" balas Tuan Kenzo.

Delivia mula mencarut dalam hati. Betul apa yang dia fikirkan bahawa dia akan dijual kejap lagi. Kedua jemarinya mengenggam kuat pada bajunya. Dirinya sudah cemas.

Beberapa minit sudah berlalu, kedengaran bunyi tapak menghampiri mereka mula kuat.

Delivia menanti dengan penuh tanda tanya.

Tap

Tap

Seorang lelaki muncul lalu berjalan dengan santai ke arah Tuan Kenzo. Ada empat orang lagi lelaki mengikuti lelaki di hadapan mereka. Semuanya memakai  face mask jadi wajahnya tidak kelihatan.

Delivia merenung lelaki misteri itu yang berada di hadapan itu. Kedua mata lelaki itu seperti pernah di lihat satu tempat. Dahi Delivia mula berkerut saat cuba mengingati akan mata itu.

"Finally, kau datang" ujar Tuan Kenzo sambil melangkah beberapa tapak kehadapan. Lelaki itu masih diam tapi tangan kanannya menghulurkan satu beg berwarna hitam kepada Tuan Kenzo. Delivia merenung lama beg itu. Apakah isinya?

Tuan Kenzo mengambil beg itu lalu diletakkan ke bawah. Zip di tarik dan Tuan Kenzo tersenyum lebar. Di dalam beg itu ada sejumlah wang yang banyak dan sedikit bungkusan putih di dalamnya.

"Cukup? " soal lelaki misteri itu.

"Bagus, aku suka. Jadi semua dah settle, kau boleh ambil dia dan aku boleh pergi sekarang" ujar Tuan Kenzo sambil menangguk suka, lalu melangkah pergi bersama beg itu setelah menerima bayaran lumayan.

Delivia masih diam di situ. Saat lelaki itu menghampirinya, Delivia cepat-cepat bangun untuk lari dari situ.

Sap!

"Kau nak lari mana dear" lelaki itu terus menarik pinggang Delivia rapat dengannya. Mereka berdua mula bergelut.

"Lepaskan aku! " Delivia cuba menendang tapi pelukkan erat itu sungguh dia tidak boleh bergerak. Kepalanya dipaksa sandar pada dada lelaki itu.

"Shuutt– kau tak nak jumpa suami kau? Atau jumpa adik kesayangan kau?. Dia kembar kau bukan? " lelaki itu berbicara dengan perlahan. Delivia terdiam mendengarkan itu.

"Kau siapa? Lepaskan aku, aku rimas"  ujar Delivia sambil menolak badan lelaki itu agar menjauh.

"Tak kenal aku ke? Ouh aku lupa pula!" lelaki itu melepaskan pegangan itu lalu membuka mask di mulutnya. Senyuman senget terpapar di wajahnya.

"Surprise, it's me dear! " lelaki itu bersorak suka. Delivia memandang wajah lelaki itu lama. Dalam otaknya masih cuba memikirkan siapakah lelaki itu. Kenapa dia tidak kenal?

"Who are you? " soal Delivia pelik. Namun, saat Delivia merenung mata lelaki itu, dia tersentak kuat. Lelaki itu memandang pelik.

"Tak mungkin–" Delivia menapak ke belakang. Dia masih tak percaya apa yang dia lihat. Kejadian lama bermain di mindanya.

"Tayler–" Delivia menyebut perlahan nama lelaki itu.

"Yes, it's me" balas Tayler laju.

"Kenapa kau muncul dekat sini? Kau nak apa dari aku? " Delivia menyoal laju.

"Soalan mudah. Aku suruh Blue Wolf culik kau dan bawa ke sini. Ouh! Lagi satu. Aku nak bawa kau jumpa dengan King dan adik kau nanti. Aku ada hadiah untuk diaorang nanti" jelas Tayler.

"Untuk apa kau buat semua ni?" soal Delivia yang tidak faham segala rancangan Tayler. Tanpa buang masa, Tayler terus menarik Delivia ingin keluar dari rumah itu.

Bang!

Bang!

Bunyi kecoh dari luar semakin bising. Langkah Tayler terhenti di situ. Delivia pula masih cuba melepaskan pegangan itu.

"Shit, tak guna! Zen, kau pegang perempuan ni. Yang lain uruskan dekat luar, jangan bagi sesiapa masuk. " Tayler memberi arahan kepada tiga orang konconya. Manakala lagi sorang konconya yang bernama Zen terus memegang Delivia erat.

"Jangan pegang aku lah! " Delivia cuba melepaskan diri namun tidak berhasil. Tayler mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang badannya yang diselit di pocket seluar  lalu berjalan perlahan ke arah pintu untuk mengintip keadaan di luar.

Kedua matanya fokus merenung beberapa orang yang sudah mati di luar. Rahangnya diketap kuat. Orang Blue Wolf yang datang tadi telah mati di luar rumah ini. Tuan Kenzo sudah tidak kelihatan di situ, mungkin sudah sempat menyembunyikan diri.

Tayler cuba memerhati lagi beberapa orang yang sedang bergelut. Tayler mula terkejut apa yang dia lihat. Dia kenal lelaki itu yang sedang berlawan dengan orang Blue Wolf di luar rumah ini.

"Kau sudah sampai King? Cepat betul jumpa aku" Tayler berkata perlahan lalu tersenyum sinis. Nampaknya, rancangan dia semakin mudah. Tayler menapak kembali ke arah Delivia namun langkahnya terhenti seketika saat ternampak satu kerusi kayu di tepi dinding itu.

Tayler terus mengambil kerusi itu lalu dibawa ke arah Delivia.

"Duduk" arah Tayler. Delivia bergerak perlahan lalu duduk di kerusi itu. Zen berdiri di belakang Delivia untuk menjaga pergerakan Delivia.

"Kau dengar sini, kalau kau cuba bangun dari kerusi ni, kau mati atau pun orang yang kau sayang akan mati, faham? " Tayler mula beri ugutan. Delivia menangguk laju sahaja. Dia buntu ingin lakukan apa, jadi dia terpaksa mengikuti arahan Tayler.

BAM!

Kedengaran pintu di tendang kuat. Bunyi tapak kaki semakin kuat di dengari.

Akhirnya, Carlo muncul di hadapan mereka. Sedikit bekas luka di tubuhnya di lihat oleh Delivia. Renungan sayu diberikan oleh Delivia, salah dirinya kah hingga buatkan Carlo terluka?

Tayler berdiri di sebelah Delivia. Hujung pucuk pistol itu di mainkan di wajah Delivia. Senyuman nakal Tayler  sudah muncul.

"Dia tak bersalah Tayler–" Carlo mula bersuara. Pistol di genggamannya masih di pegang erat. Segala urat di tubuh Carlo mula kelihatan di permukaan kulitnya saat Tayler menyentuh Delivia. Dia panas melihat perbuatan itu.

"I know–" Tayler membalas ringkas. Kemudian pandangan sebuah dendam mula kelihatan di mata Tayler.

"Kau tahu siapa yang bersalah sekarang? Daddy kau yang bersalah sebab dah bunuh ayah aku! Kau patut tanggung semua tu" ujar Tayler dengan nada marah. Dia marah dan berdendam apa yang telah dilakukan oleh daddy Carlo.

Waktu itu, saat khabar berita tentang kematian ayahnya di sampaikan kepada dirinya, hatinya sudah remuk seribu. Apatah lagi dikatakan bahawa ayahnya di bunuh kerana dikatakan telah membelot satu perjanjian antara hubungan dengan Black Crown. Ayahnya juga telah dikatakan cuba membuat perangkap untuk orang-orang Black Crown.

Tayler tidak percaya semua itu, ayahnya tidak pernah menipu atau membelot kepada sesiapa. Dulu, ayahnya bekerja di bawah Black Crown iaitu menjadi sebahagian mata-mata untuk menjaga Black Crown ini.  Namun entah bagaimana, ayahnya dituduh sebagai pembelot dan juga dituduh sebagai seorang pengkhianat dalam kumpulan sendiri.

Setelah kematian ayahnya yang telah dibunuh oleh daddy Carlo, dia membawa diri ke satu tempat yang jauh bersama rakan baik ayahnya. Tiada sesiapa yang dapat menjejakinya. Waktu itu umurnya 13 tahun. Dan waktu itu juga dibesarkan oleh rakan baik ayahnya.

"Tapi tu dah terbayar bukan? Kau lupa yang kau dah upah orang untuk bunuh mummy aku! Dan beberapa tahun kemudian, kau bunuh daddy aku dengan tangan kau sendiri. Kau dah buat Black Crown kacau bilau dengan kumpulan lain dan waktu pergaduhan besar tu, kau diam-diam serang daddy aku! Kau munculkan diri setelah bersembunyi beberapa tahun lalu kan? " Carlo membalas tanpa ragu kerana dia sudah siasat semua itu.

Dia sudah jumpa semua bukti waktu itu. Dan tak salah lagi daddynya di bunuh oleh Tayler.

Nak dipendekkan cerita, ketika Carlo berumur 12 tahun, mummynya telah di bunuh dalam rumah mereka. Waktu itu juga sebenarnya Tayler mengupah orang untuk bunuh mummynya.

Setelah beberapa tahun kemudian saat umur Carlo berumur 14 tahun, daddynya dibunuh oleh Tayler juga. Umur mereka hanya jarak 4 tahun sahaja. Tayler sudah bertekad untuk membalas dendam atas kematian ayahnya.

"Ya, semua tu sudah terbayar sebab aku dah pun bunuh mummy dan daddy kau. Cuma kali ni, aku tak nak kau hidup bahagia! Semua yang kau nak, kau boleh dapat sekelip mata sahaja. Kau tak layak bahagia! " ujar Tayler dengan nada mendatar.

Carlo hanya mampu menyumpah seranah melihat Tayler seperti sakit jiwa sahaja. Sungguh tak sangka keadaan Tayler bergitu.

Tiba-tiba Leader muncul di situ sambil dirinya yang sudah separuh semput setelah selesaikan beberapa orang musuh di luar rumah ini. Leader dapat berjumpa dengan kakaknya, Delivia!  Namun, lelaki di sebelah Delivia buat dia marah kembali. Lagi-lagi Tayler sedang bermain pada wajah Delivia yang sudah tidak selesa itu.

"Adik–" Delivia berbisik perlahan saat Leader muncul di hadapannya. Sungguh dia rindukan Leader setelah lama tidak berjumpa, semenjak dia keluar dari hopital waktu itu.

"Akhirnya, dua lelaki yang kau sayang dah muncul. Kau suka tak Delivia?" Tayler menyoal kemudian mendekatkan wajahnya di tepi wajah Delivia. Tayler mencium bau wangian di rambut Delivia. Perlahan-lahan, jemari Tayler bermain pada rambut Delivia. Kemudian, Tayler memandang Carlo dan Leader yang kelihatan sudah kepanasan. Tayler tersenyum lebar.

"Kau nak isteri kau tak King? Dan kau Daniel Ahlan, kau nak kembar kesayangan kau tak? " soal Tayler.

Leader tersentak kuat saat nama sebenarnya di sebut oleh Tayler. Bagaimana Tayler boleh tahu?

"Kenapa Leader? Kau terkejut? Ahh lagi satu, kau tak nak cari sampai dapat ke siapa yang berikan kau kerja? Atau kau dah jumpa siapa yang selama ni beri kau upah untuk bunuh orang?" ujar Tayler lagi.

Leader dan Carlo sudah menangkap sesuatu apa yang ingin disampaikan oleh Tayler.

"Jangan kata kau–" Leader tak meneruskan katanya kerana sungguh tidak percaya apa yang telah berlaku. Tak mungkin dia bekerja untuk Tayler.

"Yah, aku lah yang selalu beri kau kerja. Kalau nak tahu, aku mula-mula tak tahu tentang hubungan kau dengan King dan perempuan ni, Delivia. Tapi, selepas aku selidik kenapa kau tak nak bunuh King, barulah aku tahu rupanya King abang ipar kau. Kecil betul dunia ni bukan? " ujar Tayler lalu ketawa suka.

Carlo hanya diam mendengar perbualan mereka berdua. Sambil itu, dia mendengar suara Elton dari kepingan kecil earpiece di telinganya.

"King, semuanya dah ready. Konco dia dah mati, yang lain dah tunggu dekat luar. Line clear aku akan terus buat kerja aku seperti apa yang kita dah plan" Ujar Elton lengkap. Sekarang ni Carlo tengah tunggu peluang untuk serang. Dia tidak boleh terburu-buru untuk serang.

"Aku tak nak buang masa Tayler, baik kau lepaskan isteri aku" Carlo terus mengangkat pistolnya menghala ke arah Tayler manakala Leader menghalakan pistolnya ke arah Zen di belakang Delivia.

"Kalau kau tembak aku, aku bunuh isteri kau" ujar Tayler sambil berdiri tegak kembali. Zen meletakkan hujung pucuk pistolnya di tepi kepala Delivia. Delivia terpejam mata sesaat dia rasakan benda keras di tepi kepalanya. Dalam fikiran Tayler sekarang ini, dia perlu mengambil Delivia dan bunuh semua musuhnya. Dia perlu cepat untuk pergi dari situ.

"Bawa dia keluar sekali " arah Tayler kepada Zen. Zen memegang Delivia untuk berdiri sambil mengacukan pistol di belakang pinggang Delivia. Tayler tersenyum senget sambil pistolnya di halakan selang seli ke arah Carlo dan Leader. Tayler menendang pintu kertas itu lalu ianya terkoyak. Mereka keluar dari rumah itu dengan berjalan cepat untuk larikan diri.

Carlo dan Leader yang ingin mengejar mereka terus ditembak secara rawak oleh Tayler. Carlo dan Leader terus mencari tempat sembunyi. Carlo bukan lemah kerana tak mampu melawan dua orang musuh, dia tahu bahawa Tayler seorang yang licik. Bila-bila masa sahaja isterinya akan ditembak.

"Elton, kau dah dapat? " Carlo terus memegang earpiece di telinganya untuk fokus mendengar suara Elton.

"Aku dah jumpa dia. Don't worry senang bagi aku" Elton membalas dengan yakin.

"Bagus,cepat" balas Carlo kemudian dia dan Leader mengejar langkah Tayler.

Manakala, Elton sudah bersama dengan sniper rifle kesayangannya. Mata sebelahnya di fokuskan pada teleskop. Lucas dan Rubby bersama dengannya.

Klik!

Snipernya di halakan pada Tayler yang sedang berlari bersama Zen dan Delivia. Kepala Tayler di attack cepat.

"Weh nah, jom turun! " Rubby dengan selamba mencampak pistol ke arah Lucas. Lucas yang tak bersedia itu cuba menyambut pistol itu sambil mengundur kebelakang.

Bukk!

Suupp!

"Fuck!  Apa masalah kau ni? " Elton terus marah saat tembakannya meleset lalu terkena di bahu konco Tayler, iaitu Zen.

Lucas tersengih kerana tidak sengaja terlanggar Elton yang sedang fokus menembak itu.

"Sorry bro–" balas Lucas lalu cepat-cepat menjauhkan diri mengejar Rubby yang sudah turun dari rooftop ini. Elton menjeling maut lalu mencari kembali targetnya.

Manakala, Leader yang handal menembak itu terus melakukan headshot pada dahi Zen setelah dapati Zen terkena tembakan di bahunya.

Bang!

Bang!

Delivia terlepas dari pegangan Zen. Tayler yang tersedar Zen sudah tumbang terus menarik lengan Delivia untuk terus bergerak masuk ke jalan kecil rumah jepun di situ.

"Diam! " arah Tayler melihat Delivia masih cuba melepaskan diri. Konco dia sudah mati, dia datang ke sini tidak ramai dan tidak sangka akan jadi seperti ini.

Tayler dapat lihat orang-orang Black Crown mengejarnya. Baru sahaja Tayler berlari bersama Delivia, Delivia dengan pantas merentap tangannya dan dia terlepas dari pegangan Tayler yang  sudah pun sedikit jauh dengan dirinya. Delivia yang ingin melarikan diri terus terbantut saat–

"Degil" Tayler terus melepaskan tembakan di bahu Delivia

Bang!

"Arghhh! " Delivia menjerit sakit lalu menekup bahunya yang di tembak dan terduduk di atas jalan itu. Delivia tidak sempat mengelak serangan itu. Darah mula mengalir.

Tayler menapak ke arah Delivia. Pistol di halakan ke arah Delivia.

"Good bye dear–" senyuman puas terhias di wajah Tayler.

Bang!

Bang!

Bang!

Delivia terpejam mata erat. Air mata turun perlahan mengalir.

"Sayang–" Carlo sudah berada di hadapan isterinya. Kepala Delivia di pegang. Delivia terus membuka matanya.

"Abang–" ujar Delivia dan terus menangis. Dia masih hidup. Carlo memeluk isterinya. Nasib baik luka di bahu isterinya tidak parah.

Manakala Tayler sudah jatuh tersungkur. Badannya sudah kena tembakan dan kakinya juga. Tayler masih hidup lagi. Wajahnya berkerut menahan sakit.

"Kau patut mati Tayler" ujar Leader yang sudah berdiri di hadapannya.

"Ada kata-kata akhir? " soal Leader sambil pistolnya di halakan pada kepala Tayler.

Slaid di tarik dan baru sahaja ingin menembak, Tayler juga telah pantas menembak ke arah Leader. Kedua mata Leader membulat besar, ianya terlalu pantas.

"Leader! " entah dari mana munculnya Hans, dia telah berlari menolak Leader ke tepi dan mengantikan tempat Leader.

Bang!

Bang!

Tayler sempat melepaskan beberapa tembakan sebelum dirinya ditembak mati di kepala oleh orang Black Crown yang lain.

"Hans! " Leader menuju ke arah Hans yang sudah terbaring di atas jalan itu. Darah keluar mengalir dari dada Hans.

"No, kau tak boleh mati Hans! Kau dengar tak? " kepala Hans di usap oleh Leader. Dia tak nak kehilangan satu-satunya sahabatnya.

"Leader– maafkan aku" ujar Hans dengan nada perlahan. Nafasnya sudah tidak teratur.

Carlo dan Delivia hanya mampu memandang sayu kepada Hans. Kejadian yang tak di sangka telah berlaku. Manakala Lucas, Rubby dan Elton baru sampai di tempat mereka. Mereka terkejut dengan apa yang dah terjadi.

"Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku dan untuk se– semunya " ujar Hans dan itu merupakan kata-kata terkahir sebelum dia menghembusan nafasnya terkahirnya.

Leader sudah mengalir air matanya. Hatinya susah nak terima semua itu.

Tidak lama kemudian, letupan bunga api mula kedengaran sempena menyambut perayaan malam di kota Chichibu ini. Cahaya yang berwarna warni tu mengindahkan suasana pada malam itu.

Kerja mereka telah selesai di negara Japan ini. Tayler dan konconya sudah mati. Mereka semua perlu beredar dari situ. Tubuh Hans yang sudah tidak bernyawa itu di tenung lama oleh Leader sebelum di angkat untuk pergi dari tempat itu.

Akhirnya mereka semua pergi dari situ setelah memastikan jejak mereka telah di hapuskan.

.
.
.

The last day of 2020, thank you for reading my story and I love you guys✨

Thanks vote and comment! ❤💙❤

Continue Reading

You'll Also Like

5.9K 142 27
Qaisarah Mardiah, seorang gadis yang sering ditimpa malang. Kehidupannya bertambah teruk apabila abang tiri yang disangkakan mampu menjadi tempat per...
294K 9.6K 51
𝐋𝐔𝐊𝐄 𝐌𝐈𝐂𝐇𝐀𝐄𝐋 & 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 🤍 Arabella Alana yang terpaksa menikah dengan Luke Michael menggantikan kakak kembarnya Anabel...
1.8K 222 9
"Awak ni asyik merajuk je kerja. Budak kecik ke apa ni?" - Adella Durrah Dapat seorang suami seperti kebudak-budakkan bukanlah sesuatu yang dia impik...
513K 23.3K 61
"She my fiancee" Ucap Rayyan kepada lelaki dihadapan Lyna "Rayyan!" "Get away from her right now if you love your life" ****************** "Enough T...