[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀...

By fierose_

492K 22.7K 918

[T A M A T] [STAND ALONE] ×COVER BY @CORETANKASIH× Nak baca cerita ala-ala Mafia? Cerita yang buat korang sa... More

+CHARACTER+
0.0|◀prolog◀
1|HIDUP BARU
2|CUBA TEKA
3|MISI
4|RAHSIA
5|FIGHT
6|MEET YOU
7|BEKU
8|PLAY DIRTY
9|SALE
Teaser🔻10
10|DREAM
11|HER
12|IT'S ALWAYS YOU
13|LIE
14|GONE
15|HEART
16|MAKE YOU MINE
17|DANGER
18|TROUBLE
19|RAIN & CHOCOLATE
20|LOVE ME LIKE YOU DO
21|OUR DESTINY
22|SMILE TO HEART
23|SHINE TOGETHER
24|GODA DIA
25|TARGET
26|LAST FOR YOU
27|HIDE AND SEEK
28|TRAGEDY OF TWO HEARTS
29|PAIN
30|MEMORIES
31|DEVIL EYES
32|BEFORE YOU GO
33|WHO
34|LITTLE LOVE
35|OCEAN EYES
36|HEART LIES
37|FIRST STEP
38|BEHIND THE MASK
39|THE DAYS
40|IT'S TRUE LOVE
41|WANT MORE
42|EVERYTHING IS IMPORTANT
44|BLOODY AUTUM
45|QUEEN•NIGHT FESTIVAL
46|KING•BEAUTIFUL LIAR
47|BECAUSE OF YOU
48|IF I FALL IN LOVE
49|SAY YES
50|LET ME GET YOU
51|YOU ARE THE REASON
52|BCM - END
Hiii ✨

43|BLUE WOLF

6K 304 27
By fierose_

“It's time to finish the game”

🔱🔱🔱


Beberapa minggu kemudian...

Leader terduduk lemah di atas kerusi kayu itu. Jacket hitam di tanggalkan dengan malas lalu di campak di atas meja kecil hadapannya. Dia sudah letih setelah pulang dari beberapa tempat dia pergi. Dia masih mencari jejak orang itu, orang yang selalu memberinya target untuk membunuh.

Dia selalu dapat rasakan orang-orang itu semakin menghampiri dirinya, cuma tidak muncul lagi secara berhadapan. Leader selalu berhati-hati saat keluar dari rumah kerana dia tahu mesti ada mata-mata yang memerhati dirinya.

Matanya yang ingin terpejam rapat terhenti dan matanya terbuka luas. Cepat-cepat dia mendapatkan kembali jacket hitamnya itu. Tangannya terus memasukkan dalam pocket dan mengambil sesuatu.

Beberapa keping gambar serta kertas berisi ugutan terakhir untuknya. Leader membuka kertas terlipat itu dan di baca. Rahangnya di ketap kuat saat membaca ugutan pada atas kertas itu.

Leader tahu yang dia sudah kesuntukan masa dalam menyelesaikan masalahnya untuk cuba jumpa sendiri orang itu. Nak ikutkan pada mulanya, dia ingin larikan diri jauh dari tempat dia tinggal dan dia tidak akan ikut arahan orang yang selalu memberinya target. Tapi disebabkan keselamatan orang sekelilingnya dan punca datang daripadanya, dia cuba untuk menangani seorang diri.

Matanya teralih pula pada beberapa keping gambar di hadapannya.

"Tak guna kau-" ujar Leader dengan perasaan yang tidak puas hati. Gambar itu ada wajah Delivia yang di ambil secara spontan. Satu keping lagi terhias wajah Carlo. Juga gambar Hans. Perlahan-lahan Leader memusingkan gambar itu dan lagi sekali tulisan berbau ugutan tertulis di belakangnya.

"Just wait. Angels will come to take your life and they too, get ready"

Leader merenung tajam pada ayat itu setelah di baca perlahan. Nampaknya dia memang kena bertindak sekarang. Dia perlu cari siapa sebenarnya orang itu.

Skip-

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut seseorang mula kedengaran.

Kini sepasang kasut tumit tinggi berhenti di hadapannya. Wajah perempuan itu memandang wajah Leader yang masih berdiri di situ. Wajah Leader masih menunduk ke bawah seakan termenung.

Suasana jeda seketika.

"Hello? " Aurora mula memanggil. Tali beg tangannya yang tersangkut di bahu kanan, di betulkan sedikit. Rambut panjangnya di selak ke belakang. Cuaca pada hari ini sungguh panas sekali rasanya. Tubuhnya sedikit penat kerana hampir separuh hari menyiapkan kerjanya. Semanjak Mr Lorenzo telah meninggal, Aurora mengambil alih dalam syarikat milik daddynya.

Leader terus mengangkat wajahnya lalu tersenyum nipis melihat tingkah laku perempuan itu. Perangai perempuan itu tidak pernah berubah semenjak waktu perkenalan singkat lalu. Tidak sangka pula mereka berdua sudah berkawan rapat.

"Sorry ganggu" ujar Leader yang masih menyandarkan tubuh belakangnya di pintu keretanya.

Aurora terjongket keningnya.

"Sejak bila Mr Daniel pandai cakap sorry ni? Selalunya tak kisah sahaja" balas Aurora. Leader menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa ya? Dia pun tidak tahu kenapa dengan dia hari ini.

"Lupakan. Kau dah habis kerja kan? Jom ikut aku " Leader sudah berdiri tegak. Aurora berkerut dahi.

"Pergi mana?" soal Aurora hairan.

"Adalah, rahsia" balas Leader.

"Sejak bila ye Mr Daniel ni pandai berahsia pula? " Aurora mula meletakkan jari telunjuknya di dagunya kemudian diketuk perlahan, curiga.

"Stop panggil Mr Daniel. Panggil je lah Leader, senang" ujar Leader yang tidak suka nama sebenarnya di sebut.

"Kenapa tak suka panggil nama sebenar? " soal Aurora hairan. Leader terdiam seketika. Pandangannya teralih seketika pada beberapa buah kereta yang keluar dari tempat parking kereta ini.

"Tak ada sebab cuma banyak kenangan pahit. Sudah lupakan, aku malas nak fikirkan benda ni" Leader memandang wajah Aurora. Perempuan itu masih merenungnya. Seketika kemudian, perempuan itu membalas.

"Baiklah encik Leader!" balas Aurora dengan sengihan di bibirnya. Mungkin Aurora cuba mencari suasana ceria kembali. Dia tidak tahu apa yang Leader telah tempuhi jadi lebih baik dia tidak bertanyakan apa-apa lagi. Leader tersenyum nipis.

"Encik tua sangat lah, panggil abang Leader. Kan sedap bunyinya tu-" usik Leader pula. Aurora terdiam seketika. Leader pula ketawa jahat dalam hati.

Krikkk krikk

Bunyi cengkerik datang menyinggah.

"Cepatlah masuk sebelum aku culik kau" Leader terus masuk bahagian pemandu, enjin di hidupkan. Aurora terus masuk sebelah tempat pemandu. Dalam diam, Aurora tersenyuman malu. Hatinya pula bagaikan berbunga-bunga. Entahlah, sudah lama dia simpan perasaannya setelah kejadian tempoh hari. Dia hanya mampu menyimpan kata-kata hatinya itu.

Leader mencuri pandang wajah perempuan itu di sebelahnya, bukan senang nak melihat wajah blushing itu. Macam tomato! Nak gigit je rasanya pipi perempuan itu.

Akhirnya, mereka berdua bergerak pergi dari situ.

🔱🔱🔱

"Abang Lucas! " Nix mula terjerit kecil saat kehadiran Lucas datang ke markas itu. Lucas yang sudah keluar dari kereta itu kebingungan melihat Nix melambai-lambai ke arahnya dari tingkap atas, tingkat kedua.

"Kenapa? " balas Lucas yang masih mendongak memandang ke arah Nix.

"Cepatlah sini! " arah Nix. Lucas terus masuk ke dalam melalui pintu utama. Kelihatan beberapa orang bawahnya yang sedang makan mengelilingi meja bulat besar itu.

"Kerja yang Elton bagi dah settle ke? " soal Lucas saat teringat pesanan dari Elton. Disebabkan Elton ada hal, terpaksa lah dia datang ke sini sorang diri melihat keadaan markas ini.

"Sudah" balas Ozgue. Lucas mengangguk kecil.

"Tak apa korang buat hal korang, aku naik atas jumpa Nix kejap" pesan Lucas. Ozgue hanya menghantar pandangan kelibat Lucas menaiki anak tangga itu. Kemudian dia sambung makan kembali. Masing-masing kelaparan setelah menyelesaikan kerja yang di berikan oleh Elton itu, cuma kerja itu agak berat sedikit. Nasib baiklah mereka pulang dengan selamat.

Lucas masuk ke dalam bilik Nix. Lagi sekali Lucas mengelip mata banyak kali saat memandang gambar dan poster-poster yang melekat di dinding bilik budak itu. Minat betul dengan anime itu.

"Ha abang sini" Nix terus menarik tangan Lucas untuk duduk di atas katilnya. Kemudian Nix pula duduk di kerusi meja belajarnya. Pandangannya kembali fokus pada skrin komputernya. Jemarinya lincah sahaja menari di atas keyboard itu.

Tap!

"Nix dah jumpa yang abang Lucas suruh cari hari tu" ujar Nix.

"Err hari tu? Cari apa? " soal Lucas yang seakan tidak mengerti kata-kata budak itu. Nix menepuk dahi.

"Abang- kan ada suruh Nix carikan maklumat tentang latar belakang kakak Delivia? Ingat tak? " soal Nix.

Beberapa saat kemudian Lucas baru ingat kembali.

"Ahh! Ingat. Tapi kan, sebenarnya abang dah dapat maklumat tu dah" jawab Lucas. Dia tak tahu pula yang budak itu akan mencari sampai dapat, kata-kata waktu itu dia hanya bersahaja dan tidaklah serius untuk menyuruh Nix mencarinya.

"Abanggg! Susah payah je Nix cari. Bakaaa! Hitori de jikan o muda ni! (Bodoh, membazirkan masa sahaja!) " Nix terus manarik muka sambil mencarut untuk diri sendiri.

"Oi oi bahasa apa kau mencarut ni? " ujar Lucas yang memang dengar kata-kata budak itu.

"Nanimonai! (tidak apa apa) " Nix terus sambung bermain dengan komputernya. Maklumat tadi terus sahaja di hapuskan. Punyalah berhari-hari dia mencari maklumat itu, sudah lah susah!

"Aku tak faham. Suka hatilah apa yang kau nak cakap. Oi kau merajuk ke? Serius lah ni? " soal Lucas tidak percaya. Jarang budak ni buat perangai.

"Nak aku pujuk lah ni? Okk faham. Di sebabkan punca datang dari aku, ha cepat kau nak apa, aku bagi satu je. Anggap je lah ni hadiah dari aku" ujar Lucas dan dia mencarut dalam hati.

'Apa yang aku merepek ni? Pahal aku nak melayan pula perangai budak ni!?'

"Betul ni?!" Nix sudah berdiri tegak. Dalam fikirannya sudah terbayang macam-macam. Lucas angguk paksa.

"Walaupun mahal? " soal Nix laju. Lucas menelan air liur. Jangan macam-macam sudahlah.

"Emmm" Nix menggosok bawah dagunya. Cuba memikirkan hadiah apa yang perlu dia minta. Lucas tertelan air liur. Semoga duitnya tidak habislah.

"Nanti Nix bagi tahu! " ujar Nix dan Lucas menghembus nafas perlahan.

"Okey. Aku balik dulu" Lucas terus meninggalkan Nix yang sudah pun kembali ceria dengan menyambung kembali menatap komputernya itu. Lucas sempat memandang gambar yang melekat di dinding bilik budak itu.

"Matilah aku-" Lucas berbisik perlahan setelah menatap gambar anime itu.

Manakala Nix sudah bahagia memikirkan apa yang dia mahukan. Matanya bersinar-sinar melihat sebuah tempat di paparan skrin komputernya. Tempat idamannya.

"Ima okonatteru! (Aku datang!) " Nix menjerit suka.

🔱🔱🔱

"Sayang? " Carlo mula memanggil isterinya itu yang sedang fokus memilih pakaian. Telefon di simpan ke dalam pocket seluarnya lalu menuju ke arah isterinya. Di sebabkan Delivia teringin nak pergi shopping, maka Carlo ikutkan sahaja. Tidak lupa juga Rubby ikut menyelit menemani Delivia memilih beberapa pakaian di hadapan mereka.

"Belum lagi ke? " soal Carlo. Delivia memandang sekilas ke arah Carlo kemudian sambung kembali membelek baju. Carlo menjongket sebelah keningnya.

"Abang dating je lah dengan telefon tu" ujar Delivia berbau merajuk. Rubby hanya diam sahaja kerana dia masih mencari pakaian yang ngam di matanya kerana Carlo belanja dia sekali. Peluang ni lah yang Rubby tunggukan, bukan senang nak dapat!

"Sayang, abang call kejap je" Carlo memeluk perlahan pinggang isterinya. Delivia hanya diam tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Bukan Carlo sengaja untuk bergayut dengan telefon lama-lama, cuma dia ada banyak kerja yang harus dibselesaikan.

"Sayang–"

"Rubby dah pilih ke? " Delivia terus memanggil Rubby. Carlo menatap isterinya lama. Jangan buat hal sudah.

"Huh? Err dah" jawab Rubby laju. Beberapa pasang baju di hulur pada Rubby.

"Bayarkan kejap. Del nak pergi tandas" arah Delivia lalu terus meninggalkan Carlo dan Rubby di situ. Mereka berdua terpinga seketika.

"Err kad? Hehe–" Rubby memandang abangnya itu sambil tersengih. Carlo menjeling sekilas sebelum menghulurkan kad kreditnya. Kemudian Carlo memandang tubuh isterinya yang sudah menjauh darinya. Semenjak beberapa hari ni perangai Delivia semakin menjadi-jadi. Hal kecil pun nak dibesarkan. Hampir pening dibuatnya.

Skip–


Dua puluh minit berlalu.

Bayang-bayang Delivia masih tidak kelihatan. Panggilan pun tidak di jawab. Carlo sudah mula risau. Tak pernah lama sebegini isterinya pergi tandas atau merajuk lagi dengannya?

"Suruh diaorang keluar dari kereta, cari Delivia sampai dapat. Kita berpecah cari dia. Aku rasa macam tak sedap hati" arah Carlo tegas. Rubby tanpa banyak tanya terus bertindak. Mereka berdua berlari anak. Orang sekeliling yang memandang pelik ke arah mereka,  tidak dihiraukan langsung oleh Carlo dan Rubby.

'Delivia, muncul lah–'

Carlo mencari Delivia di dalam tandas perempuan, beberapa orang perempuan terjerit kerana terkejut dengan kemunculan Carlo di dalam tandas perempuan. Carlo tidak menghiraukan. Apabila didapati Delivia tidak ada di dalam tandas itu, terus sahaja Carlo keluar.

Carlo mengetap rahang, tangan di kepal kuat. Dia takut kejadian lama berulang kembali. Tidak, dia mesti menghalangnya. Telefon di keluarkan semula. Kakinya berjalan laju, tidak lari dan tidak terlalu laju. Ibu jarinya mula menyentuh skrin dengan lincah. Dia cuba untuk mengesan kedudukan isterinya itu.

"Shit! " Carlo mula mencarut. Telefon Delivia sudah di matikan. Akhirnya Carlo keluar dari bangunan itu setelah puas mencari di dalam.

Manakala–

Delivia masih diam tidak berbunyi. Jantungnya masih berdegup kencang. Telefonnya di gengam erat. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana bateri sudah habis! Bodoh rasanya tidak cas penuh sebelum keluar pergi shopping.

Delivia masih bersembunyi di parking kereta ini. Nasib baik kereta banyak di sini,  jadi dia boleh menyorok. Beberapa orang lelaki asing seakan tidak berputus asa mencari dirinya. Dahi Delivia berkerut seribu. Siapakah mereka? Apa yang dia mahukan?

Sebenarnya, selepas Delivia keluar dari tandas dia dapat rasakan ada orang mengikuti dirinya. Jadi untuk tidak merisaukan suaminya, dia cuba bawa diri jauh ke tempat orang ramai di shopping mall ini. Dan di sini lah dia berada sekarang ini, tempat parking kereta.

Ye, Delivia bodoh kerana tidak terus ke tempat suaminya,  dia bodoh kerana lupa ke yang suaminya itu seorang mafia? Delivia bodoh kerana terlalu panik!  Jadi jangan salahkan Delivia ya.

"Doko ni imasu ka? (Where are you?)" seorang lelaki bertatu di tangannya mula memanggil. Delivia terkedu seketika.

'Bahasa apakah itu? Bahasa Japanese kah? Macam mana orang Jepun boleh tersesat dekat Itali ni?' bisik Delivia dalam hati.

Delivia mengundurkan diri ke belakang perlahan-lahan lalu pergi ke kereta lain. Waktu sudah ingin berganjak malam. Rasanya tadi mereka keluar lewat petang. Dekat situ banyak kereta tapi orang-orang masih di dalam membeli-belah lagi. Hanya beberapa orang sahaja yang ada itu pun jauh darinya! Tempat parking kereta ini besar! Jadi mustahil untuk nampak dirinya kan?

Tap–

Tap–

Bunyi tapak kaki seakan semakin dekat dengannya. Peluh sudah mula keluar.

Bahu Delivia disentuh dari belakang.

Glup!

"Mitsuketa! (I found it) " suara garau menyapa telinganya. Mata Delivia membulat besar. Cepatnya mereka menjumpai dia?

Baru sahaja tangan Delivia ingin menepis tangan lelaki itu di bahunya,  dirinya sudah di tarik dekat dan kawasan mulutnya di tekup dengan kain dan hidung Delivia seakan bau ubat yang sangat kuat. Bau apakah itu? Badannya yang sudah meronta-ronta kini semakin lemah.

Perlahan-lahan tubuh Delivia jatuh ke bawah dan di sambut oleh lelaki asing itu. Akhirnya kedua matanya terpejam erat kesan dari ubat tadi.

Skip–

Streett–

Beberapa  buah kereta meluncur keluar dari bangunan itu. Carlo dan beberapa ahli Black Crown itu sudah pun tiba di kawasan parking kereta. Mereka sedikit hairan dengan kemunculan beberapa kereta itu seakan terasa asing sekali.

Carlo dapat menangkap wajah salah satu di dalam kereta itu. Dia tersentak kuat.

"Tak mungkin–" ujar Carlo perlahan. Rubby di sebelahnya memandang Carlo.

"Kenapa? " soal Rubby.

"Aku rasa itu Blue Wolf" balas Carlo. Rubby terdiam seketika. Bagaimana mereka boleh sampai ke sini? Dan rasanya tiada masalah dengan mereka malah kurang sekali berurusan dengan mereka.

"King! " salah seorang ahli Black Crown mula memanggil. Tangannya seakan menunjukkan sesuatu.

Kain biru kecil yang telah tertulis dengan dakwat merah.

Carlo mengambil kain itu lalu di baca.

'Get your wife'- Blue Wolf

Lagi sekali masalah bertambah. Carlo mengepal tangannya lalu di hentak kuat pada bahagian depan kereta.

Bumm!

"Balik–" arah Carlo dengan nada mendatar. Urat-urat mula timbul di permukaan kulitnya. Dia perlu dapatkan isterinya semula.

.
.
.

Ehem!

Haii semuanya! Sihat? Hehe maaf baru muncul hari ini :')

And author tak pandai sangat guna bahasa Japanese ni,  sorry if ada salah ye,

Rindu diaorang tak?

Rindu Delivia?

Rindu Carlo?

Rindu Rubby?

Rindu Leader?

Rindu author? Emm

Btw, maaf ye lambat update macam biasa, busy sikit. Cuti-cuti pun ada kerja (╥_╥)

Next chapter? Tunggu je lah ok?

Thanks vote and comment! 💙💙💙

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 222 9
"Awak ni asyik merajuk je kerja. Budak kecik ke apa ni?" - Adella Durrah Dapat seorang suami seperti kebudak-budakkan bukanlah sesuatu yang dia impik...
294K 9.6K 51
𝐋𝐔𝐊𝐄 𝐌𝐈𝐂𝐇𝐀𝐄𝐋 & 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 🤍 Arabella Alana yang terpaksa menikah dengan Luke Michael menggantikan kakak kembarnya Anabel...
1.7M 71.6K 50
Tunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menari...
1.2M 54.9K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...