Cinta Si Troublemaker✔

Oleh kimiafina

306K 22.2K 3K

❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTI... Lebih Banyak

Bab 1🐥DENDA
Bab 2😑KAU GILA
Bab 3😥KAKAK
Bab 4😬KELAS FIZIK
Bab 5😹MIM MATI
Bab 6😤PEN MERAH
Bab 7😭RINDU
Bab 8😿HALAU
Bab 9😟WHY?!
Bab 10✨STAY WITH ME
Bab 11😒DRIVE ME CRAZY
Bab 12😵DEMAM
Bab 13😟PONTENG
Bab 14😚DEGIL
Bab 15😅TAK SENGAJA
Bab 16😤PERGADUHAN
Bab 17😯TAK ELOK
Bab 18😦TOLONG
Bab 19🙊STOP,ASH
Bab 20😷GOTONG-ROYONG
Bab 21💊UBAT?!
Bab 22✨PINANG?!
Bab 23😵DILEMA
Bab 24😮KAU SERIUS?!
Bab 25😐DIAM
Bab 26😧ACCIDENT
Bab 27🙈MENGADA
Bab 28💙KAHWIN
Bab 29😗USIK
Not an update
Bab 30😆HIKING
Bab 31😬GERAM
Bab 32😙WAYANG
Bab 33😨PENTING!
Bab 34😧TINGGALKAN?!
Bab 35👉EXAM
Bab 36💪HABIS EXAM
Bab 37😌SORRY
Bab 38👏PUAS HATI!
Bab 39😁THANKS
Bab 40😕BETUL KE?
Bab 41😁TUNTUT JANJI
Bab 42😳TAWARAN
Bab 43😔PERGI
Bab 44🤐KEEP IT!
Bab 45😌RINDU
Bab 46😌TUNGGU SAYA
Bab 47😪SAKIT
Bab 48😏BALASAN
Bab 49😱MELAHIRKAN
Bab 50😖RUNSING
Bab 52😭BERUBAH
Bab 53🙁ELAK
Bab 54😖TIPU
Bab 55😬PADAH
Bab 56😔DHIYA'
Bab 57😭TAK SANGGUP
QUESTION
Bab 58😭AARIZ
Bab 59😌SEPI
BAB 60❤SECOND CHANCE
BAB 61😆PINDAH
BAB 62😜FEELING GOOD
BAB 63😬ASH!
BAB 64😬SOMETHING
BAB 65😽PREGNANT AGAIN
BAB 66😜SYAKIRAH?!
BAB 67😟PENGSAN
BAB 68😭NO!
BAB 69😪RAJUK
BAB 70😧WORST
BAB 71😰I LOVE U
PENUTUP😭
QUESTION❤
RAYA SPECIAL:CST I
RAYA SPECIAL:CST II
RAYA SPECIAL:CST III

Bab 51😃KEMBALI

4K 279 92
Oleh kimiafina

Lagu:bukan aku by tasha manshahar

ORANG yang tengah lalu-lalang di hadapan Asyraf pandang. Tiba-tiba rasa rindu kepada seseorang yang buat hati dia langsung tak fikir yang lain.

"Hey Asyraf, what are you doing here? "Tegur seorang gadis Korea kepadanya.

"Nothing. I just wanna calm down myself, "

"Are you thinking out of something? "Teka gadis itu lagi. Gadis itu Asyraf panggil Kim. Tapi tak ingat Kim apa. Teruk betul Asyraf ni. Yelah, Kirah saja yang ada dalam fikirannya sekarang ni.

"No. I don't, "

"So then, let's eat with me? "Ajak Kim namun Asyraf tolak. Dia hanya mahu tenangkan fikiran. Fikiran yang penuh dengan nama Syakirah. Tak sabarnya rasa mahu kembali ke Malaysia.

"Hmm.. Okay. I let you calm down yourself first. Bye, Asyraf, "ujar Kim kemudian meninggalkan Asyraf sendirian di bangku. Asyraf mengeluh sendirian.

Mananya tak fikir, sudah hampir sepuluh bulan mereka tidak berhubung. Apa dah jadi dengan Syakirah pun dia tidak tahu. Sungguh, Asyraf rindukan Syakirah. Hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan tu.

Dia cuma berharap satu je sekarang ni iaitu... Semoga Allah jodohkan dia dengan Syakirah. Sesungguhnya hati dia sangat inginkan itu.

4 TAHUN KEMUDIAN...

"Ibu... Nak susu? "Pinta Aariz kepada Iman yang kalut menggubah bunga di dalam kedai. Sengaja Iman bawa Aariz ke kedai hari ni sebab banyak tempahan daripada pelanggan-pelanggannya untuk hias bunga-bunga ke dalam bekas yang dibeli mereka.

"Kejap ye sayang. Sikit je lagi nak siap dah bunga ni, "ujar Iman yang masih kalut melakukan kerjanya. Anaknya yang sedang memeluk lehernya dibiarkan saja.

"Riz lapar ni bu... "Rengek Aariz. Sudah nak masuk empat tahun pun masih lagi nak susu botol. Anak siapalah kuat makan sangat ni hmm?

"Ibu suruh makan nasi tak nak. Kan dah lapar, "

"Nasi kenyang.. Susu lapar, "hailah anak. Sejak semakin membesar ni ada saja akal dia. Pipi tembam Aariz Iman cubit lembut. Eee.. Tembam!

"Yelah, yelah. Tunggu ibu buat susu ye? "Ujar Iman sambil mencuit hidung Aariz manja.

Terus Aariz lentang badannya ke atas lantai yang sudah dilapik tikar di dalam kedai bunga milik ibunya. Aariz kembali bangun sebaik sahaja terdengar pintu yang dipasang loceng terbuka. Terkebil-kebil mata Aariz memandang lelaki di hadapannya. Macam kenal?

"Eh adik.. Mama ada ke? "Soal lelaki tersebut kepada si kecil sambil cermin mata hitamnya dibuka lalu diselit ke dalam poket baju jeans yang dipakainya. Teka je mama.. Lagipun kedai bunga majoritinya perempuan yang jaga. Entah faham ke tidak pun dia tidak tahu budak ini.

"Baba.. "Teriak Aariz sambil laju kaki lelaki yang disangka ayahnya itu dipeluk erat.

Tercengang lelaki itu. Baba? Ada nampak muka dia sama macam ayah si kecil ini ke?

"Eh Aariz kenapa ni? "Ujar Iman kalut-kalut sebaik sahaja melihat anaknya memeluk kaki lelaki yang tidak dikenalinya.

Sebaik sahaja Iman menarik anaknya dari terus memeluk kaki lelaki itu, Iman angkat kepala gerangan tersebut untuk memohon maaf.

Tapi... Lidah Iman kelu untuk ucapkan kata maaf sebaik sahaja melihat wajah lelaki di hadapannya kini.

"Ash? "

"Iman? "Serentak mereka bersuara. Namun, Firash berdehem kecil menghilangkan rasa kekok antara mereka berdua.

"Baba... "Panggil Aariz buat Firash rasa tak senang duduk.

"Maaf encik. Anak saya silap orang, "dalih Iman walaupun jelas tadi nama lelaki itu meniti di bibirnya.

"Jom, sayang. Ibu bagi susu, "baru sahaja Iman mahu melangkah kembali ke tempatnya menggubah bunga tadi, langkah Iman terhenti sebaik sahaja terdengar suara seorang perempuan memanggil Firash.

"Fir, kenapa lama sangat ni? You cakap sekejap aje kan? "

"Err.. "

"Jadi beli ke tak bunga untuk my future mother in-law ni? "Tanya Dhiya' di belakang Iman.

Prak! Iman rasa hati dia terkoyak teruk sekarang ni. Rasa nak menangis pun ada. Tapi, ditahankan juga hatinya.

"T–ttak jadi beli. Bunga kat sini I tak berkenan. Kita cari dekat lain je lah, "cadang Firash buat Dhiya' mengeluh kecil. Pula?dia tengok banyak je bunga cantik-cantik. Apa yang tak cantiknya?

"Ikut suka hati you lah. Jomlah, cakap nak surprisekan your mom? "

Perbualan antara Firash dan Dhiya' ternyata sudah buat hati Iman terluka sekarang ni.

"Encik, cik.. Kedai saya dah nak tutup ni. Kalau nak borak boleh tak borak dekat luar? "Celah Iman yang sedang tahan air matanya dari terus pecah.

"Eeuw.. Dia halau kita you. Memang wajar pun you tak beli bunga dekat sini, Fir. Dasar low class, "maki Dhiya'. Dia tak suka orang yang macam perempuan jual bunga ni.

"Dah, jom, "terus lengan Firash, Dhiya' tarik.

Keluar sahaja Firash dari kedai terus Iman melurut ke lantai. Air matanya yang sedari tadi ditahan menitis menyembah bumi.

Tergamak Firash duakan dia. Dia punyalah jaga hati dia dari terus ada perasaan dengan orang lain. Tapi Firash? Terus duakan dia.

"Ibu... Nangis? "Tanya anak kecil itu.

"Tak sayang. Mata ibu masuk habuk, "nafi Iman. Anak sebesar ini boleh lah dia tipu. Kalau anaknya sudah besar nanti mesti tiada lagi penipuan macam ni.

"Meh, Riz tiupkan mata ibu, "terharu Iman macam ni bila botol Aariz lucutkan dari bibirnya semata-mata mahu meniup mata Iman yang difahamkan masuk habuk.

"Eh, Riz minumlah susu dulu, "

"Nanti mata ibu pedih? "

"Taklah.. Mata ibu dah okey dah, "terus Iman lap air matanya untuk meyakinkan si anak kecil yang bertambah cerdik hari demi hari.

Aariz kembali tidur bergolek di bawah. Botol susu dihisapnya rakus. Iman kemam bibirnya sendiri. Ya Allah... Sakitnya perasaan ni. Mana janji Firash untuk bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat? Bertanggungjawab untuk anak mereka. Iman dah korbankan semua tapi... Mana pengorbanan Firash untuk keluarga kecil mereka?

Iman benar-benar hilang rasa mahu pulang ke rumah. Dia bercadang untuk ke rumah sewa Atikah saja kalau macam ni. Akan dia hubungi Datin Saniyyah dulu untuk memaklumkan bahawa dia ke rumah Atikah dulu.

"Kita pergi rumah acik Tikah eh? "

Terus Aariz luah botolnya. Dengan rasa teruja dia bertanya. "Acik Tikah? "

"Aha sayang, "

"Yeay, "terus dilupakan lelaki yang menyerupai babanya itu. Iman memang tak rahsiakan siapa ayah Aariz tapi dibohongnya saja yang Firash tengah kerja jauh sekarang ni.

Langsung Iman usap kepala Aariz. Iman senyum kecil. Anaknya saja yang dapat hilangkan rasa sebak di hatinya kini. Walau apa pun yang jadi... Iman harap Aariz akan kekal di sisinya. Sampai maut yang memisahkan mereka.

"KAK MILAH, hari ni Iman balik lewat dia cakap dia makan dekat luar. Kita masak sikit sudahlah, "pesan Datin Saniyyah yang sibuk membuka peti sejuk melihat sayur yang dibelinya tadi.

Datin Saniyyah berdiri tegak apabila tiada sahutan daripada Kak Milah. Mana pula Kak Milah ni?

Dipandangnya sekeliling sebelum matanya ditutup dengan dua tangan dari belakang. Terus Datin Saniyyah pegang tangan kekar tersebut.

"Iq, apa ni tutup-tutup mata mama ni? "

Senyap. Terus Datin Saniyyah tarik lagi tangan tersebut.

"Guess who am I? "Dengar saja suara daripada gerangan tersebut terus berkaca mata Datin Saniyyah.

"Ash? "Firash terus lepaskan mata Datin Saniyyah dari terus ditekupnya.

"Yes ma. That's me, "didakap tubuh Datin Saniyyah. Jelas Datin Saniyyah hanya bawah dagunya saja. Mamanya itu sedang-sedang saja tingginya.

"Ya Allah.. Anak mama... "

"Bila you nak ajak I masuk ni Fir? "Celah Dhiya' yang baru melangkah ke dalam dapur. Datin Saniyyah terus lepaskan pelukan melihat gerangan tersebut.

"Ops, Sorry Dhiya' I lupa, "

"Boleh you lupakan buah hati you ni, Fir? "Ujar Dhiya' berjauh hati. Datin Saniyyah pula sudah kebingungan di situ.

"Siapa ni Ash? "

"Dia ni... "

"Ouh.. He's girlfriend, aunty,Dhiya' Aulia,"ujar Dhiya' lalu tangan Datin Saniyyah disalamnya.

Datin Saniyyah pula masih tercengang. Dipandang Firash dengan penuh tanda tanya.

"Err.. Tiba-tiba aunty rasa sakit kepala. Aunty naik dululah ye? Sakit sangat kepala aunty ni, "terus ditinggalkan Firash dan Dhiya' di ruangan dapur tersebut.

"I rasa.. You patut balik dulu Dhiya'. I pun penat ni. Nak rehat, "

"You nak I balik naik apa? "Tanya Dhiya' tak puas hati.

Baru Firash terfikir lalu dia mengeluh kecil. "Fine. I hantar you balik, "

Terus Dhiya' tersenyum lebar. "Thanks sayang, "

Firash hanya diam tidak membalas. Terus dia minta kunci kereta mamanya dekat Mak Milah yang baru masuk dari pintu belakang.

Dhiya' pula dah berbunga hati kerana Firash sanggup menghantarnya pulang. Itupun, masih lagi nak jual mahal tidak mahu dengannya. Dia saja yang terhegeh-hegeh mahu terus dekat dengan Firash.


Heyyo guys.... Here the update for today.. 😉

Jangan lupa vote dan comment.. 😘

Enjoy!

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.6M 54.1K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
577K 46.9K 41
The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu ke...
1.4M 70.1K 65
Aku Danish Izmeer.Headprefect sekolah ni" Danish Izmeer? Seorang jejaka di SMK Damai yang digilai ramai kerana ketampanan dan populariti yang dimilik...
36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...