[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀...

By fierose_

493K 22.7K 918

[T A M A T] [STAND ALONE] ×COVER BY @CORETANKASIH× Nak baca cerita ala-ala Mafia? Cerita yang buat korang sa... More

+CHARACTER+
0.0|◀prolog◀
1|HIDUP BARU
2|CUBA TEKA
3|MISI
4|RAHSIA
5|FIGHT
6|MEET YOU
7|BEKU
8|PLAY DIRTY
9|SALE
Teaser🔻10
10|DREAM
11|HER
12|IT'S ALWAYS YOU
13|LIE
14|GONE
15|HEART
16|MAKE YOU MINE
17|DANGER
18|TROUBLE
19|RAIN & CHOCOLATE
20|LOVE ME LIKE YOU DO
21|OUR DESTINY
22|SMILE TO HEART
23|SHINE TOGETHER
24|GODA DIA
25|TARGET
26|LAST FOR YOU
27|HIDE AND SEEK
28|TRAGEDY OF TWO HEARTS
29|PAIN
30|MEMORIES
31|DEVIL EYES
32|BEFORE YOU GO
33|WHO
34|LITTLE LOVE
35|OCEAN EYES
37|FIRST STEP
38|BEHIND THE MASK
39|THE DAYS
40|IT'S TRUE LOVE
41|WANT MORE
42|EVERYTHING IS IMPORTANT
43|BLUE WOLF
44|BLOODY AUTUM
45|QUEEN•NIGHT FESTIVAL
46|KING•BEAUTIFUL LIAR
47|BECAUSE OF YOU
48|IF I FALL IN LOVE
49|SAY YES
50|LET ME GET YOU
51|YOU ARE THE REASON
52|BCM - END
Hiii ✨

36|HEART LIES

5.8K 332 11
By fierose_

“Tell in your heart that I'm here, always with you until forever”

🔱🔱🔱


Dia merenung lama wajah perempuan itu. Dia masih dapat lihat wajah cantik itu walaupun suasana di situ agak samar-samar.

Mata itu–

Aura itu–

Bibir merekah itu–

Cukup buat dia hampir gila menatap perempuan itu yang bagaikan permata buatnya.

"T-thanks–" ujar perempuan itu.

Keadaan jeda seketika sebelum perempuan itu akhirnya pergi dari lorong kecil ini.

Entah kenapa kakinya tidak bergerak untuk mengejarnya, tidak menyentuh untuk memeluk lebih lama lagi.

Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya pada waktu sebegini.

Dirinya hanya menatap dari jauh melihat perempuan itu masuk ke dalam kereta. Melihat perempuan itu dalam keadaan yang baik sahaja sudah cukup tenang untuknya.

Dia sudah tahu bahawa perempuan itu masih hidup. Masih ada di sekitarnya cuma takdir dan waktu belum menetapkan lagi bilakah untuk bertemu.

"King, buat apa dekat sini? Ada yang tak kena ke?" ujar Elton yang tiba-tiba muncul. Carlo memandang wajah Elton.

"Tak ada apa" balas Carlo. Dirinya sempat memandang perempuan itu yang sudah masuk ke dalam kereta sebelum dia dan Elton pergi dari situ.

Sampai sahaja di tempat kawasan mereka tadi, kelihatan seorang lelaki sudah terbaring tidak bernyawa dan darah pula mengalir banyak. Kesan luka di tubuh lelaki itu, Carlo hanya pandang dengan wajah kosong.

"Buang bangkai tu dalam tong sampah" arah Carlo. Lucas yang dengar itu terus memasukkan mayat lelaki itu ke dalam guni. Elton membantu untuk masukkan kedalam tong sampah yang besar itu.

"King dah settle. Ada apa-apa lagi? " soal Lucas. Carlo memandang wajah Lucas dan Elton lama.

"Cari maklumat Delivia lagi dan bagi dekat aku. Aku nak secepatnya " arah Carlo dengan nada mendatar. Lucas dan Elton berpandangan.

Beberapa hari lalu memang mereka berdua sudah beri maklumat tentang Delivia yang masih hidup. Mula-mula Carlo seperti tidak percaya akan berita itu, tapi melalui gambar dan maklumat yang sudah di sampaikan melalui Elton dan Lucas, membuatkan diri Carlo bagaikan terpaku.

"Kenapa King tak cari sendiri? " soal Lucas. Carlo memandang tajam ke arah Lucas.

Pakk!

"Sakit bodoh! " jerit Lucas saat kepalanya diketuk dengan pistol yang di pegang oleh Elton.

"Jangan banyak tanya boleh? " ujar Elton lalu memandang wajah Carlo pula.

"Nanti aku dengan Lucas cari maklumat tu. Tapi– tadi King tiba-tiba hilang sebab apa? " soal Elton curiga.

Waktu mereka uruskan seorang lelaki yang mengikuti mereka tadi, tiba-tiba sahaja Carlo sudah tiada di tempat itu. Elton memberitahu Lucas yang dia nak cari Carlo sekejap. Tapi bila Elton sudah jumpa Carlo, dia ternampak juga ada seorang susuk perempuan dekat dengan Carlo.

Dia tidak pasti siapa. Jadi Elton menyorok di belakang tembok dan memerhatikan dua orang itu.

Saat perempuan itu memandang wajah Carlo, barulah Elton dapat agak yang perempuan itu cukup dia kenal.

Setelah perempuan itu pergi terus dia menegur Carlo yang diam membeku itu.

"Aku tolong orang" balas Carlo ringkas.

Ya, punca dia tiba-tiba hilang dari situ sebab dia terdengar bunyi kecoh yang tidak jauh dari tempatnya. Sebab itu dia pergi mencari arah bunyi itu. Malah Lucas dan Elton tidak mendengarnya, mungkin pendengaran Carlo sedikit tajam berbanding Lucas dan Elton itu.

Dan tanpa diduga bahawa dia telah bertemu dengan isterinya, Delivia.

Dia tidak terlalu terkejut saat bertemu  dengan isterinya itu kerana sebelum ini dia dah dapat tahu dahulu maklumat yang telah dia dapat.

Dia tahu bahawa Delivia amnesia. Jadi dia tak nak memaksa dan membiarkan Delivia pergi tadi.

"Okey" balas Elton faham, dia tidak mahu bertanya lebih lagi walaupun dia sudah tahu maksud sebalik kata-kata itu.

Akhirnya mereka bertiga masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi dari kawasan ini.


🔱🔱🔱


Pintu rumah di tolak oleh Hans. Delivia di belakang Hans hanya diam mengikut langkah Hans masuk ke dalam rumah.

"Leader? " panggil Hans saat membuka lampu ruang tamu itu. Terkejut dia melihat Leader yang duduk dalam gelap itu. Delivia mengangkat wajah memandang ke arah adik kembarnya itu.

"Baru balik? Pergi mana bawak Delivia keluar Hans? " soal Leader sambil berdiri dari kerusi lalu memandang ke arah Delivia.

"Aku–" Hans seakan tergagap untuk menjawab apabila memandang wajah Leader yang seakan dalam keadaan bad mood itu.

"Kakak ajak Hans keluar sebab adik tak ada dekat rumah. Adik pergi mana tadi? " ujar Delivia laju. Leader terdiam kembali memandang wajah kakaknya itu.

"Aku masuk bilik dulu–" pinta Hans dan cepat-cepat pergi dari situ. Nak ikutkan dia tak nak bawa Delivia keluar tapi kalau dah Delivia buat muka comel nak mati terpaksa lah dia bawa.

Leader memandang Hans yang sudah masuk ke dalam biliknya. Lalu memandang wajah Delivia yang lagi tadi merenungnya.

"Merajuk? " soal Leader. Delivia memeluk tubuh lalu berdiri di hadapan Leader

"Kata nak bawa kakak jalan-jalan dekat sini? Tapi adik pula hilang entah kemana. Adik pergi mana? " soal Delivia yang masih memeluk tubuh sambil mendongak memandang wajah Leader yang sedikit tinggi darinya.

Leader tersenyum kecil memandang wajah Delivia. Topi di buka oleh Leader lalu mengosok kepala Delivia laju-laju.

"Adik! " Delivia sudah tercengang apabila rambutnya di sentuh. Habis sudah kusut rambutnya itu. Leader masih ketawa kecil melihat wajah masam kakak kembarnya itu.

Tapi– ketawanya mati.

Leader merenung lama tubuh Delivia.

"Kakak pergi mana tadi? " soal Leader curiga

"Huh? Mana ada pergi mana-mana " balas Delivia. Tak mungkin dia nak bagitahu perkara yang telah terjadi, pasti Leader tidak akan membenarkannya untuk keluar lagi.

"Delivia– just tell me the truth" pinta Leader sambil memegang kedua bahu Delivia lalu menghidu bau yang melekat di baju Delivia. Kedua mata Delivia mula berkelip laju.

"I smell something else here" ujar Leader sambil memegang baju hoodie milik Delivia.

"Sebenarnya–" Delivia merenung wajah Leader yang memandang dengan jarak dekat itu. Leader mengangkat kedua belah keningnya. Menunggu jawapan Delivia.

Skip–

Tuk tuk!

"Leader? " panggil Hans yang sudah masuk ke dalam bilik Leader itu. Leader yang masih baring di atas katil itu terus duduk di atas katil itu.

"Ada apa? " soal Leader. Hans menutup pintu rapat kembali lalu duduk bersebelahan dengan Leader.

"Sorry– aku bukan saja-saja bawak Del keluar" ujar Hans perlahan.

"Tak ada apa. Cuma lain kali jangan bawa dia lagi. Sini kawasan Italy, kau tahu kan bahaya dia macam mana? " jawab Leader.

"Yah aku tahu" balas Hans.

Suasana sepi kembali–

"Tapi– kau selalu keluar pergi mana?"  soal Hans kembali. Leader memandang wajah Hans.

"Aku uruskan sesuatu" jawab Leader.

"Urusan apa tu? " soal Hans yang ingin tahu.

"Tentang suami Delivia. Aku cuba untuk cari maklumat tentang dia lagi. Dan aku masih fikir sama ada nak bawa Delivia jumpa dengan suami dia atau tak. Tapi aku takut kalau buat Delivia tak senang dan tak selesa, kau tahu kan dia amnesia? Jadi aku tak nak buat dia terpaksa berfikir dan ingat, aku takut dia pengsan pula" terang Leader yang risau akan diri Delivia.

"Aku faham Leader. Tapi sampai bila nak jauhkan dia dari suami dia? Dan yah aku tak kenal suami dia, jadi aku tak boleh nak kata apa-apa. Tapi kalau kau nak bantuan, aku ada je selalu dekat sisi kau" ujar Hans sambil menepuk bahu Leader. Leader hanya membalas anggukan tanda mengerti.

"Aku keluar dulu" pinta Hans lalu bangkit dari katil dan melangkah keluar.

Hans menuju ke biliknya lalu menuju ke tempat meja kerjanya. Botol air mineral di tepi itu di ambil lalu di teguk sekali menghilangkan dahaga di tekak.

Ting!

Tiba-tiba bunyi notification kedengaran pada laptopnya. Segara dia membuka laptop yang ada di hadapannya.

Jelas beberapa chat muncul di paparan skrin laptopnya.

Dahinya mula berkerut.

"Dia ugut? Tak guna–" bisik Hans perlahan. Dia membaca lagi satu persatu chat yang dia dapat itu.

[Unknown]

-Kill him quickly before your closest person becomes the next target

-You can't run away from me

-Before I killed his twin and you

-Tell him right now!

Hans menguak rambutnya ke belakang. Perlu ke dia bagitahu hal ini pada Leader?  Kalau tak bagitahu tentu mereka dalam bahaya.

"Tapi kenapa Leader tak bunuh sahaja lelaki itu? Atau masih tidak dapat jumpa dengan maklumat yang aku sent hari tu? " soal Hans hairan.

Laptop itu ditutup dengan kasar. Pening memikirkan hal ini.

"Kalau dapat tahu siapa yang chat ni, penyek aku kerjakan nanti. Tapi dia yang bagi upah kan? Arghhhhh kusut lah! " Hans terus mencampakkan dirinya di atas katil.

"Nantilah aku bagitahu dia–" akhirnya Hans melelapkan mata dan tidur begitu sahaja.

Manakala–

Tidak bagi Leader. Dia masih berdiri sambil merenung suasana di luar melalui tingkap biliknya. Telefon di campak atas katil. Dirinya masih diamkan diri.

Fikirannya masih merisaukan keadaan Delivia. Kalau dia bagi Delivia pada Carlo, selamatkah dia? Tapi kalau dia tidak bagi sudah tentu Delivia dan kawannya itu dalam bahaya!

Leader mengetap rahangnya.

Dia sudah baca semua chat itu melalui telefonnya yang sudah dia sambung menggunkan nombor Hans. Jadi semua maklumat yang Hans dapat, dia juga dapat.

Dia tidak mungkin akan membunuh Carlo dan tidak akan. Dan tindakan ni mungkin orang itu akan dapat tahu jika tiada sebarang berita tentang kematian Carlo bukan?

Otaknya berfikir pula kata-kata Delivia di ruang tamu tadi.

Di mana dia dapat agak yang Delivia sudah bertemu dengan Carlo. Cuma Delivia tidak mengenalnya sahaja.

Tapi yang pelik, kenapa Carlo melepaskan Delivia pergi bergitu sahaja? Atau Carlo dah tahu perkara yang sebenar?

"Atau aku kena jumpa Carlo tentang perkara ni? " soal Leader perlahan.

Dia mesti cari jalan untuk semua ini. Dia mesti!


🔱🔱🔱

Tuk tuk!

Carlo yang baru menutup fail hitam itu memandang ke arah pintu. Cepat-cepat dia meletakkan fail hitam itu di dalam laci.

"Masuk" ujar Carlo. Kelihatan Bella membuka pintu itu dengan tangannya membawa sekeping kad berwarna biru gelap.

"Maaf ganggu Tuan Carlo. Err ini Elara ada datang sini semasa Tuan Carlo keluar tadi. Jadi ini kadnya" ujar Bella. Carlo mengerut dahi.

"Kad apa ni? " soal Carlo sambil mengambil sekeping kad itu. Ada tulisan berangkai kemudian tulisan biasa.

"Saya tak tahu. Saya pergi dulu" pinta Bella. Carlo angguk perlahan kemudian pintu di tutup rapat.

Carlo membaca kad itu. Kelihatan kad jemputan untuk party nanti dari kenalan perniagaannya yang sangat malas untuk dia datang. Dia masih sibuk, sudah tentu dia memang tidak akan datang.

Kad itu diletakkan atas meja sahaja. Dia baru sahaja pulang ke mansionnya. Dari pagi bekerja kemudian malamnya pula kerja lain. Penat sudah rasanya.

Dia mengambil tuala lalu menuju ke bilik air. Air pancut yang jatuh mengalir di wajahnya membuatkan dia terpejam mata seketika. Kedua tapak tangannya di letak pada dinding bilik air itu.

"Delivia– aku akan ambil kau bila waktunya tiba–" ujarnya perlahan. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan isterinya sekarang kerana dia sudah tahu di mana Delivia berada dan dengan siapa dia duduk sekarang ini.

"Wait for me tesoro, I will come to you"

.
.
.

Heyyy! Nah chapter lagi satu

Thanks vote and comment! 💜💛💜

Next chapter? Tengoklah nanti author fikirkan ;')

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 71.7K 50
Tunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menari...
1.8K 222 9
"Awak ni asyik merajuk je kerja. Budak kecik ke apa ni?" - Adella Durrah Dapat seorang suami seperti kebudak-budakkan bukanlah sesuatu yang dia impik...
10K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
28.5K 98 1
𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐏𝐘𝐒𝐂𝐇𝐎 " 𝐇𝐄 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐅𝐎𝐑 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐎𝐕𝐄 " Daniel Mikael - Seorang lelaki yang agak ternama kerana dia adala...