[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀...

By fierose_

493K 22.7K 918

[T A M A T] [STAND ALONE] ×COVER BY @CORETANKASIH× Nak baca cerita ala-ala Mafia? Cerita yang buat korang sa... More

+CHARACTER+
0.0|◀prolog◀
1|HIDUP BARU
2|CUBA TEKA
3|MISI
4|RAHSIA
5|FIGHT
6|MEET YOU
7|BEKU
8|PLAY DIRTY
9|SALE
Teaser🔻10
10|DREAM
11|HER
12|IT'S ALWAYS YOU
13|LIE
14|GONE
15|HEART
16|MAKE YOU MINE
17|DANGER
18|TROUBLE
19|RAIN & CHOCOLATE
20|LOVE ME LIKE YOU DO
21|OUR DESTINY
22|SMILE TO HEART
23|SHINE TOGETHER
24|GODA DIA
25|TARGET
26|LAST FOR YOU
27|HIDE AND SEEK
28|TRAGEDY OF TWO HEARTS
29|PAIN
30|MEMORIES
31|DEVIL EYES
32|BEFORE YOU GO
33|WHO
35|OCEAN EYES
36|HEART LIES
37|FIRST STEP
38|BEHIND THE MASK
39|THE DAYS
40|IT'S TRUE LOVE
41|WANT MORE
42|EVERYTHING IS IMPORTANT
43|BLUE WOLF
44|BLOODY AUTUM
45|QUEEN•NIGHT FESTIVAL
46|KING•BEAUTIFUL LIAR
47|BECAUSE OF YOU
48|IF I FALL IN LOVE
49|SAY YES
50|LET ME GET YOU
51|YOU ARE THE REASON
52|BCM - END
Hiii ✨

34|LITTLE LOVE

6.3K 340 32
By fierose_

You'll never be alone, I'll be with you from dusk till dawn, baby i'm right here”

🔱🔱🔱


[Italy]

Beberapa hari kemudian-

"Help me! " seorang wanita berusia 40-an terus menjerit saat beg tangannya di ragut oleh seorang lelaki yang sudah melarikan diri bersama beg wanita itu.

Leader dan Delivia yang sedang berehat sambil khusyuk bermain dengan telefonnya di luar restoran terkejut dengan suara itu. Pantas mereka menoleh ke arah wanita itu dan mata mereka juga ternampak kelibat peragut yang sedang berlari menyelit masuk pada orang ramai di sekitar situ.

Leader dan Delivia berpandangan dan pantas mereka bergerak mengejar peragut itu. Delivia mengejar lelaki itu yang telah pun melalui orang ramai yang sedang berkumpul melihat persembahan kecil di jalanan itu.

Jadi Delivia juga terpaksa ikut ke mana lelaki itu melarikan diri. Matanya masih dapat lihat ke mana lelaki itu pergi kerana tidaklah lari laju sangat jadi Delivia boleh mengejarnya.

Manakala Leader sudah memanjat anak tangga yang boleh bawa dia naik ke atas rooftop bangunan di situ. Telefon di keluarkan lalu mendail nombor Delivia.

"Where! " soal Leader sambil memegang telefonnya itu. Dia sudah berdiri di atas rooftop bangunan yang tidak terlalu tinggi dan bangunan si situ adalah rapat-rapat. Kedua matanya masih memfokus mencari kelibat lelaki itu yang masih pasti berada di bawah sana.

Delivia yang tekun mengejar sambil memegang telefon ke telinganya terus menyembunyikan diri saat lelaki itu melihat sekeliling. Kawasan sekitar itu sudah tidak ramai orang. Lelaki itu masuk ke lorong yang sunyi itu.

"Bawah! Dia masuk dalam lorong, belakang bangunan kelab malam" Delivia membalas laju. Tubuhnya masih berdiri di sebalik tiang. Kedua matanya tertumpu pada seorang lelaki yang sudah masuk ke dalam lorong itu.

"I'm coming-" Leader menutup panggilan. Delivia menyimpan telefonnya di dalam pocket seluar jeansnya. Delivia tersenyum senget lalu berjalan ke arah lorong itu.

Rambut warna silvernya itu di ikat tocang seperti ponytail. Kelihatan lelaki itu sudah menunduk di tepi dinding sambil membongkar isi beg tangan wanita tadi. Delivia menggeleng perlahan.

"Oh God, I think I smell bad here! Mana datangnya ni!" ujar Delivia sambil menutup hidung dengan jarinya. Muka lelaki itu sudah cuak saat mendengar suara seseorang yang berada di situ. Lelaki itu cepat-cepat menyorokkan beg tangan itu ke tepi kotak-kotak yang ada di situ.

Lelaki itu berdiri lalu memandang Delivia yang sedang berlakon menutup hidung sambil berjalan tak tentu arah itu.

"Hey perempuan, get out of here now!" marah lelaki itu. Delivia berhenti berjalan lalu memandang lelaki itu.

"I won't go before you-" Delivia mula mengetuk dagunya dengan jari telunjuknya. Kedua matanya tunak memandang lelaki itu yang seakan bengang.

"Before what?" soal lelaki itu lagi

"Before aku ambil balik handbag tu?" balas Delivia kemudian tersenyum sinis.

"I don't have time to joke with you girl. Mana ada handbag dekat aku!" lelaki itu mula naik angin. Tak ada masa betul nak melayan Delivia di situ. Dia perlu selesaikan kerjanya yang tergendala tadi kemudian dia harus cepat pergi dari situ. Tetapi perempuan itu, Delivia hanya berdiri di situ tanpa rasa takut atau gerun melihat wajahnya yang sudah naik hantu.

"Ouh yah? But i'm sorry if aku tersentuh kau nanti aku cuma tak nak buang masa sekarang ni-" ujar Delivia kemudian pantas melangkah ke arah lelaki itu. Lelaki itu pula tersenyum sinis.

Ada hati nak lawan lelaki? Lag-lagi tubuh Delivia bagaikan sekeping papan sahaja di mata lelaki itu.

Lelaki itu terus ingin menumbuk wajah Delivia tetapi Delivia pula pantas mengelak dengan menundukkan badannya ke bawah.

Kedua tangan Delivia pantas menarik kaki lelaki itu ke depan dengan pantas dan lelaki itu terjatuh ke belakang.

"Damn you! " lelaki itu mula mencarut saat terduduk kemudian di lihat pula wajah Delivia yang selamba itu. Terus lelaki itu bangun mencekik leher Delivia. Delivia pula tidak sempat menghalang malah kedua tangannya mengenggam erat pergelangan tangan lelaki itu saat lehernya di cekik dengan kuat.

"Ergrhh! " Delivia bagaikan tidak cukup nafas. Kuat betul lelaki itu mencekik dirinya. Urat-urat di tangannya sudah kelihatan jelas.

Delivia menendang bawah kelengkang lelaki itu dengan kuat. Dengan sekali hayun pegangan lelaki itu terlepas

"Tak guna-" Delivia berbicara perlahan sambil mengusap lehernya yang rasa sakit itu. Delivia memandang tajam ke arah lelaki itu yang sedang menahan sakit di bahagian kelangkangnya itu.

Sakit sangat ke tu?

Tanpa buang masa Delivia menuju ke arah lelaki itu kemudian satu tumbukan padu terkena di wajahnya. Lelaki itu tergeleng ke tepi. Kemudian Delivia menyepak pula kepala lelaki itu, badan Delivia terpusing saat kaki kanannya itu di angkat tinggi kemudian di libas sekilas ke arah kepala lelaki itu.

"Arghhh-" lelaki itu terduduk terus. Delivia tersenyum puas. Pantas dia menapak ke arah tempat lelaki itu sorokkan beg wanita tadi.

Leader yang baru tiba itu ketawa kecil. Layak ke panggil lelaki jika kalah dengan perempuan ?

"Kakak-" Leader mula memanggil kemudian menapak ke arah mereka. Delivia menoleh ke belakang melihat Leader yang baru sampai itu.

"Sini-" balas Delivia sambil tangannya lincah memasukkan isi barang yang telah bersepah keluar itu.

Leader memandang lelaki itu yang sudah bangun sambil kedua tangannya di angkat ke hadapan meminta ampun dan maaf atas kesalahannya. Terus sahaja lelaki itu berlari pergi. Leader hanya melepaskan lelaki itu pergi asalkan lelaki itu tidak mencederakan kakaknya itu.

"Dah dapat? " soal Leader. Delivia menangguk perlahan sesudah berdiri bersama beg tangan itu.

"Jom, nanti lambat pula nak jumpa Hans" ajak Delivia. Mereka berdua akhirnya memulangkan kembali beg tangan itu kepada wanita tadi.


🔱🔱🔱

Seorang lelaki yang berwajah beku datang ke arah beberapa kelompok orang lelaki yang sedang bermain kad daun terup itu. Tangan belah kanannya yang berbalut kain putih itu dipandang geram olehnya. Nasib baik hanya terseliuh sahaja bukan patah. Silapnya juga pergi cari gaduh dengan orang yang lebih kuat darinya.

"Nix? Baru balik? Tu kenapa dengan tangan kau? Buat hal lagi? " soal Ozgue salah satu antara lelaki yang sedang duduk dalam kelompok itu. Yang lain hanya memandang sekilas ke arah Nix kemudian sambung bermain kembali.

Nix menjeling sekilas ke arah Ozgue lalu duduk di atas sofa. Sungguh dia tiada mood sekarang ini. Balik ke markas ini sungguh membosankan.

Ozgue memandang sepi ke arah Nix, tahu lah itu bahawa budak itu bergaduh dekat luar sana. Sudah bertahun Ozgue mengenali Nix, sudahpun dianggap Nix itu macam adiknya.

Nix memekakkan telinganya saat mereka yang lain sedang membising pula. Bau asap rokok mula menerjah masuk ke rongga hidung miliknya. Nix berkerut dahi.

Dia sangat tidak suka akan rokok kerana baginya tidak bagus untuk kesihatan dan baunya sangat busuk baginya! Sebab itu dia tidak suka akan rokok!.

Nix bangun dari sofa, kakinya ingin melangkah pergi naik ke tingkat atas.

"Sial! " seorang lelaki lagi muncul saat membuka pintu utama itu dengan kasar. Wajahnya sedikit kesan lebam dan sedikit darah.

Nix yang ingin bergerak itu terhenti saat memandang wajah abangnya itu.

'Kenapa dengan muka dia tu? Gaduh ke? Tapi dia tak pernah gaduh dengan seorang diri rasanya. Jadi? ' Nix berkata dalam hati.

"Semua! Tolong aku-" ujar abang Nix itu. Yang lain memandang rakannya sorang itu. Mereka semua sebaya dan hanya ada dua orang yang atas umur mereka. Manakala hanya Nix umur di bawah mereka, 19 tahun.

"Nak apa lagi Mixus? Kau dengan adik kau sorang tu tak habis-habis buat masalah. Ni kalau ketua tahu habislah kau nanti" ujar Ozgue.

Mixus terus memandang ke arah Nix yang masih berdiri memandangnya. Dia tak ada masa nak marah adiknya itu. Kemudian dia memandang kembali ke arah mereka yang lain.

"Aku kena pukul dengan sorang perempuan ni, aku tak tahu pula dia pandai berlawan. Jadi aku nak korang tolong aku dapatkan dia balik, aku nak tebus maruah aku yang tercalar! " ujar Mixus sedikit kuat. Mereka yang lain saling berpandangan kemudian mereka ketawa dengan sepuasnya.

"Kau kalah dengan perempuan? Bodoh betul! " jawab salah seorang lelaki di situ. Sisa ketawa masih jelas kedengaran.

Mixus mengetap rahangnya, dia bukan tak pandai lawan balik cuma kemampuan perempuan itu seperti lagi tinggi dari kemampuannya.

Mixus mengambil beberapa keping seratus euro dari dalam poketnya kemudian di letak kasar di atas meja tempat mereka bermain kad daun terup itu. Mereka yang lain diam seketika.

"Aku nak korang tolong aku dan duit ni sebagai bayarannya " Ujar Mixus kasar. Dia tidak peduli dengan jumlah yang di keluarkan itu yang pasti dia mesti kalahkan perempuan itu. Untung sahaja dia sempat mengambil beberapa keping duit di dalam beg tangan wanita itu.

"Where? " soal Ozgue. Mereka yang lain juga memandang wajah Mixus.

"Hujung seberang kawasan kita–" jawab Mixus.

"Okey kami setuju " jawab Ozgue. Pantas mereka bangun dari duduk dan mengambil peralatan mereka di tepi. Kayu panjang dan juga pisau belati. Mereka tidak boleh membawa pistol kerana polis di sana asyik berkeliaran sahaja.

"Kau ikut sekali Mixus, kalau ketua tahu kau yang kena jawab" ujar Ozgue.

"Dan kau pula Nix duduk dekat sini diam-diam" arah Ozgue sambil menggosok kepala Nix banyak kali. Nix cepat-cepat menolak kasar tangan Ozgue itu. Habis sudah rambutnya itu sudah serabai.

"Nix kau keluar, siap kau. Lagi teruk nanti aku belasah kau. Ingat tu! " pesan Mixus kemudian mereka akhirnya pergi.

Nix memandang lama pemergian mereka itu.

"Sorry aku bukan budak yang baik" Nix berkata perlahan kemudian tersenyum nakal. Kunci motornya di ambil dan segera ke motornya itu. Bawa dengan satu tangan? Tak ada masalah untuknya.

Dia mesti kena tahu seperti apakah perempuan itu yang boleh kalahkan abangnya itu. Sedangkan dia hari-hari kena belasah dengan abangnya itu tetap dia tidak mampu menghalang. Tapi perempuan tu cukup buat abangnya sanggup bayar untuk tebus maruahnya. Jarang sekali abangnya itu bertindak bergitu.

Akhirnya Nix menuju ke tempat yang Mixus sudah katakan tadi.


🔱🔱🔱

"Jom, aku dah settlekan rumah tu. Jadi kita dah boleh gerak" ajak Hans yang baru selesai minum di restoran itu. Leader dan Delivia membalas angguk setuju.

Sebenarnya mereka bertiga baru sampai ke Italy pagi tadi. Jadi Hans terpaksa pergi sorang untuk uruskan beberapa hal di sini dahulu.

Manakala Leader dan Delivia pula ingin berjalan di kawasan Italy dahulu. Sebab itu mereka boleh ada di restoran ini. Ramai orang kata di sini makanannya sedap dan sebab itulah Delivia mengajak Leader ke sini.

Mereka bertiga akhirnya bergerak ke  kereta mereka. Dan lagi satu, kalau sudah ramai orang si sini sudah tentu kereta banyak sudah parking di tepi jalan ini. Jadi Hans terpaksa parking di bahagian belakang dan jauh sedikit. Hanya situ tempat kosong yang tinggal.

Baru sahaja mereka bertiga ingin masuk ke dalam kereta, beberapa sekumpulan lelaki dalam enam orang termasuk Mixus datang mengepung  mereka. Hans mengerut dahinya, ada apakah ini? Dia tidak buat salah rasanya kan?

Leader dan Delivia yang perasan akan lelaki tadi atau dikenali peragut tadi tersenyum senget. Tidak puas lagi ke kena bantai dengan Delivia?

"Ya? " soal Leader.

"Aku tak nak bercakap dengan kau. Aku hanya nak perempuan itu sahaja!" ujar Mixus sambil menunding jari ke arah Delivia.

"Delivia, kau buat apa sebenarnya? " soal Hans yang keliru itu. Sudahlah seram melihat wajah beberapa lelaki yang ada di depan mereka ini.

"Aku cuma sentuh dia sikit je. Itu pun nak mengadu dekat orang lain" balas Delivia sambil memeluk tubuhnya. Hati dia tidak rasa gentar mahupun takut. Dia bukan seperti yang dulu, lemah lembut. Anggap sahajalah Delivia baru ini bagaikan kucing betina yang liar.

"Kau diam perempuan! " marah Mixus yang bengang itu.

"Ambil perempuan tu sekarang! " arah Mixus. Delivia yang sedar itu terus mengelak saat mereka ingin menyentuhnya. Manakala Leader dan Hans masuk sekali menghalang mereka dari terus menyentuh Delivia.

Mereka mula memukul antara satu sama lain. Salah satu antara mereka mula mengeluarkan pisau belati yang ada terselit di belakang pocketnya. Kawasan di situ lapang tak ada orang-orang yang lain nampak selain mereka di situ.

Delivia yang fokus membelasah itu tidak sedar akan lelaki sorang itu sedang cuba mencucuk pisau belati itu ke tubuhnya.

Bukk!  Bukk!

"Arghh–" seorang lelaki jatuh ke atas tanah. Delivia tersenyum senget lagi.

"Tak guna–" seorang lelaki lagi terus menerus ingin dapatkan Delivia. Terus Delivia mengelak dengan pantasnya.

Manakala Mixus berlawan dengan Hans kerana lelaki itu menghalang langkahnya. Dan Ozgue pula berlawan dengan Leader.

Dan Nix yang sudah sampai memerhati mereka dari sebalik kereta. Kedua matanya cuba fokus pada perempuan yang telah mengalahkan abangnya itu. Wajah perempuan itu iaitu Delivia, tidak jelas kerana asyik begerak dengan pantas.

"Argh–" Delivia jatuh tersungkur ke hadapan. Perutnya telah di tusuk oleh pisau belati itu. Wajah Delivia yang kesakitan mula kelihatan. Lelaki itu menarik kembali pisau itu keluar.

"Kakak! " Leader mula menjerit saat melihat Delivia di tusuk itu. Pantas Leader menendang lelaki itu yang ingin menyentuh Delivia lagi.

Delivia cuba menahan sakit dan dia berdiri perlahan. Menstabilkan kembali dirinya yang sedikit terluka itu. Kawasan perutnya itu tekan sedikit agar dapat menutup darah dari keluar.

Manakala Nix di sebalik kereta itu terkaku dengan apa yang telah dilihatnya. Entah kenapa jantung Nix sekan tidak berdetak. Perempuan itu seakan dia kenal sangat. Perempuan itu sekaan dia memang pernah lihat sebelum ini.

"Tapi tak mungkin itu dia–" Nix berbisik perlahan. Berita gempar akan kehilangan perempuan itu cukup ramai yang sudah tahu. Malah ramai sudah menanggap perempuan itu mati kerana telah di bom pada bangunan itu.

Tapi sekarang ini perempuan itu seakan hidup dengan normal pula.

"Perempuan itu– Delivia bukan? " soal Nix perlahan. Dia cuba ingatkan kembali nama perempuan itu yang pernah ditunjuk oleh seseorang. Rasanya betullah tu. Cuma warna rambut perempuan itu sedikit berbeza.

"Kalau itu dia– mereka yang lain masih terima dia? " soal Nix perlahan.  Nix mengeluarkan telefonnya kemudian mengambil gambar wajah Delivia. Dia kena simpan bukti itu.

Beberapa minit kemudian, sekumpulan lelaki itu menarik diri. Mereka akhirnya kalah dengan Leader yang tiba-tiba pantas mengerakkan tubuhnya itu. Akhirnya mereka bergerak pergi. Bergitu juga dengan Mixus yang masih tidak puas hati. Wajahnya bertambah bengkak dan semakin buruk dikerjakan oleh Leader sekali.

"Kakak boleh tahan? " soal Leader. Hans sudah start enjin kereta.

"Boleh, rasanya tak dalam sangat" jawab Delivia. Leader membawa Delivia masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Delivia. Di gengam erat jemari kakaknya itu.

"Kita pergi hospital dulu " arah Leader.

"Okey" balas Hans. Mereka akhirnya bergerak pergi dari situ juga.


🔱🔱🔱

"Kenapa kau buat hal lagi Mixus? Aku suruh kau jaga kawasan bukan dengan meragut beg tangan orang" marah seorang lelaki yang sudah merah wajahnya menahan marah. Dia sepatutnya duduk di rumahnya berehat kerana terlalu letih mengikut King yang banyak menguruskan musuh itu satu hari.

"Duit dah habis err sebab tu aku–" Mixus memandang wajah Lucas.

"Dengan meragut? Buat malu aku je lah!" marah Lucas

"Sudahlah tu Lucas, cakap banyak kali pun tak guna" ujar Elton pula.

"Ini salah Mixus kenapa kami pula terlibat? " soal Ozgue yang mula bersuara itu. Mereka yang lain juga turut terkena tempias di situ.

"Salah kau juga sebab pergi belasah orang tu kenapa? " balas Lucas. Penat dah cakap berulang kali dengan anak bawahan yang ini.

"Dah si Mixus kata nak tebus maruah dia yang tercalar, kami tolong dia je" balas Ozgue.

"Haih pening otak aku. Dah pergi sana. Lepasni aku nak korang jangan buat hal. Jangan sampai aku potong gaji korang" arah Lucas

"Baik ketua" balas mereka. Lucas duduk bersebelahan dengan Elton. Nasib baik Elton ikut sekali boleh lah dia tidur sekejap di sebelah sementara Elton memandu tadi.

"Lain kali cari orang yang boleh pakai sikit" ujar Elton.

"Masa tu aku tak ada masalah. Aku angkut je lah yang mana okey" balas Lucas. Elton hanya diam sahaja. Malas nak bertekak pula.

"Err abang Lucas? " panggil Nix yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Lucas mengangkat wajah.

"Ye kanapa Nix? " soal Lucas. Lucas sudah anggap juga Nix ini seperti adiknya. Kerana dia sorang sahaja masih belajar dan Lucas tidak benarkan jika Nix masuk campur dengan hal mereka ingin lakukan.

"Nix nak cakap sikit pasal gambar perempuan yang pernah abang Lucas tunjuk" ujar Nix. Kemudian dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Lucas dan Elton.

Elton hanya diam mendengar mereka berbual. Lucas berkerut wajah.

"Gambar yang mana? " soal Lucas keliru.

"Gambar yang abang Lucas kenalkan dia tu Delivia?" jelas Nix. Lucas dan Elton tersentak seketika. Sudah lama nama Delivia tidak disebut. Tapi sekarang ini Nix menyebutnya pula.

"Kenapa dengan gambar itu? " soal Lucas.

"Nix nampak dia yang abang Mixus ada kata perempuan itu belasah dia. Delivia itu isteri King kan? " jawab Nix. Lagi sekali mereka berdua tersentak.

"Jangan bergurau Nix, dia sudah lama menghilang dan tak mungkin itu dia" ujar Lucas.

"Dan tak mungkin dia mati sebab mayat dia tidak jumpa bukan? " soal Nix ingin meyakinkan mereka.

"Ini buktinya " Nix memberikan telefonnya kepda Lucas. Mereka berdua melihat gambar yang telah di ambil oleh Nix.

Lagi sekali Lucas dan Elton terkedu seketika. Wajah perempuan yang ada dalam telefon itu mirip sekali dengan Delivia yang mereka kenal.

"Bagitahu aku apa yang kau tahu–" pinta Lucas serius.

.
.
.

Okey firstly, sorry hampir seminggu tak update. Author memang busy :(

Apapun, thanks masih setia menunggu author update chapter yang baru 💙

Ada masa author update maybe hanya waktu hujung minggu je .

Thanks Vote and comment! ❤❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

66K 6.5K 31
❝𝑻𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒂𝒔𝒕 𝒏𝒆𝒆𝒅 𝒉𝒊𝒔 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒚.❞ Dia raksasa.Tiada siapa yg berani dekat dengannya.Semua org takutkannya.Ibu bapanya juga tidak bera...
136K 8.9K 25
"SETAN MORON DEVIL BAD GUY !! I HATE YOUUU!!" "BUT I LOVE YOU." "CRAZY!!" "Because of you.." VILLONA menjeling tajam ke arah Dev yang tersengih me...
652K 27.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...