[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀...

By fierose_

493K 22.7K 918

[T A M A T] [STAND ALONE] ×COVER BY @CORETANKASIH× Nak baca cerita ala-ala Mafia? Cerita yang buat korang sa... More

+CHARACTER+
0.0|◀prolog◀
1|HIDUP BARU
2|CUBA TEKA
3|MISI
4|RAHSIA
5|FIGHT
6|MEET YOU
7|BEKU
8|PLAY DIRTY
9|SALE
Teaser🔻10
10|DREAM
11|HER
12|IT'S ALWAYS YOU
13|LIE
14|GONE
15|HEART
16|MAKE YOU MINE
17|DANGER
18|TROUBLE
19|RAIN & CHOCOLATE
20|LOVE ME LIKE YOU DO
21|OUR DESTINY
22|SMILE TO HEART
23|SHINE TOGETHER
24|GODA DIA
25|TARGET
26|LAST FOR YOU
27|HIDE AND SEEK
28|TRAGEDY OF TWO HEARTS
29|PAIN
30|MEMORIES
31|DEVIL EYES
32|BEFORE YOU GO
34|LITTLE LOVE
35|OCEAN EYES
36|HEART LIES
37|FIRST STEP
38|BEHIND THE MASK
39|THE DAYS
40|IT'S TRUE LOVE
41|WANT MORE
42|EVERYTHING IS IMPORTANT
43|BLUE WOLF
44|BLOODY AUTUM
45|QUEEN•NIGHT FESTIVAL
46|KING•BEAUTIFUL LIAR
47|BECAUSE OF YOU
48|IF I FALL IN LOVE
49|SAY YES
50|LET ME GET YOU
51|YOU ARE THE REASON
52|BCM - END
Hiii ✨

33|WHO

5.8K 314 24
By fierose_

"I guess I kinda liked the way you numbed all the pain"

🔱🔱🔱

Orang ramai sudah mula bergerak pulang dari tanah perkuburan islam ini. Selapas arwah Adam dikebumikan, Delivia dan Leader pergi ke kubur arwah mummy mereka pula. Tempat mereka di kebumikan adalah sama tempat perkuburan. Mereka berdua sedekahkan Al-Fatihah kepada mummynya.

Akhirnya mereka berdua bergerak pergi dari perkuburan itu. Delivia behenti kemudian berdiri di sebalik pagar kawasan perkuburan itu. Matanya masih merenung kubur arwah Adam yang sudah selamat dikebumikan.

Cermin mata hitam dibuka oleh Delivia. Selendang hitam dibetulkan sedikit. Dia memandang sayu pada kubur Adam itu.

Sungguh tak sangka pemergian kawan seorangnya itu sudah pergi. Delivia masih tidak tahu punca dan arah mana datangnya tembakan itu.

"Kakak-" Leader yang berdiri di sebelah kereta miliknya mula memanggil Delivia yang masih tidak berganjak itu.

Delivia memusingkan tubuhnya memandang ke arah Leader.

"Jom balik" ajak Leader. Delivia membalas angguk. Pandangan buat kali terakhir di kubur Adam di lihat sekejap oleh Delivia. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Terima kasih Adam- sebab datang dalam hidup aku walaupun tidaklah lama-" ujar Delivia perlahan.

Akhirnya mereka berdua bergerak pergi meninggalkan perkuburan itu.

Skip-

"Semua dah packing? " Leader mula menyoal pada Delivia yang sudah meletakkan beberapa beg di bonet kereta itu. Delivia menghela nafas

"Kenapa kita kena gerak pergi New York pula? Kenapa tak nak duduk je dekat sini? " soal Delivia.

Selepas sahaja selesai arwah Adam di kebumikan, balik ke rumah terus Leader menyuruh kemas barang. Hans pula hanya diam tidak membantah.

"Kakak- kita kena balik sana juga" balas Leader yang sudah bersiap itu. Delivia mencekak pinggangnya.

"Kenapa? Ada sesuatu benda yang kakak tak tahu? Ha adik? " soal Delivia lagi.

"Bukan. Nanti adik cerita. Sekarang cepat kemas. Amik yang penting sahaja. Dekat sana adik boleh belanja pakaian baru kalau tak cukup" balas Leader tenang. Delivia mengecilkan matanya memandang kembarnya itu. Tahulah kaya.

Akhirnya mereka bertiga bergerak dari rumah dan menuju ke airport.


🔱🔱🔱

[New York]


Tuan Romeo masih berbual dengan rakannya. Shen masih setia berdiri di belakang Tuan Romeo. Mereka masih berbual di halaman rumah agam milik Tuan Romeo ini.

"Jadi kau nak bukak dekat mana kilang tu? " soal rakannya, Mr Raffle. Wajahnya tenang sahaja. Lingkungan umurnya dalam 30-an.

"Aku akan bukak dekat sekitar sini juga. Tak jauh. Nanti kalau dah confirm aku bagitahu kau" balas Tuan Romeo.

Mr Raffle menangguk setuju. Dia menyandarkan badannya di kepala kerusi. Dia memandang sekilas ke arah Shen yang masih berdiri di belakang Tuan Romeo itu. Senyuman sinisnya mula terukir. Shen yang akan perasan itu mengetap rahang. Dia tahu lelaki itu ada niat yang lain.

"Aku balik dulu" Mr Raffle mula bangun. Begitu juga dengan Tuan Romeo. Mereka bersalaman. Tuan Romeo menghantar rakannya itu sampai ke kereta Mr Raffle. Kelihatan bodyguard dia sudah membukakan pintu.

"Jumpa lagi Romeo" ujar Mr Raffle kemudian menuju masuk ke dalam keretanya.

Tiba-tiba satu lagi kereta berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah agam Tuan Romeo ini. Shen dan Tuan Romeo memandang lama ke arah kereta yang baru berhenti parking itu.

Mr Raffle yang hendak masuk ke dalam kereta itu terhenti seketika saat memandang kehadiran orang itu.

"Daddy! " Delivia keluar dari kereta. Dia memeluk erat Tuan Romeo sudah sebulan lebih tidak bertemu dengan daddynya itu. Leader juga keluar dan bersalaman dengan Tuan Romeo. Hans yang ada di bahagian pemandu keluar juga.

"Kenapa tak cakap balik sini? " soal Tuan Romeo sedikit terkejut dengan kehadiran anaknya itu.

"Leader tu yang tiba-tiba ajak Del ke sini" balas Delivia. Tuan Romeo memandang ke arah Leader.

"Err kan dah lama tak jumpa daddy" balas Leader kemudian tersengih.

Mr Raffle terus masuk ke dalam kereta saat keluarga Tuan Romeo sebok berbual.

"Jalan-" arah Mr Raffle pada bodyguard dia. Akhirnya kereta itu bergerak pergi. Mr Raffle tersenyum senget memandang ke arah mereka saat melintasi mereka.

Leader dan Shen perasan akan itu. Leader hanya memandang lama ke arah kereta itu yang sudah pergi. Hatinya tak sedap saat memandang sekilas wajah orang di dalam kereta itu tadi. Manakala Shen tetap juga dengan kata hatinya itu bahawa Mr Raffle ada buat satu rancangan yang dia tidak tahu.

"Dah jum masuk"ajak Tuan Romeo. Mereka akhirnya masuk ke dalam.

Skip-

Leader dan Hans duduk dalam satu bilik. Leader masih berdiri di balcony sambil merenung kolam yang ada di bawah itu. Semua bilik mereka berada di tingkat atas. Rumah agam Tuan Romeo hanya dua tingkat tetapi rumahnya sangat luas dan sedikit besar.

"Aku dah bagi gambar bukti yang kau bagi dekat aku" ujar Hans yang masih menghadap laptopnya itu. Leader menoleh ke arah Hans yang sedang duduk di atas meja bersama laptop dia. Kaki digerakkan menuju ke adah Hans.

"Duit? " soal Leader

"Dia dah bank in dekat aku. Nanti aku bagi dekat kau" jelas Hans. Leader memandang lama ke arah Hans.

"Kau tahu tak siapa orang yang suruh kita buat ni? " soal Leader. Hans mengangkat wajah memandang Leader yang sudah duduk di hadapan mejanya.

"Aku tak tahu siapa, cuma aku tahu yang dia adalah orang Italia" jelas Hans. Leader terdiam seketika.

"Don't worry, waktu dia tawarkan kerja ni pada kita, kita dah dapat duit sebagai pemulaan. Jadi jangan risau dia pegang pada janji dia" ujar Hans lagi.

"Aku takut kalau ada apa-apa perkara buruk jadi. Sudahlah kita tidak tahu siapa dia" jelas Leader yang sedikit risau itu.

"Aku ada Leader. Jangan risau" jawab Hans menenangkan kawannya itu.

"Okey. Dia ada bagi lagi target? " soal Leader. Hans memandang kembali skrin laptopnya itu. Jemarinya laju sahaja menekan keyboard itu.

"Ada. Tapi ini dekat Italy" jawab Hans. Leader terdiam seketika.

"Italy? Kenapa dia banyak sangat musuh dia? " soal Leader lagi. Hatinya sudah terasa ingin menyiasat tentang orang yang menyuruhnya itu. Pasti orang itu tahu latar belakangnya. Mustahil orang itu akan terima dia sebagai pemburu upahan dengan senang.

"Aku tak tahu. Dah jangan fikir sangat, aku turun kejap. Lapar" Hans bangun sambil menepuk perlahan bahu Leader. Laptop ditutup rapat dan Hans keluar dari bilik itu.

Leader memandang lama laptop itu. Terus sahaja dia mengambil laptop itu lalu di buka olehnya. Password di isi dengan mudah. Untung sahaja password itu pernah di beritahu oleh Hans. Jadi dia masih ingat.

Leader mencari bahagian e-mel. Last e-mel masuk sebulan lalu. Jadi di mana Hans mendapatkan target itu? Dan bukti itu dihantar melalui mana?

Tiba-tiba satu notification muncul di bahagian bawah skrin laptop itu. Leader terus menekan chat itu.

Beberapa gambar target dan kata-kata dari arahannya.

Leader memandang gambar yang Hans ada kata target baru. Serta beberapa details nya. Kedua matanya membulat.

"Tak mungkin-" Leader terkedu dengan target yang baru dia dapat. Dia kenal orang itu. Sungguh kenal. Leader membaca chat yang baru masuk tadi.

[Photo]

-Kill him

-His name is King known as a mafia in Italy

-Make sure he kills that guy.

Leader mengetap rahangnya. Mungkin Hans tenang kerana dia tidak tahu siapa. Tapi tidak bagi dirinya. Lelaki itu adalah abang iparnya, Carlo! Juga suami kepada kakak kembarnya! Delivia-

Leader menekan pada bahagian atas chat itu dan melihat gambar di profile itu. Tak ada dan kosong. Hanya no sahaja yang tertera di situ. Pantas Leader mengambil no itu dan di salin pada telefonnya.

Leader menutup kembali laptop itu. Dia menyimpan kembali telefonnya di dalam pocket.

Hanya Hans yang berurusan dengan orang itu. Leader pula hanya menjalankan arahan itu. Sebelum ni Leader tidak ambil tahu. Sekarang dia akan cuba mencari orang ini tanpa pengetahuan Hans. Kalau orang itu adalah musuh Carlo, dia cuba untuk berhati-hati dan melindungi Carlo.

Tuk tuk-

Pintu di ketuk. Leader berdehem kecil lalu memandang ke arah pintu bilik itu.

"Adik? " Delivia muncul setelah pintu di buka. Leader membalas senyuman.

"Ya? Ada apa? " jawab Leader.

"Tak turun makan? " soal Delivia.

"Kejap lagi adik turun " balas Leader tenang.

"Okey. Nanti turun makan okey? " ajak Delivia. Leader angguk kecil. Delivia menutup pintu kembali.

"Kakak-" panggil Leader. Delivia menolak pintu kembali. Kedua keningnya di angkat menyoal ada apa.

"Leader nak cakap sesuatu " Leader memandang lama wajah Delivia. Delivia memandang hairan.

"Erm apa dia? " soal Delivia lalu dia perlahan menapak ke arah Leader yang masih berdiri tegak itu.

Leader terus memeluk Delivia dengan erat. Terkejut sudah Delivia di buatnya. Kenapa dengan Leader?

"Err Leader? " panggil Delivia.

"Adik tak sengaja-" Leader mula bersuara lagi. Pelukan semakin di ketatkan. Dagu Leader mendarat rapat di atas bahu kanan Delivia.

"Tak sengaja apa? " soal Delivia. Leader menarik nafas.

"Adam mati kerana adik. Adik tak sengaja tertembak dia-" seakan jantung Delivia terhenti seketika. Tubuhnya seakan membeku.

"Adik-" Delivia memanggil perlahan. Leader terus lagi memeluk erat Delivia. Dia tahu pasti Delivia akan mengamuk dan sedih apa yang dirinya lakukan.

"Kenapa? -" soal Delivia perlahan sambil merungkaikan pelukan erat itu. Wajah merah Delivia sudah kelihatan. Kedua matanya sudah merah hanya tinggal air mata sahaja keluar.

"Adik tak sengaja bunuh dia. Maafkan adik" ujar Leader yang serba salah itu.

Sebenarnya Leader ingin menembak ke arah lelaki yang ada parut itu. Tapi tiba-tiba Adam muncul. Jadi Agak susah untuk dia sasarkan tembakkan itu. Baru sahaja dia lepaskan tembakan, lagi sekali Adam menghalang targetnya. Jadi Adam terkena tembakan Leader.

Keadaan di situ bertambahlah rumit bila ada Delivia di situ. Jadi selepas Adam dan lelaki parut itu mati, barulah Leader buat-buat datang ke arah Delivia. Dia tiada pilihan.

"Adam satu-satunya kawan kakak, adik" ujar Delivia lagi.

"Adik tahu. Maafkan adik" Leader terus memegang erat lengan Delivia. Diusap banyak kali.

Delivia menarik nafas lalu di hembus.

"Tak apa. Sudah takdirnya bergitu. Kakak tak boleh nak buat apa-apa. Masa tak boleh di ulang" Delivia berbicara perlahan. Mungkin dia tidak boleh salahkan Leader kerana mesti ada sebab tertentu. Macam dia juga, dia pernah membunuh orang tanpa keinginannya.

"Kenapa Leader bunuh lelaki tu? Sejak bila? " soal Delivia. Leader tersenyum nipis. Rasanya dia perlu bagitahu kepada kakaknya juga. Sudah sampai masanya-

Leader menarik Delivia duduk di kerusi.

"Kakak, sebenarnya adik adalah seorang pembunuh upahan. Adik tak ada pilihan waktu itu. Jadi adik terpaksa terima tawaran itu. Adik jahat kakak, sebab itu adik tak nak bagitahu siapa-siapa selain Hans dan kakak-" Ujar Leader sambil merenung kedua mata Delivia yang tekun merenung dirinya.

Lagi sekali Delivia sedikit terkejut dengan kata-kata Leader itu.

Beberapa saat kemudian, Delivia memberikan senyuman nipis. Jemari Delivia naik ke tepi wajah Leader. Di usapnya lembut di pipi adiknya itu.

"Tak semua orang sempurna Leader, semua orang pernah melakukan kesilapan. Itu semua takdir dan ujian buat kita. Adik yang lalui semua itu. Jadi kakak tak ada hak nak menghukum atau memarahi adik" jelas Delivia.

Air mata Leader sudah mengalir mendengar kata-kata Delivia.

"Kakak maafkan adik? " soal Leader

"Sudah tentu. Siapalah kakak untuk tidak maafkan kesalahan manusia. Kakak bukan tuhan adik. Tapi Allah yang maha pengampun" ujar Delivia lemah. Dia juga banyak melakukan kesalahan malah dosa juga banyak di lakukan. Dia hanya perlukan sedikit waktu untuk dia berubah sebaiknya.

"Terima kasih kakak-" ujar Leader kemudian menarik tubuh Delivia kemudian dipeluk dengan erat.

Hans yang ingin membuka pintu itu terdiam seketika mendengar luahan si kembar itu. Hans mengukir senyuman.

Andailah adiknya masih hidup tentu dia akan meluangkan masa lebih dengan adiknya itu. Tapi adik dia sudah lama meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Dia juga tiada pilihan untuk mencari duit dengan jalan ini. Dia juga terpaksa.

.
.
.

Hii :)

Next chapter, author tak janji nak update cepat. Kalau ada masa author update okey?

Thanks Vote and comment ❤💙❤


Continue Reading

You'll Also Like

1M 35.1K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
4.8M 220K 60
[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. ...
258K 14.2K 106
BOOK 1🔗 •2021- will be edited soon• Taalia Eshaal. Satu- satunya anak perempuan jutawan billionaire. Seorang celebrity yang popular . Namun , lata...
504 55 21
Book 1 "jangan ganggu saya boleh tak?!,awak nak tengok saya kena maki dengan girlfriend awak ke apa??!". ~HAURA ALAINA~ "Aku sayangkan kau sayang, ja...