[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀...

By fierose_

493K 22.7K 918

[T A M A T] [STAND ALONE] ×COVER BY @CORETANKASIH× Nak baca cerita ala-ala Mafia? Cerita yang buat korang sa... More

+CHARACTER+
0.0|◀prolog◀
1|HIDUP BARU
2|CUBA TEKA
3|MISI
4|RAHSIA
5|FIGHT
6|MEET YOU
7|BEKU
8|PLAY DIRTY
9|SALE
Teaser🔻10
10|DREAM
11|HER
12|IT'S ALWAYS YOU
13|LIE
14|GONE
15|HEART
16|MAKE YOU MINE
17|DANGER
18|TROUBLE
19|RAIN & CHOCOLATE
20|LOVE ME LIKE YOU DO
21|OUR DESTINY
22|SMILE TO HEART
23|SHINE TOGETHER
24|GODA DIA
25|TARGET
26|LAST FOR YOU
27|HIDE AND SEEK
28|TRAGEDY OF TWO HEARTS
30|MEMORIES
31|DEVIL EYES
32|BEFORE YOU GO
33|WHO
34|LITTLE LOVE
35|OCEAN EYES
36|HEART LIES
37|FIRST STEP
38|BEHIND THE MASK
39|THE DAYS
40|IT'S TRUE LOVE
41|WANT MORE
42|EVERYTHING IS IMPORTANT
43|BLUE WOLF
44|BLOODY AUTUM
45|QUEEN•NIGHT FESTIVAL
46|KING•BEAUTIFUL LIAR
47|BECAUSE OF YOU
48|IF I FALL IN LOVE
49|SAY YES
50|LET ME GET YOU
51|YOU ARE THE REASON
52|BCM - END
Hiii ✨

29|PAIN

6.4K 342 20
By fierose_

Need a place to hide,

But i can't find one near,

Wanna fell alive outside ,

I can fight my fear.

Delivia Elyn


🔱🔱🔱


Leader masih merenung tubuh Delivia yang tidak bergerak itu. Wajah Delivia kelihatan sedikit pucat. Jemarinya mula mengusap perlahan di kepala Delivia yang berbalut dengan kain putih itu.

"Kakak– bila kau nak bangun? " Leader membisik perlahan. Wajah itu di renung lama. Masih ada kesan luka di wajah itu. Sudah hampir dua hari Delivia tidak sedarkan diri. Jadi Leader terpaksa bermalam menemani Delivia di hospital.

Krekk–

Pintu wad di tolak oleh Hans. Kedua tangannya membawa bungkusan makanan. Hans meletakkan makanan itu di atas meja lalu dia duduk di kerusi sambil merenung mereka berdua. Sedikit sayu melihatnya kerana Leader dapat jumpa kakak kembarnya itu. Tapi malangnya, kemalangan kecil berlaku ke atas Delivia .

"Leader– makan dulu. Nanti perut masuk angin. Dari malam tadi kau tak makan. Ini dah masuk tengah hari " ujar Hans.

Leader hanya diam. Dia masih duduk di sebelah Delivia sambil tangan kanannya mengusap wajah Delivia manakala, tangan kirinya pula di gengam erat jemari Delivia.

Hans menghela nafas risau.

"Daniel Ahlan, please eat some food" Hans memanggil Leader dengan nama penuh. Payah juga kalau tak dengar cakapnya. Nak ikut kepala batu dia je.

"Just put it there. I'll eat it later" Leader menjawab laju. Tapi pandangannya masih meratapi wajah Delivia.

Hans hanya mengangkat kedua bahunya. Malas nak cakap lagi. Dia mengambil satu bungkus itu yang di beli untuk dirinya. Lagi satu bungkus di tolak ke tepi untuk Leader.

Suasana sepi kembali. Hanya bunyi mesin yang menunjukkan turun naik graf sahaja kedengaran di kala ini.

"Dia ada cakap apa-apa? " selepas beberapa minit, Leader mula bersuara.

"Dia hanya tanya melalui mesej. Tentang bukti yang dia dah mati ke belum" balas Hans. Leader diam kembali.

"Jangan risau, kes tu dah keluar dekat TV waktu berita semalam. Jadi dia mungkin dah tengok bukti itu" balas Hans.

"Baguslah–" balas Leader.

🔱🔱🔱

Prangg!

Segala barang di atas meja di tolak kuat oleh Carlo. Wajahnya masih kelihatan kusut dan tidak terurus. Runsing memikirkan hal ini.

"Semuanya dah terlambat. Sayang–" Carlo berbicara perlahan sambil menatap gambar Delivia dalam frame di bawahnya. Carlo menunduk kemudian membuang kaca frame itu ketepi lalu mengambil gambar itu. Matanya sudah pun mengeluarkan cecair jernih.

"Delivia –" Carlo terus terduduk. Dia memeluk erat gembar itu. Wajahnya menunduk ke bawah. Titisan air mata mula membasahi lantai.

Dia sudah cuba jejaki Tayler tapi tak jumpa satu apa pun. Orang-orangnya juga sudah jadi jejaknya. Masih hampa.

Fikiran Carlo masih keliru sama ada Delivia sudah mati atau belum. Tapi ketika orangnya memeriksa kejadian di sana, tiada mayat Delivia di temui. Kalau ada pun beberapa jasad yang sudah hampir rentung  mayat di jumpai. Tapi pihak hospital sudah sahkan bahawa semua itu adalah lelaki.

Lalu di mana Delivia? Inya masih misteri akan kehilangannya.

Carlo sungguh tak percaya apa yang terjadi. Orang yang dia sudah mula curahkan kasih sayang hilang begitu sahaja. Ini semua kerana cuainya sendiri. Sungguh tak guna rasanya.

Krekk–

"Carlo–" Rubby mula masuk ke dalam bilik kerja Carlo. Berselerak sudah bilik itu. Dia mendekati Carlo yang masih menunduk itu.

"Aku tahu kau kuat" Rubby mula memujuk.

"Keluar–" balas Carlo dengan nada mendatar.

"Orang-orang kita masih mencari keberadaan Delivia. Jadi kau jangan risau" jawab Rubby sambil berjalan ke pintu keluar. Kakinya berhenti

"Tapi– kalau masih tak jumpa, kau kena redha yang Delivia sudah tiada" ujar Rubby perlahan dan terus melangkah pergi. Carlo mengetap rahang. Dia dengar apa yang Rubby katakan.

Dia tetap tak akan berputus asa mencari Delivia. Pandangnya jatuh kembali pada gambar isterinya. Kedua matanya merenung lama ke arah gambar itu.

Dia perlu buat sesuatu.

Skip–

"Macam mana?" Luxia mula menyoal saat Rubby sudah turun ke bawah. Bella juga ada berdiri di sisi Luxia.

"Nampak sedikit buruk tapi dia akan okey juga nanti" balas Rubby kemudian dia duduk di atas sofa.

"Tak mungkin dia okey kalau orang yang dia sayang sudah tak ada. Apatah lagi isterinya sendiri Rubby" ujar Luxia .

"Betul tu. Sebelum ini, setiap hari saya nampak wajah Tuan Carlo akan ceria bila tatap wajah isteri dia. Kalau tidak serius sahaja wajahnya" ujar Bella pula.

"Aku tahu " balas Rubby ringkas kemudian dia memejamkan mata. Kapalanya di sandarkan di kepala sofa. Dia juga runsing memikirkan hal  ini. Tidak mungkin dia tidak sayang Delivia, Delivia sudah pun jadi kakak iparnya. Pasti dia akan ambil berat dengan orang yang dekat dengannya.

Dia juga ada mencari Delivia tapi susah untuk mendapatkannya. Jadi dia serahkan pada orang-orangnya.

"Luxia, makan tengah hari dekat sini tau. Aku nak sambung masak jap" Bella terus bangun dan menuju ke dapur. Kerjanya tergendala saat Luxia datang untuk tahu keadaan Carlo.

Luxia memandang kelibat Bella sehingga hilang dari pandangannya. Dia memandang kembali ke arah Rubby yang tengah memejamkan mata itu. Luxia merenung lama ke arah Rubby.

Nampak sahaja Rubby seperti tidak mengambil berat tapi sebenarnya dia lah yang paling risau. Dan nampak dia seperti peramah tapi sebenarnya Rubby banyak bersendiri dan menyelesaikan masalah sendiri jika ianya mampu dia lakukan. Kalau tidak barulah dia meminta pertolongan dari abangnya, Carlo.

"Kau masih risaukan dia? " Rubby menyoal tiba-tiba. Luxia sedikit terkejut tapi Rubby masih menutup matanya.

"Huh? Erm sikit" balas Luxia. Pandangannya jatuh je bawah sambil merenung cawan di hadapannya.

"Tapi dia tidak risaukan kau. Jadi jangan buang masa datang ke sini hanya untuk melihat dia" jawab Rubby . Luxia berkerut dahi

"Apa maksud kau? " soal Luxia.

Rubby membuka kedua matanya. Dia duduk menegak kembali kemudian merenung Luxia di hadapannya.

"Jangan harapkan benda yang tidak pasti Luxia. Macam aku cakap hari tu, berhenti sukakan Carlo. Dia tidak cintakan kau mahupun suka kan kau" terang Rubby. Luxia tersentak sedikit

"Itu hal aku Rubby jadi biar aku yang uruskan" balas Luxia sambil merenung tajam ke arah Rubby. Ini hal hati dan perasaan dia, dia tahulah untuk menjaganya dan mengawalnya.

"Aku tahu kau sukakan dia saat dia ambil kau jadi sebahagian ahli Black Crown. Dia ambil kau sebab kau berbakat itu sahaja. Tapi sehingga sekarang kau masih simpan perasaan  tu" ujar Rubby lagi.

"Kau tak perlu risau. Hal ni tak ada kena mengena pun dengan kau. Pandai lah aku uruskan " ujar Luxia kemudian dia berdiri dan mengambil beg tangannya. Sudah tidak ada mood untuk dia berlama di mansion ini.

"Aku cuma tak nak kau patah hati bila kau luahkan nanti Luxia" balas Rubby.

Luxia yang hendak melangkah pergi berhenti seketika. Dia memusing memandang Rubby yang masih merenungnya. Entah kenapa Rubby selalu sibuk akan halnya.

"Yang luka nanti aku bukan kau Rubby" ujar Luxia.

"Tak. Aku juga akan terluka–" balas Rubby kemudian dia berdiri juga dan melangkah pergi meninggalkan Luxia yang terpinga-pinga itu.

Luxia memandang ke arah kelibat Rubby yang sudah hilang keluar dari ruang tamu ini.

Lagi sekali– hatinya terasa akan sesuatu yang masih tidak jelas untuk dia cuba fahamkan.

🔱🔱🔱

Siang berganti malam. Delivia masih tidak menunjukkan gerakkan apa-apa. Hans sudah ketiduran di atas sofa. Ruang bilik ni besar sedikit kerana Leader telah memilih bilik VIP.

Tit tit tit...

Bunyi mesin masih kedengaran di ruang bilik wad itu. Leader keluar untuk pergi ke tandas. Sudah tak tahan rasanya.

Pintu bilik wad itu di tutup kembali saat Leader keluar.

Tit tit tit...

Jari jemarinya mula bergerak.

Kelopak matanya juga bergerak sedikit.

Beberapa saat kemudian kedua mata itu terbuka luas. Nafasnya turun naik. Dia cuba untuk duduk perlahan-lahan. Dia pantas membuka alat pernafasan. Dia diam seketika dan mengusap perlahan wajahnya.

Dia memandang sekeliling sehingga matanya terhenti pada seorang lelaki yang sedang elok berdengkur atas sofa itu. Wajahnya berkerut seketika.

Dia tidak kenal akan laki itu jadi dia turun dari katil itu. Selipar di tepi katil itu di sarung. Wayar yang tertampal di tangannya segera di cabut. Dia meninggalkan bilik itu secara senyap. Takut akan laki itu sedar dari tidurnya.

Dia kena pergi. Sini bukan tempat dia.  Dia pula tak tahu kenapa dia berada di sini.

Pintu di tolak. Delivia melihat ke kiri dan ke kanan. Tidak ramai orang yang lalu lalang.

Dia cepat-cepat pergi meninggalkan bilik itu. Dia ingin menuju ke lif tapi ada orang menggunakan. Jadi dia lalu tangga.

Tiba-tiba kepalanya terasa sangat sakit dan seakan berdenyut kuat. Kedua tangannya memegang kepalanya yang berbalut kain putih itu.

"Erghhhh–" dia mengerang sakit. Kejadian di mana letupan besar berlaku di hadapannya kemudian semuanya gelap bermain di mindanya.

"Sakit–" dia berbisik perlahan. Wajahnya sudah berkerut. Kakinya melangkah beberapa anak tangga untuk turun ke bawah.

Lagi sekali sakit kepala itu menyerang dengan kuat. Akhirnya dia pengsan lalu jatuh tergolek ke bawah. Dia tidak sedarkan diri kembali.

Manakala–

Leader yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu terkedu seketika. Masuk sahaja pandangannya jatuh ke arah katil itu. Kosong. Delivia sudah tidak ada.

Tempat Hans di tuju.

"Weh bangun! " Leader memanggil Hans. Masih tidak sedar.

"Hans! " Leader terus menampar pipi Hans.

Pap!

"Arghh– sakit bodoh. Nak apa? " jawab Hans sambil matanya mencerlung ke arah Leader. Pipi di sentuh perlahan. Boleh tahan sakitnya.

"Sekarang bukan masa main-main Hans. Mana Delivia! " soal Leader

"Kan kat atas katil tu tak kan tak nampak!" jawab Hans sambil menunjuk ke arah katil.

Tapi–

"Aikk? Hilang? " Hans terkejut seketika.

"Dah sekarang bangun. Cari Delivia Cepat!" arah Leader kemudian dia berlari keluar. Hans juga terus bangun mencari Delivia.

"Delivia! " Leader mula memanggil Delivia. Senyap. Kawasan situ tidak ramai orang sangat. Leader pergi ke kaunter pertanyaan.

"Excuse me, did you see a young woman err long hair here?" soal Leader.

"No–" balas nurse itu.

"Ok thanks" Leader terus beredar. Dia menuju ke arah lif. Tapi pandangannya beralih ke arah pintu tangga yang sedikit terbuka itu. Dia menapak perlahan ke arah itu. Pintu di kuak luas.

Matanya membulat besar saat melihat Delivia sudah terbaring di hujung tangga itu. Panas Leader turun ke arah Delivia.

" Kakak! " Leader menampar lembut pipi Delivia. Masih kaku. Cecair merah yang keluar dari kelengkang Delivia cukup buat dirinya sebak. Dia tahu akan itu. Telefon segera di ambil. Nombor Hans segera di hubungi

Tit–

"Hello Hans, pergi panggil Doktor sekarang datang ke bilik. Aku dah jumpa Delivia" arah Leader

"Okay–" panggilan ditutup. Leader mengangkat tubuh Delivia menuju ke bilik wad tadi.

"Please, Bertahan "

Skip–

Doktor memeriksa keadaan Delivia yang masih baring itu. Delivia kini sudah sedar cuma dia mendiamkan diri sahaja. Matanya masih merenung siling di atas.

"How? " soal Leader yang masih menunggu itu. Selesai memeriksanya, Doktor lelaki itu memandang ke arah Leader

"Dia baik-baik sahaja. Tapi dia selalu sakit kepala kan? Mungkin sebab hentakan kuat terkena di kepalanya. Nanti dia akan pulih. Cuma–" Doktor itu berhenti seketika.

"Cuma? " soal Leader

"Dia keguguran" jawab Doktor lelaki itu. Leader diam seketika. Dia sudah agak. Hans yang dengar itu memandang simpati ke atas Delivia

"Gugur? Saya– saya gugur? " soal Delivia tiba-tiba.

"Ya. Saya harap Puan bersabar apa yang berlaku" jawab Doktor itu.

"Tapi anak siapa? Tak mungkin saya mengandung! " Delivia mula menjerit kuat. Gila rasanya apa yang dia dengar ini.

Leader, Hans dan Doktor lelaki itu terkejut.

"Kakak–" Leader mula mendekati Delivia. Dia tahu Delivia memerlukan kekuatan.

"Siapa kau! Jangan datang dekat! " Delivia mula memberi amaran. Lalu dia memegang kuat kepalanya.

"Puan bertenang. Kali terakhir puan ingat apa?" soal Doktor lelaki itu. Delivia diam kembali.

"Daddy... Mummy?  Le– letupan! Erghhh " Delivia mengerang sakit

Doktor diam seketika lalu meminta fail pada misi di sebelahnya. Dia menyelak sehelai demi sehelai.

"Saya rasa dia mengalami amnesia" ujar Doktor lelaki itu.

Leader dan Hans terkedu. Kenapa banyak sangat masalah yang di timpa oleh Delivia?

"Mengikut kajian kemungkinan dia mengalami Retrograde Amnesia.  Ianya sejenis gangguan memori akibat kecederaan pada otaknya" jelas Doktor lelaki itu. Leader tertunduk lemah. Delivia masih memegang kepalanya sambil matanya tertutup. Berbagai bayangan yang bermain di mindanya.

"Amnesia ini sejenis pemasalahan yang menyerang pada bahagian otak yang di sebabkan trauma. Ia boleh akibatkan penghidapnya menghadapi kegagalan untuk ingati sebahagian memori" terang Doktor lelaki itu lagi.

"Jadi dia boleh sembuh? " soal Leader.

"Mungkin boleh. Tengok pada orangnya sama ada kuat atau tidak. Kamu boleh cuba membantunya untuk ingatkan sebelum menjadi makin teruk" balas Doktor lelaki itu.

Leader menguak rambutnya ke belakang. Risau memikirkan hal ini.

Dia memandang ke arah Delivia dalam keadaan sakit itu. Hatinya juga sedih melihat keadaan kakak kembarnya itu.

Hans menepuk perlahan bahu Leader agar kuat. Leader hanya membalas senyuman nipis sahaja.

'Aku harap kau kuat kakak'

.
.
.

Korang okey?

Tapi Delivia tak okey 😔

Next chapter masih mengedit;)

Jangan lupa vote! Thanks

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
258K 14.2K 106
BOOK 1🔗 •2021- will be edited soon• Taalia Eshaal. Satu- satunya anak perempuan jutawan billionaire. Seorang celebrity yang popular . Namun , lata...
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...