Don't Play with Her! [🔰]

Bởi HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... Xem Thêm

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

The Game is Begin

1.1K 102 33
Bởi HarruTsubasa05

"Yup. I sudah ready. U bila pula? "

Di dalam rumah agam milik Tuan Besar Amato, kelihatan salah seorang penghuni rumah tersebut sedang rancak berbual melalui telefon di telinganya di suatu sudut rumah yang terbuka. Ia adalah Suzy. Gadis itu sedang berbual dengan seseorang melalui telefon dan sedang berada di beranda rumah yang menampakkan pemandangan taman rumah mereka yang begitu cantik mata memandang. Tetapi bagi orang seperti Suzy, itu hanya perhiasan yang tidak membawa apa-apa manfaat. Jadi dia tidak terlalu fokus akannya.

"Nanti U datanglah ke rumah I. Kita plan bersama-sama dengan Mama I, okay? "

Suzy tersenyum selepas mendengar balasan dari hujung talian. Dia terus berbual dengan orang tadi sehinggalah dia tiba-tiba terdengar bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.

Suzy melihat kereta tersebut. Tidak perlu lama menunggu, kelihatan Gempa keluar dari perut kereta dan di sebelahnya pula keluar Taufan dan Thorn. Mereka bertiga kelihatan begitu ceria sekali.

"U, tunggu sekejap, ya? I nak tengok someone baru balik.. " Dalam diam Suzy mencuri dengar perbualan mereka.

"Terima kasih, Taufan, Thorn. Korang semua sudah membuatkan hari saya hari ini sangat menarik! " Gempa berkata dengan nada yang ceria.

Taufan dan Thorn tertawa bersama. Mereka berasa sangat lega apabila Gempa sudah sudi memaafkan mereka. Sekurang-kurangnya selepas ini mereka sudah dapat menjalankan kerja masing-masing dengan aman apabila mendapat tahu Gempa sudah memaafkan mereka. Sejak Gempa ingin menjauh dari mereka, mereka, termasuk yang lain mula berasa kurang semangat untuk melakukan kerja masing-masing. Jadi sebab itulah mereka mengambil inisiatif untuk bertemu semula dengan Gempa dan meminta maaf kepada gadis tersebut.

"It's ok, Gempa! As long as you can stay with us again, we're gladly enough to do anything for you! "

Gempa tersenyum sahaja setelah mendengar kata-kata Thorn. Dan dia akui, kata-kata itu amat menenangkan hatinya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Well... Well... Well... Tengok siapa baru balik? " Suzy menegur Gempa sambil menyilangkan kedua belah tangannya di hadapan dadanya. Gadis itu merenung Gempa secara atas bawah sewaktu Gempa sedang disapa oleh Yaya dan Ying yang sedang menunggunya di muka pintu rumah.

"I'm tired to pick a fight with you, Suzy. " Gempa membalas sambil memutarkan bola matanya. Memang betul. Dia terlalu penat untuk hadap orang dan muka yang sama untuk bergaduh. Takde ke orang lebih menarik sikit?

Suzu mengjengkilkan matanya dan merenung tajam ke arah Gempa. Dia agak terkesan dengan kata-kata itu tetapi dia tidak mahu mengaku kalah. Dia masih mahu menguji kesabaran Gempa.

"Aku tengok kau keluar dengan musuh Papa. Apa cerita? "

"So what? Aku keluar dengan diorang or not, it is not your problem. "

"Not my problem, sis? Oh my! " Suzy berpura-pura terkejut.

"You don't know that they are Papa's biggest rival? How could you! Kata anak kandung Papa, tapi hati ayah sendiri tak reti nak jaga ke? "

Mahu sahaja Gempa melempang muka Suzy kerana kata-katanya yang menyakitkan hati itu. Tetapi dia sedar, Suzy sengaja ingin menguji kesabarannya dan Gempa tidak akan sesekali terpedaya dengan hal itu. Takkan!

"Whatever you want to say, Suzy. But.. " Gempa mendapat idea untuk membalas balik. Dia pun menoleh ke arah Suzy.

"No matter what, your 'Papa' still love me. Sebab apa? He is my 'Father'. Not your 'Papa'. Itu kalau kau faham lah. Heh! " Dan Gempa pun menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas untuk ke bilik. Dia sudah malas nak bergaduh. Tengok muka Suzy pun rasa seperti hendak termuntah.

"That bitch! "

Suzy menggenggam kedua belah tangannya sambil merenung tajam ke arah Gempa yang sedang menaiki tangga. Hatinya sangat panas kerana kata-kata Gempa tadi. Dia tak dapat nak balas balik kata-kata Gempa kerana dia terkesan dengan apa yang baru disebutkannya tadi.

"You wait, bitch! Aku akan buat kau menangis kekalahan! "

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa membaringkan dirinya di atas katil sambil melepaskan lelah. Walaupun dia seronok tetapi banyak tenaga yang digunakan untuk hari itu dan dia rasa seperti bila-bila masa sahaja dia akan tertidur kerana kelelahan.

Ding!

Gempa berpaling ke arah telefonnya sebaik sahaja dia terdengar bunyi mesej personal masuk. Dia pun mencapainya lalu membukanya.

"Fang? " Wajah Gempa berkerut tetapi dia tetap tersenyum. Siapa tidak gembira apabila orang yang disukai menghantar mesej kepada kita?

Mr. Husky 🐺💕

Hi, Gempa.
Macam mana dengan hari kau hari ni?
Aku kat sini bosanlah. 😥

Gempa tersenyum membaca mesej tersebut. Lalu dengan lincah jari-jemari mulusnya menari ke atas keyboard telefonnya bagi menulis balasan dari chat tersebut.

More than fun.
Rasa lebih seronok bila Fang
takde bersama.
Hahahahaha 😂

Aissshh!! Kejam! 😤
Cepatlah balik kampung.
Boleh keluar sama-sama balik. 😥

Nope.
Sorry, Fang.
Tapi saya dah daftar universiti.
Jadi kena stay sini sampailah
cuti sem yang pertama.

Alaaaa.... 😭💔

Gempa tersenyum-senyum sahaja apabila membaca mesej terakhir daripada Fang tersebut. Dia pun meletakkan kembali telefonnya di atas meja dan mula menyiapkan diri untuk mandi. Namun, baru sahaja dia hendak masuk ke dalam bilik mandi, suara ketukan pintu kedengaran di pintu biliknya.

Tok! Tok! Tok!

"Gempa? "

Suara lembut itu, ah suara Yaya. Gempa meletakkan kembali tuala yang bersangkut di atas bahunya di atas katil lalu berjalan mendekati pintu biliknya.

Klik!

"Ya, Kak Yaya? " Gempa menjawab sebaik sahaja dia ternampak wajah lembut Yaya di muka pintu.

"Ah, kamu sibuk ke? "

"Tak terlalu sangat. Gempa baru sahaja hendak mandi. Kenapa, ya? "

Yaya tidak menjawab apa-apa. Dia diam tak terkutik di tempatnya sebelum akhirnya helaan nafas berat dihembus keluar dari belah bibirnya.

Melihat wajah lembut pembantu yang sudah dianggap sebagai kawan baiknya itu menghela nafas membuatkan Gempa sedikit hairan. Ada apa?

"Jom kita masuk berbual kejap. " Yaya berkata sejurus menarik tangan Gempa untuk masuk ke dalam bilik si gadis itu lalu menutup pintunya rapat.

💖✨💖✨💖✨💖

"Ada apa ni Kak Yaya? " Gempa bertanya seraya melihat wajah cemas dan takut Yaya.

Yaya menggigit bibirnya bagi menimbang keputusannya. Kalau tak beritahu, nanti Gempa susah pula. Mahu tidak mahu dia harus beritahu juga.

"Haa... Gempa, macam ni. Lebih kurang 2-3 hari lagi akak dan Ying akan balik ke kampung tau. " Akhirnya Yaya bercakap.

"Oh? Ok lah jika macam tu. "

"Gempa... Kamu tak takut ke? Akak dan Ying risau tau dengan kamu! "

"Risau? " Kening Gempa berkerut hairan.

"Kak Yaya nak risau apa pada Gempa? "

Yaya menepuk dahinya. Nak marah pada budak Gempa ni teringat yang dia tu anak majikannya. Mahu tak mahu tahan sajalah.

"Aissh... Kak Yaya dan Ying mestilah risaukan Gempa tahu? Kamu dan Cik Suzy tu bukannya akrab sangat! Tambahan pula dia tu selalu di back-up oleh abang dan mak dia. Nanti kalau kamu bergaduh dengan dia macam mana? Kak Yaya dan Ying takde untuk lindungi kamu! "

Panjang lebar Yaya menerangkan kerisauannya kepada Gempa. Memang jelas terpancar di wajahnya bahawa dia amay merisaukan gadis yang lebih muda darinya itu. Manakan tidak? Sehebat mana pun Gempa, pastinya gadis itu mempunyai kelemahan yang buat setakat ini tiada siapa pun tahu lagi.

Gempa mengangguk faham. Begitu rupanya.

"Alah, Kak Yaya janganlah risau, ya? Gempa pandai jaga dirilah! " Gempa berkata dengan nada suara yang yakin.

"Itu akak tahu! Cuma kami masih risau tahu tak? Entah apa yang Cik Suzy tu rancang nanti nak tumpaskan kamu. " Yaya menundukkan wajahnya.

Gempa memandang seketika wajah pembantunya yang sedang berada dalam keadaan resah gelisah itu. Dia faham niat mereka berdua. Tapi mengharapkan kerisauan dari mereka bukanlah pilihan Gempa. Dia tidak mahu sesiapa pun risaukannya.

"Kak Yaya jangan khuatir. Gempa tahu apa yang Gempa buat. Ok? " Gempa melemparkan senyuman manisnya kepada Yaya. Kalau boleh sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kerisauan pembantunya itu.

Yaya sekadar tersenyum bagi mengelakkan keraguan Gempa. Tangannya yang memegang tangan Gempa diusapnya dengan lembut.

"Semoga kamu akan selamat dari rancangan durjana keluarga tiri kamu, Gempa. "

💖✨💖✨💖✨💖

Keesokan harinya, Gempa bangun lebih awal daripada biasa. Dia membuka tingkap jendelanya untuk melihat pemandangan indah yang terdapat di sekeliling rumahnya.

"Pelik, aku dah berhari-hari duduk dekat sini tapi aku baru perasan yang kawasan rumah aku boleh tahan besar, ya? " Gempa bermonolog sendirian.

Pagi itu, Gempa menikmati pemandangan yang damai dengan hati yang tenang sehinggalah telefonnya berbunyi menandakan notifikasi masuk. Gempa mengambil telefonnya lalu memeriksa notifikasi tersebut.

Pak Cik Belacan⚡

Cepat bersiap.
Aku akan hantar kau ke universiti.

Wajah Gempa berkerut selepas membaca notifikasi tersebut.

"Dah kenapa pakcik ni nak sibuk-sibuk datang ambil aku, hah? Ingat aku ni isteri dia? " Jelas ketidaksukaan di situ.

Dengan pantas jari mulus Gempa menari di atas keyboard telefonnya untuk membalas chat yang dihantar oleh Halilintar tadi.

Tak nak!

Kemudian, sekelip mata balasan mesejnya diterima.

Pak Cik Belacan⚡

Kau jangan nak degil lah!
Bersiap cepat!

Eh, kau siapa nak arahkan aku?!
Suka hati lah!
Aku boleh bersiap sendiri kot!

Banyak bunyi pula budak
pendek ni!

Lebih baik kau bersiap atau
aku adu dekat ayah kau yang
kau pernah gigit telingat aku
hari tu!

Sejak bila kau manja dengan ayah
aku, hah pakcik?!

Jangan banyak bunyi lah, budak!
Aku nak kau bersiap dalam masa
15 minit!

Cepattttt!!!

Woyyyy!!!

Gempa mendengus kesal. Nampaknya hari ini akan menjadi hari yang paling memenatkan untuknya.












TBC(?)

Yaaayyy!! Updaattee!! 😆😆💞💕
.
Dah lama tak enjoy update buku ni. Tbh jalan cerita ni Ani masih ingat tapi malangnya banyak benda yang Ani lupa. 😢
.
Nampaknya Ani kena teruskan update walaupun cara penulisan agak berubah. Plis don't be mad my readers sebab Ani betul-betul lupa macam mana nak tulis walaupun masih ingat jalan cerita! 😭
.
So kalau ada ternampak pelik dari biasa mohon abaikan, ya? Bila cerita ni dah complete baru Ani akan edit mana-mana kesalahan. 👍

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

37.9K 2.8K 155
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.3M 98.8K 55
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
350K 26.2K 80
Sebelum menyertai TAPOPS,BoBoiBoy merupakan salah seorang daripada ejen muda MATA dan merupakan ejen muda paling hebat dalam MATA kerana dia mampu me...
64.4K 316 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...