Suamiku yang aku sayang #SYAS

By penulis_moniralily

20.8K 240 12

Ini kisah antara Zaim dan Maisarah Syifa. Mereka pernah putus tunang angkara fitnah dan dendam Maizurah. Teta... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
Part 58 - EPISOD AKHIR SYAS

47

224 1 0
By penulis_moniralily


Zaim mengeliat apabila lukisannya sudah hampir siap. Asyik revise saja. Dia kadang-kadang penat. Bosan. Semua ada. Kerjanya pula terpaksa pergi ke melawat tapak bangunan. Balik pun tidak menentu. Jarang mengambil tahu tentang isterinya. Mesej dan telefon hanya sekali sahaja dalam seminggu. Rindu memang rindu. Tapi dia terpaksa abaikan semua. Beberapa minggu ini dia kena fokus betul-betul dalam kerja. Tidak mahu lagi sebarang kesalahan.

"Zaim! Aku ada benda nak cakap dengan kau." Suara itu amat dia kenali. Matanya dihalakan pada susuk tubuh Afiq yang sudah berdiri di sebelahnya. Ada apa Afiq nak cakapkan sebenarnya? Hal Maizurah lagi ke?

Dia meletakkan pensel. Dia menghadap Afiq. Lagipun dia juga ada benda nak bagitahu.

"Apa?" ternaik kening Zaim apabila Afiq belum lagi membuka mulut. Sudah beberapa hari mereka tidak bercakap. Kalau bercakap pun, pasal urusan kerja.

"Hari itu Zura ada datang jumpa kau, kan? Dia nak apa dari kau?" Bukan dia percaya sangat dengan mulut manis Maizurah itu. Takut-takut, mulut kata lain, hati pula berkata lain. Selagi tidak dengar dari mulut Zaim, selagi itu dia tidak tenang.

Dia masih berdiri di sebelah Zaim. Tunak matanya masih merenung alis mata Zaim.

"Yup! Memang dia ada datang petang kelmarin masa semua orang dah balik. Aku ingatkan dia datang nak jumpa kau, tapi tak sangka pula dia nak jumpa aku. Dia masih belum terima hakikat lagi yang aku dah kahwin. Aku tak banyak borak dengan dia, sebab masa itu isteri aku sampai. Dan, aku terus balik dengan isteri aku. Itu aje. Kalau kau tak percaya aku, kau boleh tanya Zura sendiri." Jelas Zaim. Buat apa dia nak bohong.

Afiq menguis dagunya. Dia mula terfikirkan sesuatu. Kalau macam ini gayanya, dia kena dapatkan Maizurah secepat yang mungkin. Takut perasaan Maizurah cepat berubah. Sekejap cintakan dirinya, sekejap masih cintakan Zaim. Mana satu dia nak percaya? Dia makin gusar memikirkan.

Suasana menjadi sunyi sampailah Raju masuk. Ditegurnya Afiq yang mengelamun jauh manakala Zaim pula sudah angkat bahu dan meneruskan kerjanya.

Afiq menampar pipinya. Dia harus bangun! Diabaikan teguran Raju dan matanya dihalakan pada Zaim. Dia masih belum habis lagi bercakap.

"Macam mana dengan Syifa? Dia sihat?" lama dia tak dengar kabar dari isteri Zaim yang boleh dikatakan cantik juga. Ditambah lagi dengan ciri-ciri kelembutan dan kesopanan. Dia pasti, Zaim amat sayangkan Syifa melebihi Maizurah. Yalah, sampai memutuskan ikatan persahabatan yang lama terjalin. Zaim pula seakan tidak peduli sejak insiden itu. Tanda-tanda Zaim menyesal, dia tak nampak langsung. Atau Zaim memang tidak kisah langsung dengan Maizurah itu? Itu yang membuatkan dia asyik tertanya-tanya. Tapi lagi bagus juga, sebab senang hati Maizurah ditambat olehnya. Lama-lama dia tersenyum sendiri. Bodoh pula bercinta dan berkahwin dengan perempuan yang pernah dia benci dulu.

Zaim memandang Afiq semula. Rasa hairan pula Afiq bertanyakan perihal isterinya?

"Dia sihat. Sekarang dia duduk dekat rumah mama dengan papa aku." Balas Zaim singkat. Layan sajalah, mana tahu Afiq mahu menjernihkan hubungan mereka. Atau Afiq sudah berjaya menawan hati Maizurah yang degil itu? Emmm....

Afiq angguk kepala perlahan-lahan.

"Habis, kau duduk dengan mama dengan papa kaulah? Maksud aku, kau tak duduk rumah baru ini?" Macam seronok pula mahu mengetahui serba sedikit berita tentang kehidupan Zaim sekarang. Yalah, dia cuma tahu Syifa mengandung saja. Yang selebihnya dia tak tahu. Ada terdetik satu kekesalan atas tindakannya kerana cemburukan Zaim disebabkan hanya Maizurah lalu dia meraup mukanya. Ada sedikit kesal.

"Tak. Aku masih duduk rumah baru itu. Hujung minggu baru aku datang rumah mama dan papa aku. Lawat isteri aku. Kesian dia tinggal seorang, jadi aku hantar dia dekat sana. Adalah teman dia nak berborak dari tiada langsung." Kata Zaim. Afiq angguk lagi.

Masing-masing mula diam. Afiq mahu bersoal lagi namun terasa kekok pula. Ah! Kenapa pula tiba-tiba rasa macam ini?

"Kalau aku kahwin dengan Zura, kau okey?" dia tahu, dia tidak sepatutnya bertanya perkara ini kepada Zaim. Tapi perkara itu yang menyesakkan akal dan hatinya. Zaim itu kawan baiknya, apa jua sekalipun Zaim perlu tahu.

Hampir tersedak dibuatnya bila Afiq bertanya begitu manakala Raju pula sudah ketawa sendirian. Walaupun Raju tidak mencelah dengan perbualan mereka, tapi telinganya masih mendengar setiap perbualan mereka. Terus Afiq menjeling Raju.

"Eh! Raju kau dengar aje eh?"

Raju hanya ketawa sambil gelengan kepala. Afiq tak tahu apa yang bermain di minda Raju saat ini. Dia salah cakap ke? Kemudian dia alihkan perhatian sepenuhnya kepada Zaim. Lelaki itu nampak selamba saja mukanya tiada riak terkejut.

Zaim membetulkan kedudukannya. Dia dah tak ambil kisah lagi pasal kerjanya gara-gara Afiq yang mahu berkahwin dengan Maizurah. Dia menghela nafas. Benda yang baik, dia sokong saja. Tapi terbit rasa kasihan tatkala mengenangkan nasib Afiq nanti. Betul ke Afiq cintakan Maizurah? Atau sebab paksaan oleh Tuan Malik? Haih! Pening kepalanya. Dia tidak mahu Afiq sekali lagi kecewa.

"Apa yang kau buat ini, betul ke Afiq? Kau dah fikir masak-masak?"

Soalan itu bertalu di telinga Afiq. Panas telinganya mendengar soalan itu. Teringat semasa dia melamar Maizurah pada malam itu. Cincin sudah pun dipakai oleh Maizurah. Semalam, Maizurah siap mengirim gambar cincin yang dipakainya sebelum tidur. Adakah semua itu petanda Maizurah ikhlas menerimanya?

"Aku dah fikir sehabis dalam, Zaim. Aku buat semua ini sebab aku sayangkan Zura. Aku tak pasti kenapa perasaan aku berubah sekejap aje dengan Zura. Permulaannya masa Tuan Malik menggesa aku melayan anaknya masa itu. Disebabkan hal yang remeh itu, aku juga bencikan kau, Zaim. Cemburu itu tetap ada apabila Zura masih belum dapat melupakan kau. Dia masih sayangkan kau sebenarnya. Pelbagai cara aku buatkan untuk Zura lupakan kau tetapi tak berjalan langsung."

Zaim menelan liur. Dia bingkas bangun dan mengajak Afiq keluar. Dia rasa tak selesa berbincang soal hati ini di dalam pejabat. Takut Raju terganggu. Sebuah kafe yang tidak jauh dari tempat kerjanya dipilih oleh Zaim. Kafe ini tidaklah sehebat mana, tapi dalam keadaan sebegini elok sangatlah masing-masing meluahkan rasa.

Dua pesanan air sudah dipesan oleh Zaim pada pelayan kafe tadi. Anggap sajalah dia membelanja Afiq.

Dahi Afiq berkerut setelah Zaim memesan air moka. Tekaknya juga mahu merasa air sedap dalam kafe ini. Anak matanya mula meliar di setiap sudut kafe ini.

"Aku nak kau fikir sehabis baik. Aku tak nak kau menyesal kemudian hari." Zaim memulakan bicara. Keputusan yang Afiq buat untuk berkahwin dengan Maizurah adalah penentuan hidup sepanjang hayat. Kalau salah pilih pasangan, habis ranap rumah tangga yang dibina. Dia bukan nak mendoakan Afiq macam itu, tapi kalau boleh biarlah calon isteri Afiq, baik-baik orangnya, ikhlas cintakannya. Bukan main angkut aje!

Afiq memaniskan bibirnya. Ada segaris senyuman. Setidaknya, Zaim masih risaukan dirinya.

"Aku tak menyesal atas apa yang aku dah buat. Aku yakin Zura jodoh aku. Biarlah kau nak cakap apa pun, semua itu akan terjadi. Zura jadi isteri aku dan aku jadi suami Zura."

Bahu Zaim sedikit terangkat. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau sudah itu pilihan Afiq, dia tak mahu bertekak. Kalau betullah Maizurah dan Afiq ada jodoh, dia tumpang gembira. Sekurang-kurangnya, Maizurah dapat merasai cinta sebenar. Bukan mengharapkan kasih yang tidak sudi.

Baru saja Afiq bersuara, pelayan kafe tadi sudah meletakkan dua bekas minuman itu di atas meja. Zaim terus menghirup air moka itu begitu juga Afiq. Bila menyedari pelayan tadi sudah tiada, baru Afiq membuka kata.

"Aku harap kau terima hakikat yang aku dan Zura akan kahwin tak lama lagi. Tak lama pun, dua tiga bulan kami sah menjadi suami isteri. Mama dan papa Zura pun dah setuju, apatah lagi dengan mak dan ayah aku. Mereka pun dah tak sabar nak tengok aku kahwin." Beritahu Afiq dengan segaris senyuman.

Senyuman diberikan kepada Afiq. Zaim meletakkan kembali gelas yang sudah separuh diminum tadi. Bersungguh betul Afiq di matanya saat ini. Kemudian dia geleng. Tak sangka, begitu cepat mereka akan berkahwin.

"Tahniah." Ucap Zaim.

"Terima kasih." Balas Afiq.

Mata mereka bertaut. Namun Afiq terasa debar. Dia tahu, dia akan mengalas tanggungjawab yang besar selepas ini.

"Lepas aku kahwin, Tuan Malik minta aku kerja dengan dia. Benda ini sudah pun aku bagitahu pada Encik Razif. Dia pun faham tapi dia agak runsing juga bila nak cari pengganti baru aku nanti..." Dihela nafas panjang. Kehidupan fasa baru akan bermula. Dia harus pandai sesuaikan diri. Maizurah juga tidak kisah kalau dia bekerja di syarikat papanya.

Zaim diam sejenak. Ada benda perkara lain yang menggangu fikirannya saat ini. Kalau Afiq berhenti bermakna Encik Razif perlu cari dua pengganti lain. Dia mengherot bibirnya. Kalaulah dia ada kawan yang boleh ganti tempatnya nanti.

"Aku rasa Encik Razif akan bertambah tertekan juga sebab aku pun nak hantar surat berhenti kerja tak lama lagi."

Afiq terdengar satu helaan nafas berat. Seolah ada satu masalah.

"Kenapa kau nak berhenti?" Dahinya pula berkerut seribu. Sah! Dia langsung tak tahu pasal perkara ini. Maklumlah asyik berkepit dengan Maizurah seharian.

"Papa aku minta aku kerja dengan syarikat dia. Sambil-sambil itu boleh tengokkan isteri aku yang mengandung itu. Takut terjadi apa-apa, risau pula. Aku dekat sini, dia pula dekat sana." Ulas Zaim. Macam manalah keadaan isterinya sekarang? Rasa rindu sudah bercambah hari demi hari. Selalu juga isterinya bermesej dengannya, cuma dia saja yang tidak dapat membalas.

Afiq angguk perlahan. Faham.

"Memang patutlah. Dalam keadaan macam ini, kau kena ada dengan dia. Kau pun tahukan, orang perempuan ini nak lebih perhatian daripada kita, walaupun masalah itu cuma masalah kecil, tapi dia orang tetap anggap masalah itu besar. Pasal Encik Razif itu nanti aku bagitahu Tuan Malik. Mana tahu Tuan Malik ada orang yang boleh gantikan kita nanti. Taklah sasau dibuatnya orang tua itu."

Ayat pertama sudah membuatkan Zaim ketawa kecil. Emmm... memang seorang perempuan perlukan perhatian yang sewajarnya, lebih-lebih lagi isterinya. Dia pula sibuk bekerja dan tak ambil tahu pasal Syifa. Agaknya isterinya itu pasti makan hati.

"Aku bukan apa Zaim, kalau kau bahagia dengan hidup kau, aku boleh tunjukkan pada Zura. Biar mata dia buka luas-luas. Kalau tidak selama ini, dia makan hati, tertekan, segalalah jenis masalah dekat kepala otak dia itu. Dia macam jenis susah nak terima kenyataan. Tapi, sekarang aku boleh katakan yang Zura itu perlahan-lahan mula sedar."

Zaim akui bukan mudah ya nak lupakan seseorang yang kita sayang. Dulu pun dia macam itu juga. Mahu lupakan insan yang dia sayangi yang sudah menjadi isterinya? Oh! Mana mungkin! Dulu pun, dia sengsara. Tempoh untuk tiga tahun betul-betul buat dia insaf dan terkilan. Meninggalkan orang yang dia sayang adalah satu bentuk kesilapan!

"Apa ubat kau bagi dekat Zura sampai dia dah mula sedar?"

"Tiada ubat. Cuma, aku tunjukkan keikhlasan aku untuk berkahwin dengan dia. Itu saja."

Masing-masing diam sejenak. Zaim meminta mereka segera masuk ke pejabat, takut pula Encik Razif mencari. Biarpun Encik Razif memberikan kelonggaran untuk mereka melepaskan tekanan tapi itu bukan tiket mereka mencuri tulang. Zaim dan Afiq memang terkenal dengan pekerja yang cemerlang. Rekod pula sentiasa bersih. Tiada kedatangan lambat.

Bila saja pintu kafe ditolak, mata Afiq terus terpandangkan Man dan Black yang sedang bercakap dengan seseorang yang memakai sweater hitam. Dia mengerling jam di tangan. Sepatutnya, dua despatch itu sudah pergi menghantar surat. Tanda-tanda mereka pergi menghantar surat pun tiada. Beg pun tiada. Dia lama-lama sangsi dengan perbuatan Man dan Black. Sudahlah dia yang membantu mereka mendapatkan kerja.

"Apa yang kau tengok?" Zaim berhenti di belakang Afiq. Matanya juga turut melihat dua despatch yang baru masuk itu. Terus bahu Afiq disentuh. Bila tersedar barulah Afiq berjalan keluar dari kafe. Dia mula rasa sangsi tatkala matanya melihat ada sepucuk surat putih yang diberikan oleh lelaki yang memakai sweater itu kepada Man dan Black lalu dia berhenti. Hatinya mahukan dia ke sana.

Zaim juga tidak jadi menapak bila melihat air wajah Afiq berubah.

"Kau ada masalah dengan dua despatch baru itu ke?" Matanya juga masih melihat susuk tubuh lelaki yang berselubungkan sweater itu yang sudah berlalu pergi meninggalkan Man dan Black. Tak semena-mena Afiq menapak laju mendekati mereka tanpa berlengah lagi. Zaim terpingga setelah ditinggalkan lalu segera mengekori langkah Afiq dari belakang.

Man dan Black terkejut bila nama mereka dipanggil. Terus kepala mereka tertoleh ke belakang sementara tangan mereka memasukkan sampul surat berjumlah sepuluh ribu seorang ke dalam poket seluar masing-masing. Muka tidak payah cakaplah. Cuak. Gementar. Apatah lagi bila Zaim juga ada sekali di sebelah Afiq.

"Ada apa Encik Afiq dekat sini? Tak masuk kerja ke?" Soal Man bernada sinis. Bukan ke dua pekerja itu sepatutnya ada di dalam pejabat. Dengar kata, lakaran mereka kena buat balik semula.

Black terus menyiku lengan Man supaya beradab apabila bercakap dengan orang atasan. Apatah mereka itu siapa. Sekadar despatch saja.

Mata Afiq sedikit mengecil. Sejak beberapa hari ini, kelakuan Man dan Black nampak aneh dimatanya. Sengaja mencuri tulang apabila Encik Razif tiada di pejabat. Bila sudah diberi peha, mahu betis pula! Dia sudah memberikan Man dan Black kerja di Syarikat Razif Berhad tetapi usahanya itu langsung tiada sedikit penghargaan. Malah mereka membuat kerja main semberono sahaja. Belum pukul lima petang, dua makhluk itu sudah lesap. Pergi ke mana langsung tiada siapa yang tahu.

Zaim hanya memerhati dengan ekor mata sahaja apabila Man dan Black seperti menjeling tajam ke arahnya. Tiba-tiba fikirannya teringat pada satu amaran dan ugutan dari dua despatch baru itu.

"Sepatutnya aku yang tanya soalan itu dengan kau dan Black! Apa sebenarnya niat kau orang untuk kerja di Razif Berhad? Kau orang ada niat yang tidak baik? Hah?" Nada Afiq sedikit keras. Matanya mencerlung kepada Man dan Black seperti helang mencari mangsa. Baru hari ini dia dapat bersemuka depan-depan dengan mereka berdua, kalau tidak jangan harap bayangan dua makhluk itu ada di dalam pejabat setiap hari.

Mulut mereka seakan terkunci dari dalam. Mahu beredar nampak sangat mereka takut. Tapi apa yang mereka boleh buat? Masing-masing sudah menyumpah berbakul-bakul. Arghhhh!!!

"Ehhh... kami tak buat apa pun. Saja jalan-jalan sebelum buat kerja." Balas Black selamba. Nadanya mendatar namun hati usah dicakap. Berdebar. Begitu juga dengan Man. Yalah, masing-masing buat salah.

Afiq geleng kepala lalu dikerling sekilas jam tangannnya. Sudah masuk pukul sepuluh pagi. Apa motif nak jalan-jalan? Dia mula syak sesuatu.

Zaim sekadar memerhati dan mendengar. Dia mahu membaca air muka Man dan Black sendiri.

"Apa kau cakap tadi? jalan-jalan? Kau tengok pukul berapa sekarang?!" Gaya Afiq tidak ubah seperti bos memarahi pekerja. Itulah sifat Afiq. Pantang bila ada yang mencuri tulang ataupun mempunyai sebarang agenda, pasti dia tidak suka. Kalaulah dia tahu dari awal perangai sebenar mereka berdua, memang dia tak akan ambil bekerja dan dia pun tak susah payah untuk memujuk Encik Razif agar menerima mereka masuk ke syarikat Razif Berhad.

Man terkelu lidah. Baru hari ini dia nampak lelaki sedang marah. Sebelum ini perwatakan lelaki itu baik dan sopan saja jadi bolehlah mereka kelentong. Tapi tidak pula kali dan hari ini.

"Maaf..."

Afiq geleng dan tangan cekak ke pinggang.

"Kau jangan cakap maaf dekat aku lagi! Dah! Pergi sambung kerja!" Afiq mengetap bibir. Barulah Man dan Black terhegeh-hegeh berlalu pergi.

Selepas Man dan Black masuk ke laluan pejalan kaki menuju ke opis mereka, barulah Afiq lega. Dia menarik nafas. Dia perlu maklumkan benda ini kepada Encik Razif agar berhentikan mereka serta-merta. Biarlah surat berlambak di dalam office tanpa despatch, daripada memilih pekerja seperti Man dan black yang mencuri tulang dan makan gaji buta! Oh! Dia memang tidak akan benarkan perkara itu berlaku lagi! Silap dia juga sebab berlembut hati sampai memberikan pekerjaan kepada dua makhluk bertuah itu.

Afiq memandang wajah Zaim semula. Kawannya hanya diam. Tiada langsung untuk memarahi dan geram atas perbuatan Man dan Black sebentar tadi.

"Kau okey tak ini?" Soal Afiq seraya melihat Zaim yang termenung.

"Zaim?" Bahu Zaim disentuh.

Barulah Zaim tersedar dari lamunan.

"Apa?" Dahi Zaim berkerut.

Afiq lagi sekali geleng kepala. Termenung pula kawannya ini.

"Kenapa dengan kau ini?"

"Tiada apalah. Jom masuk kerja."

Afiq kebinggugan bila Zaim meninggalkan dia sendirian. Kedua tangannya bersilang di atas dada. Seperti ada sesuatu yang bermain di kepala Zaim. Kenapa tidak diluahkan saja? Afiq menepuk dahi. Baru dia sedar, baru hari ini mereka berbaik!

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 16K 23
Mature Content || 21+ Varo sudah berhenti memikirkan pernikahan saat usianya memasuki kepala 4, karena ia selalu merasa cintanya sudah habis oleh per...
748K 2.5K 13
LAPAK DEWASA 21++ JANGAN BACA KALAU MASIH BELUM CUKUP UMUR!! Bagian 21++ Di Karyakarsa beserta gambar giftnya. 🔞🔞 Alden Maheswara. Seorang siswa...
1.7M 42K 7
Melody tidak begitu menyukai Refrain, sebuah band beraliran pop romantis yang populer di Indonesia. Karena sahabatnya Orin yang merupakan fans berat...
1.6M 77.2K 53
Rasa cinta terlalu berlebihan membuat Lia lupa bahwa cinta itu tidak pernah bisa dipaksakan. Rasanya ia terlalu banyak menghabiskan waktu dengan meng...