Suamiku yang aku sayang #SYAS

By penulis_moniralily

20.8K 240 12

Ini kisah antara Zaim dan Maisarah Syifa. Mereka pernah putus tunang angkara fitnah dan dendam Maizurah. Teta... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
28
29
30
31
32
33
34
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
Part 58 - EPISOD AKHIR SYAS

35

213 3 0
By penulis_moniralily


Datuk Shahrizat menuruni anak tangga dengan perlahan. Tanggan diletakkan di dada kiri, sakit jantungnya sudah surut. Kesihatannya bertambah pulih, mungkin sebab sudah berehat terlalu lama. Apabila langkahnya sudah separuh ke bawah, telinganya kedengaran gelak ketawa dari ruangan meja makan. Bibirnya mengukir senyuman bersama gelenggan kepala. Pasti Zaim dan Syifa datang sejak semalam. Anak bongsunya bukan boleh kalau ayahnya tidak sihat.

"Good morning!" Sapa Datuk Shahrizat. Senyuman semakin dilebarkan.

Semua berhenti makan. Datuk Shahrizat mengarahkan anaknya duduk semula. Dia boleh jalan lagi. Kerusi ditarik dan duduk. Dia memandang satu-satu yang ada di meja makan. Isterinya, Zaim dan Syifa.

"Kenapa pandang papa macam itu? Papa masih sihat walafiat lagi. Tak payah nak risau sangat." Kata Datuk Shahrizat bersama ketawa halus. Dia mengambil roti dan menyapu jem. Lantas dia menyuap ke mulut tanpa pedulikan pandangan yang ada.

Zaim geleng kepala. Papanya tetap sama. Dah tahu sakit, tapi cuba berlagak sihat. Datin Hamimah juga berkata begitu dalam hati.

"You ini, Zaim cuma risaukan you aje. Dia orang datang malam semalam lagi semata nak jenguk you." Datin Hamimah memberi leteran. Tangan kanan Datuk Shahrizat diangkat. Dia tak mahu mendengar lagi bebelan panjang isterinya.

"Tak payah. Papa okey aje. Ini, Zaim dengan Syifa berapa hari tinggal sini?" Dia tak mahu panjangkan isu itu lagi. Manakala Datin Hamimah menjeling suaminya.

Zaim memandang isterinya sebelah.

"Emmm... Petang ini kami balik." Kata Zaim.

Kening Datuk Shahrizat terangkat.

"Cuti hari ini?" Sepatutnya hari ini Zaim bekerja.

"Haah. Cuti emergency. Sebab nak jaga papakan? Takut kalau ada apa-apa jadi." Senyuman Zaim diberikan pada papanya.

Datuk Shahrizat ketawa kecil. Dia menyuap roti itu lagi. Sementara dia ingat ini, baik dia cakap pada Zaim dan Syifa.

"Papa ada benda nak cakap sikit ini..." Kata-kata Datuk Shahrizat terhenti sebaik kerongkongnya tersedak sesuatu. Cepat-cepat dia mengambil segelas air putih yang telah disediakan lalu diminum. Melihat papanya sedang batuk, terus dia berdiri tapi ditegah oleh papanya.

"Papa okey lagi...uhuk uhuk!" belakangnya ditepuk oleh isterinya. Beberapa minit baru dia rasa lega.

"Itulah you, makan tak baca bismillah. Nasib baik you tu tersedak aje." Bebel Datin Hamimah dan kembali duduk.

Datuk Shahrizat menghela nafas. Dia berhenti makan. Matanya memandang wajah Zaim dan Syifa.

"Papa nak minta Zaim dengan Syifa kerja di syarikat papa. Tak payah lagi kamu berdua kerja di tempat lama lagi. Papa dah uruskan semuanya, tinggal nak masuk saja." Jelas Datuk Shahrizat. Pandangannya dialih pula kepada isterinya untuk minta pendapat. Namun isterinya hanya angkat bahu.

"Kenapa tiba-tiba, papa?" Soal Zaim. Memang dulu papanya ada menyuruh dia bekerja bersama selepas pulang dari Amerika tapi, dia lebih berminat untuk mencari kerja sendiri. Sebagai arkitek.

"Dah tiba masanya. Siapa lagi yang akan ambil alih kalau papa tak ada nanti?" Kesihatannya mula merosot. Jadi dia sudah merancang untuk meminta Zaim dan Syifa menerajui syarikatnya pula.

Zaim mengeluh. Dia pandang isterinya yang dari tadi mendiamkan diri. Kemudian baru dia tanya isterinya.

"Sayang? Macam mana? Setuju?" raut wajah itu dipandang. Tangan Syifa mula berpeluh. Tak pernah dia bermimpi untuk berkerja di syarikat ternama, Megah Impian Holdings. Kalau ayah mentua sudah berkata begitu, pucuk di cita, ulam mendatang.

"Errr... Abang rasa?" Dia kena meminta persetujuan suaminya. Takut suaminya tak benarkan. Zaim menelan liur. Kemdian dia memandang papanya semula.

Datuk Shahrizat merenung Syifa. Dari sinaran wajah polos itu, dia sudah yakin, Syifa berkebolehan mengendalikan syarikatnya nanti. Lagipun dia bukan mengambil enteng untuk pengambilan staf untuk masuk di syarikat itu. Dia masih menitikberatkan krediabiliti pekerjanya. Ini dibuktikan bila dia menelefon pengarah muda bernama Lokman tentang prestasi kerja Syifa tanpa pengetahuan sesiapa.

"Abang okey aje. Daripada Syifa tak buat apa dekat rumah." Jawab Zaim spontan. Tak semena-mena Syifa mendengus perlahan. Dulu bukan main, suruh aku duduk rumah, layan suami. Ini terbalik pulak?

Datuk Shahrizat dan Datin Hamimah terpaku mendengar.

"Syifa dah berhenti kerja?" Datin Hamimah menyoal. Syifa angguk kepala. Dia malas nak cerita sebab apa dia berhenti. Gara-gara Lokman.

Melihatkan isterinya serba tidak kena, baru dia mencelah. Tidak mahu papa dan mamanya bertanya lanjut lagi.

"Zaim yang suruh Syifa berhenti. Duduk rumah, jaga suami sendiri." Kata Zaim selamba. Datuk Shahrizat tersedak lagi. Semua mata tertumpu kepadanya.

"You ini kenapa?" Berkerut dahi Datin Hamimah. Ini dah dua kali, suaminya tersedak. Datuk Shahrizat geleng.

"You tak dengar apa yang Zaim cakap tadi?" matanya luas memandang isterinya. Manakala Syifa sudah buat muka kepada suaminya. Zaim sekadar tersengih.

"I dengar. Lagipun itu hak Zaim. Syifa isteri Zaim. Mestilah Syifa kena dengar arahan suami dia." Datin Hamimah macam menangkan anaknya. Kini Pandangan Datuk Shahrizat pula kepada pasangan muda itu. Berpeluh dahinya pagi ini.

"Syifa masih muda. Banyak dia nak kena belajar. Rugi kalau ada pelajaran tinggi, tapi tak digunakan." Kata Datuk Shahrizat berunsur pujukan.

Zaim diam. Dia masih berfikir.

"Tak payah fikir banyak Zaim. Bulan depan, kerja dengan papa. Full stop!" Tekad Datuk Shahrizat. Terpana seketika buat pasangan muda itu.

Datin Hamimah segera menyampuk.

"You ini, suka sangat buat keputusan ikut sesuka hati you. Biarlah dia orang fikir dulu. Jangan dipaksa sangat."

"I buat semua ini demi kebaikan bersama." Jelas Datuk Shahrizat. Seketika kemudian, dia bangun mahu beredar. Dia masih belum mendapatkan jawapan pasti dari Zaim mahupun Syifa. Namun dia berharap Zaim ataupun Syifa bersama-sama mengikut cadangannya itu. Ada betulnya apa yang isterinya kata tadi. Jangan terlalu memaksa.

Ruangan meja makan menjadi sunyi seketika. Yang dengar hanya bunyi kipas elektronik yang berpusing laju.

"Abang, Syifa nak naik atas dululah, ya?" Syifa meminta izin. Zaim angguk kepala. Lantas ingatan mula teringat masa Syifa mahu muntah semalam. Terus tangan isterinya dipegang. Tidak kisah pandangan mamanya yang masih di meja makan.

"Apa abang ini! Tak malu ke dengan mama?" Syifa sedikit berbisik bila suaminya sudah ada di sebelahnya. Wajah Datin Hamimah dipandangnya sekilas sebelum beralih pada suaminya. Melihatkan situasi itu, terus Datin Hamimah bangun dan menuju ke dapur.

"Abang nak tanya ini, betul ke?" Soalan suaminya buatkan dia terkebil-kebil.

"Betul apa?" Tanya Syifa pula.

Zaim melepaskan tangannya.

"Syifa mengandung?"

Mata Syifa terbuka luas.

"Huh? Mana ada. Semalam Syifa mual sebab tiba-tiba aje. Mustahillah!" Tingkah Syifa. Dia geleng. Mendengarkan jawapan isterinya buat dia pula ketawa. Kini Syifa pula berkerut melihat suaminya.

"Kalau ya, kenapa takut sangat? emmm?" Zaim makin galak mengusik. Hidung isterinya dicubit. Mereka tak sedar, ada sepasang mata sedang memandang dan tersenyum.

"Hisy! Dahlah Syifa naik atas." Namun tangannya sekali lagi dipegang. Tak jadi dia nak melangkah.

"Syifa ada sorok apa-apa dari abang?"

Syifa menepuk dahi.

"Tak ada! Kenapa Syifa nak kena sorok dari abang pulak?" Tak faham betul dengan suaminya. dia cuba melonggarkan pegangan suaminya yang ketat itu. Dia sebolehnya nak lepaskan diri mahu ke bilik air. Ada sesuatu yang buat dia mahu muntah balik. Terus tangan menekup mulut.

Zaim melepaskan pegangan tangannya perlahan bila isterinya menutup mulut dan hidung. Dia sudah fikir bukan-bukan. Isterinya sakit?

"Syifa naik atas!" Tanpa pedulikan suaminya, terus dia menapak laju menaiki tangga. Zaim menghela nafas. Dia meraup wajahnya dengan tangan. Kemudian dia duduk.

"Orang mengandung memang selalu macam itu."

Zaim menoleh bila mamanya bersuara. Sekejap!

"Maksud mama? Syifa mengandung?" Tapi baru saja isterinya menafikan. Dia jadi binggung sebentar. Datin Hamimah ketawa melihat wajah anaknya. Kemudian dia geleng.

"Dulu pun, mama macam Syifalah. Mungkin Syifa tak sedar dia mengandung itu. Dengar sini, balik ini, pergi beli pregnancy test untuk Syifa. Baru boleh nak yakinkan yang Syifa itu mengandung atau tidak."

Zaim termenung lama. Memang itu cadangannya dari awal.

"Kalau tak, macam mana mama?" Soalan itu diajukan.

"Kalau tak, bawa Syifa ke klinik. Mana tahu Syifa sakit lain. Zaman sekarang ini, macam-macam penyakit ada." Kata Datin Hamimah. Tapi entah kenapa hati Zaim pula berat hati membawa Syifa ke klinik. Mungkin Syifa sihat-sihat aje.

"Dah! mama nak jenguk papa dekat atas. Papa itu kena pantau. Tak boleh kerja kuat. Biar dua tiga hari, mama jaga papa. Zaim kena fokus dengan Syifa. Pasal cadangan papa itu, biar Zaim dan Syifa fikir masak-masak. Mama tak paksa." Jelas Puan Hamimah seraya mengurut bahu anak lelakinya.

Zaim termenung lagi. Ada betul juga apa yang mamanya cakap tadi. Baik dia naik atas, tengok isterinya. 

Continue Reading

You'll Also Like

AYAH By .

Fanfiction

867 96 3
Daily life Papah dan Ayah. Setiap chapter tidak selalu cerita yang berlanjut.
6.1M 318K 58
Tanpa Cleo sadari, lelaki yang menjaganya itu adalah stalker gila yang bermimpi ingin merusaknya sejak 7 tahun lalu. Galenio Skyler hanyalah iblis ya...
16.8M 730K 42
GENRE : ROMANCE [Story 3] Bagas cowok baik-baik, hidupnya lurus dan berambisi pada nilai bagus di sekolah. Saras gadis kampung yang merantau ke kota...
54.2K 2.5K 40
"i love you" "Tapi aku punya penyakit?" "Bodo amat."