Suamiku yang aku sayang #SYAS

Da penulis_moniralily

20.8K 240 12

Ini kisah antara Zaim dan Maisarah Syifa. Mereka pernah putus tunang angkara fitnah dan dendam Maizurah. Teta... Altro

1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
Part 58 - EPISOD AKHIR SYAS

3

667 5 0
Da penulis_moniralily


"Syifa masuk dalam bilik saya sekejap!" Syifa yang baru meletakkan beg terpingga saja apabila bos barunya mengarahkan masuk. Terus dia terpandangkan Maya selaku pemerangkap pembantu peribadi Lokman yang juga terkejut apabila namanya diseru pagi ini. Apalah nasib aku? Cepat-cepat dia membaca doa dan bismillah sebelum berjumpa dengan Lokman. Dia berharap Lokman tidak marah pasalnya hal kerja.

Tuk... tuk... Tuk...

"Masuk!" Syifa memejam mata sesaat dua sebelum masuk. Lain macam mood Lokman pagi ini? Selalu okey aje? Ke aku ada buat salah?

Terus pintu terkuak, mata mereka bertentangan. Lokman meminta agar Syifa duduk di kerusi tetamu. Tanpa berkira masa terus Syifa duduk. Langkah Lokman terus mendekati Syifa. Cantik Syifa pagi ini. Gadis itu tak pernah tidak cantik dari sudut pandangannya namun senyuman tadi dia terhenti sebaik melihat inai dan cincin di jari manis Syifa. Luluh! Dia lupa barangkali Syifa sudah menjadi hak milik multak Zaim anak kepada Datuk Shahrizat.

"Kenapa Lokman pandang saya macam itu?" terus Lokman melarikan anak matanya. Blazer hitamnya dibetulkan.

"Bila Syifa kahwin? Kenapa tidak bagitahu saya pun? Jemput pun tak." Rasa diri disisihkan. Kalau dulu bukan main dialah tempat Syifa mengadu luahan rasa tentang Zaim. Bila dah dapat, dia juga disisihkan ke tepi. Nasi sudah menjadi bubur, dia lambat melamar Syifa.

Syifa tergamam. Dia mati akal mahu menjawab. Seingatnya Lokman tidak kisah kalau tak menjemputnya ke majlis kahwinnya. Namun lain pula jadinya. Syifa hanya anggap Lokman hanya kawan tapi tidaklah terlalu rapat seperti Zara dan juga Azian sangkakan. Mereka memang habis-habisan mencuri masa Lokman jika kelapangan. Biasalah mereka berdua itu sudah menaruh perasan kepada pengarah baru itu.

"Maaflah... Saya kahwin segera hari itu. Saya tak..."

Belum sempat Syifa nak berkata lanjut terus katanya dicelah "Dia paksa Syifa kahwin dengan dia walaupun Syifa tidak cintakan dia? Tidak Sayangkan dia? Tell me Syifa!"

Terkedu Syifa dibuatnya tatkala Lokman terlalu beremosi. Tak pernah pula dia melihat Lokman dengan wajah serius macam ini. Selalunya wajah serius itu dia melihat semasa Lokman bekerja sahaja.

"Saya rasa Lokman sudah salah anggap ini. Saya kahwin atas kerelaan saya sendiri. Kami dah kenal lama..."

Lokman memintas cakap Syifa lagi sekali. Dia tidak mahu Syifa berkata yang boleh buat jiwanya bercelaru.

"Walaupun dia pergi jauh tinggalkan Syifa keseorangan di Malaysia? Emmm?" Telah Lokman memandang sinis wajah Syifa. Takkan Syifa sudah lupa apa yang Zaim dah buat padanya dulu? Sudah lupa atau buat-buat lupa?

Syifa semakin tidak selesa. Seingatnya, dia dipanggil kerana hal kerja rupanya tidak! Kenapa persoalan perkahwinannya menjadi isu utama perbualan mereka pada pagi ini?

Syifa tidak menghiraukan renungan yang ada pada Lokman buatnya.

"Lokman jangan lupa, saya masih ada emak dan abah saya yang selalu ada dengan saya." Balas Syifa dengan tegas sekali.

Lokman merenung Syifa lama. Lagi dalam renungan itu.

"Dan saya juga ada sentiasa bersama dengan awak Syifa. Takkan awak tidak nampak semua itu? Awak buta? Awak tidak boleh menilai sendiri?" Geram sungguh Lokman. Baru dia nak menyunting Syifa, lelaki lain pula yang sambar. Sudahlah hati Syifa si Zaim itu tidak ambil peduli semasa berada di Amerika.

"Saya nampak semua itu. Tapi, saya anggap Lokman macam abang saya sendiri. Beza umur kita banyak Lokman. Saya tidak biasa bila Lokman cakap benda ini dekat saya dalam bilik pejabat Lokman sendiri. Nanti apa pula kata staf lain?" Separuh Syifa ingatkan Lokman. Lokman hanya ketawa kecil. Syifa pula tidak mengerti apa disebalik ketawa itu?

"Senangnya Syifa cakap macam itu? Dulu masa susah siapa yang menjadi pendengar setia kalau tidak abang?"

Terkedu Syifa apabila panggilan nama sudah bertukar menjadi 'abang' bukan 'saya' mahupun 'Lokman'. Dia menjadi takut adakalanya dia cuba tenteramkan diri wakru ini. Memang Maya tidak salah cakap padanya yang Lokman memang menaruh hati padanya. Namun dia anggap semua itu hanya cerita dongeng sahaja dan tidak ambil enteng. Terus dia terbayangkan wajah suaminya. Abang... Syifa perlukan abang sekarang.

"Itu Lokman yang paksa saya yang meluahkan masalah. Bukan kerelaan hati saya sendiri. Lokman mempergunakan Maya semata-mata untuk dekatkan Lokman dengan saya." Turun naik dada Syifa saat ini. Perasaan marah mula timbul sendiri. Bukan salahnya kalau Lokman yang mengesa dia meluahkan segala masalah dahulu.

"Awak kira beruntung sebab ada saya. Saya ada bila awak memerlukan. Awak bangkit sebab adanya saya. Cinta dan sayang ini pun ada sebab awak yang tolong semaikan. Sampai hati awak buat saya macam ini, Syifa?" Rintih Lokman berharap Syifa memahami.

Syifa terus bangun dan menghadap Lokman. Lokman sedarkah apa yang sedang dia katakana tadi? Semua yang Lokman cakap tadi itu semua mainan perasaannya sahaja. Mahu juga dia bertanya sejak bila dia yang semaikan perasaan cinta dan sayang semua itu?

"Sudah! Jangan nak cakap banyak Lokman. Saya ingatkan sekali lagi yang saya hanya anggap Lokman macam pengarah dan abang saya sendiri, tidak lebih dari itu. Dulu pun saya dah jawab benda ini banyak kalikan? Dan kenapa Lokman masih belum faham lagi? Zaim adalah kisah silam saya tetapi sekarang dia sudah pun menjadi suami saya yang sah. Memang tidak dinafikan saya sakit hati dengan tindakannya dulu, tapi saya dah maafkan dan saya sudah pun berikan peluang kedua buatnya untuk kami bahagia." Jelas Syifa. Dia mahu Lokman sedar satu perkara yang soal cinta memang tidak boleh dipaksa. Sama macam dirinya, perasaannya kepada Lokman hanyalah sebagai teman sekerja dan abang sendiri.

"Syifa yakin di sudah berubah?" Sengaja dia menduga Syifa.

Syifa angguk kepala. Dia yakin Zaim masih cintakan dirinya kalau tidak kenapa Zaim serius melamarnya untuk berkahwin terus setelah pulang dari Amerika.

"Lokman saya keluar dulu. Saya ada kerja nak buat. Petang ini, kita ada temu janji dengan Mr Leow kan. Jangan lupa." Sengaja Syifa mengingatkan temu janji tentang petang ini walaupun itu tugas Maya sebenarnya. Sebab itu sahaja dia boleh mengelak untuk berterusan bersoalkan tentang mereka.

Keluar saja dari bilik Lokman, terus kedua anak matanya terbuntang luas apabila Zara dan Azian berada di depan pintu. Syifa tahu mereka mengintip dengar perbualan dia dengan Lokman di dalam.

"Amboi! Lama kau berborak dengan Encik Lokman? Ada perkara yang aku tak tahu ke?" Soal Azian sinis saja. Bukan dia tidak tahu Encik Lokman sukakan Syifa dari dahulu.

Syifa mengeluh. Tangannya sudah menutup pintu bilik Lokman.

"Bincang pasal kerja. Kau orang ini dah tak ada kerja ke sampai nak mengintip dengar perbualan orang lain?" Dia kini bertambah geram dengan reaksi bersahaja Azian dan Zara. Masih lagi membuat muka kerek! Dasar tidak tak malu betul.

"Biasalah hobi kami. Kau sibuk kenapa?" Soal Zara semakin menambah bara yang ada. Maya di tepi mengeleng kepala.

"Girls! Please jangan buat kecoh kat tempat aku. Apalah sangat Encik Lokman itu kau orang nak rebut sangat? Kau pergi google adik-beradik dia yang lain. Masih solo lagi tau. Hensem pun ada. Memang lelaki idamanlah katakan." Kata Maya yang sudah dikenali mulut bisanya. Apa yang dia rasa salah dia akan cakap, tidak kisah kedudukannya hanya sebagai pembantu peribadi Encik Lokman.

Terus Azian dan Zara mengambil telefon dari poket seluar mencari adik-beradik yang dikatakan oleh Maya tadi dan Syifa berjalan laju menuju ke tempat mejanya. Namun dia disergah oleh Zamani pula yang kebetulan berjalan sama.

"Kau ini. Nasib baik aku tak kena serangan jantung tahu?" Jeling Syifa pada Zamani. Zamani tersengih dan memberikan sebuah fail untuk Syifa semak.

"Kau ini Syifa, marah-marah pun masih cantik. Mana tidak Encik Lokman sayang dekat kau." Ketawa berdekah Zamani dan disambut bersama staf yang lain. Haih! Ada juga nak kena hempuk dengan fail tebal jugak ini! Gerutu hatinya.

"Kau gila apa? Aku dah kahwin tahu! Dah kahwin! Ini cincin aku. Kau jangan cari nahas!" Semakin bertambah geramnya berbakul-bakul kepada Zamani. Hari ini dah ramai sangat yang sakitkan hatinya. Entah kenapa dia boleh bertabah dengan jawatan selaku pegawai di sini. Tetapi demi mencari sesuap nasi dia tabahkan jiwa raga ini.

"Rilek la... Cool sikit. Aku cuma nak kasi kau gelak aje. Dari tadi aku tengok kau muram aje. Dah kenapa Encik Lokman panggil kau pagi tadi? Nampak serius aje?" Zamani yang memang terkenal sifat busybodynya buat Syifa tak jadi meneruskan kerjanya. Walaupun Zamani begitu, dia selalu senang hati. Sebab Zamani akan selalu backup untuk dia berlawan dengan Zara dan Azian.

"Entahlah orang tua itu. Bikin aku panas hati aje!" Sumpahnya pada Lokman makin tinggi. Arghhh! Syifa rasa macam nak balik sekarang juga.

Zamani berkerut. Namun dia senyum sinis.

"Kau ini lain macam aku tengok. Asyik nak marah aje." Zamani masih menyendeng di tepi meja Syifa. Masih mahu membawang.

"Kau tu yang asyik tanya benda yang aku sakit hati memanglah aku naik hantu. Grrrr!" Fail Zamani tadi dihempuk sedikit atas mejanya.

Zamani tidak mahu menggangu kerja Syifa namun dia harus berkata sesuatu.

"Syifa tadi telefon kau asyik bordering aje. Mungkin suami kau telefon kau banyak kali masa kau kat dalam bilik Encik Lokman tadi. Cuba kau telefon balik, mana tahu suami kau ada hal nak cakap." Kata Zamani sebelum beredar.

Syifa terkedu. Terus tangannya merembat beg tangannya. Lokman punya pasallah ini!

Syifa menepuk dahi. Abang... Syifa minta maaf lagi sebab tak angkat panggilan abang. Sudah lebih sepuluh kali Zaim telefon. Mesti pekak telinga Zamani mendengar lagu 'satu peluang' itu berulang kali berkumandang. Nak telefon balik pun takut Zaim tengah sibuk. Nantilah. Telefon itu dimasukkan semula ke dalam beg tanganya.

ZAIM melihat skirn telefonnya semula. Afiq yang memandang tingkah Zaim yang macam kucing kehilangan anak berasa hairan. Sudah kenapa muka monyok lagi? Syifa tak angkat telefon? Itu ke masalahnya? Dia ingat kahwin ini bolehlah nak bermanja dan beromantik tetapi bila melihat hubungan Zaim dengan Syifa terus dia berfikir balik tentang tujuan dia mahu berkahwin. Kahwin ini bukan benda nak berseronok. Dia tahu perkara itu. Dia juga tahu cinta dan sayang tanpa dilengkapi dengan elemen tanggungjawab, saling mempercayai, tolak ansur dalam sesebuah hubungan itu tidak akan kekal.

"Zaim... Syifa tak angkat telefon kau ke?" Soal Afiq. Selalunya Afiq akan tembak dengan betul. Sangkaannya semuanya mencapai target.

Mata Zaim dialihkan pada Afiq.

"Soalan yang tiada jawapan Afiq. Aku rasa macam aku syok sendiri pun ada. Ada bini tapi macam tak ada bini aku rasa. Pagi tadi dia siapkan sarapan. Aku okey aje berbual dengan dia. Tapi, entahlah... bila aku nak bermanja sikit, dia mula menepis tangan aku. Aku rasa aku cuma boleh memiliki jasad Syifa tapi hati Syifa tidak semudah itu aku miliki." Berubah wajah Zaim saat ini. Lukisan tentang perumahan banglo milik ayah Maizurah masih tidak terusik lagi. Dia masih terkenangkan perihal isterinya yang agak dingin.

Afiq pula tergamam. Haih! Dia bukan jenis pandai sangat nak selesai bab rumah tangga orang. Nanti jadi tidak betul pula.

"Kau jangan fikir bukan-bukan. Syifa itu perlukan masa. Kau bayangkan dah tiga tahun dia tanpa kau. Mungkin dia rasa terkejut tiba-tiba kau ajak dia kahwin. Kau tak rasa ke benda itu macam... Macam mana eh aku nak cakap. Macam mustahil." Itu pendapat Afiq saja. Tidak tahulah dengan pendapat kawan seorang lagi, Raju. Raju kan sudah kahwin. Walaupun berlainan bangsa tapi soal masalah rumah tangga boleh dikongsi bersama.

"Berapa lama aku kena bagi dia masa Afiq? I really-really love her. Sepanjang aku dekat Amerika hanya dia seorang saja yang ada di fikiran. Aku tahu dia masih sayangkan aku walaupun pada zahirnya dia tak luahkan. Tapi aku nak dengar dari mulutnya sendiri macam dulu."

Afiq garu kepala. Lain macm emosi sungguh si Zaim ini. Semalam dia serabut dengan Maizurah kini Zaim pula! Haih! Dia perlukan udara yang segar untuk dia bernafas.

"Kau tak cuba tanya ke sepanjang kau tak ada dekat Malaysia, Syifa ada penganti lain tak? Mana tahu hatinya sudah dimiliki. Itu cuma firasat akulah. Tapi kau janganlah tanya si Syifa macam itu. Monyok dia nanti." Ulas Afiq.

Betul ke Syifa dah ada penganti? Kenapa emak dan abah tak pernah bagitahu? Haih! Ya Allah bertambah serabut dibuatnya.

"Ini aku nak tanya kau sikit, masa kau nak tinggalkan Malaysia ini kau ada fikir masak-masak tak nak tinggalkan Syifa?" Soal Afiq mahu tahu kisah lebih dua pasangan itu. Ya dia kenal Zaim tak lama pun. Kenal masa belajar di Amerika juga. Masalah percintaan Zaim dan Syifa hanya sedikit saja yang dia tahu. Bukan banyak pun macam si Maizurah itu tahu.

Fikiran Zaim mula terbayangkan insiden yang tidak mampu dia lupakan.

"We need to talk Zaim. Kalau betullah Zaim nak pergi. Syifa rela. Syifa tahu Zaim dah tak sayangkan Syifa seperti mana Syifa sayangkan Zaim. Zaim lebih percayakan Zura berbanding Syifa. Okey fine! Kita putus. Mak dengan abah akan pulangkan cincin itu dekat Zaim petang ini. Kalau itu yang Zaim nak." Tangis Syifa masih tersisa. Luluh hati Zaim masa itu. Tapi apa boleh dia buat masa itu? Dia terpaksa ikut pilihan papanya yang memaksa dia belajar di Amerika dengan segera. Dia tak mahu Syifa terseksa lagi. Mana tahu sepanjang mereka bertunang, Zaim akan terjatuh cinta pada gadis lain di sana. Dia tahu dugaan dalam fasa bertunang amat tinggi.

Afiq berkerut seribu. Soalannya tadi macam penghawa dingin yang jawab. Zaim masih dengan lamunannya.

"Beb! Wakeup!" Terus bahu Zaim digoncang laju. Teruk sangat dah ini!

"What?" Pelik dengan tingkah Afiq.

"Apa what-what? Urghhh! Aku tanya kau tak nak jawab. Asyik termenung tak sudah. Zaim, kau gunalah kuasa suami kau itu pikat balik Syifa. Syifa dah sah jadi isteri kau. Apa susah sangat, kau pujuk dia sehabis boleh." Bebel Afiq.

"Aku cuba..."

Afiq geleng kepala.

"Cuba... Cuba... aku tidak tengok pun cubaan kau nak pikat si Syifa itu! Haih! Dah sudah aku nak fokus dengan kerja aku. Aku tak nak kau termenung lagi. Tak pasal bos besar mengamuk sebab kita tidak siap apa lagi ini. Asyik betulkan mana yang salah aje." Bebel Afiq lagi. Bebelan itu sudah lali dengan Zaim. Dah biasa sangat! Dia masih ingatkan isterinya lagi. Apa yang isterinya buat sekarang.

Continua a leggere

Ti piacerΓ  anche

110K 12.7K 33
[Complete βœ”] Dua pasangan bertolak belakang yang tinggal bertetangga. Bagaimana kehidupan sehari-harinya? Simak terus kisahnya di... Tetangga Kok Git...
16.8M 731K 42
GENRE : ROMANCE [Story 3] Bagas cowok baik-baik, hidupnya lurus dan berambisi pada nilai bagus di sekolah. Saras gadis kampung yang merantau ke kota...
3M 24K 45
harap bijak dalam membaca, yang masih bocil harap menjauh. Kalau masih nekat baca dosa ditanggung sendiri. satu judul cerita Mimin usahakan paling b...
6.2M 320K 59
Tanpa Cleo sadari, lelaki yang menjaganya itu adalah stalker gila yang bermimpi ingin merusaknya sejak 7 tahun lalu. Galenio Skyler hanyalah iblis ya...