[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷...

By metayeon

509K 55.5K 12.8K

⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes y... More

TTS°
제01회°
제02회°
제03회°
제04회°
제05회°
제06회°
제07회°
제08회°
제09회°
제10회°
제11회°
제12회°
제13회°
제14회°
제15회°
제16회°
제17회°
제18회°
제19회°
제20회°
제21회°
제22회°
제23회°
제24회°
제25회°
제26회°
제27회°
제28회°
제29회°
제30회°
제31회°
제32회°
제33회°
제34회°
제35회°
제36회°
제37회°
제38회°
제39회°
제40회°
제41회°
제42회°
제43회°
제44회°
제45회°
제46회°
제47회°
제48회°
제49회°
제50회°
제51회°
제53회°
제54회°
제55회°
제56회°
제57회°
[part1];special.chapter
[part2];special.chapter
[part3];special.chapter
[part4];last.special.chapter

제52회°

6.7K 822 327
By metayeon

°ㅡ

Guys , komen banyak-banyak please ❤
Kalau korang tak komen banyak-banyak ,
Aku tak nak update dah UFUFUFUFUFU

Oh ya , yang mana ada dua chapter 51 tu ,
Sila abaikan yang kosong ❤

°•

" ONG SEUNG WOO ? "

Sebaris nama itu akhirnya meniti jua dibibirku tatkala memandang ke arah lelaki yang memayungiku saat ini . Dia menayang sebuah senyuman manis sambil mengangguk kecil .

" Hai , Haeun . Kebetulan pulak kita boleh jumpa kat sini , kan ? " soalnya , senyuman manis lagi meniti dibibirnya . Aku turut tersenyum , lantas aku mengangguk mengiyakan .

" Awak buat apa dekat sini ? " soalku , memandangkan dia tiba-tiba terpacak dekat sini , marilah kita buka sesi soal-menyoal .

" As you know , ni kan ladang Taehyung . Kami datang untuk check apa yang patut . " balasnya sambil memandang ke arah ladang lobak merah yang terbentang didepan mata .

Lidahku terleku apabila dia menyebut ❛ kami ❜ . Jadi , bermaksud , Taehyung juga berada di sini . Bala apa ni ?

Jalan raya yang sudah basah dek titisan air hujan yang kian melebat menjadi perhatianku . Fikiranku sudah mula merawang . Kalau si Seurin ikut sama macam mana ? Apa yang aku nak buat ? Haish !

" Oh ya , Haeun . "

Pantas , kepalaku yang menunduk itu terus mendongak , memandang makhluk disebelah yang tercipta tinggi seperti galah . Seungwoo masih lagi menayang sebuah senyuman , tapi kali ni bukan senyuman manis tapi senyuman yang menahan tawa .

" Awak dah 25 tahun , kan ? Tapi kenapa comot macam budak lima tahun ni ? " selepas dia menghabiskan kata-katanya , ibu jari tangan kanannya mengesat sesuatu ditepi bibirku .

Sesuatu itu mungkin sisa sos yang digunakan untuk memakan sotong goreng pagi tadi . Yalah , aku makan dengan pasar sebab ada sorang makcik ni paksa aku rasa , dalam kelam kabut , aku mengangakan mulutku . Lepas makcik tu suap , aku ucap thanks dan terus blah . Tak sangka ada sisa sos ditepi bibir ni ha . Tak pasal-pasal digelar comot oleh Seungwoo pula .

Tiba-tiba ada tangan memegang tangan Seungwoo yang sedang mengesat sisa sos ditepi bibirku . Payung yang dipegang Seungwoo direntapnya sehingga payung itu tidak lagi memayungi kami .

" Don't you dare to touch my woman again . I warn you , Seungwoo . " suaranya dikeraskan , pandangan matanya berubah menjadi helang .

Air liur kutelan terasa kesat seakan-akan aku sedang menelan pasir apabila melihat kelibatnya yang sedang tenggelam dalam api cemburu . Tapi , betulkah dia cemburu ?

" Chill , Taehyung , chill . Aku cuma nak lap sos tepi bibir dia je . " Seungwoo menarik kembali tangannya agar terlepas dari genggaman Taehyung . Payung yang berada ditanah kembali dipungut sebelum kembali memayungi diri .

HALAMAK Seungwoo , cubalah jadi gentleman sikit . Aku tak nak payungkan ke ? Kalau aku demam macam mana ?

" Haeun , ikut aku . " ucap Taehyung sebelum membuka kotnya sebelum kot itu ditebar ke atas kepala kami . Bahuku dipaut dengan tangan kanannya manakala sebelah tangan lagi masih setia memegang kotnya yang menjadi payung kami .

Apa dia fikir sweetlah ni ? Dia tak sedar ke sekarang ni dia tengah berada di dunia realiti ? Bukan tengah berlakon dalam salah satu drama yang disiarkan dalam televisyen tu !

" Cepat jalan , hujan ni . " bisiknya perlahan sebelum menolak bahuku perlahan agar mengikuti langkah . Aku tiada pilihan selain mengikutinya agar aku dapat berteduh dengan segera .

Rumah rehat di dalam kawasan ladang kami tuju . Dari kejauhan mungkin nampak kami seperti pasangan kekasih yang cuba mencari tempat berteduh , dengan romantisnya si lelaki menggunakan kot sebagai payung . Tapi pada realitinya tidak .

Aku dipaksa mengikutinya . Nak tak nak , aku kena juga ikut . Suka sangat memaksa orang , apa yang dia nak lagi , aku pun tak tahu !

" Haeun , aku betul-betul minta maaf ke atas apa yang aku pernah buat . Aku dah fikir baik-baik , kalau kau tak nak terima aku balik sekali pun , kau maafkanlah aku . Kalau suatu hari nanti , aku dah tak bukak mata balik bilandah tidur , at least aku tenang sebab kau dah maafkan aku . " panjang lebar , dia ucapkan sambil melutut didepanku .

" Bangunlah . Buat malu je melutut depan saya . Lagipun , saya dah maafkan awak . Cuma , saya tak nak tengok awak lagi dah . Sebab setiap kali tengok awak , saya rasa menyesal maafkan awak . "

Balasku tanpa memandang wajahnya mataku dari tadi duk berkerdip-kerdip agar cecair jernih yang sedang bertakung dalam kolam mata tak jadi nak meluncur laju ke pipiku . Tanganku diraihnya lalu ditekap ke dada yakni lokasi jantungnya berada di sebalik kulit , isi dan sangkar rusuk itu .

" Selagi jantung ni berdegup , selagi tu aku akan cuba tebus kesalahan aku . Terima kasih sebab maafkan aku . Aku akan cuba untuk jarakkan diri aku dengan kau , tapi terimalah duit yang aku bagi . Demi kebaikan anak kita . "

Setiap patah katanya dilontarkan dengan penuh kekesalan dan harapan . Anak matanya memancarkan sebuah sinar keikhlasan dan dapat menembusi pintu hatiku yang telah lama tertutup untuk memberinya peluang kedua .

Akhirnya , perkataan maaf itu dapat kurasa keikhlasannya . Aku mencarikkan sebuah senyuman sambil memandangnya , cuba aku maniskan namun hati ini terasa sebak dengan pengakuannya . Perlahan-lahan , kepalaku terangguk , bersetuju dengan permintaannya .

" Terima kasih , Haeun . Terima kasih untuk peluang yang kau beri pada aku . Aku janji , aku akan tunaikan kata-kata aku . " tubuhku dipeluknya secara drastik .

Aku hanya membiarkan pelukan itu , belakang badannya aku usap . Sedunya mula kedengaran , aish , tak gentleman langsung ! Dia boleh menangis pula ! Senyuman tawar tergaris dibibirku sambil menggosok belakang badannya .

Tawa seorang perempuan lebih ikhlas berbanding seorang lelaki namun tangisan seorang lelaki lebih jujur berbanding seorang perempuan .

" Everyone deserve a second chances , but not for the same mistake . Please remember this , Taehyung . " sebaik saja aku menghabiskan kata-kataku , pelukan kami dikemaskan .

" I will , Haeun . I will . " ucapnya dengan suara yang serak-serak basah . Ish , dia ni nak goda aku ke ?

Belakang badannya aku tepuk perlahan-lahan , memujuknya agar berhenti menangis . Meskipun dia seorang lelaki dewasa yang kini berusia 31 tahun , dia masih lagi menangis seperti kanak-kanak berusia 3 tahun yang mahukan perhatian . Dia cuma mangsa keadaan . Ya , dia cuma mangsa keadaan , sepertiku .

Manusia tak pernah sempurna dan tak akan sempurna . Semua manusia tidak lepas dari buat kesilapan , namun peluang kedua memang sukar untuk dikecapi . Jadi , hargailah peluang kedua yang telah diraih , jangan sesekali mensia-siakannya .

°•°•°•°•

AKU melambai tangan ke arah kereta mewah berjenama Audi yang mula memecut pergi meninggalkan kawasan vila dengan sebuah senyuman manis . Hatiku terasa tenang selepas memaafkannya , mungkin ini yang perlu aku lakukan sebelum ni .

Ting !!

Telefon dalam poket , aku keluarkan . Tiba-tiba je masuk mesej , ni mesti dari Hyunji . Nak tanya pasal anak-anak dialah tu . Huh , rugi tak ikut sama . Padan muka !

Unkown Number
Kau memang saja tempat maut , kan ? Sial kau . Kau akan terima padahnya ! Aku sumpah !

Eh eh dia ni . Dahlah tak kenal , main sumpah-sumpah kita pulak . Dia fikir dia tu ahli sihir ? Lagipun dia nak sumpah aku jadi apa ?

Jadi katak ? Kambing ? Lembu ?

Heh . Siapa pulak manusia yang tak ada adab ni ?

Zzap !

Mataku terus membulat apabila sebaris nama muncul diruang pemikiranku . Air liur kutelan kesat . Betina tu boleh buat apa-apa saja ! Kalau dia apa-apakan aku tak apa , tapi tak Jieun .

Telefonku tiba-tiba berdering , aku segera memandang ke arah skrin telefon . Oh shit , nombor yang tidak dikenali itu ! Apa minah garit ni nak ?

Aku terus menjawab panggilannya sambil melangkah masuk ke dalam Vila Tata dengan cermat , dapur aku tuju . Letak dulu barang-barang ni sebelum kita bersiap sedia nak masuk gelanggang WWE dengan minah tu .

“ Aku nak jumpa kau sekarang ! ”

Aku menjauhkan telefon dari telingaku dek jeritan nyaring itu tiba-tiba menerjah deria pendengaran sebaik saja panggilan disambungkan . Fuh , dia punya jeritan tu aku rasa dah boleh pecahkan gegendang telinga aku !

" Share ah location . Aku pergi . " jawabku dengan penuh adab , biar dia zzapp terasa dengan kelembutan cara aku bercakap ni .

Tanpa ada balasan , dia terus mematikan panggilan macam tu saja . Alah , alah , dia ni kenapa ? Dasar Ungu ! Adab tak ada ! Huh !

Tingg !

Skrin telefon aku tengok lagi , lokasi sebuah kafe berdekatan dikongsi olehnya . Aku yang baru saja meletakkan beg plastik barangan di atas meja , terus menggulingkan bebola mata sebelum mencapai gelas kaca .

Peti sejuk aku dekati sebelum mencapai sekotak air susu strawberi dan kemudiannya menuang air itu ke dalam gelas . Marilah kita basahkan tekak sebelum nanti dia  ❛ basahkan ❜ muka aku dengan apa-apa jenis air .

Aku segera menapak keluar dari rumah selepas menikmati air susu itu . Teksi yang kebetulan lalu , aku tahan . Pemandu teksi itu terus berterus didesak olehku untuk segera ke kafe itu .

Kang kalau aku lambat , betina psycho tu bomkan rumah aku dekat Busan sana , sia-sia saja aku beli guna duit aku sendiri . Ya , aku tahu aku overthinking tapi manalah tahu , kan ?

Sebaik saja tiba di kafe , aku segera menapak masuk . Aku segera mencari manusia yang berambut ungu , yalah , nak jumpa dengan badut warna Ungulah katakan .

Sebaik saja aku ternampak kelibat wanita yang duduk bersilang kaki sambil memakai baju ungu lembut , rambut dan warna lipstick pastinya ungu juga ! Dia ni obses sangat ke dengan warna ungu ? Fikir cantik ah tu ?

Kerusi yang berada didepannya , aku tarik . Mata kami berdua sudah bersabung , mata tak puas hatinya merenung milikku .

" Apa yang kau tak puas hati tu ? " soalanku membuatkan dia mencebikkan bibirnya . Bukan manja tapi menyorokkan reaksi terkejutnya .

Kenapa terkejut ?
Sebab aku dah berubah ?

Well , macam musim , manusia pun boleh berubah . Lagi-lagi yang menerima sebuah musibah yang sangat sukar dihadapi . Pengalaman mematangkan manusia .

" Aku tak sangka kau manusia yang berjenis dah ludah , jilat balik . " dia menjelingku dengan cukup menyampah .

Aku sudah tersengih sinis . Mungkin ni saatnya untuk aku menjadi singa betina yang digeruni . Biarlah aku nampak jahat , asalkan kebenaran dapat dirungkai .

" Sedangkan sampah pun boleh dikitar semula , inikan hati ? Lagipun , kehendak manusia berubah-ubah . Cuma masa dijadikan peranan untuk mengubah kehendak hati tu . "

Aku berjeda seketika sebelum menarik sebuah senyuman paling sinis sebelum menyambung , " Kau bila lagi nak berubah ? "

Dia tampak terkejut dengan soalan mengejutku . Telapak tangannya ditampar ke meja dengan kuat . Ha , nampak tak bodoh dia tu makin bertambah ?

" Nak lepas geram , tapi menyakitkan diri pulak . Tch tch tch , kesian . " sinis , aku bersuara lagi .

" Shut up ! Kau akan menyesal atas semua yang kau buat ni ! " bentaknya sebelum menggenggam tangannya dengan kuat .

" Cakap dekat diri sendiri ke , beb ? Baguslah , dah sedar kesilapan yang kau dah buat . "

" LEE HA EUN ! " jeritnya .

Nasib baik tempat yang dia pilih ni ialah tempat VVIP yang dilengkapi dengan dinding kedap bunyi . Pandai dia pilih , nampak sangat nak jerit-jerit dekat aku ni . Heh .

" What !? Kau dah rosakkan kehidupan aku ! Kau nak apa lagi sekarang ? " aku menyoalnya dengan suara yang naik seoktaf . Nasib baik dah minum air tadi , tak adalah tekak aku kering sangat .

" Aku nak Taehyung aku ! Kau tak akan layak bersama dia , Haeun . Tak akan sesekali layak ! " semburnya dengan wajah yang cukup bengis .

" Cuba tanya diri kau , kau layak ke ? " soalku dengan senyuman yang makin lama makin sinis .

Tangannya sudah terhayun ke arahku namunㅡ

" Stop it , Seurin ! Apa lagi you nak sekarang ? You dah pisahkan kami selama lima tahun , sekarang ? "

Ops , lupa nak bagitahu . Aku sempat bagi location ni pada Taehyung dan bagitahu yang Ungu ni nak jumpa aku . Secara automatik , misi Merampas Bekas Suami Dari Annabelle Ungu bermula !

" Tapi you suami I , Taehyung ! You dah lupa ke apa yang dia pernah buat dekat anak kita ? " matanya yang tadi tak puas hati sudah berubah menjadi mata yang meminta simpati .

Gosh , fake gila dia ni . Orang macam ni elok kita sepak berjemaah ni .

" Tu anak kau , bukan anak aku . Anak aku ialah anak Haeun . Bukan anak kau . " Taehyung sudah menukar panggilan daripada I-You kepada Aku-Kau . Rahangnya bergerak-gerak perlahan , jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah .

Tangan Taehyung cuba diraih oleh Seurin namun direntap kasar oleh lelaki itu . Mata Ungu itu sudah mula berkaca . Malangnya , aku dah masak dengan lakonan fake dia ni . Menyedihkan .

" Entah anak Haeun tu anak dia dengan jantan mana , entah ? You pun tengok keputusan DNA lima tahun lepas , kan ? " marah Seurin sambil berpeluk tubuh .

" Kalau kita buat sekali lagi , keputusannya tetap sama ke ? " soal Taehyung . Cuba bermain psychology dengan Ungu itu .

Pelik , Ungu itu langsung tak kelihatan terkejut . Sebaliknya dia hanya mengukirkan sebuah senyuman sinis .

" Of courselah sama . Dia anak you ! " katanya dengan cukup yakin .

" Tak . Hyungseob bukan anak aku ! Dia cuma anak kau . Lagipun , kau tak penah jaga dia dengan baik ! Semua nak serahkan dekat maid ! Kau gelar kau sebagai mak , layak ke ? "

" You pun selalu pukul dia , kan ? Layak ke awak bergelar ayah !? Kim Hyung Seob tu anak kita berdua ! Sedarlah , Taehyung ! " bentak Seurin .

Zzap !

Bagaikan dipanah tepat ke hati , terasa sakit dan mencucuk teramat sangat . Jadi , ibu bapa yang tak berhati perut itu adalah mereka ?

Wajah Taehyung yang kemerahan dek menahan marah aku pandang . Terbit rasa menyesal kerana memberinya peluang kedua . Ia seperti aku menghumban anak sendiri ke mulut buaya !

Perlahan-lahan , aku terus berundur dan pergi dari situ . Aku tak nak dengar kebenaran yang lain . Kebenaran yang membuatkan aku bertambah benci kepada bekas suami sendiri .

Aku patut kuburkan perasaan sayang kepadanya sejak lima tahun lepas lagi ! Suapaya rayuan dan air matanya tidak dapat menembusi pintu kemaafan kau !

Maaf Taehyung , aku tarik balik peluang yang kau dapat tadi . Dan mungkin , sampai bila-bila kau tak akan pernah dapat balik . Maafkan aku .


ㅡ °

To be continue

Wassup guys !

Ya , tahu chapter kali ni macam berterabur sikit , ni sebab excited sangat sebab , WE MADE IT !!

19 January 2018
- TTS #1 in Fanfiction ❤

Thank you so much for your support 💜
Terharu gila 😭💜 !!

Stay tunned 🌸
Dont forget to vote + comments 🔥

Purple love ,
metayeon

Continue Reading

You'll Also Like

68.7K 10.6K 45
Dia malaikat tanpa sayap yang dikirimkan Tuhan untuk melindungiku. Beautiful cover by @milkycollab p/s: Untuk sayangku yang manja, Park Jimin.
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
10.6K 1.4K 35
"Marah pun hot.." "Apa kau kata?!" "Nak nombor?" selamba Aeri sengetkan kepalanya, telefon bimbit dia diberikan kepada Jongho. "Engkau ni perem...
44.6K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...