[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷...

By metayeon

509K 55.5K 12.8K

⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes y... More

TTS°
제01회°
제02회°
제03회°
제04회°
제05회°
제06회°
제07회°
제08회°
제09회°
제10회°
제11회°
제12회°
제13회°
제14회°
제15회°
제16회°
제17회°
제18회°
제19회°
제20회°
제21회°
제22회°
제23회°
제24회°
제25회°
제26회°
제27회°
제28회°
제29회°
제30회°
제31회°
제32회°
제33회°
제34회°
제35회°
제36회°
제37회°
제38회°
제39회°
제40회°
제41회°
제42회°
제43회°
제44회°
제45회°
제46회°
제47회°
제49회°
제50회°
제51회°
제52회°
제53회°
제54회°
제55회°
제56회°
제57회°
[part1];special.chapter
[part2];special.chapter
[part3];special.chapter
[part4];last.special.chapter

제48회°

6.8K 820 221
By metayeon

°ㅡ

PANDANGAN itu , pandangan yang aku rindu . Yang aku sering mimpikan , yang aku pernah igaukan . Ya , pandangan tajamnya . Tanganku digenggam dengan kemas , langsung tak dilepaskan . Dia sudah berdiri betul-betul didepanku .

ALAMAK ,
MATILAH AKU .

DIA DAH BERDIRI .

Apa yang aku perlu buat ni ? Sesungguhnya dalam hati nak aje terus melarikan diri sampai ke rumah namun bila fikirkan tanganku dipegangnya , rasa meremang pula bulu roma .

Rasa takut , jangan cerita . Memang takut yang amat , bukan takut apa , takut kena buang kerja lepas kena lempang dengan dia . Kalau aku kena buang kerja , aku nak makan apa ? Anak aku nak makan apa ?

" Ikut aku . " tanganku yang digenggamnya sambil menarikku .

" Ta-ta-tapi-tapi-tapㅡ "

" Ikut jelah . " dia menarikku dengan kasar tanpa memperdulikan perkataan ❛ tapi ❜ ku yang tergagap-gagap dan cacat itu .

Dia menarikku sehingga berada dilaman belakang restoran tanpa memperdulilan pergelangan tanganku yang sudah mula terasa sakit dek tarikannya yang sungguh kuat itu . Dia ni tak reti ke nak pegang elok-elok , tarik perlahan-lahan ?

Yang dia tahu hanya memaksa !

Dari tu sampai sekarang , tak pernah berhenti memaksa . Lepas tu menyemak dalam hidup orang . Rosakkan kehidupan aku dan blah macam tu tanpa bertanggungjawab diatas apa yang dia buat .

" Let me go ! " aku merentap tanganku apabila kami sudah sampai dilaman belakang restoran namun dia masih lagi memegang tanganku sambil memandang tepat ke dalam mataku .

Tubuhku dipeluknya secara tiba-tiba . Pelukan itu terlalu kemas sehingga membuatkan tak mampu melawan daripada hanya membiarkan dia memeluk tubuhku .

Tanganku mahu mengusap belakang badannya namun bila difikirkan dia bukan suamiku , aku memaku tanganku disisi tubuh . Langsung tak bergerak mahupun seinci . Seluar aku pegang sambil cuba bertahan .

" Aku rindu kau . " ucapnya perlahan dengan suara yang sedikit serak-serak basah .

Dia nak menangis ke ?

Heh , lima tahun kau tak cari aku . Tup-tup cakap kau rindu . Apa yang kau tengah rancang ni , Kim Tae Hyung ? Aku bukan boneka kau yang kau boleh ❛ main ❜ tatkala kau bosan untuk melepaskan kebosanan kau yang berleluasa tu . Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan .

" Aku minta maaf atas apa yang aku pernah buat lima tahun lepas . Aku bodoh sebab dengar kata-kata mommy dan Seurin . Aku tengok budak tu langsung tak sama dengan aku . Aku tahu tu bukan anak aku . Haeun , kembalilah pada aku . Aku merayu . " dia melepaskan pelukannya sebelum melutut sambil memegang kedua-dua belah tanganku .

Aku kehilangan kata-kata . Aku hanya menayang wajah bekuku kepadanya . Aku membuang pandangan ke arah lain agar tidak cair dengan renungan penuh harapannya itu . Renungan yang pernah memperbodohkan aku lima tahun lepas .

Aku dah tutup buku lama dan dah bahagia dengan buku baru . Aku tak nak sejarah hidup aku berulang . Apa yang keluarga dia buat terlalu memberi kesan pada hidup aku . Selama ni pun bukannya dia cari aku balik ! Huh .

Bila berjumpa macam ni baru reti nak minta maaf ? Datang melutut ? Kau dah terlambat Taehyung . Terlalu terlambat . Anak kita dah berusia 5 tahun dah pun . Dah pandai membaca dan menulis pun ! Kenapa baru sekarang kau nak tunjuk muka ? Kenapa bukan sebelum ni ? Sebelum anak kita lahir ? Atau sebelum anak kita tahu erti kehidupan dan mengenali manusia ?

Aku senyap supaya kau belajar erti sunyi ,
Aku hilang supaya kau belajar erti mencari ,
Aku pergi supaya kau belajar erti rindu di hati .
Tapi nampak gayanya semua tu tak berguna untuk kau yang langsung tak perduli .

" Jieun ... Jieun tu anak aku , kan ? " aku tersentak dengan soalan itu , dia yang masih melutut aku pandang dengan senyuman sinis .

Siapa dia nak mengaku anak aku ialah anak dia ? Anak dia ialah anak Seurin . Bukan anak aku . Anak aku hanyalah anak aku seorang . Memang dia perlukan ayah tapi bukan kau yang layak jadi ayah dia . Kau tak layak . Sekali pun tak .

" Tak . For your information , her name is ❛ PARK ❜ Ji Eun . Teka sendirilah dia tu anak siapa . " tipuku dan sengaja aku menekan nama keluarganya itu . Aku sengaja memandang matanya sambil berkata begitu agar dia percaya penipuan yang aku cuba tabur itu .

" Ani . Tu anak aku . Kau dengan Jihoon tak pernah berkahwin . I know that . You can't even lie to me , Haeun . Aku dah kenal sangat kau macam mana . "

Aku sedaya upaya mengekalkan riak wajah tak berperasaanku apabila dia telah melontarkan kebenaran yang lagi pasti itu . Tanganku digenggam lebih kuat . Aku cuba mengetap bibirku . Mana dia tahu semua ni ?

" Kau guna nama keluarga Park sebab Aunty Jess tak nak nama anak kita jadi nama Lee Ji Eun sebab dia tak ada ayah , kan ? " satu lagi kebenaran diutarakan olehnya .

Dadaku turun naik menahan marah dan geram . Aku terus merentap tanganku agar tidak lagi dipegang oleh tangan kotornya . Matanya , aku pandang sedalam mungkin . Bukan dengan pandangan cinta tapi dengan pandangan geram dan marah .

" Then , kalau awak tahu , kenapa tak datang lebih awal ? Jaga saya dengan dia ? Tak perlulah saya namakan dia dengan nama keluarga Park sebaliknya dengan nama keluarga Kim . Awak yang putuskan kita jadi macam ni ! Awak tak pernah percayakan saya ! " air mata yang ditahan , kembali membasahi pipi .

Akhirnya , aku berjaya melontarkan rasa marahku kepadanya . Selama ni aku diam sebab aku hormat dia sebagai suami aku . Tapi sekarang , dia hanyalah seorang lelaki yang pernah menjadi suamiku .

" Kenapa kau tak bagitahu pasal kandungan kau lebih awal pada aku !? Semua ni takkan jadi kalau kau bagitahu aku ! " dia yang sudah berdiri memandangku dengan wajah bengisnya . Dia nampak sangat-sangat tak puas hati .

" Oh , sekarang awak nak salahkan saya pulaklah ? Hello , kalau awak tak ajak Seurin tinggal dekat apartment awak tu , dah lamalah saya bagitahu ! "

Dia memang tak pernah berubah . Selalu letak kesalahan atas bahu orang lain dan lari dari kesalahan tersebut . Tak gentleman langsung . Huh !

" Siapa yang izinkan dia tinggal ? Bukan aku , tapi kau ! Aku dah bagitahu kalau kau tak suka , aku suruh dia tinggal dekat penthouse aku ! " dia masih mahu menyalahkan aku .

" Ya ! Memang saya salah . Tapi kalau awak tu percayakan saya , benda ni tak mungkin terjadi . Awak percaya sangat dekat mommy awak ! " aku menghambur marahku yang telah lama aku pendam . Air mataku sudah membasahi pipiku yang telah sekian lama tidak dibasahi dengan air mata .

Cuma seorang lelaki yang mampu buat aku menangis macam ni dan orang itu sekarang berada didepanku . Bekas suamiku yang seakan menghumban aku ke dalam sebuah kembah kegelapan dunia perkahwinan . Bekas suami yang bernama Kim Tae Hyung dan ayah kandung kepada Jieun .

" Macam mana aku nak percaya kalau benda yang aku nampak menunjukkan kau yang salah ? " soalnya sambil memasukkan tangannya ke dalam poket .

" Ya , saya tahu ! Memang saya jahat ! Saya yang cuba bunuh anak dia sebab tu Seurin pun cuba bunuh anak saya ! " dek terlalu geram , aku telah membuka satu rahsia yang terjadi malam itu .

" Ap-apa ? " dia sudah mula gagap sambil memandang ke dalam mataku . Aku menarik nafas panjang sebelum cuba bertenang .

" Dia tahu saya mengandung dan cuba buat saya keguguran sebab tu dia tolak saya dan dia tahu saya akan melawan , jadi bila awak sampai , dia rebahkan diri dia sendiri . Automatik nampak saya yang tolak dia . " ceritaku selepas mengelap air mataku yang hampir kering dipipi itu .

" Macam mana dia tahu kau mengandung ? " soalannya membuatkan aku tersengih sinis .

" Kalau awak perasanlah , masa tu saya lain . Cuma awak tak perasan . Dan kalau awak sedar yang perubahan nafsu makan awak berubah mendadak . Sebab apa ? Sebab anak awak dalam kandungan saya teringin . " balasku sambil menandang ke dalam matanya , air mataku kembali membasahi pipi .

Dia bodoh , dia tak sedar akan perangai aku masa tu . Dia hanya terdiam sambil memandang lantai . Sekali sekala aku dengar sedu sedan yang perlahan . Tangannya digenggam sekuat hati .

Ya , dia tengah menangis macam aku sekarang .

" Tapi , apa saya boleh buat kalau keputusan DNA test tu dah terpapar macam tu ? Kita tetap kena cerai jugak sebab keputusannyaㅡ "

" Dia boleh palsukanlah ! " cantasnya sambil meraup wajahnya dengan kasar . Rumput ditanah disepaknya dengan kuat .

Aku terkejut dengan tindakan dan kata-katanya . Sesungguhnya itulah yang aku fikirkan sebenarnya . Tapi masa dah berlalu dengan pantas , dan dia langsung tak menjengukku sama ada aku sihat atau tak . Aku tak berkahwin dengan Jihoon sebab aku masih berharap dengannya .

Ya , aku dan Jihoon tak berkahwin . Cuma demi kebaikan Jieun , kami terpaksa berlakon menjadi sepasang suami isteri walhal masing-masing sudah ada cinta hati . Jihoon terpaksa tangguhkan perkahwinannya dengan kekasihnya kerana Jieun .

" Kalau awak tahu dia boleh palsukan , kenapa awak tak cari saya selama ni ? " soalku dan untuk kesekian kalinya , aku menangis lagi .

" Aku selalu intip kau . Cuma kau tak perasan . Maafkan aku , Haeun . Aku nampak kau bahagia tanpa aku , jadi aku perlu berjauhan dengan kau untuk kebahagian kau . " dia menarik sebuah senyuman perit .

Seperit-perit senyuman itu , aku nampak keikhlasan dalam senyuman itu . Keikhlasan yang telah lama aku tak nampak dan membuatkan aku cukup merinduinya . Tapi , dia sekarang dah jadi suami orang . Dekat sini mana boleh kahwin lebih daripada seorang .

" Kalau macam tu , lebih baik awak jangan tunjukkan lagi wajah awak depan saya . Perfume awak pun saya tak nak bau . Ingat awak pun dah buat saya rasa nak menangis mengenangkan masa lampau yang teruk tu . " aku memusingkan tubuhku untuk melarikan diri namun dia menarikku ke dalam pelukannya .

Namun aku segera melepaskan diri danㅡ

Pangg !

" Don't you dare to touch me . I'm not your wife . Sekali lagi awak sentuh atau muncul depan saya , awak takkan lagi nampak saya mahupun Jieun dekat dunia ni . " aku terus pergi daripadanya , meninggalkan dia dilaman belakang itu seorang diri .

Hati aku bengkak . Sakit . Sebal . Semua ada . Perlukah dia datang untuk hanya membazirkan air mataku ?

°•°•°•°•

" MAMA , WAE IRAE ? "

Aku terus memandang ke arah Hyungseob yang datang bersama segelas jus strawberi . Jus itu diletakkan didepanku bersama sebuah senyuman lebarnya .

" Tak apa-apalah . " kepalanya aku gosok sebelum aku menyerabaikan rambutnya .

" Mama , kalau mama tak okay , Seobie boleh nyanyikan lagu untuk mama . Mama nak dengar ? " aku memgangguk sambil tersenyum .

" Oltung bultung meotjin mommae-eh
Ppalgan oseul ibgu
Saekum dalkum hyangi punggineun
Meotjaengi tomato ( tomato ) " nyanyinya dengan penuh riang .

" Naneunya juseu dwilkeoya ( ggulggeok )
Naneunya kechap dwilkeoya ( Jjik )
Naneunya chumeul chulkeoya ( hey )
Ppumnaeneun tomato ( tomato ) " nyanyi kami berdua sebelum kami melepaskan tawa .

" Pandai anak mama . Lagu baru , ya ? " aku mencubit pipinya sebelum dia ketawa mengekek .

" Ha'ah . Cikgu baru ajar hari ni . Tapi Seobie tak suka tomato . " dia mencebik . Aku ketawa .

" Nanti kamu cubalah makan , ya ? Macam Eunie . Tomato bagus tau untuk kulit . " aku bagi nasihat yang entah dia perduli atau tak itu .

" Kalau mama dah suruh , Seobie akan cuba . " dia menayang sengihan comelnya .

" Oh ya , Eunie dah tidur ? " aku pelik jugak puteriku tidak pula datang ke sini .

Hyungseob mengangguk laju .

" Tadi Seobie tengah buat latihan , Eunie kata dia malas lepas tu dia masuk bilik . Seobie intai tadi , dia dah tidur . Sebab tu Seobie datang sini , Seobie bosan . " ceritanya dengan penuh kejujuran .

Aku rasa tenang sangat bila bercakap dengan Hyungseob ni . Rasa macam tengah bercakap dengan kekasih hati pun ada . Wajahnya mempunyai sejuta keceriaan tetapi kehidupannya tidaklah ceria itu .

" Eunie tu pemalaslah , mama . Dia suruh Seobie buat homework dia sedangkan Seobie tua beberapa bulan dari dia . " Hyungseob berpeluk tubuhnya sambil memandang mencebik .

Aku ketawa melihat telatahnya . Ya , ya , aku mengaku yang Jieun ikut perangai pemalas aku . Tapi aku bijak , okay . Agak-agak anak Taehyung macam manalah sekarang ? Handsome ke ? Comel ke ? Macam dia ke ?

Tapi dia kata tadi tak macam dia langsung . Habis , macam Seurin ke ? Comel tak ? Rambut warna apa ?

Ah , tak kisah . Aku cuma nak tahu satu , mereka bahagia ke ?

" Mama ? Mama ? " tangan kecilnya dilambai-lambai didepan mukaku .

" Ya , sayang ? " aku yang baru tersedar dari lamunanku memandangnya .

" Mama tak sihat ke ? Kenapa mama nangis ? " tangan kecilnya terus mengelap air mata dipipiku yang entah sejak bila menitis itu .

" Tak , sayang . Mama cuma sedih sikit je . " aku menayang senyuman kelat kepadanya .

" Nak peluk Seobie ? " dia mendepakan tangannya didepanku .

Aku terus memeluknya dengan erat . Tanpa sedar , aku menangis sambil memeluknya . Dia menggosok belakang badanku dengan perlahan menggunakan tangan kecilnya itu . Mulutnya tak habis-habis mendodoikanku dengan lagu kanak-kanak bertajuk ❛ meotjaengi tomato ❜ yang baru dipelajarinya semalam .

" Mama , jangan sedih tau , Seobie ada ni . Seobie sayang mama . " ucapnya selepas tak berapa lama aku menangis .

Tangisanku semakin esak pula .

Seorang lelaki datang dan menghancurkan hati aku . Seorang kanak-kanak lelaki pula datang dan menenangkan aku . Aku harap dia tak membesar seperti lelaki itu . Aku mahu dia membesar menjadi anak yang terbaik .

Meskipun dia tak diperdulikan dalam keluarganya , aku yang tiada apa-apa pertalian darah dengannya ini sanggup menjaganya .

Kadang-kadang manusia lebih menakutkan daripada syaitan . Kenapa ? Manusia boleh buat perkara yang lebih teruk berbanding syaitan jika tidak dapat mengawal syaitan dalam dirinya .










ㅡ°

To be continue

Hai , air mata ')

Bye , kegembiraan .

Kesengraan kembali .

Erkㅡ
Aku pun tak sure apa yang jadi lepas ni 😂

°•

Promote corner ;

For Jungkook's stans bacalahh ya ,
Vocommment amat diperlukan .

NOT YOUR MAID by kkeungiya

SEDUCING MR. GUARDIAN by Cesschimmin

©metayeon

Continue Reading

You'll Also Like

615K 51.6K 72
Son Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. ...
2.4K 335 22
Orang yang sama .... Dengan dua personaliti .... Perwatakan yang berbeza .... Dia bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai kekayaan melimpah ruah...
45.2K 5.5K 67
Baru sahaja kehilangan insan yang tersayang,,dikejutkan pula dengan berita yang aku ni anak mafia..Siapa saja yang tak terkejutkan! "Mr nak kamu cari...
505K 42.2K 63
"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya ya...