[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷...

By metayeon

510K 55.7K 12.8K

⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes y... More

TTS°
제01회°
제02회°
제03회°
제04회°
제05회°
제06회°
제07회°
제08회°
제09회°
제10회°
제11회°
제12회°
제13회°
제14회°
제15회°
제16회°
제17회°
제18회°
제19회°
제20회°
제21회°
제22회°
제23회°
제24회°
제25회°
제26회°
제27회°
제28회°
제29회°
제30회°
제31회°
제32회°
제33회°
제34회°
제35회°
제36회°
제37회°
제38회°
제39회°
제40회°
제41회°
제42회°
제43회°
제44회°
제45회°
제47회°
제48회°
제49회°
제50회°
제51회°
제52회°
제53회°
제54회°
제55회°
제56회°
제57회°
[part1];special.chapter
[part2];special.chapter
[part3];special.chapter
[part4];last.special.chapter

제46회°

6.2K 797 177
By metayeon

°ㅡ

MAHKAMAH Tinggi Seoul menjadi tantapan mataku , tangan Jihoon sudah aku genggamㅡ cuba mendapat kekuatan darinya untuk menghadapi keluarga ex-husband-to-be dan keluargaku sendiri . Dua minggu sudah berlalu dengan begitu pantas .

Ya , penceraian kami akan disahkan diatas sehelai surat yang telah ditandatangani oleh kami sendiri . Suka atau tak , rela atau paksa , kena terima semua ini .

" Gwaenchana Haeun-ah , kita masuk dan ambil je . Lepas tu balik , okay ? " pujuk Jihoon sebelum terus menarikku masuk ke dalam mahkamah tu .

Setelah mengambil sampul surat tersebut , aku terus melabuh punggung di salah satu bangku yang berada diluar mahkamah . Ahli keluargaku termasuklah Jihoon turut serta .

Bukan aku tak nampak mama dan papa dari tadi pandang Jihoon lain macam . Aku belum lagi kenalkan Jihoon kepada mereka jadi memang mereka akan pelik . Tanpa berlengah , aku terus melihat pengesahan tersebut .

【 Penceraian antara Kim Tae Hyung dan Lee Ha Eun ; disahkan .】

Wajah mama dan papa yang kekeliruan aku pandang , hiba . Aku tak nak pun bercerai , tapi perkara dah jadi , nak buat macam mana lagi , kan ?

Benarlah kata orang hati-hati bila nak buat permintaan sebab kadang-kadang kita pun tak faham dengan permintaan yang kita buat sampailah ia menjadi kenyataan .

Sesungguhnya aku menyesal dengan permintaan yang aku pernah buat sebelum ni . Perkahwinan yang belum sampai setahun pun dah terputus ikatannya dek permintaan ceraiku beberapa bulan lalu .

" Haeun , mama nak kamu bagitahu mama apa kaitan kamu dengan lelaki ni . " soal mama yang sudah mula memandang wajahku dengan tajam selepas aku memasukkan semula kertas A4 putih itu ke dalam sampul suratnya .

" He is Park Ji Hoon . Kawan lama Eun masa zaman sekolah . And now dia doktor kanak-kanak . Kami tak ada apa-apa hubungan pun . Cuma kawan yang boleh dikategorikan sebagai sahabat . " mendengar kata-kataku yang macam tak ada mood , Jihoon mengangguk laju .

" Makcik , pakcik , jangan risau , saya akan jaga Haeun dan kandungannya baik-baik . Lagipun , dia tinggal dengan mak saudara saya dan kawan dia pun ada sekali . " Jihoon tayang sengihnya .

Aku sudah mengusap perutku . Ya , aku yang sengaja suruh Jihoon mention pasal kandunganku depan ibu bapaku supaya alasan untuk aku tinggal di Busan yakni dirumah Mami Jess kukuh .

" Kandungan !? " soal mama dan papa , terkejut . Wajah mereka seolah-olah baru lepas tengok Papazola keluar dari skrin televisyen .

" Ya , ma , pa . Eun mengandung anak Tae . Tapi , kami dah janji akan bercerai kalau anak yang Seurin lahirkan tu anak Tae jadi Eun terpaksa rahsiakan berita pasal kandungan Eun daripada dia mahupun mama dan papa sebab tu Eun nak tinggal dekat rumah Mami Jess , mak saudara Jihoon . Lagi jauh dari dia , lagi bagus . " air mataku sudah mula bergenang ditubir mata . Rasa sebak mula menyerang diri .

" Tak apalah , Eun . Mama percayakan kamu dan sahabat kamu ni . Jihoon , jaga anak mama dan cucu mama , ya ? " dari suaranya , aku dapat rasa mama tengah berbelah bahagi , tak tahu nak sedih atau gembira .

" Baik , makcik . Saya akan jaga cucu makcik macam anak saya sendiri . " sahut Jihoon sambil tersenyum manis .

" Kalau perlukan apa-apa , call papa , ya , sayang ? " kepalaku digosok-gosok perlahan oleh papa .

Kemudian , aku terus bangun dan memeluk kedua-dua ibu bapaku dengan tangisan yang tak dapat aku tahan itu . Aku sedih sebab perlu besarkan anak aku tanpa ayah kandungnya .

" Tapi , rahsiakan perkara ni dari Taehyung , tau ? Jangan sampai dia tahu . Kalau boleh , biarlah dia ingat anak Eun ni anak entah siapa-siapa dan bukan anak dia . " kataku sebelum meleraikan pelukan kami .

Mama dan papa sudah mengangguk sebelum menarik sebuah senyuman tawar . Jihoon sudah menepuk-nepuk bahuku , seolah-olah memintaku agar terus bersabar .

" Anak tu anak saya , bukan anak dia lagi dah . Biar saya jaga dia baik-baik . " kata Jihoon sebelum memeluk tubuhku . Belakang badanku diusap perlahan .

" Gomawo sebab selalu ada dengan saya . Kita jaga anak ni sama-sama . " kataku sebaik saja pelukan kami terlerai .

" Haeun , kalau kamu dah boleh lupakan bekas suami kau tu , kahwinlah dengan Jihoon . Biar anak kamu ada bapa yang boleh sayang dia dengan penuh kasih sayang . " kata mama sebelum mengenggam tanganku dan tangan Jihoon bersama-sama .

" Mama dan papa cuma nak kamu bahagia . Carilah kebahagiaan kamu , Haeun . Kamu kuat . " papa sudah memberi sokongan kepadaku .

Aku mengangguk .

" Mama dan papa balik dulu , ya ? Ada kerja nak dibuat . Jihoon , ingat tu , jaga anak dan cucu mama . " mama dan papa sudah berdiri , aku dan Jihoon juga .

Tubuh mama dan papa aku peluk seerat mungkin . Lama , sangat lama aku berpelukan dengan mereka sebelum pelukan itu terlerai .

" Bila dah nak bersalin , call mama and i'll be there . " aku dan mama sudah berlaga pipi sebanyak tiga kali .

" Nah , kamu belilah sebuah rumah dekat tempat yang kamu tengah tinggal tu . Ini je yang papa boleh bantu kamu . Kalau ada masa terluang , papa lawat kamu dan cucu papa . " papa menghulurkan sekeping kad kredit kepadaku .

Lantas aku teringat dua keping kad kredit bekas suamiku yang masih ada padaku . Ah , aku kena pulangkan semua tu . Hurm , nampaknya aku kena hadap dia lagi .

Aku mengambil kad kredit dari papa sebelum dicium dahiku olehnya . Mama dan papa terus berlalu . Dompet aku keluarkan dari handbag , dua keping kad kredit aku ambil sebelum dikepit diantara dua bibirku . Aku gantikan dengan kad kredit yang papa bagi . Dompet kembali dicampak dalam handbag .

" Jihoon , kita kena cari Taehyung sekarang . Saya perlu ❛ langsaikan hutang ❜ saya pada dia . " aku memandang Jihoon sambil menunjukka dua keping kad kredit tersebut .

" Jomlah . Kita pergi sama-sama . " dia memberi aku laluan seolah-olah dia pengawal diraja yang sedang menjemput puteri raja masuk ke dalam istana .

°•°•°•°•

PUAS kami pusing satu kawasan mahkamah , bayang dia pun kami tak jumpa ! Takkanlah dah balik , kut ?

Oh lupa , anak dia yang baru masuk 3 minggu tu perlu dijaga dengan baik . Mestilah kena balik awal . Nanti sunburn . Heh .

Kami berdua baru saja mahu beredar dari mahkamah namun gerangan berstatus bekas suami telah dijejaki ! Syukurlah . Tak perlu aku nak cari dia lain kali , malas nak hadap .

Batang tubuhnya yang tengah berdiri macam tugu negera dibawah sebuah pondok dituju oleh kami . Dari kejauhan aku nampak dia tengah mendodoikan seorang bayi yang bersalut selimut biru .

" Urm , excuse me ? " aku menegurnya sambil menggenggam tangan Jihoon , cuba menenangkan jantung yang seakan-akan mahu melompat keluar dari sangkar rusuk .

" Yeㅡ ? " dia menoleh dan dia terus terdiam apabila ternampak aku dan Jihoon terpacak didepannya . Dia terus menukar pandangan ke tempat lain . Cis .

" Maaf kerana mengganggu Encik , saya cuma nak pulangkan kad kredit yang pernah saya ❛ pinjam ❜ . Terima kasihlah sebab sudi ❛ pinjamkannya ❜  kepada saya . " dengan cukup formal , aku berkata sambil menghulurkan kad kredit itu .

" Simpan jelah . " tanpa memandangku , dia berkata dengan sungguh angkuh .

Hoi , kau dengan aku baru je bercerai hari ni tau ! Tak sampai sehari pun lagi ! Yang kau nak sombong sangat ni kenapa ? Kita pernah tidur satu katil okay !

" Terima kasih jelah tapi saya bukan jenis simpan barang orang . Ambillah balik . " aku masih lagi gigih menghulurkan kad kredit itu .

" Aku kata simpan ! Pekak ke ? " dia menepis tanganku dan mengakibatkan aku sudah terumbang ambing , mujur tak mencium lantai macam dua keping kad kreditnya itu .

Jihoon yang setia berada disebelahku terus menyambut tubuhku agar tidak mencium lantai dan embrio anakku terus keguguran dek hentakan punggung yang kuat . Dia memang menjaga ❛ anak dia ❜ dengan baik .

" Hoi , dia dah cakap baik-baik pun dah kira okay . Cuba kalau dia baling kad kredit tu kat muka anak kau tu ? Tahu pulak nak marah ! " Jihoon sudah bersuara sebelum membantuku agar kembali berdiri dengan stabil .

" Dia yang degil . Bukan salah aku . " jawabnya tanpa memandangku .

Aku terasa dengan dia sebenarnya . Siapa je tak terasa kalau dilayan seperti sampah ? Bekas suami aku ni kejam , habis madu , sepah dibuang ! Tak mengenang jasa .

Aku mencangkung untuk mengutip semula kad kreditnya yang jatuh berguguran macam daun kering ke lantai itu . Kad kredit yang biasa selamat dipegang olehku namun apabila aku mahu mencapai kad kredit unlimitednya , kakiku dipijak oleh empunya high heels berwarna ungu .

Shitteu .

" Amboi , mengemis dengan bakal suami aku ke ? " sambil bersuara , sambik memijak tanganku dengan lebih kuat .

Aku menolak kaki kotornya agar jauh dari tanganku yang suci murni macam bayi yang baru dilahirkan ini . Aww , habis merah . Dia ingat dia tu ringan ke ? Dahlah pakai high heels !

Sumpah bentina ni gila . Baru 3 minggu bersalin , dah pakai high heels . Tak risau jahitan terbuka semula ke apa ? Nak kata bodoh , nampak gaya macam bijak . Nak kata bijak , nampak dungu pulak . Heh , bertopeng-topeng .

" Perempuan sial ! " tubuhku ditolak oleh mommyㅡ atau patut aku panggil Puan Kim ?

Jihoon bertindak pantas , tubuhku tak sempat menyentuh lantai , dia dah angkatkan agar aku berdiri bersebelahan dirinya . Bahuku dipegang kemas olehnya .

" Dasar perempuan murah ! Jantan mana pulak kau seludup ni ? " soal Puan Kim sambil memandangku atas dan bawah beberapa kali .

Hidup lagi orang tua ni . Ingat dah lama jadi abu .

Haeun , sabar . Hati kau kena kental . Demi anak kau .

Ya , demi anak kau .

" Makcik , watch your mouth . Don't you dare to call her like that . Cermin dulu bakal menantu makcik tu . Siapa yang murah , siapa yang mahal ! " bidas Jihoon sebelum kembali memandang Puan Kim dengan pandangan jengkel .

" Hey , bakal menantu aku ni hebat orangnya . Perempuan tu apa je ada ? Berpendidikan tinggi tapi tak ada kerja tetap . Tahu nak bergantung dengan anak saudara aku saja ! " balas Puan Kim selepas mengutip kad kredit unlimited ditanah sebelum merampas kad kredit yang berada ditanganku .

Ehh , no more ❛ anak aku ❜ . Dia dengar ke perlian Hyunji tempoh hari ? Sampai dah mengaku ❛ anak saudara ❜ pulak ni .

" Kalau dia bergantung , saya tak rasa dia pulangkan balik kad kredit-kad kredit tu . Meskipun kami tak berharta , jangan pandang sebelah mata . Jangan menyesal dikemudian hari . " balas Jihoon sebelum memandang Puan Kim dan Seurin bersilih ganti .

Aku pula memandang Taehyung yang tak lepas daripada memandang wajah anaknya yang sedang lena . Bibir bawahnya digigit . Aku nampak dia genggam sedikit selimut biru anaknya itu .

Heh , kau boleh tipu semua orang tapi tak aku Taehyung . Kau masih sayangkan aku tapi kau berlagak yang kau bencikan aku sebab mak saudara kau . Taehyung , kau kena sedar benda tu akan makan diri kau tak lama lagi . Berhenti berlagak yang kau bencikan aku .

" Huh , berambuslah ! " tak semena-mena tubuhku ditolak oleh Puan Kim .

" Mommy , hajima ( stop it ) . Jom kita balik . " akhirnya , dia mencelah .

" Taehyung , aku tak sangka keluarga kau ni sama je dengan pokok pisang . Ada jantung tapi tak ada hati . " Jihoon dah keluarkan ayat sasterawannya .

" Kenapa pisang ? Hello , tak nampak ke kami manusia ni hah ? Buta ! " herdik Seurin kepada Jihoon .

Ehh , baik buta mata dari buta hatilah ! Dahlah buta hati , busuk hati pulak tu . Padanlah buta , hati pun dah hitam !

Taehyung tak memperdulikan kata-kata Jihoon malah dia terus mengambil barang anaknya yang berada diatas bangku sebelum terus mengatur langkah pergi dari pandanganku . Diikuti mommy dan Seurin .

Aku terduduk di bangku itu . Aku baru je lepas menangis tadi tapi aku sudah menangis lagi . Dada Jihoon menjadi tempat aku melepaskan tangisanku yang kian esak . Tak ada sesiapa yang pernah buat aku menangis seteruk ni selain dia .

Ya , dia . Si bekas suami , Kim Tae Hyung .

" Haeun , sabarlah . Mungkin sekarang awak dilayan macam sampah , saya jamin lepas ni awak akan dilayan seperti pertama yang termahal dalam dunia . Cuma , awak perlu bersabar . " pujuknya dalam bisikan sambil menggosok belakang badanku .

Ya , memang semua yang terjadi ni ada sebabnya . Macam yang Marilyn Monroe pernah kata ;

I believe that everything happens for a reason . People change so that you can learn to let go , thing go wrong so that you appreciate them when they're right , you believes lies so you eventually learn to trust no one but yourself and sometimes good thing fall apart so better things can fall together . ❞

" Kalau dia jodoh awak , korang akan tetap bersatu . Jodoh takkan tertukar tanpa kehendak Tuhan dan apa yang Dia tentukan adalah takdir . Awak kena terima takdir awak , dan jalani hidup macam biasa . Jangan risau , saya ada untuk awak . " bisiknya lagi .

Betul tu . Dah tak guna menangis sekarang . Baik aku fikirkan makanan apa yang aku nak makan untuk anak aku agar anak aku boleh membesar dengan baik .

" Jihooooooonnnnn ~ " aku memanggil namanya dengan pandangan meleret sambil mengesat air mata yang mengalir itu .

" Ya ? " dia menyahut sambil memandang wajahku .

" Belanja makan pizza . Teringin . " aku sudah mencebikkan bibir , buat-buat comel untuk dapatkan apa yang aku mahu .

" Ha eloklah , jom . Mari kita makan . Nanti anak saya makin lapar pulak . Nak bawa balik ke makan dekat sana ? " soalnya yang sudah kembali excited .

Yang nak makannya aku , tapi kenapa dia pulak yang excited ?

" Makan dekat sana . " aku tersenyum manis . Jihoon juga .











ㅡ°

To be continue

Sorry for kehambaran ini .

Beta lost idea T^T

Aku bukan tipu dekat chapter lepas pasal Tae tak ada , tapi aku terlupa yang aku belum buat mereka disahkan cerai .

And maaflah pasai pengesahan cerai tu ,
Aku belum berkahwin jadi pengalaman bercerai tak ada so aku hentam sajalah nakk 😂😂😂

Harap korang enjoy chapter ni .

Purple love 💜 ,
©metayeon

Continue Reading

You'll Also Like

135K 15.4K 59
S1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan y...
110K 8.9K 31
Mencintai lelaki sehingga sanggup menyerahkan segala-segala yang kita ada kepada mereka memang salah. Itu lah yang dirasakan Soyeon. Dugaan demi duga...
328K 22.1K 56
❝ Put Allah first , and you will never be the last ❞ •siri bts mualaf• -completed-
590K 69.6K 98
"Sanggup ke kahwin dengan saya?" Angguk. "Betul awak sanggup?" Angguk lagi. "Awak gantikan tempat Jin tau ni." Dia angguk lebih lama untuk yakinkan a...