[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷...

By metayeon

510K 55.7K 12.8K

⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes y... More

TTS°
제01회°
제02회°
제03회°
제04회°
제05회°
제06회°
제07회°
제08회°
제09회°
제10회°
제11회°
제12회°
제13회°
제14회°
제15회°
제17회°
제18회°
제19회°
제20회°
제21회°
제22회°
제23회°
제24회°
제25회°
제26회°
제27회°
제28회°
제29회°
제30회°
제31회°
제32회°
제33회°
제34회°
제35회°
제36회°
제37회°
제38회°
제39회°
제40회°
제41회°
제42회°
제43회°
제44회°
제45회°
제46회°
제47회°
제48회°
제49회°
제50회°
제51회°
제52회°
제53회°
제54회°
제55회°
제56회°
제57회°
[part1];special.chapter
[part2];special.chapter
[part3];special.chapter
[part4];last.special.chapter

제16회°

8.3K 1K 236
By metayeon

° ㅡ

[ Day 4 in Jeju-Do ]

°•

ULANGAN drama bersiri While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk dan Suzy menjadi santapan mataku . Popcorn dalam mangkuk kaca menjadi hidangan sampingan sambil menonton drama itu . Wajah tampan Lee Jong Suk membuatkan aku tersenyum sendiri .

Mana Taehyung ?

Entah . Dari pagi sampai tengah hari yakni sekarang ni , aku masih tak nampak batang hidung dia . Agaknya ada hal penting dekat ladang tu kut ? Tak kisahlah .

Asalkan aku boleh tengok muka husband-to-be aku dalam drama dia ni HUAHAHAHAHA .

Mataku terus menjadi bulat apabila Lee Jong Suk membuka tali lehernya dan kemudiannya membuka pula butang baju paling atas . HOW CAN HE BE SO SEXY !?

" Gosh , apa semua ni Jongsuk oppa !? Janganlah sexy sangat . " aku mula tergedik-gedik didepan kaca televisyen itu .

Segenggam popcorn aku sumbat ke mulut sambil meneruskan kegedikan menonton babak yang mampu menggetarkan jiwa itu . Dahlah aku suka style baddas macam tu . Lagi cool kalau dia pakai baju style messy gituww .

Macam longgarkan tie tapi tak buka lepas tu buka dua butang paling atas . Kemudian sebelah baju dikeluarkan dan disebelah lagi dimasukkan ke dalam . Oh Tuhan , handsomenya !

Tiba-tiba aku teringat senior aku kat sekolah . Dia suka pakai macam tu walaupun dah kena bebel dengan cikgu disiplin dan bagi aku budak-budak sekolah yang buat gaya tu tak berdisiplin ! Tapi kalau lelaki yang dah kerja lainlah . Lagi-lagi kalau rambut depan dia sudah basah dengan peluh . Lengan baju pula disinsing hingga ke sikunya .

" AWWW WHY SO HANDSOME !!! " tanpa sedar aku masih menggedik didepan televisyen apabila membayangkan gaya itu . Kaki aku pula sudah menggelepur tak senang duduk atas sofa . Maklumlah aku tengah meniarap atas sofa sambil makan popcorn .

Tiba-tiba skrin televisyen menjadi gelap gelita . Aku terus mencapai remotenya kemudian aku cuba menukar siaran namun tak ada respon oleh televisyen itu . Dah rosak ke ?

Mata aku melilau mencari punca televisyen itu mati dan mata aku berhenti pada satu susuk tubuh yang mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam .

Lengan bajunya disinsing hingga ke paras siku manakala tienya dibiarkan longgar dan butang baju dua dari atas terbuka . Rambut depan yang hampir menutup matanya itu sudah basah dek peluh . Mungkin ?

Tangan kirinya memegang wayar televisyen manakala tanan kanannya sudah memegang pinggangnya . Mukanya jelas menunjukkan yang dia tengahㅡ

Marah ?

" Berapa tahun kau tak korek telinga ni , Haeun ? " dia menggoyangkan wayar televisyen itu .

" Apa kaitan wayar tu dengan telinga saya ? " aku menyoalnya semula dengan kedua-dua belah tangan menekup telinga .

" Dari tadi aku panggil kau . Menjerit sana sini kenapa ? " dia masih lagi menggoyangkan wayar itu .

Tak , masalahnya sekarang ni kan ,

Apa salah wayar tu ?

Aku terus bangun dari perbaringan lalu duduk bersandar sambil berpeluk tubuh memandang suami yang aku tak pasti apa dia nak itu . Asal aku rasa sekarang ni dia isteri , aku suami ?

" Mana ada jerit . " aku menegakkan benang yang dah basah sambil membuang pandangan ke pasu besar dari perancis yang dipenuhi bunga lavender itu .

Kalau aku tengok dia lama-lama nanti , aku takut aku yang tergoda pula . Dia dahlah tengah buat gaya yang aku suka . Aku baru je bayangkan tadi kut . Tak sangka dia nampak sepadan dengan gaya tu . Sexy semacam .

" Yelah , kau tak menjerit tapi menggedik . No choice , aku terpaksa ❛ reman ❜ TV ni selama kita berada kat sini agar tiada pencemaran bunyi berlaku . Boleh kena kemurungan penghuni Jeju dengar kau jerit macam tadi tahu tak ? " haa , dah datang dah mood membebel dia . Ni aku malas nak dengar ni .

Eh eh suka hati je nak reman-reman barang . Mentang-mentang ni semua barang dia ! Dia fikir dia tengah ada dalam balai polis ke apa !? Bencinya aku !

" Awak ingat saya ni orang gua ke ? Saya pun perlukan TV tahu , tak ? Saya nak tahu perkembangan ! " aku membantah dalam nada yang perlahan . Aku tak naklah digelar isteri derhaka pulak .

Dia menggulung wayar TV sebelum diselit ke belakang TV kemudiannya dia menapak ke arahku .

" Perkembangan kepala otak kau ! " dia terus mencapai remote TV yang aku letak elok atas sofa tadi . Dia masih lagi berdiri sambil mengeluarkan dua batang bateri dari badan remote yang tak bersalah itu .

" Perkembanganlah tu . " aku masih nak menang .

" Haeun … " dia panggil nama aku dengan sungguh meleret macam nak goda aku selepas memasukkan dua batang bateri dalam poket belakang seluarnya .

" Ha , nak apa ? Saya belajar karate tau dulu ! " aku berkata apabila jarak muka dia dengan muka aku boleh dikatakan dalam kategori ❛ dekat ❜ .

Bibirku dikuncupnya sekilas . Aku tergamam . Apa yang dia cuba buat ni ?

" Aku tak suka kau puji lelaki lain selain aku . " bibirku diciumnya sekali lagi tapi kali lebih lama sedikit .

" Aku nak kau puji aku je . " bibirku menjadi sasarannya lagi .

Aku tak boleh bercakap langsung !

" Kau milik aku sorang je , Haeun . " dan sekali lagi bibir aku menjadi sasaran dia tekapan bibir hangatnya .

Mukanya diangkat seketika sebelum matanya memandang mataku dengan pandangan yang sangat tajamㅡ macam dia biasa bagi pada aku .

" Aku pun ada hati dan perasan . Yang boleh rasa macam-macam . " daguku diangkat menggunakan jari telunjuknya .

" Termasuklah cemburu . " kali ini , dengan penuh kelembutan dan kehangatan , bibir kami bersatu . Masing-masing telah tenggelam dalam dunia ciuman .

Aku rasa ciuman dia boleh dimasukkan dalam kategori dadah dah lepas ni . Dia buat aku ketagih selepas ciumannya dalam kereta tiga hari lepas .

Kakiku perlahanlah-lahan berdiri bagi menyamai kedudukan dengannya namun aku sememangnya pendek daripadanya ini terpaksa menjinjing . Kemudian , lenganku sudah mula naik ke leher jenjangnya sebelum leher miliknya aku rangkul erat .

Kedua-dua lengannya sudah melingkari pinggangku serentak semasa lidahnya masuk meneroka mulutku . Ciumannya aku balas . Lidah kami berlanggaran antara satu sama lain namun tidak memutuskan ciuman kami berdua .

" Oi Taehyuㅡ " suara yang memanggil namanya menghentikan ciuman yang baru saja bermula itu . Serentak kami berdua menoleh ke arah suara tadi .

" Opps sorry ! Salah timing ! " lelaki berambut kuning berombak macam maggi yang berdiri didepan pintu utama itu menggaru belakang lehernya .

" Kau ni Chim , aku suruh tunggu kat luar tadi , kan ? " dengan muka tak bersalah , Taehyung menjilat bibirnya .

Aku pula sudah malu sendiri . Kacau daun betullah maggi ni ! Rendam dalam kolam ikan baru tahu ! Tak pasal-pasal jadi maggi ikan nanti . Aku mengambil langkah pantas iaitu menyorok dibelakang suami yang tinggi dalam tiang elektrik ni .

" Manalah aku nak tahu korang berdua berehem ehem . " jawab maggi itu .

" Dah , tunggu aku kat luar ! " arah Taehyung sambil bercekak pinggang . Aku mengintai si maggi itu dari belakang Taehyung . Selepas maggi itu berlalu pergi , aku terus memeluk belakang Taehyung .

" Malunya ! " kataku setelah menyembam muka ke belakang badan Taehyung sambil menghentakkan kaki .

" Sorry . Aku bebetul terlupa si Park Ji Min pendek tu ada dekat sini . " balasnya sambil mengusap lenganku yang melingkari pinggangnya kini .

" Oh , nama maggi tu Jimin rupanya . " kataku perlahan .

Kedengaran Taehyung ketawa kecil sebelum pelukanku dileraikan olehnya . Daguku didongakkan olehnya . Jangan kata nak sambung kiss yang tergantung tadi !?

" Aku sebenarnya nak bagitahu , selama sehari dua hari ni aku tak ada dengan kau . Sorry sebab tinggalkan kau sorang-sorang dekat Vila ni tapi aku ada urgent call dari jabatan hartanah pasal pertukaran nama ladang tu . " jelasnya sambil kedua-dua tangan besarnya itu mengusap kedua-dua belah pipiku .

" Tak payahlah pergi . Temankan saya . " aku memeluknya . Aku tak nak berpisah daripada dia . Tak nak !

Kalau dia tak ada depan mata aku sehari atau dua hari , maknanya itu suatu pembaziran masa untuk buat dia jatuh hati dengan aku . Aku tak nak kalah dengan Seurin . Tak nak !

" Tak bolehlah macam tu . Aku nak tanah aku dekat sini jadi milik kau sepenuhnya . Semuanya milik kau , Haeun . Termasuklah aku . " hidungku ditariknya dengan penuh manja .

Ei , aku gigit hidung dia baru tahu ! Main hidung orang sangat , kan ?

" I'll miss you . Ottokhae ? " aku sudah mencebik .

" Call me if you need me , okay ? Te quiero , Haeun . "

Dia guna bahasa tu lagi . Heh , aku dah search dalam google translatelah pagi tadi .

" I want to hear that word again but in our language , jebal . " aku memandang matanya .

Dia turut memandang sebelum dia tersenyum manis .

" Saranghae , Haeun . " bibirku dikuncupnya kejap sebelum dia terus berjalan ke pintu dimana susuk tubuh maggi itu muncul lagi .

Aku tersengih menang . Aku tahu kau sayang aku , Taehyung . Tapi kau belum cukup ikhlas sayangkan aku . Buktinya kau larikan anak mata kau masa ucap perkataan tu . Tak apa , aku tunggu kau ikhlaskannya .

Aku tak perduli selama mana pun masa yang kau perlukan . Aku akan tunggu saat tu .

" Baju awak ? " aku menyoalnya . Pelik betul dia pergi tak bawa baju .

" Aku pakai baju Jimin !! " jawabnya sebelum bahu tubuh maggi itu dia peluk dan menarik lelaki itu pergi .

Aku tersengih sendiri sambil menyentuh bibirku . Berapa kali dia cium aku tadi ? Aku tak sempat nak kira . Aduhai .

Eh kejap , sejak bila dia berani cium bibir aku ni ? Semalam ? Eleh , kata tak nak cium kalau aku tak izinkan . Aku tak izinkan pun kau cium banyak kali tadi . Signal pun tak bagi .

Nasib baik suami aku . Kalau tak , dah lama makan sepakan tinggi aku ni .

°•°•°•°•

TENGAH malam yang penuh dengan kebosanan . Lebih-lebih lagi bila aku tak boleh menonton drama TV . Kejam betul dia tu . Tak boleh ke tinggalkan aku dengan TV ? Itu pun susah ke ?

Aku mencapai majalah yang ada dalam biliknya itu . Lama dan boleh tahan banyak jugaklah majalah yang menjadi bahan bacaanku tapi semuanya menjadikan makin bosan . Kalau dia ada bolehlah aku dengar bebelan dia tu .

Tak lama pun aku dilanda rasa bosan , telefonku tiba-tiba berdering . Aku terus melihat nama pemanggil , dahi aku terus berkerut dan pada masa yang sama aku berdebar . Aku terus menerima panggilan daripada Doktor Rose itu .

Yeobseyo ? Haeun ? ”

" Ya , Rose ? Kenapa ? " aku menyahut panggilannya .

“ Maaf ganggu awak malam-malam ni . ” dia masih belum habis bermukhadimmah .

" Tak apa . Kenapa ni ? " aku terus mahu dia memberi tahu tujuan dia menghubungiku malam-malam buta ni .

“ Saya cuma nak tanya , suami awak bernama Kim Tae Hyung ke ? ”

Tiba-tiba saja jantungku berdegup kencang apabila nama panjang suamiku disebut olehnya .

" Ya . Rambut warna kelabu . " jawabku , takut-takut ada manusia yang nama yang sama dengan suamiku itu .

“ Haeun sekarang kat mana ? ”

Soalan ini menambahkan debaranku . Sesak nafas aku dibuatnya .

" Pulau Jeju . " jawabku pendek , menyorokkan getaran pada suaraku .

“ Patutlah . Suami Haeun datang tadi dengan Seurin untuk check up kandungan Seurin . Dia nampak kepenatan . Saya minta maaf kalau berita ni buat awak terkejut . ” antonasi suaranya bertukar serba salah .

" Tak adalah . Terima kasih Rose . Ada apa-apa lagi tak ? " aku harap , dia tak ada apa-apa dah nak diberitahu . Lagi cepat dia tutup lagi bagus . Aku dah tak dapat tahan air mata aku ni .

Obseoyo . Haeun , jangan risau . Saya jamin dia teman Seurin untuk pastikan anak tu selamat dilahirkan . Anak tu kan penting untuk test DNA nanti . ” dia cuba memujuk .

" Saya tahu . Baiklah Rose . Saya nak tidur dah ni . " aku sudah mengawal getaran suaraku sebaik mungkin .

Nae . Jaljayo .

Talian dimatikan .

Air mata aku terus bercucuran membasahi pipi . Tak guna , Taehyung ! Aku dah agak mainan kau tengah hari tadi ada sebabnya . Kau tak mungkin akan cium aku macam tu . Tak mungkin …

Tengah aku bergelut dengan perasaan seorang diri , telefonku berdering lagi . Aku tengok nama si pemanggil . Aku biarkan panggilan itu tak terjawab .

Apa yang dia nak ?

Bermanis-manis mulut disebabkan penipuan dia ?

Taehyung , kalau kau tak berniat nak simpan aku lama-lama , boleh tak jangan seksa aku !? Hati aku ? Perasaan aku ?

Setelah beberapa deringan itu berbunyi , aku dah give up . Apa yang dia nak ni !?

" Hello ? " aku menyapa dengan suara yang sebaiknya dikawal .

“ Hai , Haeun . ” aku terpempam .

Jadi betullah ?

Aku berlagak okay . Kau ingat aku boleh kalah ke dengan kau , Seurin ? 

" Oh , hai Seurin . " sapaku dengan suara tanpa nada .

Thanks sebab izinkan suami you temankan I . ” pelik . Suaranya tiada gedik mahupun kesinisan .

Permainan apa yang kau tengah aturkan ni , Seurin ?

" I tak izinkan pun . Dia yang pergi . Ada apa-apa lagi tak ? I nak sambung tengok drama ni . " kataku seolah-olah dia benar-benar sedang mengganggu aku nak layan drama .

“ Laa , you nangis sebab tengok drama ke ? I ingat you selsema . So bolehlah I pinjam suami you lama sikit , kan ? I kan mengandung ? ”

Senang kau cakap ! Ingat suami aku barang ke nak pinjam-pinjam ?

" Haa ? Apa ? Line tak clearlah ! Apa ?? " aku terus matikan talian . Malas nak mulakan pergaduhan dengannya .

" Aku pun ada hati dan perasan . Yang boleh rasa macam-macam . "

" Termasuklah cemburu . "

" Aku sebenarnya nak bagitahu , selama sehari dua hari ni aku tak ada dengan kau . Sorry sebab tinggalkan kau sorang-sorang dekat Vila ni tapi aku ada urgent call dari jabatan hartanah pasal pertukaran nama ladang tu . "

" Tak bolehlah macam tu . Aku nak tanah aku dekat sini jadi milik kau sepenuhnya . Semuanya milik kau , Haeun . Termasuklah aku . "

" Penipu ! Awak tipu saya , Taehyung ! Awak tipu !! " aku terus membaling bantal ke arah sebuah pasu besar berukiran ikan duyung itu sehingga pasu itu pecah berderai macamㅡ

Hati aku .

Aku menangis memeluk lututku . Taehyung , walau apa-apa pun aku akan tetap dapatkan cinta kau ! Walaupun kau penipu sekali pun . Kau tetap suami aku .

Haeun , bangkitlah .

Buktikan pada Go Seu Rin yang kau bukannya perempuan yang lemah macam yang dia sangkakan .

Tanam semangat baru , okay ?

Ingat Haeun , tears makes you braver .


ㅡ °

To be countinue

Sorry for this sweet yet sad chapter :3

Wanna be friends ?

Just chat me 🙆💕

Vote + comment guys 🌸💕 .

Stay tunned !

©metayeon

Continue Reading

You'll Also Like

3.6K 291 60
- Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang...
75.5K 9.6K 24
Kerana satu malam, kau bertemu si dia. Start: 17/09/2020 End: 15/01/2021 Kredit poster: @crushleus
190K 12.9K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
5K 151 27
BLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-s...