The King Romance (HIATUS)

Von Wnfhanna

714K 36.7K 7K

Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat dira... Mehr

PROLOG
The King Romance: 1
The King Romance: 2
The King Romance: 3
The King Romance: 4
The King Romance: 5
The King Romance: 6
The King Romance: 7
The King Romance: 8
The King Romance: 9
The King Romance: 10
The King Romance: 11
The King Romance: 12
The King Romance: 13
The King Romance: 14
The King Romance: 15
The King Romance: 16
The King Romance: 17
The King Romance: 18
The King Romance: 19
The King Romance: 20
The King Romance: 21
The King Romance: 22
The King Romance: 23
The King Romance: 24
The King Romance: 25
The King Romance: 26
The King Romance: 27
The King Romance: 28
The King Romance: 29
The King Romance: 30
The King Romance: 31
The King Romance: 32
The King Romance: 33
The King Romance: 34
The King Romance: 35
The King Romance: 36
The King Romance: 37
The King Romance: 38
The King Romance: 39
The King Romance: 40
The King Romance: 41
The King Romance: 42
The King Romance: 43
The King Romance: 44
The King Romance: 45
The King Romance: 46
The King Romance: 47
The King Romance: 48
The King Romance: 49
The King Romance: 50
The King Romance: 51
The King Romance: 52
The King Romance: 53
The King Romance: 54

The King Romance: 55

25.5K 933 287
Von Wnfhanna

Istana Negara hari ini menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Yang Mulia Alara Sophia ditabalkan secara rasmi sebagai Duli Yang Amat Mulia Puan Puteri Mahkota dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Alunan tiupan nafiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan paluan nobat daripada Kumpulan Nobat Diraja yang memainkan lagu 'Negaraku' bergema di seluruh dewan istana itu.

Majlis dihadiri wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet, selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat Asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Selain tetamu jemputan yang hadir di Istana Negara, istiadat pertabalan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen negara juga membolehkan seluruh rakyat menyaksikan acara bersejarah ini.

Alara yang disiapkan oleh dayang-dayang di bilik persiapan melihat penampilannya kali terakhir sebelum dia berangkat masuk ke dewan. Tubuhnya sudah cantik tersarung busana rasmi puteri mahkota yang berwarna putih dan dilengkapi dengan sulaman emas. Rambutnya pula disanggul rapi dengan sanggul jenis sleek low bun. Sesuai untuk majlis rasmi yang memerlukan dia tampil kemas dan sopan.

"Sayang..." Raja Adriel masuk ke bilik. "Cantiknya isteri abang hari ni..."

Terpukau Raja Adriel melihat Alara yang cantik bak permaisuri.

"Alaaa, hari ni aje ke Lara cantik? Hari-hari lain?"

"Hari-hari lain sayang cantik jugak tapi hari ni, sayang luar biasa cantik. Abang tak sangka isteri abang ni memang sesuai memegang jawatan sebagai puteri mahkota."

Alara tersenyum simpul. Malu dipuji di hadapan orang ramai.

"Mestilah... sebab abang kan putera mahkota. Haruslah Lara yang jadi puteri mahkota di sebelah abang. Matchy-matchy giteww..." Jawab Alara manis.

"Perfect!" Raja Adriel mencuit hidung Alara. "Jom sayang... kita bergerak ke dewan dulu."

Raja Adriel menghulurkan tangan pada Alara persis gaya seorang raja menyambut ratunya. Alara terus mencapai tangan Raja Adriel sambil sebelah tangan lagi memegang dress yang labuh di kaki.

"Abang... jalan slow-slow tau." Bisik Alara sewaktu mereka sudah melangkah menuju ke dewan istana.

"Noted, Your Highness..."

Upacara diteruskan dengan memakaikan Alara mahkota daripada Yang Di-Pertuan Agong, Raja Tan Sri Azman Shah dengan penuh tertib sambil disusuli dengan bacaan lafaz ikrar oleh Alara untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi negara, mengikut undang-undang dan perlembagaan negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Selesai majlis, Raja Adriel membawa Alara untuk berkenalan dengan kaum kerabat yang hadir dari jauh. Semua memuji kecantikan Alara antara puteri mahkota yang paling cantik di abad ini. Bahkan, puteri mahkota ini juga menyandang gelaran selebriti terkenal. Bukan calang-calang puteri mahkota ya. Dua dalam satu.

Raja Bariyah pula dibawa pulang ke hospital memandangkan dia masih perlu dirawat. Ahli keluarga yang lain rancak bersembang sehinggalah majlis tamat dengan jayanya.

Alara yang kini diangkat sebagai puteri mahkota mempunyai kuasa untuk mentadbir negara juga. Cumanya, setiap pentadbiran di bawahnya memerlukan kelulusan dari Ayahanda dan Bonda. Tapi, kedua-dua mertuanya sudah memberi mandat kepada Alara untuk mentadbir selagi ianya tidak menyalahi undang-undang istana dan negara.

Alara meminta diri dari kaum kerabat. Raja Adriel yang rancak berborak bersama Raja Haziq dan sepupu-sepupu yang lain memberikan Alara kebebasan untuk menerokai istana dengan lebih mendalam.

"Puteri Mahkota..." Pekerja-pekerja istana memberi laluan kepada Alara saat Alara melintasi salah satu bangunan istana. "Puteri Mahkota mencari seseorang ke?"

"Betul... beta mencari individu yang bertanggungjawab menjaga segala perjanjian istana ketika pemerintahan Raja Abbas. Boleh beta tahu siapakah mereka?" Tanya Alara yang belum tahu direktori dan organisasi lanjut istana.

"Oh... mereka adalah bendahara dan pembesar istana." Jawab salah seorang pekerja istana.

"Faham... tolong kumpulkan dan maklumkan bahawa beta ingin bertemu mereka semua." Titah Alara.

Pekerja-pekerja itu mengangguk.

Alara tersenyum puas. Dia tidak sabar untuk mengkaji segala surat-surat perjanjian yang direkodkan sewaktu Raja Abbas masih hidup. Dengan kelebihan yang dia ada sekarang, dia akan mencari kebenaran di atas berita perjanjian yang dibawa oleh Humaira.

Sementara itu, Raja Adriel mencari bayangan Alara yang hilang dari pandangan mata. Eh, hilang pula isterinya. Kemana pula Alara pergi?

"Mana Puteri Mahkota?" Tanya Raja Adriel pada salah seorang pengawal peribadi yang memantau Alara tadi.

"Puteri Mahkota ada di bilik kebal." Beritahu pengawal peribadi.

"Bilik kebal? Apa isteri beta buat di sana?" Raja Adriel berkerut. Bilik itu hanyalah untuk urusan dokumen istana sahaja.

"Patik kurang pasti. Tapi apa yang patik tahu, Puteri Mahkota sedang mengadap bendahara dan pembesar untuk semakan perjanjian dulu-dulu." Jelas pengawal peribadi.

Perjanjian? Raja Adriel diam sekejap. Jadi, isterinya telah tahu tentang perjanjian yang menjadi isu dalam keluarga mereka sekarang? Sebab itu Alara ingin menyemak tentang perjanjian yang telah dibuat. Fikirnya, Alara akan melatah atau melenting. Tapi, Alara memilih untuk bertindak dengan bijak sebelum dia yang bertindak. Cepat betul Alara berfikir. Memang layak Alara menjadi isterinya.

'That's my queen.' Desis Raja Adriel dalam hati dengan hati yang berbunga.



♛♛♛♛♛♛



Humaira membalingkan telefon ke lantai. Berdenting bunyi telefon jatuh sehingga retak skrin leper itu. Sakit sungguh hatinya menyaksikan Alara yang telah diangkat darjat dan martabatnya sebagai puteri mahkota.

Humaira tersenyum sinis. Dia tahu punca Alara bersetuju untuk pertabalan hari ini. Pasti kerana Alara tidak ingin dia merampas kedudukan sebagai isteri kepada Raja Adriel. Tapi, tidak mengapa. Dia akan bertindak dengan rancangannya juga untuk mendapatkan Raja Adriel walau nama dan maruah perlu dipertaruhkan.

Humaira menapak masuk ke bangunan hospital dengan hati yang membara. Langkah diatur untuk ke wad yang menempatkan Raja Bariyah. Peluangnya baik bila tiada sesiapa di ruangan itu. Dia juga telah meminta pengawal-pengawal untuk meninggalkan dia dan Raja Bariyah di wad.

Raja Bariyah yang khusyuk membaca buku agama mengangkat wajah apabila mendengar pintu bilik ditolak. Terkejut dia melihat kemunculan Humaira petang ini.

"Hai orang tua..." Humaira bersuara memecah kesunyian.

Raja Bariyah menayangkan riak terkedu mendengar kata panggilan yang keluar dari mulut wanita itu. Sangat kurang ajar dan tidak manis didengar.

"Kenapa? Tak suka ke aku panggil kau macam tu?" Tanya Humaira sinis. "Mesti kau expect aku akan panggil kau dengan panggilan Nenda lagi kan? Huhhh... dasar orang tua tak mati-mati."

"Kamu kenapa Humaira? Apa yang menyebabkan kamu jadi macam ni haa?" Soal Raja Bariyah kecewa.

"Kenapa? Kau tanya aku? Sepatutnya kau tanya diri kau sendiri lah! Kau penyebab aku jadi macam ni! Kau ni memang manusia talam dua muka! Depan aku... kau baik. Belakang aku... kau tolak-tolak aku seperti aku ni tak berharga. Oh ye laaa... kau kan dah buta dengan perangai luaran cucu menantu kesayangan kau tu. Selebriti terkenal konon. Terkenal dengan perangai jalang lagi ada."

"Jaga mulut kamu, Humaira! Jangan kamu nak berkata yang bukan-bukan pada Alara!"

"Wah... backup nampak? Ha ha ha... Apalah yang perempuan tu dah suap pada kau eh sampaikan kau tak boleh beza siapa yang sepatutnya kau anggap cucu. Heiii orang tua, kau memang tak sedar diuntung. Selama ni aku banyak berjasa pada kau... pada keluarga kau. Tapi, ini balasan yang aku dapat hah?! Apa kau ni memang buta ke sampaikan tak nampak betapa aku inginkan cucu lelaki kau tu dari dulu lagi?! Kenapa mesti kau jodohkan dengan perempuan tah dari mana!!!"

Raja Bariyah mengurut dada sambil bibirnya tidak henti-henti beristighfar dengan kelancangan mulut Humaira. Di depannya, bukan Humaira yang dikenali lagi. Sangat berbeza.

"Humaira... bawak mengucap, cu. Jangan disebabkan ketamakan dan ketaksuban kamu menyebabkan kamu jadi macam ni. Ingat... ni semua hasutan syaitan yang mengarahkan kamu pada keburukan. Bukannya kebaikan."

"Kau tu yang syaitan! Kau siapa nak cakap aku macam tu?!" Humaira menengking. "Aku cuma nak menegakkan kebenaran!"

"Kebenaran apa, Humaira?"

"Kebenaran bahawa aku adalah jodoh kepada Ariel. Bukannya perempuan tak guna tu!!"

"Allahuakbar! Humaira! Kamu sedar tak apa kamu cakap ni? Soal jodoh ni sudah ditetapkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Dah memang tertulis Alara tu jodoh Ariel. Bukannya ditulis di atas kertas putih oleh manusia-manusia yang hanya merancang. Allah sudah tentukan siapa jodoh Ariel. Kamu tak boleh melawan takdir. Tolonglah Humaira... jangan kamu pendek akal macam ni. Ariel dan Alara dah cukup bahagia. Tolong jangan kamu jadi perosak kepada rumahtangga mereka."

Humaira panas hati mendengar jawapan balas itu. Dia menekup telinganya dengan kepala digeleng berkali-kali. Dia tidak boleh terima bahawa semua orang menolak apa yang dia cuba usahakan.

"Tak guna punya orang tua!!! Kau memang dengki kan! Dengki nak tengok aku bahagia jugak!" Tempik Humaira kuat. "Kau memang tak guna!!!"

Humaira menolak Raja Bariyah yang duduk di katil sehingga jatuh ke bawah. Kuat punggung Raja Bariyah terhentak ke lantai dan menyebabkan Raja Bariyah berkerut mukanya menahan sakit.

"Kau patutnya mati tau! Mati terus! Biar tenang sikit hidup aku!!!" Humaira menunjal-nunjal tubuh Raja Bariyah.

Raja Bariyah sudah bercucuran air mata mengenangkan sikap Humaira yang tidak dapat dibendung lagi. Humaira telah bertindak di luar kawalan.

"Humaira!!!" Jerit Raja Puan Sri Azimah dan Raja Auliya serentak yang baru memasuki wad itu.

Humaira terkejut dengan sergahan mereka.

"Apa kamu buat ni, Maira?! Ya Allah Ya Tuhanku..." Mereka membantu Raja Bariyah untuk bangun dan duduk semula di katil.

"Pergi! Pergi! Jangan masuk campur!" Humaira sudah tidak menghiraukan keadaan.

"Kamu tu yang patut pergi! Bonda dah beri kamu amaran untuk tidak dekat lagi dengan Nenda! Apa lagi yang kamu nak ni ha?! Tak cukup lagi ke kamu nak tambah sakit Nenda?" Raja Puan Sri Azimah bertanya lantang.

"Tak, tak cukup! Aku takkan rasa cukup selagi korang menghalang perkahwinan aku dan Ariel!"

"Perkahwinan apa, Maira? Sudah-sudahlah tu... takkan ada perkahwinan yang berlaku."

"Siapa kata?! Yang kata takkan tu korang ajelah! Tapi perjanjian kata ada! Korang jangan jadi munafik untuk mengetepikan perjanjian tu pulak! Perjanjian tetap perjanjian!"

"Sudahlah... Maira. Lupakan tentang perjanjian. Lagipun Ariel sendiri tak setuju untuk berkahwin dengan kamu. Kenapa kamu nak memaksa?"

"Aku kenalah paksa! Kalau tak paksa... kesian... kesian arwah ayah aku... aku tak nak tanggung dosa dan jadi anak derhaka kerana tidak tunaikan permintaan arwah ayah aku."

Raja Puan Sri Azimah mengeluh bila dirasakan pendebatan dengan Humaira hanya sia-sia. Humaira tidak akan mengalah. Lagi dilawan lagi ada.

"Aku rasa arwah ayah kau lagi sedih bila tahu perangai anak perempuan dia macam ni." Satu suara baru kedengaran di antara mereka.

Masing-masing menoleh dan melihat Alara meluru masuk ke bilik wad. Alara menghampiri Raja Bariyah. Tubuh Raja Bariyah dibelek-belek.

"Nenda... Nenda ada sakit mana-mana ke?" Risau Alara bertanya.

"Ada... Nenda sakit di sini." Raja Bariyah memegang pinggangnya yang terseliuh.

"Nenda tahan dulu ya. Nanti Lara urutkan Nenda." Ucap Alara sambil mengelus bahu Raja Bariyah.

Alara kemudian mendekati Humaira yang berdiri tegak tidak jauh dari mereka semua.

"Kau ni memang tak kenang budi kan! Keluarga mertua aku dah layan kau baik-baik sejak dari kecil tapi ini yang kau balas pada mereka!" Alara berkata tegas.

"Kau diam, Alara! Kau jangan nak jadi penyibuk! Cukuplah kau jadi perampas aje!" Ujar Humaira kasar.

'Pang.'

Satu tamparan tepat mengena wajah Humaira.

"Belum pernah dalam hidup aku digelar perampas dari seorang perampas macam kau!" Alara menahan getar pada suaranya.

"Berani kau tampar aku, Alara?" Humaira memegang pipinya yang pijar.

"Ya berani! Perempuan macam kau ni memang patut ditampar. Makin lama makin melampau pulak kau ni ya? Aku perati aje kau ni. Memang jenis perempuan tak tahu malu." Sarkastik Alara berkata.

"Kau tu yang tak tahu malu! Entah datang dari mana, sibuk nak jadi keluarga kerabat. Kalau dah rakyat biasa tu, rakyat biasa ajelah! Tak perlu nak tumpang pangkat dan harta dari keluarga kerabat! Tapi takpelah. Kau pun dah tak lama juga nak dibuang dari keluarga ni. Enjoy lah puas-puas." Balas Humaira.

"Ayat tu patut aku yang ucap pada kau. Enjoy selagi masih ada peluang sebab... aku sendiri yang akan pastikan kau dibuang dari keluarga ni." Tajam Alara mencerlung pada Humaira.

"Kau... kau... kau nak ugut aku ke?! Apa kuasa kau ha?!" Bulat mata Humaira juga pada Alara.

"Kuasa aku sebagai Puteri Mahkota dimana aku berhak untuk membuang sesiapa sahaja yang aku rasa tak berguna dalam keluarga atau negara." Yakin Alara membalas.

"Huh... aku tak tahulah apa yang kau dah hasut pada keluarga mertua kau ni. Apa dorang buta ke nak jadikan kau sebagai Puteri Mahkota? Apa aje yang kau boleh buat selain memegang jawatan dan pangkat tapi kau sebenarnya tak boleh bagi mereka pewaris pun!!!" Humaira menyanggah.

'Pang.'

Lagi sekali pipi Humaira ditampar.

"Aku paling pantang kalau orang cakap tak pakai otak! Ni... cukup kau tengok gambar ni. Dan kau perlu tahu, kata-kata kau tak pernah betul." Alara melemparkan gambar ultrasound scan kandungan pada Humaira. Alara telah membuat check-up bersama Adawiyah sebelum datang ke sini tadi.

Humaira terkesima sehingga tidak lepas dia memandang butiran yang tertera di atas gambar itu.

"Ya Allah... Lara... kamu mengandung, sayang?" Raja Puan Sri Azimah, Raja Bariyah dan Raja Auliya bertanya serentak.

Alara seraya mengangguk dengan senyuman.

"Alhamdulillah..." Mereka tumpang gembira dengan berita ini.

Humaira masih kaku di posisi. Tidak menyangka pula Alara sedang mengandung. Ini bermaksud, Alara memang membawa zuriat Raja Adriel dalam diam?

"So, Maira... takde alasan untuk kau nak kahwin dengan suami aku kan?" Jelek Alara bertanya.

"Huh, kau jangan fikir kau dah cukup hebat dengan mengandung anak Ariel. Kau lupa ke perjanjian masih memerlukan aku untuk kahwin dengan Ariel." Angkuh Humaira berkata.

Alara terus melemparkan lagi kertas ke arah Humaira. Kali ini tepat kertas terkena pada wajah Humaira.

"Nah... perjanjian kau boleh pergi mampus! Aku tak tahu apa motif kau tapi perjanjian kau ni palsu semata-mata!" Berani Alara berkata.

"Ppp- ppp- palsu? Apa maksud kau? Kkk- kau siapa nak cakap perjanjian ni palsu?" Gugup Humaira bertanya.

"Kau jangan fikir aku tak tahu, perjanjian ni hanya rekaan kau aje." Sinis Alara berkata.

"Apa bukti kau cakap macam tu?" Humaira cuba bertanya.

"Ni bukti... perjanjian antara arwah ayah kau dan Raja Abbas hanya berlandaskan tentang penyatuan keluarga jika ayah kau meninggal dunia. Arwah ayah kau mintak keluarga mertua aku untuk jaga kau dan layan kau seperti anak dan cucu kandung." Alara mengeluarkan perjanjian yang sebenar. "Takde istilah perjanjian perkahwinan pun! Kau aje yang memandai! Dasar penyondol!"

Raja Puan Sri Azimah dan Raja Auliya yang mendengar saling berpandangan sebelum mereka menyerang Humaira.

"Maira... Ya Allah budak ni. Kamu tergamak buat macam ni Maira?" Getus Raja Puan Sri Azimah geram.

"Busuk betul hati kamu, Maira. Sanggup kamu nak perangkap adik aku untuk kahwin dengan kamu!" Raja Auliya sudah menggoncang kuat tubuh Humaira.

"Penipu! Jangan percaya cakap perempuan ni!" Humaira menunjuk tepat pada Alara. "Kau saja nak kenakan aku kan Alara? Kau ni memang plastik! Kau nak bolot kedudukan aku dalam keluarga ni. Kau memang sial lah Alara."

"Jangan kau berani nak panggil isteri aku macam tu!" Satu suara jantan bergema kuat di wad itu.

Raja Adriel muncul bersama orang-orang bawahan. Raja Haziq dan Fariha turut ada di belakang.

Humaira pucat lesi memandang wajah bengis Raja Adriel.

"Kau yang sial! Apa punya perangai lah kau ni, Humaira! Kau perempuan paling sial pernah aku jumpa! Mana pergi maruah kau hah?! Kau sanggup menipu demi kepentingan kau sendiri. Terdesak sangat ke kau nak jadi isteri aku hah?!" Raja Adriel mencengkam kolar baju Humaira.

"Errr... Ariel... ni... ni semua salah faham..."

"Salah faham apa?! Salah faham dengan mengatakan perjanjian ni kau yang cipta? Bodoh! Dari awal aku memang tak percaya lah cakap kau ni! Dan, kau jangan fikir kau boleh tipu keluarga aku jugak! Cara kotor kau ni takkan berjaya! Sebab kau ni hanya orang luar yang menumpang dalam keluarga aku! Tanpa keluarga aku, kau tu tak ubah seperti rakyat yang takde pape!!!" Marah betul Raja Adriel tika ini.

"Errr... Ariel... saya... boleh explain." Tersekat-sekat suara Humaira.

"Aku tak nak dengar pape dari kau! Cukup aku dah dengar semuanya dari isteri aku. Kau boleh bersiap sedia untuk dibuang jauh-jauh dari sini!" Lantang Raja Adriel berkata.

"No... Ariel... no... no... apa ni? Awak mana boleh buang saya. Kan saya cakap, ni salah faham. Biar saya buktikan yang saya jugak diperangkap. Isteri awak ni jahat. Dia sengaja nak pecahkan kita sebagai keluarga." Humaira cuba menyelamatkan diri.

Fariha yang menjadi pendengar membulatkan mata melihat perangai Humaira yang cakap tanpa lapik. Panas pula hatinya bila Alara dituduh sedemikian. Tapi kejap... Fariha mengamati wajah Humaira dalam-dalam memandangkan inilah kali pertama dia berjumpa dengan Humaira. Dan...

"Kau... kau..." Fariha tiba-tiba bersuara. "Kau yang tolak Lara dalam tasik kan? Haaa betullah kau! Aku ingat muka kau! Kau tolak Lara... Ariel... ni... ni... perempuan ni punca Lara hampir lemas hari tu!"

Tanpa lengah, Raja Adriel melayangkan penumbuk pada pipi Humaira. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali sehingga yang lain tidak berani untuk menghalang.

"Kau berani cari pasal dengan aku, Maira?! Kau tak kenal aku siapa kan?! Selama ni aku diam aje tapi kau memang mencabar kesabaran aku!!! Kau fikir aku tak tahu ke kau dalang yang upah media-media untuk burukkan isteri aku?! Kau bersubahat dengan Isyika untuk jatuhkan isteri aku?! Kau nak buat aku benci dan jijik pada isteri aku!!! Kau ni memang tak guna!!!"

Humaira sudah jatuh terduduk. Sakit rahangnya akibat tumbukan padu Raja Adriel yang menyebabkan dia sukar untuk bercakap. Darah juga sudah menitis di hujung bibir.

Raja Adriel duduk mencangkung. Tudung Humaira ditarik sehingga menampakkan rambut.

"Aku diam tak bermaksud aku tak tahu. Tapi aku nak tengok sejauh mana kau punya permainan! Dan sekarang, the game is over! Kau boleh ambil nafas cukup-cukup sebelum aku sendiri hapuskan kau dari dunia ni!" Raja Adriel menunjal Humaira sehingga Humaira tertolak ke belakang.

Humaira yang tidak betah terus bangun melarikan diri. Makin lama dia berdepan dengan Raja Adriel, makin banyak perbuatannya yang akan dibuka oleh Raja Adriel. Dia malu kerana rancangannya diketahui di depan seluruh keluarga itu.

Raja Adriel terus memeluk Alara. Tubuh isterinya dirangkul kuat.

"My queen... sayang okay ke? Did she hurt you and our baby?" Raja Adriel beriak risau.

"Lara okay... baby kita pun okay tapi kejap... abang tahu pasal baby kita?"

"Tahu... abang tahu. Kan abang cakap, abang tahu semua pasal sayang." Raja Adriel tahu Alara bertemu dengan Adawiyah dan dia sendiri telah menghubungi birasnya untuk mengetahui keadaan Alara.

"Abang... Lara mintak maaf... Lara tak niat nak sorok dari abang. Lara cuma... cuma..."

"Ssyyhh... abang tahu sayang nak selesaikan si penyondol tu dulu kan. Takpe... abang faham. Yang penting isteri abang selamat. Dan... abang gembira sangat bila sayang mengandungkan anak abang. Allahu sayang... kita akan jadi mummy dan daddy ke?" Raja Adriel teruja sambil mengusap perut Alara yang masih kempis.

"Ya abang... kita akan jadi mummy dan daddy." Alara tersenyum manis.

"Berapa bulan kandungan sayang?"

"Dua bulan abang."

Raja Haziq dan Fariha sudah menepuk-nepuk tangan.

"Omg!!! Kita akan dapat anak buah ke nanti?!" Mereka berkata serentak.

Suasana yang tegang tadi bertukar ceria dengan perkhabaran berita Alara mengandung. Terus masalah bersama Humaira dilupakan.

Raja Adriel memeluk Alara sambil wajah Alara dikucup-kucup bahagia.

"Apa yang seronok sangat dekat sini ni?" Raja Tan Sri Azman Shah baru muncul di wad itu.

"Abang ni... lambatlah. Abang dah terlepas drama penyondol tak jadi tadi." Jawab Raja Puan Sri Azimah. "Tapi takpelah, tak penting... yang penting kita akan dapat cucu. Lara mengandung, bang..."

"Wah yeke? Alara mengandung? Alhamdulillah..." Raja Tan Sri Azman Shah meraup tangan ke wajah.

Mereka terus bersembang tentang kandungan Alara di samping Raja Tan Sri Azman Shah berbincang dengan doktor untuk membawa pulang Raja Bariyah ke rumah.



♛♛♛♛♛♛



Alara singgah ke tandas sebelum mereka melangkah keluar dari hospital. Tangan dibersihkan pada sinki dan Alara melihat pantulan seseorang sedang berdiri di belakangnya melalui cermin.

"Humaira?"

Alara terus pusing ke belakang. Dan, dengan pantas Humaira mengunci leher Alara lalu keluar dari tandas. Humaira menggunakan jalan belakang untuk menculik Alara. Dia tekad untuk hapuskan Alara juga. Kerana Alara, dia sudah hilang segalanya.

"Kkk- kau nak bawak aku pergi mana ha?" Tanya Alara bila badannya dihumban masuk ke dalam kereta. Ingin sahaja Alara melawan tapi memikirkan tenaganya tidak kuat seperti dulu, Alara cuba bertenang.

Humaira tidak menjawab. Dia meneruskan pemanduan sehingga tiba di kawasan hutan. Tubuh Alara diheret keluar dan dia menolak Alara sekuat hati sehingga Alara jatuh ke tanah.

"Kau patut mati, Alara! Kau patut mati!" Jerit Humaira kuat.

Alara memandang sekeliling. Kosong. Hening. Tiada sesiapa melainkan mereka sahaja.

"Kau nak apa lagi Humaira?! Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah buat?" Alara bertanya.

"Aku nak kau pergi jugak dari dunia ni. Kalau aku tak dapat memiliki Ariel... biar kau pun tak dapat memiliki Ariel... dan sebelum kau mati. Aku akan matikan anak kau dulu." Ugut Humaira.

Humaira mendekati Alara. Dia tersenyum sinis apabila melihat Alara berundur sedikit demi sedikit ke belakang sambil memegang perutnya.

'Abang... tolong Lara.' Seru Alara dalam hati.

Manakala, Raja Adriel pula menunggu Alara keluar dari tandas dengan sabar. Lama pula isterinya berada di tandas apabila jarum jam telah menunjukkan hampir dua puluh minit Alara berada di tandas.

"Tuan Ray..." Orang-orang bawahan menghampiri Raja Adriel.

Mereka membisikkan sesuatu pada Raja Adriel supaya tidak didengari oleh ahli keluarga yang lain. Serta-merta wajah Raja Adriel bertukar riak.

"Track IP isteri aku sekarang!" Kerah Raja Adriel lalu menuju ke keretanya.

Fariha dan Raja Haziq saling berpandangan sebelum mereka memutuskan untuk mengikut Raja Adriel dari belakang. Fikir mereka, pasti ada sesuatu yang telah berlaku sehingga Raja Adriel laju memandu meninggalkan mereka semua.

"Humaira!!!!" Jerit Raja Adriel kuat apabila tiba di kawasan isterinya berada.

Humaira yang baru hendak menyepak Alara terhenti apabila suara Raja Adriel menyinggah di telinga.

Raja Adriel menarik Humaira menjauhi Alara.

"Kau ni dah gila ke?!" Tengking Raja Adriel kuat. "Berani kau nak apa-apakan isteri aku?!?!"

Humaira menolak Raja Adriel juga. Dia sudah hampir gila apabila setiap rancangannya tidak membuahkan hasil.

"Pergi Ariel... pergi! Biarkan saya dengan perempuan tak guna ni! Jangan masuk campur!" Jerit Humaira.

"Cukup Humaira! Kau jangan nak tambahkan masalah lagi! Aku dah bagi kau amaran!!!" Raja Adriel mengingatkan. Pistol dikeluarkan dari poket baju blazer yang dipakainya.

"Aarrrgghhh!!!" Humaira menerkam Raja Adriel sehingga pistol dari tangan Raja Adriel terlucut jatuh dari tangan. Humaira cepat-cepat bangun sebelum Raja Adriel bangun dahulu.

Pistol dicapai oleh Humaira.

"Put the gun down, Humaira!!!" Laung Raja Adriel.

Humaira tidak mengendahkan. Picu ditarik dan dihalakan pada Alara.

'Bangggg.'

Peluru dilepaskan. Alara memejamkan matanya apabila terasa tubuhnya ditolak ke belakang. Alara terasa ada sesuatu yang memberat menghempap dirinya kala ini. Mata dicelik dan dia melihat Raja Adriel sudah terkulai menindih tubuhnya.

"Aaa... aaa... abang...." Alara terasa ada cecair panas yang mengalir keluar dari tubuh sasa itu. "Aaa... abang! Abang! Abang!"

Alara cuba untuk menolak tubuh Raja Adriel supaya berbaring.

"Tolong! Tolong!"

Terketar-ketar tangan Alara menekan kawasan bahu Raja Adriel yang ditembak.

"Abang!!!!" Alara menjerit sambil menangis. "Ya Allah! Abang! Abang! Bangun abang! Bangun!"

Tubuh Raja Adriel digoncang berkali-kali tapi Raja Adriel sudah lemah bila darah tidak henti mengalir keluar dari badan.

Humaira pula terketar-ketar apabila sasarannya tersalah. Pistol jatuh terkena kaki. Humaira terkocoh-kocoh untuk berlari namun sesaat langkahnya terhenti apabila melihat beberapa buah kereta berhenti di hadapannya.

'Bang.'

'Bang.'

'Bang.'

Orang-orang bawahan Raja Adriel melepaskan tembakan pada Humaira. Dan Humaira tumbang juga.

Raja Haziq dan Fariha segera mendapatkan Alara dan Raja Adriel.

"Aziq... Far... tolong... tolong selamatkan Ariel."

Dengan pantas, mereka mencempung Raja Adriel untuk dibawa ke hospital. Laju Raja Haziq memandu sehingga kereta benar-benar berhenti di hadapan Unit Kecemasan.

"Abang... abang... jangan tinggalkan Lara abang."

Alara menangis sambil menolak stretcher Raja Adriel dan dia terpaksa berdiri di luar bilik pembedahan apabila doktor sudah mengambil alih untuk merawat suaminya.

Tersedu-sedan Alara menangis kerana semua yang berlaku benar-benar sekelip mata. Fariha membantu Alara untuk duduk. Raja Haziq juga sudah lemah. Kalau dia cepat tadi, pasti Raja Adriel tidak akan ditembak.

Ahli keluarga yang masih ada di hospital segera berlari mendapatkn mereka apabila mendengar berita tentang Raja Adriel.

"Lara..." Raja Auliya memeluk Alara.

"Kak Liya... Lara... Lara mintak maaf. Sebab... sebab Lara... Ariel... Ariel..."

"Ssyyhh... kamu jangan cakap apa-apa sekarang. Kamu bertenang dulu Lara..." Raja Auliya menggosok Alara. Dia tidak mahu Alara sedih memandangkan Alara sedang berbadan dua.

Semua memandang lampu hijau yang terpasang di atas pintu kecemasan itu. Masing-masing mengharapkan doktor muncul dengan segera dan memberitahu keadaan Raja Adriel baik-baik sahaja.

"Puan Alara..." Panggil orang-orang bawahan. "Ni kami nak bagi clutch Tuan Ray..."

Alara menyambut clutch kulit hitam dari jenama Authentic Salvatore Ferragamo milik Raja Adriel. Dipeluknya clutch itu seperti dia sedang memeluk Raja Adriel. Kemudian, Alara membuka zip clutch. Dia melihat barangan peribadi Raja Adriel lengkap dalam clutch itu.

Tangan Alara kemudian menarik sesuatu yang dia amat kenali. Iphone lamanya. Macam mana Iphone lama dia boleh berada bersama Raja Adriel. Bukan ke suaminya memberitahu dulu bahawa Iphone dia telah rosak?

Alara memasukkan passcode dan tidak sampai beberapa saat, Iphonenya berjaya diakses. Alara membelek-belek isi di dalam Iphonenya. Masih sama dan tiada yang berubah sehinggalah jarinya menekan aplikasi 'notes'.

Things to do with my ❤️ ones:

Golf date

Cruise date

Horseback riding date

Jungle trekking date

Baking together

Movie night

Hot air balloon date

Ice skatting date

Honeymoon in Cappadocia

Makin lebat air mata Alara menitis apabila mengetahui Raja Adriel dalam diam memakbulkan keinginan dia untuk melakukan semua perkara dengan pasangan. Sungguh, suaminya adalah insan yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menyelamatkan dirinya.

Alara terimbau kembali perbualannya bersama Raja Adriel tempoh hari.

'Abang sanggup korbankan nyawa abang untuk sayang. Because... I'd rather to lose my life than to lose you in my life.'

Alara tidak dapat menahan tangisan dari terus mengalir. Dia tidak sanggup jika berlaku apa-apa yang buruk pada suaminya. Dia belum sedia untuk kehilangan Raja Adriel dari hidupnya. Ya Allah, tolong... tolong selamatkan suami aku.

'Ting.'

Pintu bilik kecemasan dibuka. Doktor muncul dari dalam. Alara terus bangun mendapatkan doktor lelaki itu.

"Doktor... macam mana keadaan suami saya?"

Doktor itu cuba menyusun ayat. Dalam keadaan begini, amat penting untuk dia mencari penggunaan ayat yang sesuai bagi mengelakkan keluarga pesakit lebih beremosi.

"Keadaan Raja Adriel kritikal... Raja Adriel kehilangan banyak darah dan..."

Belum sempat doktor menghabiskan ayat, Alara terlebih dahulu rebah. Masing-masing yang ada di situ memaut Alara dari jatuh menyembah bumi.



If Jack died because of Rose, Adriel would died because of Alara. - Raja Adriel Shah, 2023.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1.4M 68.6K 69
Follow ig author: @wp.gulajawa TikTok author :Gula Jawa . Budidayakan vote dan komen Ziva Atau Aziva Shani Zulfan adalah gadis kecil berusia 16 tah...
971K 145K 49
Awalnya Cherry tidak berniat demikian. Tapi akhirnya, dia melakukannya. Menjebak Darren Alfa Angkasa, yang semula hanya Cherry niat untuk menolong sa...
724K 70.4K 49
Ini adalah Kisah dari Kila. Kila Prastika yang ternyata memiliki seorang bapak kos yang kebelet kawin ... "Nikah sama saya, kosmu gratis seumur hidu...
422K 2.2K 16
Warning ⚠️ 18+ gak suka gak usah baca jangan salpak gxg! Mature! Masturbasi! Gak usah report! Awas buat basah dan ketagihan.