The King Romance (HIATUS)

By Wnfhanna

715K 36.7K 7K

Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat dira... More

PROLOG
The King Romance: 1
The King Romance: 2
The King Romance: 3
The King Romance: 4
The King Romance: 5
The King Romance: 6
The King Romance: 7
The King Romance: 8
The King Romance: 9
The King Romance: 10
The King Romance: 11
The King Romance: 12
The King Romance: 13
The King Romance: 14
The King Romance: 15
The King Romance: 16
The King Romance: 17
The King Romance: 18
The King Romance: 19
The King Romance: 20
The King Romance: 21
The King Romance: 22
The King Romance: 23
The King Romance: 24
The King Romance: 25
The King Romance: 26
The King Romance: 27
The King Romance: 28
The King Romance: 29
The King Romance: 30
The King Romance: 31
The King Romance: 32
The King Romance: 33
The King Romance: 34
The King Romance: 35
The King Romance: 36
The King Romance: 37
The King Romance: 38
The King Romance: 39
The King Romance: 40
The King Romance: 41
The King Romance: 42
The King Romance: 43
The King Romance: 44
The King Romance: 45
The King Romance: 46
The King Romance: 47
The King Romance: 48
The King Romance: 49
The King Romance: 50
The King Romance: 51
The King Romance: 52
The King Romance: 54
The King Romance: 55

The King Romance: 53

8.6K 625 77
By Wnfhanna

Alara membantu Raja Auliya untuk mengelap tubuh Raja Bariyah yang masih dirawat di ICU. Kalau malam, kaum lelaki yang akan menjaga Raja Bariyah. Siang pula, kaum wanita. Raja Tan Sri Azman Shah dan Raja Puan Sri Azimah pula datang melawat sekejap-sekejap. Mereka tidak mahu orang tua mereka bersusah-payah juga. Biarlah mereka yang muda mengambil tugas menjaga di hospital.

"Lara..." Raja Auliya memanggil.

"Ya Kak Liya?" Sahut Alara sambil mengelap jari-jemari Raja Bariyah.

"Lara pasti ke Lara sihat? Kak Liya tengok dah tiga hari kamu macam penat." Komen Raja Auliya.

"Pasti Kak Liya... Lara sihat aje ni. Alaaa, biasalah... Lara kan selalu bergerak aktif. Jadi, bila Lara duduk sini, itu yang nampak macam Lara tak sihat." Jawab Alara sopan.

Raja Auliya mengerti. Dia tahu kesibukan Alara yang memerlukan adik iparnya bergerak sana sini. Tapi, sejak Alara berkahwin, Alara meletakan had pada jadual kerja. Itu pun dia tahu setelah bersembang dengan Fariha. Alara cuma akan bekerja sehingga petang sahaja. Malam pula akan berada di rumah kecuali ada urusan yang perlu dihadiri oleh selebriti terkenal itu. Bagus Alara, sesibuk mana jadualnya, rumahtangga tetap menjadi keutamaan.

"Kalau macam tu, kamu keluarlah ambil angin. Bagi segar sikit tubuh kamu tu. Lagi pun, kamu dah jaga Nenda dengan baik. Sekarang... kamu kena jaga diri kamu pulak. Kak Liya tak nak nanti kamu jatuh sakit. Kesian Kak Liya... nanti takde teman bersembang kat sini." Canda Raja Auliya.

Alara tergelak kecil. Memang mereka selalu berbual. Sambil menjaga Raja Bariyah, sambil mereka mengupas isu-isu semasa. Biasalah, women talk.

'Klak.'

Pintu di tolak perlahan-lahan.

"Haa Far... elok kamu datang..." Raja Auliya bersuara apabila Fariha muncul di wad ICU.

"Kenapa Kak Liya?" Fariha meletakkan beg yang berisi barang keperluan Raja Bariyah yang dibawa dari istana.

"Ni nanti kamu bawak Lara jalan-jalan. Lara ni dah terperuk kat sini banyak hari. Pasal Nenda, takpe... Kak Liya boleh jagakan dulu." Titah Raja Auliya.

"Oh boleh aje... memang Far plan nak ajak Lara keluar pun." Fariha mengangguk.

Setelah lama berada di wad ICU, Alara keluar bersama-sama Fariha. Suasana sedikit hening apabila hanya mereka sahaja berada di hospital. Raja Adriel dan Raja Haziq masuk ke pejabat atas urusan mesyuarat. Tidak dapat dielakkan. Hanya beberapa orang kaum kerabat terdekat yang datang bertanya khabar mengenai Raja Bariyah.

Alara menarik Iphone di belakang poket seluar. Dia ingin menghubungi seseorang.

'My King 👑❤️'

Panggilan laju dijawab.

"Hello... assalamualaikum abang."

"Hello... waalaikumussalam sayang."

"Lara ganggu abang ke?"

"Tak lah, sayang tak pernah ganggu abang. Kenapa sayang? Anything you need, my love?"

"Yes, my heart. Lara nak mintak izin abang untuk keluar dengan Fariha. Boleh tak abang?"

"Boleh sayang... abang izinkan. Sayang nak keluar pergi mana?"

"Pergi brisk walk dekat tasik aje. Tempat yang selalu Lara dan Fariha ambil angin."

"Okay sayang. Nak abang temankan jugak tak?"

"Nak... tapi abang kan tengah sibuk. So, takpelah. Lara boleh aje ni tanpa abang sekejap."

"Sayang tunggu abang ya. Abang nak wrap up meeting then abang datang pada sayang. I'm dying to see you... abang miss you, sayang."

"Baik abang... can't wait to see you very soon. Lara miss you too and Lara love you so much abang."

"Abang love you so much more, sayangku..."

Talian di matikan.

Raja Adriel menatap skrin lama.

'My Queen 👑💖'

Hilang sekejap serabut yang melanda dirinya sekejap tadi. Suara lunak Alara menenangkan hatinya. Haih, rindunya pada Alara membuak-buak sehingga Raja Adriel tidak betah untuk berpisah dengan Alara walau hanya beberapa jam.

"Aziq, tolong pergi kepada slide terakhir. Aku nak every department terus summarize and conclude. Then make sure they all masukkan key information sebelum hantar report pada aku nanti." Bisik Raja Adriel perlahan pada Raja Haziq yang duduk di sebelah.

Raja Haziq mengikut arahan CEO. Dia tahu kenapa Raja Adriel menggesa untuk cepat menamatkan mesyuarat. Bukan dia tidak dengar perbualan Raja Adriel bersama isteri tercinta. Rindu... rindu serindu rindunya... ceyyy, sempat Raja Haziq menyanyi dalam hati.



♛♛♛♛♛♛



Alara dan Fariha berjalan menggelilingi tasik. Lama rasanya mereka tidak menjejakkan kaki di Tasik Titiwangsa. Kali terakhir mereka datang ke sini sewaktu mereka bertembung dengan Raja Bariyah dan Fariha tanpa segan silu menjual namanya untuk dijodohkan bersama cucu wanita itu. Alahai. Lucu bila diingatkan kembali. Rupa-rupanya, Raja Adriel cucu kepada Raja Bariyah.

"Lara..." Fariha bersuara.

"Yup..." Sahut Alara.

"Humaira tak datang hospital ke? Aku takde nampak pun dia dua tiga hari ni." Fariha tidak pernah berjumpa Humaira lagi. Hanya sekadar tahu namanya sahaja. Itupun kerana Alara yang bercerita.

"Tah lah, tak pulak aku nak ambik tahu mana dia pergi." Jawab Alara malas.

"Ish, kau kenalah tahu... kang dia senyap-senyap pergi goda suami kau pulak." Kata Fariha. Yela, banyak juga dia dengar pasal Humaira sepanjang percutian Alara di Sabah dulu. Itu yang Fariha bersungguh-sungguh menyuruh Alara memikat Raja Adriel sebelum di sambar buaya betina. "Kang tak memasal, si Humaira tu jadi macam si Isyika. Perempuan zaman sekarang tak ramai yang baik macam kita. Suami orang jugak yang nak disondol."

"Entahlah... aku malaslah nak serabut kepala fikir pasal dia. Kalau dia berani cari pasal, haaa tanggunglah akibat dia nanti." Jawab Alara mudah. Memang itu prinsip hidupnya. Jika melampaui batas, baru Alara sendiri yang akan mengambil tindakan.

"Fuyoh! Alara yang dulu bukannya yang sekarang... dulu ditendang sekarang kau disayang. Dulu dulu dulu kau menderita. Sekarang engkau bahagia." Fariha menyanyi.

Alara tergelak kecil. Perangai Fariha tak ubah seperti Raja Haziq. Ada aje lagu-lagu yang diselitkan jika mengena pada situasi. Alahai, patutlah berjodoh. Suka menyanyi rupanya.

"Dah lah kau ni... suka sangat nak sakat aku. Jomlah kita jalan sampai sana." Alara berjalan sambil memandang air tasik yang tenang.

Fariha menurut sahaja. Dia juga ingin merehatkan minda dari kesibukan urusan penangguhan majlis perkahwinan. Banyak juga yang perlu diselesaikan jika nak tangguh perkahwinan ini. Nasib Raja Haziq ada membantu juga.

Alara dan Fariha berjalan sejauh satu kilometer lebih. Alara menarik nafas dalam apabila dirasakan dirinya sedikit mengah. Entah kenapa dia asyik rasa penat dan lemau sahaja. Padahal dulu elok aje dia berjogging yang jaraknya boleh cecah lebih dari aktiviti jalan kaki petang ini.

"Lara... kau okay ke?" Fariha pagut bahu Alara yang tercungap-cungap.

"Aku okay..." Alara menstabilkan nafas.

"Yeke? Tapi kau tak nampak okay ni... jomlah kita rehat dulu." Fariha memapah Alara untuk berjalan.

"Far... aku nak duduk depan tasik tu." Tunjuk Alara.

Fariha membantu Alara untuk duduk di atas rumput hijau. Angin sempoi-sempoi bahasa menyentuh tubuh mereka. Mereka memilih kawasan yang tidak ramai orang lalu-lalang.

"Lara... kau stay sini jap. Aku pergi belikan air mineral."

Alara mengangguk dan melihat Fariha mula jauh meninggalkan dirinya. Pandangan dihalakan pada tasik semula. Matanya dipejam untuk menikmati udara petang. Rasa dirinya kembali segar.

Tiba-tiba ada satu bola lalu di sebelahnya dan hampir terjatuh ke dalam tasik. Alara refleks bangun dan menahan bola itu. Senyuman Alara melebar bila melihat seorang kanak-kanak lelaki berdiri tidak jauh di belakangnya.

"Ni bola adik ya?" Tanya Alara.

Kanak-kanak itu mengangguk. Takut-takut dia berjalan mendekati Alara. Bola bertukar tangan.

"Terima kasih aunty cantik. Saya fikir bola saya dah jatuh dalam tasik. Nasib aunty selamatkan bola saya. Kalau tak. Mesti ibu saya dah marah-marah." Beritahu kanak-kanak itu.

"Sama-sama. Hati-hati ya nanti. Adik main dekat tempat yang tak bahaya tau. Aunty risau, nanti bukan bola aje jatuh dalam tasik. Sekali dengan adik boleh jatuh..." Pesan Alara.

"Baik aunty... terima kasih lagi sekali. Nanti kita jumpa lagi."

Alara tersenyum bila melihat kanak-kanak lelaki itu sudah berlari-lari jauh mendapatkan ibunya. Teka Alara, pasti kanak-kanak itu sebaya dengan anak buahnya. Alahai rindu pula dia pada Aiman. Lama dia tidak bertemu dengan Aiman. Nanti lapang, dia ingin berjumpa Aiman lah. Lepaskan rindu pada si kecil yang banyak celoteh itu.

Alara mengibas-ngibas punggungnya sebelum dia duduk semula di rumput hijau. Akan tetapi, tubuhnya tiba-tiba ditolak dari belakang. Dan kaki Alara tergelincir ke bawah bukit rumput yang menyebabkan Alara jatuh ke dalam tasik.

"Ttt... ttt... tolong..."

Alara terkapai-kapai apabila tubuhnya tenggelam timbul kerana kakinya tidak menyentuh tanah. Tasik ini terlalu dalam sehingga membuatkan Alara hampir lemas. Entah kenapa, Alara tidak mampu berenang walhal dia tahu berenang. Tenaga Alara lemah saat ini.

"Ttt... ttt... tolong... aaa... aaa... abang."

Alara menjerit kuat walaupun dia tahu tiada sesiapa yang ada berdekatan. Saat ini, Alara terasa nyawanya bila-bila sahaja boleh melayang.

'Ya Allah... selamatkan aku.'

Fariha yang baru siap membeli air mineral berjalan ke arah Alara dan dia melihat seorang wanita terkocoh-kocoh berlari meninggalkan tempat di mana Alara duduk. Telinga Fariha sayup-sayup mendengar suara seseorang yang amat dikenali. Alara!

Air mineral di tangan terlepas jatuh ke tanah. Fariha ingin mendapatkan Alara dengan segera tapi matanya terarah pada Raja Adriel yang muncul di tasik itu.

"Sayang!"

Raja Adriel pantas terjun ke dalam tasik. Dia berenang dan terus meraih tubuh Alara yang sudah lemah itu. Alara dibawa naik ke darat. Fariha yang berdiri di depan membantu menarik Alara dan membaringkan Alara di atas rumput.

Raja Adriel menampar perlahan pipi Alara yang mula tidak sedarkan diri. Fariha yang melihat sudah cemas. Dia baru tinggalkan Alara sekejap tapi tidak menyangka ini pula jadinya.

"Ariel... Lara... Lara..." Fariha sudah menangis.

Fariha kini sudah memanggil nama pendek memandangkan itu permintaan dari Raja Adriel sendiri. Yela, mereka bakal menjadi satu keluarga juga nanti. Tidak perlu untuk formal.

Raja Adriel pula menekan dada Alara. Beberapa kali cubaan tekanan diberikan namun tiada tindak balas dari isterinya. Raja Adriel membuat pernafasan mulut ke mulut pula. Berkali-kali CPR diberikan pada Alara sehinggalah...

"Uhukkk... uhukkk... uhukkk..."

Alara terbatuk-batuk sehingga air keluar dari mulutnya. Perit rasa tekaknya akibat tertelan banyak air.

"Sayang... how you feel now?" Raja Adriel memegang kedua-dua bahu Alara. Lega dia apabila Alara masih bernafas. Hati lelakinya tadi sudah berperang antara takut dan risau. Tapi, demi menyelamatkan Alara, dia cuba untuk bertenang. Nasib dia cepat sampai ke sini. Kalau tidak, pasti sesuatu yang buruk telah berlaku pada Alara.

Alara memandang Raja Adriel. Macam tidak percaya, Raja Adriel di depan mata. Baru tadi mulutnya menjerit memanggil suaminya. Dan, Alara terus memeluk Raja Adriel. Dia dada Raja Adriel, dia menangis kuat.

Raja Adriel memaut belakang kepala Alara. Tangannya tidak henti-henti menggosok tubuh Alara yang menggigil kuat.

"Ssyyhh... you're safe now, sayang." Ucap Raja Adriel. "I'm here... abang here..."

Raja Adriel menenangkan Alara. Rambut Alara yang basah dikucup berkali-kali sebelum dia mencempung tubuh Alara untuk dibawa balik ke rumah. Fariha di belakang hanya menurut sahaja sambil otaknya tidak berhenti berfikir dengan apa yang jadi. Hatinya mengatakan Alara bukan terjatuh ke dalam tasik. Seperti ada seseorang yang menolak Alara. Kejap...

"Far... tolong bukakan pintu kereta." Suara Raja Adriel menghentikan Fariha yang jauh menerawang.

Fariha menurut. Alara diletakkan berhati-hati di kerusi kereta. Raja Adriel terus memandu meninggalkan kawasan tasik. Fariha masuk ke dalam keretanya juga. Dan, dia sambung berfikir untuk mencari jawapan kepada tanda tanya yang bermain di benaknya.



♛♛♛♛♛♛



Alara yang berbaring di katil terpaksa bangun apabila merasakan sesuatu yang mual bermain di tekaknya. Selimut tebal yang mambaluti tubuh terus diselak. Alara berlari menuju ke tandas.

"Uwekkkk... uwekkkk..."

Raja Adriel yang kebetulan masuk ke bilik sambil menatang dulang makanan terkejut mendengar suara Alara dari tandas. Dulang diletakkan di tepi meja sisi. Dia pergi mendapatkan Alara.

"Sayang..."

Raja Adriel melihat Alara sedang berbongkok di sinki. Tangannya menggosok belakang badan Alara yang sedang muntah.

"Uwekkk... uwekkkk..."

Cecair putih keluar dari mulut Alara tanpa henti. Berkerut muka Alara apabila sesekali dia terbatuk bersama lendiran yang pekat. Seksa sungguh bila tekaknya terasa seperti ingin memuntahkan semua isi perutnya.

Alara yang sedia lemah hampir terlepas pegangan pada kabinet sinki tapi tangan Raja Adriel laju memaut lengan Alara.

"Sayang... nak muntah lagi tak?" Tanya Raja Adriel risau.

Alara menggeleng perlahan. Dia sudah muntah dengan banyak tadi sehinggakan tekaknya kini terasa amat kering.

"Sini... abang bersihkan mulut sayang."

Raja Adriel membasahkan kawasan mulut Alara yang comot. Malah, dia turut membasahkan seluruh wajah Alara sebelum kain khas untuk lap muka diambil bagi mengeringkan wajah Alara.

Alara yang terasa kakinya tidak kuat untuk berdiri hanya bertahan dengan merangkul pinggang Raja Adriel. Dan kemudian, terasa tubuhnya di awangan bila Raja Adriel mengendong lalu membawanya keluar untuk direbahkan di katil.

"Sayang..." Panggil Raja Adriel selepas membaringkan Alara.

"Ya abang?" Alara memandang suaminya.

"Kenapa tak bagitau yang sayang memang sakit?" Raja Adriel duduk di sebelah Alara.

"Alaaa... Lara bukannya sakit teruk pun. Sakit sikit aje..." Alara tunjuk kuat.

"Sikit apa kalau sayang muntah-muntah... abang rasa kita patut pergi hospital for check-up."

"Eh tak perlulah abang. Lara okay aje. Kalau tak okay, Lara mintak Along yang rawatkan nanti. Tapi setakat ni, abang tak perlu risau. Lara sihat aje. Lagipun Lara muntah mungkin sebab... sebab tertelan air tasik tadi kot. Itu yang Lara rasa mual dalam tekak."

Raja Adriel diam sejenak. Dia termakan juga dengan kata-kata Alara.

"Hmmm yelaaa. Tapi kalau sayang still sakit, sayang bagitau abang ya? Don't try to hide it. Because..."

"Because that's what people do when they're in love. They're willing to share everything with their partner. No hide, no secret and no lie..." Alara laju memotong. Memang dia tidak menipu Raja Adriel. Keadaan dirinya sihat sahaja cuma sekejap-sekejap dia rasa penat pada tubuh.

"Pandailah isteri abang ni." Raja  Adriel mengelus rambut Alara. "By the way, boleh abang tanya sikit?"

"Tanyalah..."

"Macam mana sayang boleh jatuh dalam tasik tadi?"

Raja Adriel ingin mendengar dari mulut Alara pula setelah tadi Fariha menceritakan apa yang dia nampak. Walaupun tidak jelas gambaran yang diberikan Fariha, namun itu tidak menghalang Raja Adriel untuk menyiasat kejadian sebenar.

"Hmmm..." Alara ingat kembali. "Lara tak pasti tapi... Lara rasa macam ada orang tolak Lara. Atau mungkin tertolak. Itu yang Lara terjatuh dalam tasik."

"Sayang tak nampak ke muka orang yang tertolak sayang tu?"

"Tak... sebab waktu tu Lara menghadap tasik. Badan Lara ditolak dari belakang..."

Raja Adriel mengangguk faham. Tekaan hatinya benar mengatakan memang ada seseorang yang sengaja ingin mencari pasal lagi dengannya. Memang dia akan cari sampai ke lubang cacing dan nahas dia akan kerjakan orang itu nanti.

"Abang..." Alara menyentuh lengan Raja Adriel.

"Aaaa... ya sayang?" Terhenti lamunan Raja Adriel.

"Boleh Lara pulak nak tanya abang?"

"Sure sayang. Apa dia?"

"Macam mana abang tahu Lara lemas? I mean... abang sampai tepat pada waktu Lara perlukan abang." Perlahan suara Alara bertanya. Tidak dapat dibayangkan andai Raja Adriel tiada tadi, mungkin dia sudah tiada di dunia.

"I've told you, sayang. Abang tahu semua apa yang jadi dan bakal jadi pada isteri abang." Raja Adriel membelai wajah Alara yang masih pucat. "Cuma abang mintak maaf, sebab biarkan isteri abang lemas dulu."

Alara pula meraih rahang tajam Raja Adriel.

"It's okay, abang. Don't apologize. Abang dah selamatkan nyawa Lara. Actually, dah banyak kali abang selamatkan Lara... dan Lara yang patut mintak maaf sebab selalu susahkan abang." Keruh suara Alara kedengaran.

"Sayang... hey... hey... sayang tak pernah susahkan abang. Memang dah jadi tugas dan tanggungjawab abang untuk jaga dan lindung sayang. Abang takkan biarkan isteri abang dalam kesusahan atau dalam bahaya."

"Tapi... Lara tak nak abang bahayakan diri abang. What if kalau abang tak pandai berenang? Lepas tu nanti abang pun lemas jugak?" Alara overthinking.

Raja Adriel ketawa kecil mendengar kerisauan isterinya. Apa Alara tidak tahu ke yang dia ini serba boleh?

"Sayang... If Jack died because of Rose, Adriel would die because of Alara. Still remember that phrases, hmm?" Raja Adriel memandang anak mata Alara tepat. "Abang pernah cakap pada sayang yang takkan ada lelaki yang sanggup nak tengok orang yang dia cintai pergi meninggalkan dirinya. Instead, a man is willing to sacrifice his life just to keeping his woman alive... dan abang nak sayang tahu... kalau jadi apa-apa pada sayang, abang akan selamatkan sayang andai nyawa menjadi korban. Trust me, your husband. Abang sanggup korbankan nyawa abang untuk sayang. Because... I'd rather to lose my life than to lose you in my life."

Kolam mata Alara mula bergenang. Hatinya terusik mendengar ucapan ikhlas dari Raja Adriel. Dia tahu ayat ini pernah diucap oleh Raja Adriel ketika mereka menaiki cruise dulu dan ketika itu dia hanya menyangka Raja Adriel sekadar bercakap manis sahaja. Kini, Raja Adriel benar-benar membuktikan melalui perbuatan.

"Abang..." Alara memeluk Raja Adriel. Sebak dia rasakan tika ini. "Terima kasih abang... terima kasih sebab sentiasa ada dengan Lara. No matter what, please... jangan tinggalkan Lara. Lara nak abang... Lara nak abang dalam hidup Lara..."

"Sama-sama kasih, sayang. Jangan risau, abang takkan tinggalkan isteri kesayangan abang ni. Trust me, your husband again. Abang akan ada dengan sayang sampai bila-bila. I can't endure myself if I'm losing you, sayang... I just love you and only you that I want in my life."

Raja Adriel mengusap belakang tubuh Alara. Mereka berpelukan untuk beberapa minit. Raja Adriel memujuk Alara supaya tidak menangis. Haih, manja betul si isteri. Bagi ayat terharu, mulalah air mata jatuh. Kalau dulu, jangan harap Alara nak menangis. Lagi dibangkang kata-katanya, lagi ada.

"Dah sayang... dari sayang duk nangis macam ni. Meh abang suapkan sayang bubur nasi..."

Raja Adriel mencapai semangkuk bubur nasi yang dimasak olehnya tadi ketika Alara lena tidur.

"Bubur nasi?" Alara melihat dengan perasaan kosong.

"Ya sayang... kenapa? Sayang tak nak makan ke?" Soal Raja Adriel.

Alara seraya menggeleng.

"Lara tak nak makan bubur nasi..."

"Habis tu? Sayang nak makan apa?"

"Hmmm... Lara teringin nak makan aiskrim!" Maklum Alara. "Aiskrim yang Lara makan hari tu."

"Aiskrim? Tapi kan sayang cakap aiskrim tu tak sedap?" Raja Adriel beriak pelik.

"Memanglah... tapi sekarang Lara rasa sedap pulak. Lara nak aiskrim tu..."

"Boleh... tapi sayang kena habiskan bubur nasi dulu. Then, baru sayang makan aiskrim ya?" Raja Adriel bersedia untuk menyuap Alara.

"Lara nak sekarang... Lara nak sekarang." Alara merengek.

"Sekarang tak bolehlah, yang. Abang kena beli dulu nanti."

"Haaa, kalau macam tu... abang belilah sekarang. Please..." Alara meletakkan tangan di dagu.

"Ya sayang ya. Abang beli kejap nanti. Tapi sambil tu, sayang makan dulu. Jangan biar perut kosong. Nanti sayang gastrik pulak." Raja Adriel cuba memaksa.

"Abang ni..." Alara berubah riak. "Lara mintak aiskrim aje, yang abang nak paksa Lara makan benda yang Lara tak nak dah kenapa?"

Raja Adriel terdiam melihat suara Alara sedikit meninggi.

"Lah sayang... abang suruh makan pun untuk sayang jugak. Sayang tak makan pape dari tadi kan? Kalau sayang makan aiskrim pun, belum tentu sayang kenyang." Raja Adriel bersuara tegas jugak.

Alara tiba-tiba monyok. Dia menunduk tanpa memandang Raja Adriel.

"Lara nak makan aiskrim aje... salah ke apa yang Lara mintak? Bukannya Lara mintak abang bina kilang aiskrim untuk Lara pun." Suara Alara bergetar menahan tangisan. Ish, cengeng pula dia.

Raja Adriel terkedu. Aduh, Alara menangis lagi sekali. Sensitif pula isterinya malam ini. Tidak menyangka, hanya kerana aiskrim, Alara boleh menangis.

"Sayang... abang mintak maaf. Come, let me wipe your tears." Raja Adriel mengangkat wajah Alara. "Okay... okay... abang yang salah. Sayang tak pernah salah pun. Dah, ssyyhh, stop crying. Abang belikan sayang aiskrim sekarang. Berapa sayang nak, hmm?"

Alara terus menunjukkan wajah girang. Bukan main berseri lagi mukanya dengan senyuman mekar yang terlakar di bibir.

"Lara nak..." Alara membuat kira-kira di tangan. "Lara nak sepuluh!"

"Mak aaiii... banyaknya sayang..."

"Abang ni! Tadi abang yang tanya berapa Lara nak..."

"Okay... okay... I'll get ten for you, sayang, even hundred you ask, I will get them for you..." Raja Adriel tidak mahu memanjangkan isu.

Terus Raja Adriel turun dari katil. Dia keluar sekejap dari bilik untuk menghubungi pengawal peribadi. Dia tidak perlu bersusah payah untuk keluar. Hanya perlu memberi maklumat tentang barang yang diinginkan kepada pengawal peribadi sahaja. Mereka akan dapatkan buat Raja Adriel dan tidak sampai dua puluh minit, mereka kembali bersama beberapa plastik di tangan.

"Raja Adriel, ini barang titah." Serah mereka kepada Raja Adriel dalam bahasa istana.

Raja Adriel menyambut huluran itu dan terus melangkah masuk semula ke bilik. Dia menghampiri Alara yang sedang khusyuk memandang Ipad.

"Sayang... ni abang bawakan aiskrim untuk sayang." Ujar Raja Adriel.

Alara terus meletakkan Ipad ke tepi. Alara duduk bersila di atas katil.

"Yeayyyy!!! Aiskrim! Aiskrim!" Alara bernada ceria sekali pakej tepuk tangan.

Raja Adriel membuka salah satu bekas aiskrim berperisa double belgian chocolate chip kepada Alara. Sudu di ambil dan Raja Adriel sendiri yang menyuapkan aiskrim kepada Alara.

"Bismillahirrahmanirahim..."

Alara menikmati suapan aiskrim dengan teruja. Sejak kebelakangan ini, suka betul dia makan aiskrim. Kalau boleh setiap saat tekaknya ingin dibasahkan dengan sesuatu yang sejuk.

"Sedap sayang?" Tanya Raja Adriel tidak lekang memandang Alara yang persis kanak-kanak kecil dapat makan sesuatu yang digemari.

"Sedap! Abang nak rasa jugak tak?"

"It's okay. Sayang makan aje. Kalau abang nak rasa, nanti abang rasa dari sayang aje..."

"Rasa dari Lara? Rasa macam mana tu?"

"Rasa macam ni..."

Raja Adriel merapatkan wajahnya pada Alara. Dengan pantas, dia menjilat comot di tepi hujung bibir Alara. Dan Alara pula kaku tanpa sempat mengelak. Suaminya ini suka betul guna cara shortcut. Nak menggatal dan menggoda dalam masa yang sama. Hish, suami siapa lah ni ya?

"Abang! Eeeiii..." Alara cepat-cepat menyapu bibir sendiri. Kang Raja Adriel jilat seluruh wajahnya pula nanti. Memang haru.

Raja Adriel ketawa kecil. Telatah Alara sering mencuit hatinya. Jika diusik seperti ini, pasti Alara akan bertukar malu. Tapi, jika mereka benar-benar bersama, Alara seorang yang sangat berani. Berbeza sungguh personaliti isterinya ini. Hanya dia yang dapat merasai dan melihat sisi Alara yang comel dan ghairah.

Ralit Raja Adriel menyuapkan Alara, Iphone di poketnya berdering. Raja Adriel laju mengeluarkan Iphone dan melihat nama pemanggil. Seketika cuma, dia memandang Alara.

"Abang pergilah jawab call dulu. Sini... Lara boleh makan sendiri." Alara mengambil bekas aiskrim dari tangan Raja Adriel.

Raja Adriel bangun dan menuju ke balkoni. Panggilan dari Raja Auliya dijawab.

"Assalamualaikum Kak Liya, ada apa call ni?"

"Waalaikumussalam Ariel... Kak Liya call ni sebab nak mintak kamu datang ke hospital sekarang."

"Kenapa tu? Ada apa-apa berlaku pada Nenda ke?"

"Takde. Nenda dah sedar..."

"Oh ya? Alhamdulillah... Ariel datang nanti. Sekarang Ariel nak jaga Lara kejap. She's not feeling well."

"No Ariel. You have to come now! ASAP!"

"But..."

"Pasal Lara tu...  Kak Liya dah mintak Fariha jagakan Lara dulu. Kamu kena datang sini jugak!"

Talian terus dimatikan oleh Raja Auliya.

Raja Adriel mendekati Alara. Dia melihat Alara sudah hampir habis makan satu bekas aiskrim.

"Sayang... Kak Liya call abang tadi dan mintak abang datang hospital sekarang." Beritahu Raja Adriel.

"Yeke? Kalau macam tu, abang pergilah hospital. Mesti ada pape tu yang Kak Liya nak bagitau abang." Alara memahami.

"Nanti abang balik awal ya. Abang akan peluk-peluk sayang nanti." Raja Adriel menggelus wajah Alara lembut. Hai... terpaksa berpisah sekejap dengan isterinya. Kalau Alara sihat, memang dia bawa Alara bersama.

Raja Adriel bangun untuk menukar pakaian. Fariha pula datang tidak lama kemudian. Setelah meninggalkan beberapa pesanan kepada Fariha, Raja Adriel menuju ke hospital bersama Raja Haziq memandangkan dia tidak mahu memandu malam ini.




♛♛♛♛♛♛



Raja Adriel dan Raja Haziq menuju ke wad VVIP dimana Raja Bariyah telah ditukarkan ke wad biasa. Pintu ditolak perlahan-lahan dan matanya menangkap setiap wajah ahli keluarga terdekat ada di wad itu.

"Ayahanda... Bonda... kenapa pandang Ariel macam tu?" Soal Raja Adriel apabila perasan pandangan dari orang tua mereka bagaikan sugul.

"Duduk dulu, Riel." Pelawa Raja Tan Sri Azman Shah.

Raja Adriel melabuhkan punggung di sofa sambil matanya mengerling ke arah katil Raja Bariyah yang lena tidur di sisi Raja Auliya. Raja Haziq juga duduk di sebelah Raja Adriel.

"Ni Ayahanda dan Bonda dengar khabar Lara kurang sihat ya?" Prihatin Raja Tan Sri Azman Shah mengambil berat keadaan menantunya.

"Ya Ayahanda. Itu yang Riel datang sekejap aje ni. Riel tak boleh tinggalkan isteri Riel lama-lama. My wife need me." Beritahu Raja Adriel. Dia bukannya tidak mahu berada lama di hospital tapi mendengarkan tentang keadaan Raja Bariyah yang makin membaik, separuh dari hati lelakinya lega.

"Ayahanda tahu... lagipun Ayahanda tak nak panjangkan jugak isu ni..." Ujar Raja Tan Sri Azman Shah.

"Isu? Isu apa Ayahanda?" Soal Raja Adriel.

"Isu kenapa Nenda boleh kena serangan jantung." Perlahan Raja Tan Sri Azman Shah menjawab.

"Kenapa? Bagitau Riel sekarang... ada sesiapa ke yang bagi Nenda sakit?" Gesa Raja Adriel.

"Begini Riel..." Raja Puan Sri Azimah bersuara. "Tadi waktu Nenda sedar... Nenda bagitau yang Humaira call Nenda malam sebelum Nenda pengsan."

"Jadi?" Raja Adriel tidak sabar ingin tahu.

"Kata Nenda... Humaira bagitau yang dia terjumpa surat perjanjian antara arwah Datuk kamu dan arwah ayah Humaira tentang penyatuan jodoh antara kamu dan Humaira." Jelas Raja Puan Sri Azimah.

"What?!" Tinggi suara Raja Adriel. "Surat perjanjian apa ni?!"

"Yang tu Bonda sendiri tak pasti... dan kata Nenda lagi, Humaira desak Nenda untuk kahwin dengan kamu jugak. Kalau tidak, Humaira akan sebarkan pada institusi raja-raja yang lain." Beritahu Raja Puan Sri Azimah lagi.

Ternganga mulut Raja Adriel mendengar kenyataan yang sangat mengarut pada telinganya. Jadi sebab ini ke dia diminta untuk datang ke hospital? Untuk mendengar perjanjian karut ini.

"No Bonda! Apa ni?! Kahwin apa? Riel dah kahwin pun! Riel dah ada isteri! Kenapa pulak Humaira nak kahwin dengan Riel lagi?!" Marah Raja Adriel.

"Yaaa... Bonda tahu. Bonda tak suruh pun kamu kahwin dengan dia. Bonda cuma sampaikan apa yang diberitahu oleh Nenda tadi. Cuma kalau boleh... Bonda tak nak berita ni tersebar sehingga memalukan nama kerabat kita nanti." Ada nada sedih pada suara Raja Puan Sri Azimah.

Suasana hening seketika. Hanya kedengaran bunyi mesin oksigen yang dipakai oleh Raja Bariyah sahaja.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar.

Raja Adriel mengangkat muka dan tanpa lengah, Raja Adriel bangun untuk menerkam seseorang yang muncul di bilik itu.

"Kau... kau berani sakitkan Nenda aku?!" Raja Adriel menolak tubuh kecil Humaira ke dinding. "Perjanjian apa yang kau bagitau sampaikan Nenda aku boleh tak sedarkan diri hah?!?!?!"

Humaira berkerut menahan rasa sakit tubuhnya yang dihempap pada dinding. Raja Adriel menyerbunya tanpa sempat dia mengelak.

"Ariel!!!" Raja Tan Sri Azman Shah, Raja Puan Sri Azimah dan Raja Auliya menjerit serentak.

Tubuh Raja Adriel ditarik untuk menjauhi Humaira.

"Nak... bukan macam ni cara untuk selesaikan masalah." Raja Tan Sri Azman Shah menenangkan keadaan.

"Ya nak... kita bincang baik-baik ya. Lagi pun tak elok kamu marah-marah macam ni. Nenda tengah tidur tu." Raja Puan Sri Azimah pula bersuara.

Raja Adriel menarik nafas dalam. Marah sungguh dia pada Humaira. Jika tidak difikirkan ahli keluarga ada bersama, memang diajar Humaira cukup-cukup.

"Ariel tak nak tengok muka perempuan ni! Jangan nanti dia pulak yang tak sedarkan diri!" Keras Raja Adriel berkata.

Humaira terkedu mendengar tutur kata dari Raja Adriel. Tidak menyangka, Raja Adriel mengamuk seperti ini.

"Errr Ariel... kenapa ni? Apa salah saya?" Humaira buat-buat tanya.

"Kau tanya apa salah kau?! Hey Humaira! Kau sedar tak apa yang kau dah buat pada Nenda aku?! Sebab kau, Nenda aku sakit sekarang!" Mencerlung Raja Adriel memandang Humaira.

"Saya buat apa? Saya mana ada buat pape. Saya cuma bagitau apa yang patut aje..." Humaira membalas lagi.

"Bagitau apa?! Bagitau tentang perjanjian yang aku kena kahwin dengan kau?!" Tinggi suara Raja Adriel bertanya.

"Yaaa. Kita memang dah dijodohkan dari awal. Awak patut kahwin dengan saya, Ariel." Humaira berkata tanpa bersalah.

"Apa yang kau mengarut ni?! Kahwin dengan kau?! Perjanjian mana yang kau rembat ni?! Kenapa baru sekarang kau nak cakap tentang ni?! Kenapa tak dari dulu lagi?! Apa motif kau Humaira?!" Raja Adriel berombak menahan amarah.

"Saya sendiri pun baru dapat tahu..." Humaira mengeluarkan sesuatu dari handbagnya.

Raja Adriel merampas kertas dari tangan Humaira. Bola matanya menikam pada tulisan-tulisan yang tertulis pada kertas putih itu.

"Aku tak hadap perjanjian ni!!! Dan, aku tak nak ambik tahu tentang ni. Tak akan ada perkahwinan antara kita. Cukup aku kahwin dengan isteri aku aje! Kau... kau jangan memandai nak besarkan isu tentang ni lagi!!! Nahas kau nanti!!!" Tengking Raja Adriel.

"Ariel! Mana boleh macam ni! Perjanjian tetap perjanjian! Tak tenang nanti arwah-arwah di sana selagi perjanjian ini tidak ditemerai." Berani Humaira menjawab.

"Huhhh... kau ingat kau boleh guilt trip aku dengan perjanjian ni ke?!" Raja Adriel menghempas kertas itu pada wajah Humaira. "Perjanjian ni tak pernah ada kata putus dari aku! Dan, perjanjian ni takkan berlaku tanpa persetujuan dari aku sendiri!"

Masing-masing yang mendengar hanya diam tanpa bersuara. Mereka sendiri terkejut apabila mengetahui tentang perjanjian rahsia yang dibuat oleh Raja Abbas dan Abdul Ghadi dulu.

"Saya setuju dengan perjanjian ni! Saya tak nak hidup dalam rasa bersalah kerana tak tunaikan hajat arwah ayah saya! Awak tetap kena kahwini saya, Ariel." Lantang Humaira berkata lagi.

"Kau boleh terus hidup dalam rasa bersalah tu sebab perjanjian ni takkan berlaku! Aku takkan kahwin dengan mana-mana perempuan selain isteri aku! Aku dah kahwin! Perjanjian ni tak valid lagi dah!" Raja Adriel menyanggah.

"Awak boleh ceraikan isteri awak, Ariel. Atau... saya sanggup jadi isteri kedua awak... yang penting perjanjian ni ditunaikan..." Tutur Humaira tanpa perasaan. "Lagipun saya tahu awak tak bahagia kahwin dengan Alara kan? Alara tak boleh bagi awak zuriat. Bukan ke perkahwinan ni perlukan pewaris? Jadi, saya akan ambil tempat Alara untuk beri awak segala-galanya."

Raja Adriel yang ingin menyerbu ke arah Humaira ditahan oleh Raja Haziq.

"Sabar bro... sabar..." Bisik Raja Haziq. "Maira... saya rasa baik awak berhenti cakap soal ni dulu."

"Saya takkan berhenti selagi Ariel tak kahwini saya. Demi arwah ayah saya... perjanjian ni perlu diteruskan! Atau, saya sendiri yang akan sebarkan perjanjian ni biar kuasa diraja dilucutkan kerana melanggar perjanjian!" Humaira berkata yakin.

Raja Tan Sri Azman dan Raja Puan Sri Azimah berpandangan. Fikirnya, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah, tapi melihatkan pada kedegilan Humaira, nampaknya masalah ini akan menjadi masalah yang besar bila melibatkan perjanjian dan perkahwinan.

"Pergi matilah dengan perjanjian tu! Kalau kau nak kahwin, kau kahwin aje sorang-sorang! Aku takkan ceraikan isteri aku atau menduakan isteri aku! Dan kau jangan sesekali mimpi nak jadi isteri aku! Aku tak pernah anggap kau lebih dari tu! Kau tu cuma orang luar. Kau jangan berani nak aturkan hidup aku dan paksa aku! Dasar perempuan tak tahu malu!" Raja Adriel merempuh tubuh Humaira kuat lalu keluar dari wad itu.

Raja Haziq turut mengekori dari belakang. Dia perlu ada bersama sepupunya tika ini. Risau jika Raja Adriel mengamuk tidak tentu arah nanti.

Masing-masing di dalam wad itu hanya mengeluh panjang. Berat sungguh ujian untuk keluarga mereka. Humaira yang disangka seorang gadis yang lemah-lembut kini berani menggugut Raja Adriel yang dianggap sebagai uzur sharie iaitu mengaitkan kelemahan dalaman peribadi kaum kerabat mereka yang tidak mematuhi perjanjian.

Raja Bariyah yang mendengar pergaduhan mulut itu hanya mengalirkan air mata dalam diam. Hati tuanya tidak sanggup melihat andai perkahwinan lain berlaku lagi. Cukuplah dia menyatukan Raja Adriel dan Alara Sophia. Dia tidak mahu kesalahan dari pihak arwah suaminya menghancurkan rumahtangga cucu-cucunya. Biarlah Raja Adriel bahagia dengan perkahwinan kini. Itu pinta dan doanya dalam hati.



Apa perasaan bila Alara tahu tentang ni?

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 48.2K 31
Mature Content || 21+ Varo sudah berhenti memikirkan pernikahan saat usianya memasuki kepala 4, karena ia selalu merasa cintanya sudah habis oleh per...
3.4M 35.9K 31
(⚠️🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞⚠️) [MASIH ON GOING] [HATI-HATI MEMILIH BACAAN] [FOLLOW SEBELUM MEMBACA] •••• punya banyak uang, tapi terlahir dengan satu kecac...
1.8M 8K 17
LAPAK DEWASA 21++ JANGAN BACA KALAU MASIH BELUM CUKUP UMUR!! Bagian 21++ Di Karyakarsa beserta gambar giftnya. 🔞🔞 Alden Maheswara. Seorang siswa...
609K 26.4K 41
Siapa yang punya pacar? Kalau mereka selingkuh, kamu bakal ngapain? Kalau Pipie sih, rebut papanya! Pearly Aurora yang kerap disapa Pie atau Lily in...