The King Romance (HIATUS)

By Wnfhanna

715K 36.7K 7K

Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat dira... More

PROLOG
The King Romance: 1
The King Romance: 2
The King Romance: 3
The King Romance: 4
The King Romance: 5
The King Romance: 6
The King Romance: 7
The King Romance: 8
The King Romance: 9
The King Romance: 10
The King Romance: 11
The King Romance: 12
The King Romance: 13
The King Romance: 14
The King Romance: 15
The King Romance: 16
The King Romance: 17
The King Romance: 18
The King Romance: 19
The King Romance: 20
The King Romance: 21
The King Romance: 22
The King Romance: 23
The King Romance: 24
The King Romance: 25
The King Romance: 26
The King Romance: 27
The King Romance: 28
The King Romance: 29
The King Romance: 30
The King Romance: 31
The King Romance: 32
The King Romance: 33
The King Romance: 34
The King Romance: 35
The King Romance: 36
The King Romance: 37
The King Romance: 38
The King Romance: 39
The King Romance: 40
The King Romance: 41
The King Romance: 42
The King Romance: 43
The King Romance: 45
The King Romance: 46
The King Romance: 47
The King Romance: 48
The King Romance: 49
The King Romance: 50
The King Romance: 51
The King Romance: 52
The King Romance: 53
The King Romance: 54
The King Romance: 55

The King Romance: 44

11.1K 665 63
By Wnfhanna

Alara meneguk minuman isotonik untuk menghilangkan dahaga kerana seharian bertungkus-lumus menjayakan penggambaran hari ini. Dia sudah kembali kepada rutin biasa sejak tiga hari lepas setelah pulang dari berbulan madu.

Lama bercuti membuatkan dia perlu mendapatkan kembali mood pada karakter lakonan yang dilakonkan. Agak payah memandangkan watak yang dibawa oleh Alara adalah watak wanita yang ditinggalkan suami sedangkan dia sekarang sedang bahagia bersama suami. Dua situasi yang berbeza.

"Lara..." Panggil Fariha.

"Hmmm..." Sahut Alara malas sambil menyandarkan badan pada kerusi.

"Kejap nanti kita perlu singgah agensi..." Beritahu Fariha.

"Untuk apa?" Alara menyoal. Dia ingin pulang ke rumah dan berehat sahaja memandangkan tenaganya sudah berkurangan.

"Fitting dan ambil baju kau untuk dipakai pada event esok." Jelas Fariha.

"Ohhh..." Alara hampir lupa dia dijemput untuk menghadiri satu majlis besar.

Fariha membantu mengemaskan barang-barang Alara dan menaiki van. Dia tidak mahu menganggu Alara yang dilihat seperti kepenatan.

Alara pula memejamkan mata sepanjang perjalanan menuju ke wisma agensi.

'Ting.'

Satu notifikasi masuk ke Iphone Alara.

'I respect your busy day but please keep yourself safe as always, sayang. I'm waiting to see you soon.'

Melebar senyuman Alara di wajah saat membaca mesej dari Raja Adriel. Terus datang kembali tenaganya yang hilang tadi. Tidak sabar rasanya untuk dia berjumpa Raja Adriel di rumah nanti.

"Far... baju nanti dari designer mana?" Alara bertanya pada Fariha di sebelah.

"Ada few dari top designer. Kejap..." Fariha menyemak senarai jenama di Ipad. "Dari Anna Sui, Jeanne Lanvin, Daphne Guinness dan Allegra Versace."

Alara mengangguk faham. Dan mereka tiba ke agensi itu. Alara terus melihat baju-baju yang tergantung untuk dipakai olehnya. Semua tampak mewah dan elegan.

"So, Lara which one you wanna wear for the event?" Puan Suzy memandang Alara yang terlihat sukar untuk membuat pilihan.

Alara menggarukan kepala yang tidak gatal. Kalau boleh dia ingin pakai semua baju-baju di depannya tapi sayang, dia hanya boleh memilih satu sahaja dari jenama-jenama terkenal itu.

"Errr, I am still thinking." Jawab Alara berat.

"It's okay. Take your time to choose wisely. You boleh bawak balik dulu baju-baju ni semua ke rumah then decide mana yang you berkenan." Puan Suzy memberi kelonggaran.

"Baik Puan, terima kasih." Ucap Alara sebelum meminta salah seorang dari teamnya untuk membawa baju-baju tersebut ke kereta.

Alara dan Fariha meninggalkan bangunan wisma apabila selesai urusan. Seperti biasalah, Fariha menghantarnya pulang ke rumah. Alara terus membersihkan diri memandangkan hari juga sudah semakin senja.

Sebaik Alara siap mandi, dia turun ke dapur. Alara ingin menyediakan makan malam. Jam dikerling sekilas, sekejap nanti Raja Adriel pasti sampai ke rumah memandangkan ini adalah waktu-waktu Raja Adriel pulang dari pejabat.

Alara terus membawa keluar segala bahan untuk memasak. Dia berfikir sejenak untuk memilih resipi apa yang ingin dia masak bagi makan malam nanti. Yela, kena ikut selera Raja Adriel juga. Walaupun Raja Adriel bukan sejenis yang cerewet tapi risau pula nak hidang bagi anak raja makan. Ada yang terlebih garam nanti. Ha ha ha. Kelakar bila diingat balik momen dia pertama kali memasak untuk Raja Adriel. Suaminya pun satu, diam aje. Bukan nak tegur hidangan itu masin. Alahai.

Alara yang sedang membersihkan sayur-sayur di sinki mendengar derapan kaki yang melangkah ke arah dapur. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

"Sayang..." Laung Raja Adriel kuat.

Alara menoleh ke belakang. Dia melihat Raja Adriel sedang meletakkan beberapa plastik di atas island table. Alara mengelap tangan untuk menyalami Raja Adriel.

Raja Adriel terus memeluk Alara kemas. Rindunya dia pada Alara. Seharian mereka tidak bertemu kerana tuntutan kerja yang membataskan mereka. Lagi-lagi isterinya keluar awal Subuh tadi untuk ke lokasi penggambaran.

"Abang... abang beli apa ni?" Soal Alara apabila Raja Adriel melepaskan pelukan.

"Abang beli bahan-bahan untuk baking." Beritahu Raja Adriel.

"Baking? Abang nak baking apa?" Alara berkerut.

"Baking your favorite biscoff cheesecake." Jelas Raja Adriel.

Ternganga Alara mendengarnya. Macam tak percaya Raja Adriel ingin membuat kek kegemarannya. Dah lah sudah lama dia tidak menjamah kek berperisa tersebut.  Raja Adriel selalu boleh baca keinginan dirinya. Ah, dia terharu betul dengan keprihatinan dari Raja Adriel.

"Kot ye pun terharu, tutuplah mulut tu sayang." Raja Adriel menolak dagu Alara. Comel betul reaksi isterinya tika ini.

"He he he..." Alara tersenyum sumbing. "Tapi abang, ni Lara nak masak for our dinner... abang still nak buat kek?"

"Yup. Sayang masaklah. Sayang buat main dishes, abang buat dessert..."

Raja Adriel terus menyinsing lengan baju. Semangat dia nak baking. Pertama kali dia ingin membuat kek dalam hidupnya. Istimewa untuk satu-satunya isteri yang dicintai. Nasib pengawal peribadi sudi membantunya untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan tadi.

Alara pula menurut arahan. Dia menyediakan hidangan makan malam dengan memasak pari asam pedas, sayur campur dan telur dadar. Cukuplah untuk dua orang makan.

Manakala Raja Adriel sedang membuat filling krim keju. Dia sedang menggunakan pengadun sambil matanya ralit memerhatikan video cara membuat biscoff cheesecake di Ipad yang diletakkan di depannya.

"Abang... nak Lara tolong tak?" Tanya Alara sambil menunggu asam pedas masak di atas dapur.

"It's okay sayang... sayang tolong tengok aje." Raja Adriel menjawab sambil tangannya sedang memasukkan esen vanila ke dalam bekas pengadun.

"Sure ni?" Alara minta kepastian. Yela, risau juga dia melihat Raja Adriel yang terkial-kial memandang skrin Ipad silih ganti dengan bahan adunan.

"Sure, sayang..."

Alara duduk di sebelah Raja Adriel dan memerhati sahaja gerak-geri suaminya itu. Kacak sungguh Raja Adriel yang masih berbaju kemeja. Tidak henti hatinya memuji Raja Adriel. Ada yang cair tapi bukan kek.

Raja Adriel masih fokus pada adunan dimana dia beralih pada whipping cream pula. Tetapi, Raja Adriel lupa untuk menukar speed mode pada mixer sehingga terpecik habis whipping cream mengena pada wajahnya dan Alara.

"Abang!" Alara terjerit kecil.

Raja Adriel yang terkejut itu segera meraih wajah Alara.

"Sayang... sorry... sorry. Abang tak sengaja." Raja Adriel menyapu cream yang hampir terkena pada mata isterinya.

"Takpe abang. Benda dah nak jadi..." Balas Alara sambil mendongak memandang Raja Adriel. Tidak semena-mena Alara ketawa. "Abang..."

Raja Adriel menayangkan riak pelik melihat Alara yang galak ketawa sambil memegang perut. Apa yang kelakar sangat ni?

"Kenapa sayang?"

"Tuuu... tuuuu..." Alara menunjukkan ke arah wajah Raja Adriel. "Muka abang... muka abang penuh dengan cream..."

Oh, sebab tu rupanya Alara terhibur. Kuat bergema suara Alara. Haih, riang betul ya isterinya dapat melihat keadaan dia yang comot seperti ini.

"Suka eh sayang? Muka sayang pun ada cream ni... meh abang bersihkan." Raja Adriel menarik wajah Alara.

"Errr... abang nak bersihkan dengan apa ni?" Alara menahan dada Raja Adriel. Seriau pula dia melihat senyuman nakal di bibir suaminya itu.

"Sayang akan tahu nanti..." Ujar Raja Adriel menggoda.

"Haaa dah... dah... Lara dah tahu dah. Lara boleh bersihkan sendiri muka Lara." Alara laju mencapai kotak tisu berhampiran. Terus tisu diangkat tinggi di hadapan wajah Raja Adriel. "Guna tisu tau abang. Bukannya guna cara lain."

Raja Adriel menyimpan senyum. Cekap betul Alara membaca tindakannya. Baru dia nak mengusik Alara tapi tidak kesampaian pula. Tidak memasal dia kena perli.

"Sini... Lara lap muka abang dulu." Alara mencengkam lembut rahang Raja Adriel. Perlahan-lahan dia mengelap seluruh wajah Raja Adriel. "Itulah abang... tadi Lara nak tolong abang reject. Kan dah comot ni..."

"Mana ada... abang cuma nak buat sesuatu untuk sayang atas usaha abang sendiri. Itu aje..." Suara Raja Adriel bertukar nada. Sedih pula dia melihat keadaan meja yang bersepah. Terus putus semangat dia untuk membuat kek itu.

"Olololo... so sweet of you, abang. Lara hargai usaha abang tapi... bagilah Lara tolong. Kita buat sama-sama nak?"

Alara terus mengambil tempat untuk menyambung kerja Raja Adriel yang terngendala. Tapi sempat dia menutup suis dapur sebelum dia mula menghidupkan mesin mixer semula. Whipping cream diadun sehingga kembang. Alara tahu membuat kek ini kerana dia selalu buat di waktu lapang dulu. Yela, nama pun favorite kan. Haruslah tahu.

Raja Adriel pula membiarkan Alara menyiapkan adunan kek sambil dia mengelap muka Alara. Niat di hati ingin Alara merasai hasil air tangannya tapi sebaliknya pula yang berlaku. Itulah, dia tidak pernah membuat kek, memang sedikit kekoklah ceritanya.

"Abang... Lara nak abang gaulkan cream cheese ni dengan whipping cream." Alara menghulurkan satu mangkuk besar pada Raja Adriel.

"Baik sayang..." Raja Adriel mengikut sahaja. Dia mengaul dengan menggunakan spatula sambil sesekali jarinya mencuit ke dalam mangkuk itu. Sedap pula dia rasa topping yang dihasilkan oleh isterinya ini.

"Abang!" Alara menegur. "Lara suruh abang gaul, bukannya suruh makan."

Spatula terlepas dari tangan Raja Adriel. Terkejut dia disergah Alara yang datang dari belakang. Aduh, kantoi pula. Punyalah dia curi-curi makan tadi semasa Alara membasuhkan bekas-bekas di sinki. Buat kerja tak cleanlah.

"He he he... sikit aje, yang. Kira halal lah." Ucap Raja Adriel selamba.

"Banyaklah abang punya halal. Cepat buat. Nanti nak kena sejukkan dalam fridge. Lepas tu baru boleh makan." Tegas Alara mengeluarkan arahan.

Raja Adriel menggaul kembali adunan itu. Takut pula dia kena marah dengan maam besar. Dah lah buat kek separuh jalan lepas itu curi tulang pula. Jangan dia yang kena gaul dengan Alara sudahlah.

Mereka bersama-sama menyiapkan kek sehingga segala adunan berjaya dimasukkan ke dalam loyang. Tinggal nak simpan dalam peti sejuk sahaja nanti. Selepas satu ke dua jam, kek itu sudah boleh dimakan.

Raja Adriel membantu Alara memungut perkakasan dan peralatan membuat kek untuk dibasuh. Dia ingin mengamalkan sikap tolenrasi dalam rumahtangganya, biar sama-sama membantu antara satu sama lain.

"Eh abang, biarlah Lara buat." Larang Alara.

"Lah takpelah. Sayang duduk je. Abang boleh basuhkan..." Raja Adriel berdegil.

"Nope, Lara nak tolong abang jugak." Alara tidak mengendahkan.

"Sayang... abang bukan tak nak bagi sayang tolong tapi abang tak nak nanti kuku dan kulit sayang rosak pulak terkena sabun pencuci ni." Jelas Raja Adriel yang cukup tahu tentang sabun pencuci yang mengandungi surfaktan dan diethanolamine yang sensitif pada kulit. Kalau boleh, dia ingin menjaga kulit Alara dari rosak.

"Oh, baru sekarang abang kisahkan tentang semua ni? Sebelum ni takde pulak?"

"Sebelum ni? Bila?"

"Waktu abang jadikan Lara sebagai orang gaji dulu. Abang suruh Lara basuh semua. Haaa, ada abang kisah tentang kuku dan kulit Lara dulu?" Lancang Alara bertanya.

Setepek Raja Adriel kena dengan Alara. Memang straight dan tiada belok-belok. Cukup pedas dan panas pada telinganya apabila Alara sengaja mengungkit sikapnya yang teruk pada isterinya dulu.

"Errr... sayang..." Kelu Raja Adriel untuk menjawab. "Kan abang dah mintak maaf apa yang pernah jadi antara kita dulu. Tak naklah ingat lagi... please sayang... lupakan benda yang dah lepas."

"Lupakan? Senangnya abang cakap... abang dah sedap kutuk-kutuk Lara dulu. Sekarang abang suruh Lara jangan ingat lagi. Abang tahu tak semua kata-kata abang ni..." Alara menunjukkan jari pada kepalanya. "Elok tersemat dekat sini tau."

Raja Adriel diam sejenak. Aduh, ini yang susah ni nak pujuk perempuan bila dah datang mood mengungkit. Ini tujuh keturunan pun belum tentu dapat dilupakan oleh Alara.

"Sayang..." Raja Adriel meraih kedua-dua tangan Alara.

"Apa sayang-sayang? Bukan dulu abang panggil Lara ni bibik ke?" Jeling Alara tajam.

Raja Adriel tersenyum kelat. Parah betul bila Alara sudah menyerang dirinya bertubi-tubi. Rambutnya dilurut ke bawah. Buntu Raja Adriel untuk menghentikan Alara.

"Haaa, kenapa diam? Itulah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... baik abang yang berundur sekarang. Jangan nak pegang-pegang Lara..." Alara menarik tangannya dari digenggam Raja Adriel.

Terus Alara membawa langkah untuk menghidangkan makan malam mereka. Tidak dipedulikan Raja Adriel yang terpinga-pinga. Haa padan muka Raja Adriel. Dulu beria sangat nak kata dia bukan-bukan kan. Sekarang tibalah masa untuk dia membalas balik. Terciduk terus suaminya. Ha ha ha.


♛♛♛♛♛♛


Selesai makan malam, Raja Adriel terus menghilangkan diri ke bilik air. Dia belum mandi lagi. Melekit dah tubuhnya kerana berperang di dapur tadi. Alara pula sibuk membuat semakan tentatif untuk event pada esok malam. Punya khusyuk Alara sehingga Raja Adriel tidak berani menganggu. Dibiarkan isterinya dengan hal sendiri dan di juga ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan di bilik kerja.

Alara bangun dari sofa apabila dia teringat baju untuk acara esok masih belum dipilih. Terus dia mendapatkan dress-dress yang tersangkut di dalam almari. Kesemua dress cuba dipadankan di tubuhnya. Dia rambang mata. Semua dress yang ditaja ini cantik-cantik belaka. Dia tidak dapat membuat pemilihan dan akhirnya, Alara membawa dress-dress tersebut untuk ditunjukkan pada Raja Adriel selaku perunding imejnya. Ceyyyy.

Alara mengetuk perlahan pintu bilik pejabat Raja Adriel. Dilihat Raja Adriel begitu fokus menghadap Macbook dengan raut wajah yang serius.

"Abang..." Lembut Alara menyapa.

"Hmmm..." Sahut Raja Adriel tanpa mengangkat muka. Raja Adriel sedang online meeting bersama beberapa orang bawahannya.

"Boleh tak Lara nak ganggu kejap?" Tanya Alara dengan berhati-hati. Takut pula kehadiran dia di bilik ini salah timing.

Raja Adriel memandang Alara yang berdiri di depannya.

"Sure, sayang. Kenapa? Sayang ada nak apa-apa ke?" Raja Adriel terus menekan butang mute.

"Ada... Lara nak mintak pendapat abang untuk pilih dress mana yang sesuai untuk Lara pakai esok."  Alara mengangkat dress-dress di tangannya.

Raja Adriel menyilangkan tangan. Matanya mengecil melihat dress-dress yang sedang ditunjukkan oleh isterinya.

"So, yang mana cantik bagi abang?" Alara memecahkan kesunyian apabila melihat Raja Adriel diam.

Raja Adriel tengah menilai dari jauh.

"Hmmm, abang rasa better sayang try dulu kot. Then tunjuk depan abang and baru abang decide." Balas Raja Adriel.

Alara mengangguk setuju. Betul juga. Dia perlu lihat dress-dress itu tersarung di tubuhnya dulu. Barulah dia tahu nanti mana yang selesa dan sesuai.

"Okay abang..." Alara berura-berura hendak keluar tapi langkahnya terhenti saat Raja Adriel memanggil namanya.

"Sayang, nak pergi mana?"

"Pergi tukar bajulah..."

"Tukar dekat mana?"

"Dekat bilik kita... kan tadi abang yang suruh tukar."

"Memanglah tapi siapa yang suruh sayang tukar dekat bilik kita?"

"Laaa, habis nak Lara tukar dekat mana?"

Raja Adriel melirik pandangan ke arah ruang tengah bilik kerja itu.

"Haaa?" Alara kurang faham.

"Sini... abang nak sayang tukar dekat sini. Tak perlu nak susahkan diri ulang-alik tukar di bilik kita."

Alara tercengang mendengar alasan yang diberikan suaminya. Laju kepala ditoleh pada keadaan bilik kerja itu.

"Nak tukar dekat sini? Macam mana? Bilik ni mana ada toilet." Soal Alara.

Raja Adriel hanya menjongketkan bahu. "I don't know. Pandai-pandai sayanglah..."

Lah, begitu pula jawapan Raja Adriel. Tak membantu langsung. Dah lah suruh dia menukar pakaian di sini, tapi tiada tempat tersorok untuk dia menukar pakaian. Takkanlah dia nak tukar di hadapan Raja Adriel kot?

"What are you waiting for, sayang?" Raja Adriel bersuara setelah melihat Alara berdiri sahaja. "Ke nak abang yang tukarkan?"

Alara laju menggeleng. Gila apa untuk dia membenarkan Raja Adriel menukarkan pakaian pada tubuhnya. Walaupun Raja Adriel adalah suaminya dan telah melihat tubuhnya secara luar dan dalam, namun Alara masih ada rasa malu untuk berbuat demikian.

"Errrr no need." Alara menghalang Raja Adriel bangun dari kerusi eksekutif. "Lara boleh tukar sendiri. Abang duduk je situ. Don't move and please... tutup mata abang."

"Kalau abang tak nak tutup?"

"Errr... abang perlu pandang tempat lain."

"Kenapa abang nak pandang tempat lain kalau mata abang ni asyik nak pandang sayang aje?" Liar mata Raja Adriel memandang Alara dari atas dan ke bawah. "Lagipun... apa yang sayang nak sembunyikan dari abang, hmm?

Muka Alara berona merah. Terasa wajahnya berbahang dengan pertanyaan nakal suaminya itu.

"Sayang tak perlulah malu. Abang dah rasa dan lihat tubuh sayang. So, cepat. Don't waste my time... I have meeting ni sayang..." Gesa Raja Adriel.

"Eeeiii abang ni. Yelah yelah..." Alara mengalah. Baik, dia akan ikut seperti yang dipinta suaminya. Nak sangat dia tukar baju di sini kan. Jangan baju Raja Adriel pula yang bertukar nanti dah lah.

Alara perlahan-lahan membuka butang baju pyjama dan menarik baju dari bahunya. Geram punya pasal, baju itu dicampak ke arah Raja Adriel. Rasain lo!

Raja Adriel yang terkejut pantas menyambut baju tersebut. Matanya silih berganti memandang skrin Macbook dan Alara di depan yang sedang menukar pakain. Mak aii, seksilah pula isterinya. Ketar lutut Raja Adriel melihat Alara yang tengah melurutkan seluar ke bawah. Dah lah meeting sedang berjalan, dia pula tidak dapat memberi fokus pada perbincangan di hadapan. Alara terlalu menarik perhatian.

Alara terus menyarungkan dress ke tubuhnya. Dia memusing-musingkan tubuh sambil menggayakan dress itu pada Raja Adriel.

Raja Adriel mengangguk kecil lalu meminta Alara untuk menukarkan ke dress seterusnya. "Next dress, sayang..."

Alara menurut. Dress kedua dan seterusnya dipakaikan pada tubuh. Dia perlu menunjukkan kesemua dress ini bagi mendapat pandangan dari Raja Adriel. Harap-harapnya Raja Adriel dapat membuat pilihan yang tepat.

"So how, abang? Which one do you think better?" Alara menyoal.

"None of them." Mudah Raja Adriel menjawab.

"Haa?! None? What do you mean, abang?"

"What I mean is, dress-dress tu semua tak sesuai untuk sayang pakai."

"But why?"

"It is too sexy..." Komen Raja Adriel ringkas.

"Sexy? Seriously, abang?" Alara membelek semula dress-dress di tangannya. "Apa yang seksi? Lara tengok okay aje..."

"Apa yang okay? Abang tengok terdedah sana sini... lepas tu terbelah pulak. Macam tak cukup kain aje. Dah lah ketat... seksa mata abang ni tengok."

Terkedu Alara mendengar ulasan suaminya. Pergh, macam tu je Raja Adriel menilai. Apa suaminya tidak tahu fesyen ke? Normal lah kalau dress direka begitu, dan dia pun bukannya tidak pernah pakai.

"Apa abang ni? Dress punya cantik, abang cakap macam tu pulak. Pilih ajelah, mana yang cantik? Tak payah nak banyak komen." Rungut Alara. Punya penat dia menukar dress-dress itu tadi dan bukan ini jawapan yang dia mahu dengar.

"Abang takkan pilih sebab abang tak nak sayang pakai dress ni semua."

"Lah, mana boleh macam tu abang... kalau Lara tak pakai ni, habis Lara nak pakai apa nanti?"

"Cari dress lain. Abang tak izinkan..." 

"Alaaa abang. Lara dah takde masa nak cari yang lain. Ini semua dress sponsor dari top designer. Lara perlu represent jenama mereka."

"Do I care? Abang tak nak cakap banyak kali..."

"Please abang..." Alara cuba merayu.

"Abang tak nak dengar pape dari sayang. No pujuk and no bodek. Sayang pilih lah, nak abang tak izinkan pakai dress ni atau tak izinkan langsung sayang pergi ke event tu." Tegas suara Raja Adriel kedengaran.

Alara mengeluh. Lain yang di harap lain pula yang jadi. Susah pula Raja Adriel ingin memberi kebenaran malam ini. Entah apalah yang tidak disukai oeh suaminya pada dress-dress yang digayakan olehnya tadi. Bukannya terlalu seksi pun.

"Ish, abang ni tak sportinglah!"

"Tak kisahlah sayang nak kata apa pun. If abang say no, it means no. Jangan nak melawan lagi."

"Alaaa abang..." Belum sempat Alara menutur kata, Raja Adriel memotong.

"Dah, sayang pergi simpan dress-dress tu semua. Abang nak sambung meeting ni." Raja Adriel membetulkan duduk dan memandang skrin Macbook. Dia perlu teguh pada pendirian dan tidak boleh termakan dengan pujukan Alara.

Alara menggigit bibir. Nampaknya Raja Adriel memang memaksudkan kata-kata untuk tidak membenarkan dia memakai dress-dress ini. Kalau dia melawan sekalipun, kemenangan takkan berpihak kepadanya. Yela, siapa dia untuk melawan kata-kata seorang suami.

Alara menunduk untuk mengambil bajunya di lantai dan segera ingin keluar dari bilik kerja. Tidak mahu berlama-lama bersama suaminya yang tampak sibuk itu.

"Sayang..." Seru Raja Adriel yang perasan Alara cuma diam ketika ingin beredar.

Alara menghentikan langkah.

"Ya?" Jawab Alara sepatah.

"Sayang okay?" Raja Adriel menyoal. Tidak mahu isterinya merajuk pula nanti.

Alara mengangguk dengan senyuman paksa.

"Okay... Lara okay. Abang tak perlu risau pasal Lara. Abang sambunglah meeting abang tu... Lara keluar dulu. Sorry ganggu abang." Alara sedikit terasa sebenarnya bila Raja Adriel mengetepikan dirinya.

Alamak, Alara memang merajuk. Sah, apabila nada suara isterinya seperti berjauh hati. Terus Raja Adriel bangun dari kerusi dan mendapatkan Alara yang sedang berjalan ke muka pintu.

"Sayang..." Raja Adriel memaut lengan Alara. "Kenapa ni, hm? Sayang marahkan abang ke?"

"Tak lah... mana ada Lara marahkan abang."

"Yeke? Kalau tak marah, kenapa sayang tak pandang muka abang? Kan abang pernah pesan, pandang abang bila abang tengah bercakap..."

Alara yang sememangnya memandang ke arah lain segera mengalihkan anak mata pada Raja Adriel. Dia mendongak sedikit untuk memandang Raja Adriel yang berketinggian 185 cm. Terasa kerdil betul berdiri di hadapan Raja Adriel dengan ketinggian dia pula hanya 165 cm.

"Haa, Lara pandang abang dah. Jadi, Lara memang tak marahkan abang pun... dah tepi, Lara nak keluar ni..." Alara cuba menolak tubuh Raja Adriel yang menghalang laluannya. Ish, tadi suaminya sibuk nak meeting. Dah sekarang ni sibuk nak jadi guard depan pintu pula ke?

"Kalau tak marah, kenapa sayang nak lari dari abang ni? Haaa, jangan nak tipu abang. Cepat, bagitau abang. Apa yang membuatkan isteri abang ni marah dan merajuk macam ni?"

"Ish, kan Lara cakap takde pape... Lara tak marah dan merajuk pun lah." Dalih Alara. Dia malas mahu memanjangkan isu.

"Alara Sophia..."

Alara menarik nafas dalam. Tak suka betul kalau suaminya sudah sebut nama penuh ni. Peluang dan harapan untuk mengelak hanya tinggal bayang.

"Ya! Memang Lara marah dan merajuk pun dengan abang. Sebab apa? Sebab abang langsung tak boleh consider permintaan Lara untuk pakai dress-dress ni semua. Apa abang ingat Lara ni patung ke try semua dress depan abang tapi end up, ini jawapan yang Lara dapat... Kalau tahu ini jawapan abang, baik Lara tak payah mintak pendapat abang."

Fuh, Alara melepaskan amarah yang berbuku. Bukan main tadi menafikan, haa sekali dia hamburkan pada Raja Adriel. Nak sangat tahu sebab kan. Tadah lah telinga tu.

"Lara mintak abang pilih aje. Bukannya mintak abang condemn dress-dress ni semua. Itu pun susah ke? Baik Lara yang decide sendiri kalau kerja abang tahu mengomen aje!"

Raja Adriel diam. Cukup dengan sekali nafas dia dimarahi Alara lagi. Memang malam ini dia asyik kena marah aje. Dan dia pula, tidak berani untuk menjawab. Kalau dulu, elok aje dia boleh marahkan Alara kembali. Tapi, sekarang, baik diam dari berkata-kata. Takut bini weyyy...

"Dah habis dah marah abang? Ke ada lagi yang sayang nak marah? Kalau ada, bagitau abang... abang dengar." Tutur Raja Adriel perlahan.

"Habis dah! Takde apa lagi yang Lara nak cakap dengan abang sekarang." Alara meniup rambutnya yang menutup sedikit matanya. Kononnya nak bagi diri tu sejuklah.

"Thank you for letting me know how you feel, sayang. Abang mintak maaf sebab buat sayang rasa these unpleasant feelings. Abang tak sengaja nak bagi sayang marah dan merajuk... but let me clear things up. Abang bukan tak consider permintaan sayang, I just wanna to protect you at all cost, sayang. Abang tak nak isteri abang menarik mata-mata lelaki lain untuk pandang sayang bila pakai dress-dress tu semua. Dengan pandangan bernafsu pulak tu. Bukannya abang tak tahu mata lelaki ni berfungsi macam mana. Kalau boleh, habis semua nak di scan pada sayang nanti."

"Mana abang tahu? Abang pernah scan perempuan jugak ke?"

"Pernahlah... sekarang pun abang tengah scan perempuan which is you, sayang. Abang sebagai suami sayang pun tak tahan tengok sayang macam ni, apatah lagi lelaki lain. Cukuplah biar abang yang rasa tergoda dengan sayang. Jangan lelaki lain. Apa yang ada pada tubuh sayang, semua milik abang dan abang tak suka sharing walaupun hanya dari pandangan. You're mine, and only mine, sayang..."

Terdiam Alara mendengar penjelasan Raja Adriel.

"Abang tahu dress-dress tu semua memang cantik. Yela nama pun dari top designer kan. Such a big honor bila sayang dapat pakai dress dari mereka semua tapi sayang kena tahu, tak semua dress-dress tu sesuai untuk dipakai oleh isteri abang ni. Isteri abang ni kan cantik... orang cantik macam sayang tak manis pakai dress yang seksi macam ni..." Sambung Raja Adriel lagi.

"Habis tu, apa yang sesuai untuk Lara pakai?"

"Hmmm, sayang sesuai pakai dress yang sopan. So, nanti kita cari yang sopan, okay sayang?"

"Tak payahlah, dah lambat kalau nak cari pun. Lara tarik diri ajelah dari attend event tu. Lara pun malas nak stress fikirkan pasal semua ni..." Alara membuat keputusan. Dah lewat malam, tang mananya mereka nak cari dress yang lain?

"Sure ni sayang? Jangan nanti sayang cakap abang pulak yang tak izinkan sayang pergi event tu." Raja Adriel memegang kedua-dua bahu Alara.

"Sure... abang tak perlu risau. Ni keputusan dari Lara... Lara takkan salahkan abang. Yet, Lara nak berterima kasih pada abang sebab tegur Lara... Lara mintak maaf sebab marah-marah abang tadi... Lara tak patut..."

Raja Adriel laju meletakkan jari telunjuk di bibir Alara.

"Ssyyhh... don't say any words, sayang. Memang patut pun sayang marah abang... abang yang punca semua ni. Abang mintak maaf lagi sekali ya, sayang?"

Alara seraya menggeleng.

"Lara tak nak maafkan abang..."

"Eh kenapa, yang? Abang ada buat salah pape lagi ke?"

"Ya ada. Abang lebih pentingkan meeting dari Lara tadi. Abang tak nak dengar pun apa yang Lara cakap. Abang siap halau Lara keluar... memang Lara ni patung aje kan dalam rumah ni. Bila abang nak, abang cari Lara. Bila abang tak nak, abang tolak Lara macam gitu aje..." Luah Alara dalam nada rajuk. Ya, kalau tadi dia marah, sekarang dia merajuk pula.

Raja Adriel cuba untuk tidak ketawa saat ini. Sedaya upaya dia menahan diri supaya wajahnya tidak terkesan melihat muka cemberut Alara. Comel betul. Mahu sahaja dia menarik muncung Alara dan dibuat ribbon.

"Okay for this time, thank you for your honesty, sayang. It helps me to understand you better but, again abang nak clearkan apa yang sayang fikir. Abang bukannya halau atau tolak sayang pun, abang terpaksa buat macam tu tadi sebab... abang takut abang yang tak tahan dengan sayang. Well, isteri abang ni kan pandai menggoda. Nanti abang tergoda, susahlah abang..."

"Susah? Abang dah tak nak tergoda dengan Lara ke?" Tembak Alara.

"Who's said? Abang ni... setiap saat tau tergoda dengan sayang... even now, you make me turn on, sayang..." Romantis nada Raja Adriel kala ini.

Alara yang melihat perubahan Raja Adriel terus mengundur setapak ke belakang. Raja Adriel pula merangkul pinggang Alara dengan erat. Alara kini terlekap rapat pada tubuhnya.

"Where do you wanna go, sayang?"

"Errrr... go... go... going to kitchen." Tergagap Alara.

"Kitchen? For what?"

"For... errr... errr... eat. Haaa, eat! Lara nak makan kek! Jom abang, kita pergi makan kek!" Alara bagaikan teringat biscoff cheesecake yang masih belum dimakan di dalam peti sejuk.

"Hmmm, I don't feel like to eat cake right now..." Raja Adriel melirik matanya pada bibir mungil Alara. "But, I wanna eat you, sayang..."

Terlepas dress-dress dari tangan Alara jatuh ke bawah apabila Raja Adriel terus menyambar bibirnya. Habis bibirnya dikucup oleh Raja Adriel dengan penuh sensual sehingga Alara tidak mampu menolak. Mereka berkucupan untuk beberapa minit sehinggalah mereka terpaksa berhenti apabila...

"Tuan Ray..." Kedengaran suara dari arah Macbook. "Mana Tuan kita ni? Meeting masih diteruskan ke?"

Alara dan Raja Adriel saling berpandangan sebelum Raja Adriel menuju ke arah meja kerja dan menutup Macbook tersebut. Boleh pula mereka kacau daun disaat dia tengah menikmati ciuman Alara. Dah lah disebut pula nama keduanya. Harap Alara tidak mengesyaki apa-apalah.

Alara pula ketawa kecil melihat sisi gelabah suaminya itu. Apalah Raja Adriel ini, boleh pula suaminya curi tulang dari menghadiri mesyuarat dalam talian. Kelakar betul.

"Jom sayang... kita sambung kissing." Ajak Raja Adriel tanpa lapik.

"Abang ni..." Alara membulatkan mata. Yang pelik-pelik ajelah Raja Adriel ini. "Lara nak makan kek dulu... jom teman Lara makan kek."

"Alaaa sayang... tapi abang nak kiss sayang. Please..." Rengek Raja Adriel.

"Lara tak nak dengar pape dari abang. No pujuk and no bodek. Abang pilih lah, nak temankan Lara makan kek atau Lara tak izinkan langsung abang kiss Lara lagi nanti."

Terpempan Raja Adriel mendengarnya. Hebat betul Alara mengajuk kata-katanya tadi. Sebiji pula tanpa satu kesalahan pun. Nampak sangat daya ingatan isterinya kuat.

"Yela... yela... abang temankan. Jom..." Pertama kali Raja Adriel mengalah dengan kaum wanita.          
Alara ketawa kecil apabila Raja Adriel menurut tanpa banyak soal.

"Yeay! Macam ni lah suami Lara... he he he..." Alara terus memeluk lengan Raja Adriel untuk ke dapur. Dress-dress ditinggalkan dulu di bilik kerja suaminya. Nanti-nantilah dia ambil dan simpan. Tekaknya sudah tidak sabar nak rasa kek yang mereka buat tadi.

Raja Adriel pula sanggup ketepikan kerja dan mesyuarat demi Alara hanya kerana tidak mahu isterinya merajuk lagi. Biarlah dia beri perhatian penuh pada Alara malam ini. Sememangnya, hanya Alara yang dia inginkan. Mesyuarat itu hanya duniawi tapi, Alara syurgawi. Tiberh.



Elelele gaduh gaduh manja pulaksss 🙈

Votes and comments for next chapter.

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 36.8K 32
(⚠️🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞⚠️) [MASIH ON GOING] [HATI-HATI MEMILIH BACAAN] [FOLLOW SEBELUM MEMBACA] •••• punya banyak uang, tapi terlahir dengan satu kecac...
1.8M 8.5K 17
LAPAK DEWASA 21++ JANGAN BACA KALAU MASIH BELUM CUKUP UMUR!! Bagian 21++ Di Karyakarsa beserta gambar giftnya. 🔞🔞 Alden Maheswara. Seorang siswa...
2.4M 36.6K 49
Karena kematian orang tuanya yang disebabkan oleh bibinya sendiri, membuat Rindu bertekad untuk membalas dendam pada wanita itu. Dia sengaja tinggal...
806K 77.1K 51
Ini adalah Kisah dari Kila. Kila Prastika yang ternyata memiliki seorang bapak kos yang kebelet kawin ... "Nikah sama saya, kosmu gratis seumur hidu...