The King Romance (HIATUS)

By Wnfhanna

715K 36.7K 7K

Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat dira... More

PROLOG
The King Romance: 1
The King Romance: 2
The King Romance: 3
The King Romance: 4
The King Romance: 5
The King Romance: 6
The King Romance: 7
The King Romance: 8
The King Romance: 9
The King Romance: 10
The King Romance: 11
The King Romance: 12
The King Romance: 13
The King Romance: 14
The King Romance: 15
The King Romance: 16
The King Romance: 17
The King Romance: 18
The King Romance: 19
The King Romance: 20
The King Romance: 21
The King Romance: 22
The King Romance: 23
The King Romance: 24
The King Romance: 25
The King Romance: 27
The King Romance: 28
The King Romance: 29
The King Romance: 30
The King Romance: 31
The King Romance: 32
The King Romance: 33
The King Romance: 34
The King Romance: 35
The King Romance: 36
The King Romance: 37
The King Romance: 38
The King Romance: 39
The King Romance: 40
The King Romance: 41
The King Romance: 42
The King Romance: 43
The King Romance: 44
The King Romance: 45
The King Romance: 46
The King Romance: 47
The King Romance: 48
The King Romance: 49
The King Romance: 50
The King Romance: 51
The King Romance: 52
The King Romance: 53
The King Romance: 54
The King Romance: 55

The King Romance: 26

12.4K 638 122
By Wnfhanna

Isyika meneguk rakus arak di tangan sambil sebelah tangan menggenggam kuat telefonnya. Dia baru sahaja selesai melihat rancangan bual bicara dari Alara petang tadi. Wah, bukan main bahagia senyuman yang terlakar di wajah Alara itu.

Isyika juga turut berasa iri hati dengan populariti Alara yang digilai oleh peminat dari seluruh negara. Rata-rata peminat meninggalkan komen positif dengan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Alara dan Raja Adriel. Perkahwinan yang mendapat liputan dan perhatian dari ramai pihak. Yela, tengoklah dengan siapa Alara berkahwin. Bukan orang biasa-biasa. Alara berkahwin dengan kaum kerabat.

Isyika merengus geram. Dia fikir dia sudah cukup dapat menjatuhkan Alara dengan merampas kebahagiaan Alara bersama Hariz tapi ternyata, Alara lebih bahagia kini dengan lelaki yang sempurna dari segala aspek. Manakala dia pula, asyik bertekak dengan Hariz hanya kerana Alara.

"Hai Isyika..." Tegur satu suara di sebelah Isyika.

Isyika menoleh pada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya di meja bar.

"Sorang aje ke? Mana kawan you yang cantik tu?" Tanya lelaki itu.

"Kawan I? Who?" Isyika mengerutkan dahi.

"Alaaa... buat-buat tanya pulak... siapa lagi kalau bukan Alara Sophia. I teringinlah nak jumpa dia depan-depan. Ni asyik muka you aje dekat club ni..."

Isyika menunjukkan riak wajah menyampah. Paling dia benci setiap kali lelaki yang menegurnya pasti akan bertanyakan tentang Alara.

"You ni buta ke? Tak nampak I sorang?" Jeling Isyika tajam.

"Alaa, chill lah... tak perlu marah macam ni. Cuba you jadi macam Alara tu, selalu senyum. I tengok senyuman dia pun boleh cair. Ini you asyik nak marah aje..." Lelaki itu memerli.

Isyika menghentak gelas kaca kuat pada meja.

"Apa masalah you ni?! Boleh tak jangan nak bandingkan I dengan dia!" Marah Isyika.

"Mana ada I banding... I cuma cakap aje... yang you nak terasa kenapa? Jealous ke dengan kawan sendiri?" Lelaki itu buat-buat ketawa.

"Huhhhh... I nak jealous? Oh please... tak kuasa I nak jealous..." Nafi Isyika. "I lagi better dari dia..."

"Really? Tapi kenapa I rasa yang takde siapa boleh compete Alara eh? Alara tu pandai, cantik, famous, peramah, merendah diri dan langsung tak acah diva. Tapi you... baru setakat pelakon extra, dah kerek macam ni. I rasa... you banyak lagilah kena belajar dari Alara. Be like her..."

Isyika yang sudah panas telinga terus melemparkan arak ke wajah lelaki itu.

"You jangan nak sanjung dia depan I... you tak kenal siapa dia yang sebenar... dia tu perempuan paling teruk dalam dunia ni..."

"Perempuan paling teruk? Teruk dari segi apa?"

"Dari segi macam-macam lah! Dan kalau you nak tahu, sebab tu lah ex boyfriend dia tinggalkan dia. Sebab dia memang teruk. Takde siapa yang nak kekal dengan perempuan macam tu!"

"I see... tapi bukan you ke yang jadi punca orang ketiga dalam hubungan dorang? You rampas boyfriend kepada kawan you sendiri? Ha ha ha, I rasa you yang teruk kot..."

Membulat mata Isyika mendengar kata-kata hinaan itu.

"You diam! Kalau tak tahu cerita, you jangan nak berlagak terpaling tahu..."

"Well... bukan I berlagak tahu semua benda. Media yang tulis macam tu... so you pergi salahkan media lah... tapi rasanya apa yang media tulis tu betul kot... kalau tak, takdelah you sentap macam ni kan?"

"You jangan nak melampau. Jangan nak busybody hal orang!" Isyika ketap gigi. "Dan please... make sure... jangan bagi I nampak lagi muka you dekat sini!"

Isyika terus mengangkat punggung untuk keluar dari kelab malam. Dia sudah hilang mood. Tak habis-habis orang sekeliling ingin menyakiti hatinya dengan membangkitkan nama Alara.

"Isyika! Rileks lah..." Lelaki itu cepat-cepat menahan Isyika di depan pintu club. "Let's we have some fun dulu lah... takkan lah you nak blahhh awal. Malam masih muda ni..."

"Dah... lepaskan I! You tak payah nak halang I. I tak layan lelaki yang takde pape macam you ni! I cuma layan orang atasan aje. So you sedar diri you tu dulu sebelum nak have fun dengan I." Hina Isyika pula.

Isyika terus membawa langkah jauh dari kelab malam. Dia berjalan ke arah kereta yang diparkirkan di belakang lorong bangunan itu.

Tiba-tiba Isyika terasa lengannya ditarik kasar dari belakang.

"Apa lagi?! You tak faham ke yang I takkan layan you?!?!" Tempik Isyika kuat.

Isyika memandang sedikit terkejut kerana bukan lelaki tadi yang menariknya tetapi lelaki lain. Dan lelaki itu lengkap berpakaian serba hitam dari atas ke bawah. Malah, wajah lelaki itu ditutup dengan mask dan rambut pula dijatuhkan ke dahi.

"Kkk- kkk- kau siapa?" Isyika bertanya gugup.

Lelaki itu sebenarnya ialah Raja Adriel. Dia mengikuti Isyika sedari dalam club tadi. Punya lama dia tunggu masa untuk menyerang Isyika dan inilah waktunya bila dia menolak tubuh Isyika rapat pada dinding bangunan. Orang-orang bawahan Raja Adriel menjaga kawasan agar perbuatan mereka tidak dilihat oleh orang awam.

"Aku siapa? Kau tak perlu tahu aku siapa. Cukuplah aku tahu yang kau ni siapa..." Balas Raja Adriel.

"Errr... apa... apa maksud kau ni? Kau... kau kenal aku ke?" 

"Exactly... aku kenal kau. Aku lebih dari kenal... dan... aku jugak tahu apa yang kau buat pada kawan kau sendiri..." 

"Errr... apa yang kau cakap ni? Aku... aku tak faham..."

Raja Adriel menekan kuat tulang kerangka di leher Isyika apabila lengannya diletakkan di situ. Kuat dia menekan tubuh Isyika ke dinding sehingga berkerut wanita itu menahan sakit.

"Kau nak aku fahamkan ke?" Tanya Raja Adriel dengan nada sinis. Raja Adriel mengeluarkan sebilah pisau jenis rambo dari belakang jaket kulit. Dia memainkan hujung pisau di wajah Isyika. "Alara Sophia... aku rasa cukup dengan satu nama ni... kau dah faham kan?"

Isyika menggeleng laju.

"Aku tak faham... kenapa dengan dia?" Isyika cuba berlagak tenang walhal dia sudah kecut saat ini.

"Oh masih tak faham? Kau nak aku sebut satu-satu ke apa yang kau cuba buat pada Alara Sophia, hmmm?" Tanya Raja Adriel sinis.

"Aku buat apa? Mana ada aku buat apa-apa dekat dia..." Jawab Isyika yakin.

"Kau boleh menipu sekarang tapi kau tak boleh tipu hakikat yang aku tahu setiap inci perbuatan kau pada Alara Sophia. Dan aku quite impress dengan effort kau untuk hapuskan Alara Sophia dari dunia ni. Tapi sayang... rancangan kau takkan pernah berhasil."

Isyika meneguk liur. Terasa lututnya sudah lemah untuk berdiri apabila lelaki di depannya tahu rancangan yang diatur pada Alara.

"Macam mana kau tahu?" Isyika berani bertanya.

"Macam mana aku tahu? Hmmm... well... setiap apa yang jadi pada Alara Sophia... aku akan tahu."

"Errr... apa... apa... apa hubungan kau dan dia? Dia... dia... dia upah kau kan untuk cakap macam ni dengan aku?"

"Ssyyhhh... Alara Sophia tak tahu pape pun. Dia tak upah dan dia jugak tak suruh aku cakap macam ni dengan kau. Alara Sophia jugak tak tahu apa yang kau dah buat pada dia... cukup aku yang tahu... sebab..."

"Sebab? Sebab apa?"

"Sebab aku bodyguard Alara Sophia."

Isyika terkedu mengetahui status lelaki di depannya itu. Tidak menyangka pula dia bahawa Alara memasang bodyguard untuk melindungi diri.

"Aku jaga dia... aku pantau pergerakan dia dan aku tahu setiap benda yang berlaku dalam hidup dia." Sambung Raja Adriel. "Sekarang kau dah tahu kan, kenapa susah sangat kau nak hapuskan Alara Sophia?"

Isyika sudah menggigil. Patutlah nyawa Alara sungguh liat walaupun pelbagai usaha dia lakukan untuk menghapuskan Alara.

"Dan aku nak kau tahu jugak... orang-orang yang kau upah dah selamat temui ajal di tangan aku. Kau pulak akan menyusul kemudian... tapi aku bagi dulu kau hidup dan bernafas puas-puas sebelum kau mampus dari dunia ni."

Pucat lesi Isyika saat ini. Memang terkatup rapat mulutnya untuk membalas. Ugutan yang didengari sudah cukup buat dia rasa seperti nyawa di hujung tanduk.

"Mesti kau terharu kan aku bagi kau pelepasan? Actually... aku nak tengok lagi apa yang kau boleh buat pada Alara Sophia. Aku nak tengok sehebat mana rancangan kau nak hapuskan Alara Sophia... sebab yang akan dihapuskan nanti ialah kau. Bukannya Alara Sophia. Aku akan pastikan... kau dihapuskan dari muka bumi ni. Sebab manusia berhati busuk macam kau ni, tak patut hidup lama. Buat semak aje!"

Raja Adriel melayarkan pula pisau pada leher Isyika dan kemudian jatuh pada bahu wanita itu. Isyika yang ketakutan sudah keras tanpa reaksi. Dia hanya melihat pisau yang tajam digerak-gerakkan di bahu kanannya. Dan...

'Zaaappppp... zapppppp...'

Raja Adriel menoreh bahu Isyika. Darah terus mengalir keluar dari bahu wanita itu. Bukan sedikit tapi banyak.

Isyika mengerang apabila dirasakan pedih dari kesan torehan itu. Dia rasa hendak menangis kena dirinya sudah benar-benar ketakutan.

"Ini untuk kau atas perbuatan yang kau buat pada Alara Sophia dan menyakiti Alara Sophia. Aku nak kau tahu, darah dibayar dengan darah... dan apa yang kau dapat malam ni cuma sikit aje. Tunggu nanti, kau akan dapat lebih teruk dari ni. Kau takkan terlepas dari aku!"

Raja Adriel menyapu darah pada wajah Isyika yang melekat di pisau. Puas hatinya apabila dia dapat membalas balik apa yang Alara rasa kepada Isyika. Biar dia seksa dan menghantui Isyika dulu sebelum dia benar-benar mengambil tindakan pada wanita di depannya.

Raja Adriel menolak Isyika sehingga terjelepok jatuh ke jalan tar. Dia duduk mencangkung dan menarik sedikit rambut Isyika.

"Remember, the game has just begun. Be prepare to lose more blood."

Raja Adriel bangun dan meninggalkan tempat itu. Kedengaran enjin superbike kuat mengaum jauh dari kawasan kelab malam. Cukup dulu untuk malam ini dia memberi amaran kecil kepada Isyika supaya Isyika tahu bahawa Alara di bawah pemantauannya. Jangan sesiapa yang berani untuk menyakiti Alara. Sekali Alara disakiti, berkali-kali dia akan menyakiti orang itu kembali. What you give, you get back.



♛♛♛♛♛♛



Sementara di rumah pula, Alara mengintai di sebalik pintu bilik. Dia cuba melihat jika Raja Adriel sudah pulang atau belum. Dan setelah memastikan ketiadaan Raja Adriel di rumah, Alara turun ke dapur untuk mengisi perut. Dia lapar sebaik pulang dari TV Show. Yela, mana tidaknya, dia tidak sempat makan tadi sepanjang berada di studio. Semua gara-gara dia sibuk melayani peminat.

Alara yang baru siap mandi membiarkan sahaja rambutnya dibalut dengan tuala. Dia mengenakan baggy shirt yang labuhnya hingga ke paras paha. Di dalam pula, dia sekadar memakai short pants. Inilah jenis pakaian yang selalu dia pakai ketika berada di rumah. Lagi-lagi pada waktu malam.

Alara membuka pintu kabinet. Dia mencari kalau ada sesuatu yang boleh di masak. Tapi, sayang. Dapur di rumah Raja Adriel ini tidak seperti dapur di rumah keluarganya yang sentiasa penuh dengan makanan stok mee segera. Itu aje makanan penyelamat ketika dia lapar di tengah malam.

'Hmm, nak makan apa eh...'

Alara berfikir-fikir sebelum dia memutuskan untuk makan roti dan jem strawberry aje. Dia tidak berani untuk mengusik dapur Raja Adriel. Lagi pun dia hanya menumpang. Makan ajelah apa yang ada. Janji boleh alas perut dari terus berkeroncong.

Alara yang baru hendak menyapu jem strawberry terhenti seketika apabila dia mendengar pintu sistem sedang diakses oleh seseorang.

Alara kalut berlari untuk menuju ke bilik. Dia tahu pasti Raja Adriel telah pulang dan dia tidak mahu terserempak dengan Raja Adriel buat sementara waktu. Dia malu apabila teringat pengakuan kata-kata ketika rancangan petang tadi.

Pintu rumah ditolak.

Alara kejung berdiri di ruang tamu. Dia tidak sempat untuk masuk ke bilik. Dan seperti lipas kudung, Alara pantas merebahkan badannya pada sofa di ruang tamu itu. Baik dia pura-pura tidur.

Raja Adriel masuk menuju ke ruang tengah rumah. Dia melihat cahaya terang dari arah dapur. Terus dihala kakinya untuk memadamkan lampu dan matanya menangkap plastik roti dan jem di atas island table. Raja Adriel mengemaskan meja dulu. Ini pasti Alara yang makan tadi.

Raja Adriel yang baru keluar dari dapur menangkap sosok tubuh Alara yang sedang tidur di sofa. Dia mendekati Alara dan duduk di sebelah Alara.

"Boleh pulak tertidur dekat sini..." Rungut Raja Adriel.

Tanpa lengah, Raja Adriel meletakkan helmet di meja. Dia mencempung tubuh Alara dan dibawa masuk ke bilik tidur. Dengan berhati-hati, Raja Adriel membaringkan Alara di atas katil. Dia juga membetulkan rambut Alara. Raja Adriel kemudian duduk di sebelah Alara. Tangannya meraih lengan Alara dan menyelak sedikit lengan baju di bahu Alara. Dia ingin melihat keadaan luka Alara.

Raja Adriel menarik drawer di sebelah katil. Ada ubat krim yang disimpankan di situ. Dia menyapu ubat krim itu pada luka Alara supaya luka itu cepat sembuh dan tidak meninggalkan parut.

Alara pula sudah merasakan degup jantung hampir meletup. Dia sedaya upaya mengawal diri supaya tidak terusik dengan perbuatan Raja Adriel tika ini.

Jadi selama ini, Raja Adriel ke yang mengangkat dia naik ke katil? Dan Raja Adriel sering merawat dia juga ke sewaktu dia tidak sedar? Kenapa dia tidak terfikirkan semua ini?

Alara cuba beriak tenang. Tidak mahu dirinya yang dihimpit rasa terharu ketara pada wajahnya. Dia tidak boleh membongkarkan lakonannya saat ini. Terus tidur Alara... jangan sampai kantoi.

Raja Adriel mengangkat punggung sebaik menyimpan ubat krim semula ke dalam drawer. Sempat dia membetulkan leher baju Alara yang terdedah sebelum bangun meninggalkan bilik itu.

Alara sudah tidak sabar menunggu saat Raja Adriel untuk keluar dari bilik. Dia tidak mampu lagi untuk meneruskan pura-pura ini. Dah lah perutnya sudah terasa lapar yang amat! Aduh, sabar perut. Kejap lagi kita makan bila tuan rumah sudah masuk ke bilik sendiri.

Dan tiba-tiba...

'Krrukkkkk.'

Alara mengerutkan wajahnya. Kenapa waktu-waktu macam ini juga perutnya mesti mengeluarkan bunyi? Habislah, memang dia dah tertangkap.

Raja Adriel menoleh pada Alara. Dia melihat Alara tengah terkebil-kebil memejamkan mata. Ada rasa curiga pada Alara saat ini. Alara tidak tidur ke? 

Alara berusaha untuk meneutralkan lakonannya. Wajahnya yang berkerut cepat-cepat diubah pada riak tenang.

"Kau tak payah buat-buat tidur Alara." Tegur Raja Adriel sambil bercekak pinggang.

Alara tidak mengendahkan. Dia meneruskan tidurnya dengan pakej upgrade kepada dengkur pula. Haaa, agak-agak mesti Raja Adriel percaya kan?

Raja Adriel menyelak selimut dari tubuh Alara. Dia tersenyum sinis melihat Alara kuat menekan perutnya sendiri.

"Dah-dah lah Alara... lakonan kau tak menjadi depan aku." Perli Raja Adriel. "Bukak ajelah mata kau dari kau seksa diri kau dengan perut lapar tu."

Lambat-lambat Alara mencelikkan juga matanya. Dia memandang Raja Adriel dengan riak wajah mamai. Hentam ajelah, janji dia tidak malu depan Raja Adriel. Malu kerana dialah pelakon yang teruk di rumah ini.

"You buat apa dekat sini?" Alara buat-buat bertanya dengan suara serak. Gaya macam orang baru bangun tidur kononnya.

Raja Adriel terangkat kening. Dia tertarik melihat Alara masih cuba untuk berlakon di depannya. Hmmm, Alara ini boleh tahan kelakar juga. Masih nak cover diri sendiri walaupun dah kantoi busuk.

"Saja... aku datang nak check kot kau mengigau lagi." Raja Adriel layan lakonan Alara.

Alara menunjukkan riak kurang faham. Walhal, dia sudah tebal muka dah dengan alasan yang pernah diucapkan olehnya tempoh hari. Mengigau ya? Huh, elok pula mengigau naik ke katil. Kenapa tak mengigau naik ke bumbung aje terus.

"Errr..." Alara tersenyum kelat. "Thanks for checking on me... I okay aje ni. You dah boleh keluar dari bilik I ni. I nak sambung tidur... huarrggghhh ngantuknyaaaa..."

Alara menguap besar dengan tapak tangan menutup mulut.

'Kruuukkkk.'

Perut Alara berbunyi lagi sekali. Kali ini lebih kuat dari tadi. Memang perut dia ini hendak mengaibkan tuan sendiri agaknya.

"Aduh... I rasa I sakit perutlah..."

Alara bangun dari katil. Baik dia hilangkan diri ke bilik air lagi bagus. Dia tidak sanggup melihat wajah Raja Adriel. Malu yang petang tadi pun masih belum hilang, ditambah pula malu dengan situasi sekarang.

Raja Adriel hanya menggeleng. Apa punya alasan lah Alara guna ini? Nak cakap sakit perut pun agak-agaklah. Dia tidak bodoh untuk membezakan bunyi perut yang sedang sembelit dengan bunyi perut kelaparan.

"Dah... sini ikut aku."

Raja Adriel menarik Alara untuk ke dapur. Terkocoh-kocoh Alara mengikut langkah Raja Adriel itu.

"Nak pergi mana ni? I nak tidur lah." Alara bersuara.

Raja Adriel tidak mengendahkan. Dia mendudukkan Alara pada kerusi di island table. Roti diambil dan disapukan jem lalu dihulurkan pada Alara.

"Aku nak kau makan ni dulu..."

Alara yang kebingungan hanya memandang Raja Adriel dengan pandangan kosong.

"Errr... tapi I dah makan tadi." Bohong Alara.

Raja Adriel masih menghulurkan roti itu dengan renungan serius. Alara yang serba salah mengambil juga roti dari tangan Raja Adriel. Dia gigit roti itu perlahan-lahan.

Raja Adriel membuka jaket kulit di tubuh dan menyangkut jaket itu pada kerusi. Dia menuju ke fridge dan beberapa bahan dibawa keluar. Dia ingin menyediakan supper memandangkan dia juga belum menjamah apa-apa untuk malam ini.

"Tadi kau tak makan ke?" Raja Adriel bertanya sambil tangan lincah memotong capsicum.

Alara seraya menggeleng.

"I tak sempat nak makan." Jawab Alara ringkas.

"Patutlah perut kau buat konsert." Sindir Raja Adriel.

Alara tersenyum kelat. Segan pula Raja Adriel mendengar bunyi perutnya yang langsung tidak rileks tadi. Haih, dan-dan pula nak lapar waktu ini.

Suasana diam dan Alara fokus memandang Raja Adriel yang sedang memasak. Cekap betul Raja Adriel di dapur. Langsung tidak terlihat kekok. Dan bukan main bergaya lagi Raja Adriel mengacau bahan tumisan dengan teknik menggoyangkan kuali. Sumpah cool gilerrr.

"Kau tak kenyang pun pandang aku macam tu, Lara..." Tegur Raja Adriel.

Alara tersentak. Mukanya sedikit berbahang kerana malu perbuatan mata liar ditangkap. Cepat-cepat Alara membetulkan rambut dan memandang ke arah lain. Usha sikit-sikit dah lah.

Beberapa minit memasak, Raja Adriel membawa dua hidangan cauli cheese macaroni ke island table. Satu pinggan diletakkan di hadapan Alara dan dia duduk di sebelah Alara.

"Errr untuk I ke?" Tanya Alara.

"Tak lah... untuk penonton dalam perut kau." Jawab Raja Adriel menganjing.

Alara mencebikkan bibir. Suka sangat Raja Adriel memberi jawapan yang tah pape. Susah sangat untuk lelaki itu mengucap kata-kata lembut seperti petang tadi. Erk, jangan diingat Alara. Nanti kau yang syok sendiri.

Alara cepat-cepat menadah tangan dan membacakan doa makan. Baik dia makan aje memandangkan perutnya memang sudah minta diisi sekarang. Dia hampir terkena gastrik.

Raja Adriel yang baru hendak menyuap makanan ke mulut meletakkan garfu kembali ke pinggan. Dia juga turut menadah tangan untuk mengaminkan doa dari Alara. Bagus betul isterinya membaca doa terlebih dahulu. Ada ciri-ciri isteri mithali ni.

Suasana jadi hening apabila mereka menikmati hidangan masing-masing. Baik Raja Adriel dan Alara, dua-dua tidak tahu untuk bersuara tentang apa. Alara memang sudah memilih untuk diam dan tidak memandang Raja Adriel kerana dia masih lagi dihantui dengan perasaan malu. Manakala, Raja Adriel pula cuba untuk bereaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun dia juga naik segan untuk bertentang mata dengan Alara kerana perbuatannya mengendong Alara diketahui oleh Alara juga. Mesti Alara fikir dia sengaja ingin mengambil kesempatan. Haih, dia turut terkantoi malam ini.

"Hmmm Lara..." Raja Adriel tiba-tiba bersuara.

Alara menoleh pada Raja Adriel tapi cuma seketika. Alara laju mengalih wajahnya semula pada hidangan di depan.

"Esok aku outstation. Seminggu. Italy." Beritahu Raja Adriel.

Senyap.

Alara hanya mendengar tanpa memberi sebarang respon.

Raja Adriel pula sedikit berang apabila melihat Alara mengabaikan percakapannya. Dah rasa macam bercakap dengan dinding pula.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Tanya Raja Adriel tinggi.

Alara mengangguk kecil.

"I'm prefer words than action. Jawab bila aku cakap." Marah Raja Adriel.

"Nak jawab apa?" Tanya Alara ringkas.

"Jawab ajelah pape... bukannya kau diam macam ni."

"I bukan saja-saja diam lah..."

"Habis tu? Kau apa?"

"I tengah patuh pada you..."

"Patuh? Patuh apa?"

"You dah lupa ke? You kan suruh I patuh pada peraturan you supaya I tak ambil tahu apa yang you buat. Dan, I dilarang untuk menyibuk jugak. So, I diam ajelah..."

Raja Adriel tercengang mendengar jawapan balas Alara. Tajam bak peluru. Memang padu Alara menembak dirinya tika ini. Tepat kena pada sasaran. Dia hampir tersungkur apabila dia sendiri lupa dengan peraturan yang pernah dikeluarkan. Rasanya dia kena semak balik ini supaya ingatannya utuh pada peraturan yang dibuat.

"Tapi kau tak ikut peraturan dimana kau dilarang untuk timbulkan kemarahan aku..." Balas Raja Adriel tak nak kalah juga. 

Alara berkerut dahi lantas dia memandang Raja Adriel tepat di sebelahnya.

"I ada buat you marah ke?"

"Ada lah! Aku paling tak suka kalau orang diam bila aku bercakap. Baik aku cakap dengan robot dari bercakap dengan orang macam kau ni! Buang masa!"

"What?! Buang masa? Dah tahu macam tu, diam ajelah terus! Tak payah nak cakap banyak. I pun tak mintak you cakap dengan I. Huhhhh... dia yang cakap, dia yang bising. Dasar anak raja perangai alien."

"Apa kau cakap, Lara?"

"Errr... mana ada I cakap pape..."

Alara gugup kerana menyendari keterlanjuran katanya sekejap tadi. Aduh, mudah sangat dia mengutuk Raja Adriel depan-depan.

"Ada... aku dengar kau cakap something tadi. Kau cakap apa, hmm?"

Raja Adriel mendekatkan tubuhnya pada Alara. Sempat hidungnya menangkap bau wangi dari tubuh Alara iaitu bau fresh dan flowery. Pasti Alara baru selesai mandi tadi.

"Errr... I cakap..." Alara menggigit bibir. "Dasar anak raja..."

"Hmmm... dasar anak raja apa?"

"Dasar anak raja berperangai mulia..." Alara menayangkan sengihan.

"Oh... really? Itu yang kau cakap? So, kau mengaku lah aku ni mulia orangnya?"

"Ya... ya... ya... you memang tersangat mulia. Ni siapa dapat you, memang untung dan bertuah." Sarkastik sekali Alara berkata.

Alara terpaksa berbohong. Jangan mimpilah dia hendak memuji Raja Adriel. Siapa yang bersama Raja Adriel pasti hidupnya menyedihkan kerana terpaksa berdepan dengan anak raja yang perangai tidak semenggah ini.

"Kalau kau nak kutuk... kutuk ajelah Alara... tak payah berselindung di sebalik ayat manis kau tu." Jeling Raja Adriel. Apa Alara fikir dia pekak ke?

"Oh you dengar jugak eh? He he he. Alaaa... I kutuk sikit aje. Kira halal lah. Takkan itu pun nak terasa." Sindir Alara.

"Aku tak terasa cumanya aku kesian lah dekat kau nanti..."

"Kesian kenapa pulak?"

"Yela, malam ni aje dah berapa banyak dosa kau kumpul sebab kutuk suami sendiri." Pedas Raja Adriel berkata.

Membulat mata Alara mendengarnya. Ewah, Raja Adriel main petik soal hukum agama pula. 

"Yela, I jelah yang berdosa? Habis you? You memang jaminan syurga lah kan itu yang you sedap duk hina I macam-macam." Balas Alara tidak puas hati.

"Aku kata apa? Setahu aku hari ni aku takde pun hina kau... instead aku siap cakap lagi yang..."

"Yang apa?"

Raja Adriel mendekatkan wajahnya pada wajah Alara.

"Yang... I love you, my queen..."

Meremang Alara sekejap. Terus kejung kedudukannya pada kerusi bar itu. Dia keras seperti batu.

"So... aku dapat pahala lah kan sebab dah tolong isteri aku?" Ucap Raja Adriel perlahan.

"You tolong pun sebab terpaksa aje. Bukannya sebab you rela hati." Jawab Alara berani.

"Tak kisahlah apa sebab sekali pun. Yang penting aku nak tuntut janji kau..."

"Jjj- jjj- janji? Janji apa?"

"Janji yang aku boleh dapat anything yang aku nak... dan kau tahu kan aku nak apa malam ni?" Bisik Raja Adriel nakal.

Garfu di tangan Alara terlepas jatuh ke bawah. Dia terkejut kerana Raja Adriel mengungkit perbualan mereka tadi. Alara pantas menolak dada Raja Adriel jauh darinya.

"Huhhh! You jangan nak mengada! Itu I terpaksa berlakon ajelah!"

"Berlakon atau tak... janji tetap janji kan... tak baik mungkir janji..."

"Mana ada I berjanji... I tak cakap pape pun tadi. You tu yang over. Macam dah takde benda lain nak mintak." Bentak Alara.

"Benda tu aje yang senang nak dapat sekarang ni." Raja Adriel melirik pada tubuh Alara dari atas dan bawah.

"Eeeiii pervert! You jangan nak pandang I macam tu ya, Adriel!" Alara pantas menutup dadanya. Dah lah dia tidak memakai baju dalam. Kakinya pula dikepit untuk melindungi paha yang terdedah.

"Laaa... salah ke aku pandang? Kau yang pakai seksi macam ni dah kenapa? Saja nak goda aku? Ke kau dah tak sabar nak bagi apa yang aku nak, hmmm?"

"You jangan nak mengarut lah! I langsung takde niat untuk semua tu!"

"Yeke? Kalau kau nak cakap nak... kau tak payah cover-cover."

"Huhhh... nonsense. I tak nak lah dengan lelaki macam you ni."

"Lelaki macam aku? Kenapa dengan aku?"

"You kan tak suka perempuan... lagi-lagi perempuan macam I ni. Apa you cakap dulu, I bukan level you. So yeah, takpe lah kan I pakai macam ni depan you. You tak tergugat kan?"

Alara ketawa terbahak-bahak. Agak kelakar bila dia mengingati kembali kata-kata dan perbuatan Raja Adriel tempoh hari yang jelas-jelas menunjukkan lelaki itu tidak menyukai perempuan.

"Dan you takkan tergoda jugak kan? Tak kan? Apalah sangat I ni kalau nak dibandingkan dengan level-level you yang lain tu..." Sambung Alara lagi. Berani pula dia melentik-lentikan badannya di depan Raja Adriel. Memang menganjing habis.

Raja Adriel menahan geram. Giginya diketap rapat apabila dirinya sedang diejek oleh Alara. Bukan main sakan lagi Alara mengenakan dirinya. Tak boleh jadi ni, dia kena ajar Alara sikit.

Raja Adriel menarik lengan Alara supaya dekat padanya.

"It's true but after I met you... you make me turn on... so bad."

Tawa Alara terhenti serta-merta. Dia kembali kejung. Alahai, dah kenapa dengan diri dia ni. Mudah sangat terkedu dengan kata-kata Raja Adriel.

Alara cuba bertenang. Dia tidak mahu terlihat mudah lemah di depan Raja Adriel. Dia tidak akan sesekali memberi ruang kepada Raja Adriel untuk mempermainkan dirinya.

Alara menarik lengannya dari terus di pegang oleh Raja Adriel. Kini, dia pula yang meraih kedua-dua bahu Raja Adriel. Dibelek-belek tubuh Raja Adriel kiri dan kanan, atas dan bawah.

"Hmmm mana ehhh?" Alara tiba-tiba bertanya.

"Mana apa?" Raja Adriel kehairanan.

"Mana suis turn off you? I nak matikan... biar you kembali semula pada yang asal." Selamba Alara berkata.

Raja Adriel statik tidak bergerak apabila dirasakan tangan Alara meraba-raba tubuhnya dari bahu sehinggalah tangan isterinya jatuh ke bawah perut. Raja Adriel yang sudah tidak senang duduk itu pantas menepis tangan Alara. Jangan Alara nak macam-macam, dia ini lelaki normal. Kang tersalah sentuh nanti, ada yang terangkat.

"Kau tak payah pegang-pegang aku lah!" Raja Adriel menjeling Alara. "Aku memang dah auto off bila dengan kau..." Dalih Raja Adriel.

"Really? Okay that's good. Lepas ni you jangan nak pandang-pandang I lagi." Alara mengambil garfu dari pinggan Raja Adriel. "I cucuk mata you nanti."

Alara menggugut dengan menghalakan garfu pada wajah Raja Adriel. Haaa, berani Raja Adriel nak cari pasal memang kena lah nanti. Jangan nak main-main dengan Alara.

"Huhhh... ingat aku hingin sangat ke nak pandang kau?" Rengus Raja Adriel. "Bak sini lah garfu aku."

Raja Adriel ingin merampas garfu dari tangan Alara namun Alara pantas melarikan garfu sedikit jauh dari Raja Adriel.

"Ni I punya... you pergi ambik garfu lain." Jelir Alara.

Raja Adriel menyabarkan hati. Alara memang suka rembat ikut kepala sendiri aje. Dengan keterpaksaan, Raja Adriel bangun juga dari kerusi. Dia menunduk untuk mengambil garfu Alara yang jatuh tadi sebelum dibasuh di sinki. Tidak semena-mena dia yang kena mengalah.

Mereka menghabiskan cauli cheese macaroni dengan mulut terkunci apabila sudah tiada topik yang hendak digaduhkan.

Alara mengangkat punggung dan membawa pinggan kotor apabila dia sudah selesai makan. Kenyang betul perutnya sekarang. Malam-malam makan westerd food. Pergh, boleh rosak diet.

Alara mencuci pinggan dan menyimpan pinggan yang sudah di lap di dalam kabinet. Dia yang berura-ura untuk meninggalkan dapur terhenti langkah apabila Raja Adriel meletakkan pinggan di dalam sinki.

"Nah, basuh ni..." Raja Adriel memberi arahan.

Alara menghentak kaki ke lantai. Geram betul dia dengan Raja Adriel. Tadi tak nak suruh dia basuh awal-awal. Ini bila dia dah siap semuanya, baru mengada nak minta dia basuhkan lagi.

Namun, Alara menurut sahaja tanpa banyak soal. Tidak mengapalah, anggap dia membuat kebaikan kerana Raja Adriel sudah menyiapkan hidangan. Malah dia turut membasuhkan sekali kuali yang digunakan oleh Raja Adriel ketika memasak tadi. Dah alang-alang kan...

Raja Adriel pula membawa langkah ke ruang tamu. Dia ingin beristirehat sekejap kerana dia masih kekenyangan. Iphone di poket seluar ditarik. Beberapa notifikasi dibaca olehnya.

Manakala, Alara yang ingin melangkah ke bilik terpaksa berjalan sambil memegang perutnya. Nampaknya, dia sudah diserang gastrik. Ini gara-gara lambat makan, jadi perutnya telah bertindak dahulu dengan mengeluarkan asid.

Raja Adriel memalingkan wajah apabila melihat Alara tiba-tiba terduduk di lantai. Dia segera bangun dan menghampiri Alara.

"Kau kenapa?" Raja Adriel beriak risau.

Alara diam. Berkerut wajahnya menahan pedih di ulu hati.

Raja Adriel memapah Alara untuk duduk di sofa. Alara yang tidak mampu berjalan itu memaut kuat lengan Raja Adriel. Sakit di perutnya saat ini bukan main-main ya. Dia rasa nak menangis sekarang juga. Sudah lama dia tidak diserang gastrik.

"Kau gastrik ke?" Teka Raja Adriel.

Alara mengangguk lemah.

Raja Adriel bangun dari sofa dan menuju ke biliknya. Tidak sampai beberapa minit, dia turun semula. Raja Adriel duduk di bawah sofa. Dia menarik lengan Alara. Satu jarum suntikan yang mengandungi ubat ranitide bersedia untuk dicucuk pada tubuh Alara.

Alara yang melihat jarum halus itu cuba untuk menarik tangannya. Dia gerun dengan suntikan.

"You... you... you nak buat apa ni?" Alara cuak.

"Ssyyhh, duduk diam-diam. Jangan banyak bergerak." Raja Adriel membalas.

Alara menggelengkan kepala.

"Tak nak... I tak nak kena cucuk lah. Ish, janganlah..." Alara berdegil.

Raja Adriel mencengkam kuat lengan Alara supaya lekat pada sofa. Dia tidak mahu Alara meronta-ronta.

"Alara Sophia, this is for your sake. Kau nak sakit sampai esok ke?" Tegas Raja Adriel bertanya.

"I rela sakitlah dari kena cucuk. I tak suka jarum. So please... jangan tunjuk jarum tu depan I." Rayu Alara. Suaranya juga sudah hampir mahu menangis.

Alara memang fobia dengan jarum sejak dari kecil. Semua kerana abang sulungnya yang pernah membawa balik jarum suntikan ke rumah sewaktu abangnya masih mengikuti pengajian perubatan dulu. Alara yang nakal pergi bermain dengan jarum lalu tercucuk ke kulitnya. Bukan main galak dia menangis sehingga dimarahi oleh Amsyar.

Semenjak itu, Alara tidak lagi berani untuk memegang atau melihat jarum suntikan. Kalau dia pergi ke klinik abangnya pun, dia akan cuba mengelakkan diri dari melihat benda alah itu.

Tapi tempoh hari, bukan main yakin pula dia meminta dirinya untuk dicucuk gara-gara berita perjodohan bersama Raja Adriel. Yela, waktu itu ketakutan untuk disatukan bersama Raja Adriel melebihi ketakutannya pada jarum suntikan.

Raja Adriel akhirnya duduk di sebelah Alara. Jarum di tangan dibawa jauh dari mata Alara.

"Okay, aku tak tunjuk dah... takde jarum dah sekarang ni." Ucap Raja Adriel perlahan. "Kau takut jarum ya?"

Alara mengangguk laju.

"Habis kalau kau sakit nanti dan perlukan suntikan, macam mana?"

"I takkan sakit..."

"Yeke? Ni... kau sakit jugak ni..."

"Errr... ni sakit sikit aje..."

"Sikit kau cakap? Aku tengok kau dah macam mayat hidup dah..."

"Mana ada... you ni sedap mulut mengutuk I macam tu..."

"Aku bukan kutuk... Aku cakap benda betul. Kau dah tahu kau ada gastrik, yang kau pergi makan lambat dah kenapa?"

"Bukan I sengaja pun... I tak sempat nak makan tadi."

"Kau buat apa sampai tak sempat nak makan?"

"I busy lah tadi... macam-macam benda I uruskan sebelum balik."

"Kalau busy pun, janganlah bagi perut tu kosong. Kerja tu kerja jugak, kesihatan kena jaga."

"I tahulah... you tak perlulah nak bebel. I yang sakit... bukannya you."

"Memang aku kena bebel. Kau ni suka sangat sakit..."

"Kalau I sakit pun, biarlah... I bukannya susahkan you pun."

"Tak susahkan kau cakap? Kau tu isteri aku... tugas aku untuk jaga kau. Kalau jadi pape dekat kau, haaa aku jugak yang kena tanggung nanti. So, please... jangan menyusahkan aku lagi."

"You nak cakap I ni menyusahkan you ke asyik sakit?" Alara bertukar sebak. Entah kenapa, dia terasa dengan kata-kata Raja Adriel. "I tahulah dari awal you jumpa I... I selalu susahkan you. Tapi bukannya I mintak untuk sakit... Kalau you rasa jaga I ni sesuatu yang menyusahkan, then lepaskan tangan I sekarang. I boleh tanggung sendiri... selama ni pun I sakit sesorang jugak... I tak perlukan sesiapa untuk rawat I."

Alara yang hendak bangun dari sofa terasa pautan dari Raja Adriel kemas di tangannya. Alara tidak mampu untuk berdiri.

"Lepaslah... I nak masuk bilik. Nak tidur..."

Raja Adriel menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu dia telah menyinggung perasaan Alara. Isterinya tengah sakit, boleh pula dia mengeluarkan kata-kata seperti itu.

"No... aku takkan lepaskan kau. Aku takkan biarkan kau tidur dalam keadaan sakit macam ni."

"Dah tu... you nak suruh I tidur dalam keadaan apa? Dalam keadaan I kena tadah telinga dengar you cakap I ni macam-macam? Gitu ke?" Alara mengalirkan air mata. Dia sedikit rapuh malam ini. Mungkin kerana dimarahi oleh Raja Adriel kot.

Raja Adriel sudah rasa serba salah saat melihat air mata Alara menitis jatuh ke pipi. Terasa dayus pula kerana membuat seorang isteri menangis kerana perbuatannya.

"Hey Alara... kenapa menangis ni, hmmm?" Raja Adriel menyekat air mata Alara dari terus jatuh di wajah jelita itu. "Okay... abaikan kata-kata aku. Itu semua tak penting... apa yang penting sekarang... kau takkan tanggung sakit kau sesorang dah."

Raja Adriel mengelus wajah Alara. Dia ingin memujuk Alara supaya tidak berjauh hati dengan apa yang diucap olehnya tadi.

Alara bertukar menjadi patung saat dirinya dibelai lembut oleh Raja Adriel. Dia bagaikan lumpuh untuk menghalang tangan Raja Adriel dari mendarat di wajahnya.

"Apa... apa maksud you?" Alara cuba bertanya untuk menghilangkan debar di dada yang datang menjengah.

"Maksud aku... aku akan jaga kau. Sekerap mana pun kau sakit, aku akan ada dengan kau." Tutur Raja Adriel perlahan. "Just let me feel your pain, let me release your pain and let me take your pain away... because... I can't bare to see you sick... or seeing you crying like this..."

Benar, Raja Adriel tidak tegar melihat Alara sakit dan dia juga tidak akan mengingkari janjinya kepada keluarga Alara untuk memastikan Alara sentiasa dalam keadaan baik. Sekeruh mana pun hubungan mereka, Alara adalah tanggungjawab yang perlu diutamakan sebaik akad dilafaz. Habis dia nanti akan diserang oleh abang-abang iparnya jika mengetahui Alara sakit. Memang jatuh status suami mithali yang disandangnya jika dia gagal menjalankan amanah ini.

Debaran di dada Alara pula makin kuat terasa lagi-lagi apabila anak matanya saling bersabung dengan anak mata Raja Adriel. Tepat menusuk ke hati sehingga Alara tidak mampu untuk bersuara. Dia kehilangan kata-kata untuk membalas kerana ucapan Raja Adriel bagaikan merobek tangkai hatinya yang sudah ditutup buat lelaki.

Lama mereka bertatapan sehinggalah...

"Okay done..." Raja Adriel tiba-tiba bersuara.

Alara tersentak dan segera melihat tangannya yang sedang ditampal kapas.

"You... you buat apa ni?"

"Aku suntik kau lah..." Jawab Raja Adriel santai.

"Haaa? Suntik? Bila masa you suntik I?"

Alara benar-benar tidak sedar bila dirinya disuntik oleh Raja Adriel. Dia langsung tidak berasa sakit.

"Masa kau tenung muka handsome aku tadi." Raja Adriel tersenyum sinis.

Raja Adriel pandai mengalihkan perhatian Alara supaya tidak tertumpu kepada jarum. Dia membuat Alara leka seketika sebelum tangannya menjalankan kerja untuk memberikan suntikan kepada Alara dalam diam. Dan tidak sampai beberapa saat, dia berjaya menyuntik Alara.

Alara termalu sendiri. Boleh pula Raja Adriel mengusiknya begitu. Dah lah dia memang sedaya upaya untuk mengawal rentak jantung yang berdegup tanpa henti ini. Kang Raja Adriel dengar nanti, ada yang lagi malu. Cukuplah dia dah malu akibat perutnya, jangan jantung dia pula yang buat hal.

"So how, feeling better now?" Tanya Raja Adriel apabila melihat Alara hanya diam.

"Errr... yes... better." Alara menjawab tanpa menoleh Raja Adriel di sebelah.

Sememangnya sakit di perut Alara bagaikan hilang serta merta. Wah, cepat juga suntikan yang diberi oleh Raja Adriel bertindak di dalam tubuhnya. Ubat apa yang diguna oleh Raja Adriel ini?

"Okay good... now kau dah boleh pergi tidur. Come..." Raja Adriel menarik tangan Alara untuk bangun.

Alara hanya membiarkan tangannya dipegang oleh Raja Adriel. Dia mengikut suaminya yang sudah membawa dia ke bilik tidur. Alara yang sudah berdiri di depan katil terus cepat-cepat merebahkan dirinya ke tilam. Mata dipejam rapat untuk mengelakkan dari memandang wajah Raja Adriel yang sedang menyelimutkan dirinya.

Raja Adriel keluar dari bilik.

Alara terus menepuk-nepuk dadanya. Hampir semput dia dengan apa yang berlaku tadi. Kenapa Raja Adriel begitu gentleman? Kenapa Raja Adriel langsung tidak terlihat kekok ketika merawatnya tadi? Ah kenapa...

Alara yang baru hendak melayan perasaan kembali memejamkan mata apabila melihat Raja Adriel masuk semula ke biliknya.

"Lara... ni aku bawakkan kau biskut dan snacks untuk disimpan dalam bilik kau. Incase kau lapar waktu malam, kau boleh makan ni dulu untuk elakkan perut kau dari masuk angin. Aku dah isikan jugak botol minuman kau dengan air masak. Minum air secukupnya... jangan bagi badan kau kurang air dan dehidrasi." Raja Adriel memberi pesanan khidmat seorang suami kepada isteri.

Alara mencelikkan sedikit mata dan melihat Raja Adriel sedang menyusun pelbagai jenis biskut di dalam bakul kecil.

"Esok pagi aku akan fly pergi Italy. Aku ada hal urgent nak kena selesaikan di sana. Seminggu aku takkan ada di rumah. So, kau jaga diri kau. Jangan jatuh sakit lagi. Kalau nak sakit pun, tunggu aku balik dulu. Faham?" Raja Adriel duduk di sebelah katil Alara.

Alara hanya mengangguk kecil dengan mata masih terpejam.

"Good... dah... kau tidurlah." Raja Adriel mengemaskan selimut di tubuh Alara. Raja Adriel bangun dan menutup rapat pintu bilik Alara. Biarlah Alara tidur dengan tenang.

Sebaik Raja Adriel benar-benar sudah keluar, Alara menolak selimut dari badannya. Dia meraut rambutnya ke belakang berkali-kali. Alara cuba menarik nafas untuk melegakan dirinya dari perasaan aneh yang menyerang diri kala ini.

'Kenapa dengan aku ni?'

Alara tidak dapat mentafsirkan perasaan tersebut. Dia mengerling melihat meja di sisi katil. Laju tangannya mencapai botol minuman. Hampir separuh air diteguk untuk melegakan dirinya yang masih dihimpit rasa debar. Yela, mana pernah dia menerima layanan begini dari seorang lelaki lagi-lagi dari lelaki seperti Raja Adriel.

Alara yang selama ini menuduh Raja Adriel bukan-bukan terasa sedikit terharu kerana malam ini, dia bagaikan melihat sisi lain Raja Adriel. Dari awal tadi, Raja Adriel mencempungnya bawa ke katil, kemudian Raja Adriel menyediakan dia hidangan untuk menghilangkan rasa lapar dan Raja Adriel juga merawatnya ketika dia tidak mampu menahan sakit.

'Kenapa... kenapa... kenapa dia layan aku macam ni?'

Alara cuba untuk mencari kepastian. Takkanlah... takkanlah. Ish, tak mungkin. Terang-terang Raja Adriel tidak menyukai dirinya. Jadi, tolong jangan perasan Alara. Raja Adriel cuma buat semua ini atas dasar tanggungjawab. Ya, betul tu. Tidak lebih dan tidak kurang. Alara mengangguk dengan anggapan yang dibuat.

Alara meletakkan kepala pada bantal. Dia cuba menggosongkan fikiran dari terus berfikir perkara yang tidak pasti. Haih, tidur Alara tidur. Semua ini hanya permainan dunia. Jangan terperdaya kerana kelak dia juga yang akan merana.

'Selamat malam dunia tipu-tipu.'

Alara menarik selimut rapat pada dadanya dan memaksa diri untuk tidur. Baik dia tidur sebelum perasaan lain pula yang datang. Apa orang kata, lebih baik mencegah dari merawat. Haaa gittew. 



- Tbc - 

Kalau macam ni layanan, hari-hari sakit pun takpe. Ye dok?

Continue Reading

You'll Also Like

357K 19.1K 27
Mature Content ❗❗❗ Lima tahun seorang Kaia habiskan hidupnya sebagai pekerja malam di Las Vegas. Bukan tanpa alasan, ayahnya sendiri menjualnya kepad...
2.9M 302K 50
Bertunangan karena hutang nyawa. Athena terjerat perjanjian dengan keluarga pesohor sebab kesalahan sang Ibu. Han Jean Atmaja, lelaki minim ekspresi...
688K 34.1K 51
Ravena Violet Kaliandra. Mendengar namanya saja membuat satu sekolah bergidik ngeri. Tak hanya terkenal sebagai putri sulung keluarga Kaliandra yang...
1.9M 8.5K 17
LAPAK DEWASA 21++ JANGAN BACA KALAU MASIH BELUM CUKUP UMUR!! Bagian 21++ Di Karyakarsa beserta gambar giftnya. 🔞🔞 Alden Maheswara. Seorang siswa...