The King Romance (HIATUS)

By Wnfhanna

715K 36.7K 7K

Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat dira... More

PROLOG
The King Romance: 1
The King Romance: 2
The King Romance: 3
The King Romance: 5
The King Romance: 6
The King Romance: 7
The King Romance: 8
The King Romance: 9
The King Romance: 10
The King Romance: 11
The King Romance: 12
The King Romance: 13
The King Romance: 14
The King Romance: 15
The King Romance: 16
The King Romance: 17
The King Romance: 18
The King Romance: 19
The King Romance: 20
The King Romance: 21
The King Romance: 22
The King Romance: 23
The King Romance: 24
The King Romance: 25
The King Romance: 26
The King Romance: 27
The King Romance: 28
The King Romance: 29
The King Romance: 30
The King Romance: 31
The King Romance: 32
The King Romance: 33
The King Romance: 34
The King Romance: 35
The King Romance: 36
The King Romance: 37
The King Romance: 38
The King Romance: 39
The King Romance: 40
The King Romance: 41
The King Romance: 42
The King Romance: 43
The King Romance: 44
The King Romance: 45
The King Romance: 46
The King Romance: 47
The King Romance: 48
The King Romance: 49
The King Romance: 50
The King Romance: 51
The King Romance: 52
The King Romance: 53
The King Romance: 54
The King Romance: 55

The King Romance: 4

9.9K 483 38
By Wnfhanna

Sudah seminggu sejak peristiwa Alara mengetahui tentang kecurangan Hariz. Dan, kini dia sudah boleh menerima apa yang berlaku itu dengan hati terbuka. Dia tidak meratapi dan tidak juga menangis. Entah kenapa, selepas kejadian itu, banyak pula kejadian lain yang menimpa dirinya yang membuatkan dia tidak sempat untuk berfikir tentang Hariz.

Yela, bila diingatkan kembali, macam-macam berlaku padanya. Dia tersalah menaiki kereta lelaki yang tak dikenali, dia bertemu pesakit yang membuat darahnya naik menggelegak dan macam-macam lagilah. Haih, kenapa lelaki-lelaki yang muncul dalam hidup dia semua menyakitkan hati ya?

Alara termenung ke luar tingkap cermin kaca. Dia sedang menunggu kehadiran Fariha. Hari ini dia ingin berjumpa dengan Fariha. Dia sudah bersedia untuk berkongsi dan bercerita pada temannya yang satu itu.

Fariha melangkah masuk ke Kaffe 16. Dia memanjangkan leher mencari kelibat Alara. Terus dia mengatur langkah sebaik melihat Alara di satu sudut meja di hujung kafe.

"Lara... sorry aku lambat. Jalan jammed sikit tadi." Fariha menarik kerusi di hadapan Alara.

"It's okay... aku pun baru jugak sampai. Around 10 minutes..."

"Fuhhh nasib baik..." Fariha menarik nafas lega. "Anyway, lama gila tak jumpa kau. Eeeiii rindu..."

Fariha meraih tangan Alara di atas meja. Dia memandang Alara yang kelihatan sedikit sugul.

"Babe... kau kenapa? Okay tak?" Fariha bertanya risau.

Alara menarik nafas panjang.

"Entahlah Far... aku tak tahu aku okay atau tak sekarang ni..." Jawab Alara perlahan.

"Kenapa? Ada pape jadi ke? Cepat, cerita dekat aku..." Fariha sudah sedia untuk menjadi pendengar.

Alara diam sejenak. Dia cuba menyusun ayat untuk memberitahu tentang hubungannya dengan Hariz sudah berakhir.

"Actually... aku dan Hariz dah putus."

Fariha yang sedang meneguk secawan latte tersedak.

"Putus? Apa maksud kau? Sejak bila putus? Macam mana boleh putus? Siapa yang mintak putus dulu?" Bertalu-talu Fariha bertanya.

"Eeiii kau ni... sejak bila jadi inspektor pulak? Cuba tanya satu-satu..." Jeling Alara.

"Sejak aku dengar kau dah putus. Cepat, aku perlu tahu semuanya. Biar aku jalankan tugas dengan menyiasat kes kau ni..." Fariha sudah menjiwai watak seorang inspektor. Wah, dah macam Gerak-Gerak Khas pula.

"Aku perlu jawab semuanya serentak ke?" Tanya Alara.

Fariha mengangguk laju.

"Hmmm... kalau kau nak tahu, aku dah seminggu putus dengan Hariz..."

"What?! Lama tu... kenapa kau tak bagitau aku?" Fariha mencelah.

"Aku bukan tak nak bagitau kau, tapi aku perlu masa untuk digest apa yang jadi. Semua berlaku tanpa diduga." Ujar Alara.

"Okay... sekarang cerita dekat aku dengan lebih lanjut..." Pinta Fariha.

"Aku tak tahu nak ringkaskan macam mana, tapi Hariz curang belakang aku. Aku pun tak tahu sejak bila Hariz jalinkan hubungan lain tanpa pengetahuan aku dan dia sanggup tipu aku... aku percaya dia sibuk bekerja tapi sebenarnya..." Alara berhenti seketika.

Fariha sabar menunggu Alara menyambung cerita. Dia membelai tangan Alara yang tampak sebak itu.

"Sebenarnya, dia sibuk tidur dengan perempuan lain..."

Fariha terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Alara.

"Seriouslah babe?!"

Alara mengangguk laju.

"Macam mana kau tahu?" Fariha sudah panas hati mendengar cerita Alara. Uish, gossip hangat betul ni.

"Aku pergi ke rumah Hariz hari tu. Aku plan nak surprise kan dia tapi sebenarnya aku yang kena surprise. Hariz tidur dengan perempuan lain. Aku nampak depan mata sendiri." Alara menunduk. Ah, dia ingat kembali peristiwa itu. Bencinya.

Fariha menggosok lengan Alara. Dia cuba memberikan Alara semangat.

"Omg! Teruknya! Apa punya jantan lah dia tu?! Dapat awek cantik macam kau pun, dia boleh cari perempuan lain lagi? Apa tak cukup dengan satu ke? Nak sangat ke jadi macam Abang Tesla tu? Ish, tak sedar diri. Dah lah pakai Nissan aje. Itu pun yang second hand punya. Berani dia nak curang? Dasar jantan tak guna!" Hambur Fariha geram.

"Entahlah Far... aku pun tak tahu apa yang dia nak dalam hidup dia. Aku punyalah baik dengan dia tapi macam ni dia pijak aku? Tergamak dia curang belakang aku. Sakit hati aku Far dapat tahu semua ni... apa salah aku? Apa dosa aku sampai aku kena tipu hidup-hidup macam ni?" Alara mula menangis.

"Ssyyyhh, jangan cakap macam tu, Lara. Kau takde salah lah. Jantan tu aje yang tak reti bersyukur. Dah dapat yang permata, pergi pula cari yang kaca."

"Tapi... kenapa mesti Isyika?"

"Isyika apa? Maksud kau?"

"Dia jalinkan hubungan dengan Isyika. Dan, aku nampak babe dia buat benda terkutuk tu dengan Isyika. Ya Allah... hancurnya hati aku..." Teresak-esak Alara menangis.

"Wehhh?! Kau biar betul?! Isyika dengan Hariz?! What the..." Fariha benar-benar tidak menyangka, tergamak kawan mereka buat begini pada Alara.

"Sekarang kau tahu kan, kenapa aku ambik masa seminggu untuk fikirkan semua ni. Aku rasa macam mimpi. Dua orang yang paling aku percaya sanggup tikam aku dari belakang..." Ucap Alara luluh.

Fariha terus bangun dan duduk di sebelah Alara. Tubuh Alara ditarik rapat padanya.

"Dah... dah... kau tak perlu teruskan cerita kalau itu buat kau lagi sakit." Fariha membelai rambut Alara.

"Aku memang sakit, Far... sakit untuk aku tanggung semua ni. Aku tak mintak pun semua ni jadi, tapi kenapa... kenapa aku perlu hadap sakit ni jugak? Kenapa, Far?" Alara menangis di pelukan Fariha.

Fariha jatuh simpati dengan nasib rakannya itu. Berat sungguh ujian yang menimpa Alara. Kekasih yang dipuja selama ini sanggup menduakan dirinya. Dia yang menjiwai watak inspektor pun tidak mampu meneruskan siasatan. Mahu dia yang masuk penjara kerana rasa marah memuncak kepada manusia-manusia yang tidak guna itu.

"Aku faham, Lara... aku tahu benda ni tak mudah. Tapi, percayalah. Mesti ada hikmah kenapa semua ni jadi. Buktinya, si Hariz tu memang jantan tak guna. Dia tak layak untuk kau. Dia bukan lelaki yang baik untuk kau, Lara..."

"Tapi... dia cakap dia sayangkan aku..."

"Semua tu mainan di mulutnya aje. Lelaki kalau dia sayang, dia takkan curang belakang kita. Dia akan dahulukan kita. Dia akan buktikan kata-kata dengan tindakan. Bukannya, bila pasangan jauh, terus dia cari lain." Jawab Fariha.

Alara meneruskan tangisan. Walaupun dia bencikan perbuatan Hariz, tapi tipulah hatinya telah melupakan Hariz.

"Dah... takde guna kau nangis sebab dia. Ni aku nak tanya, ada dia cari kau lepas kejadian dia kantoi curang tu?" Fariha menyoal.

Alara menggeleng lemah.

"Takde... tapi aku block dia dekat semua platform media." Jawab Alara.

"Tak kisahlah kau block atau tak. Kalau betul-betul dia sayangkan kau, dia akan cari cara untuk jumpa kau. Haaa, sekarang dah jelas bersuluh, dia tu memang jantan tak guna. Dah puas gunakan kau, dia biarkan kau macam gitu aje."

Alara hanya diam. Dia pun ada terfikirkan benda yang sama juga.

Fariha meraih wajah Alara untuk memandang padanya.

"Aku nak kau dengar sini, Lara. Antara kau dan Hariz tu dah over. Kau tak perlu persoalkan apa salah kau sampaikan Hariz tergamak buat kau macam tu. Jangan sesekali kau fikir lagi. Sekarang ni, aku nak kau mulakan hidup baru. Cari kebahagiaan baru. Fokus pada masa depan kau. Tunjukkan yang kau boleh hidup walaupun tanpa cinta dari jantan tak guna tu. Buat dia menyesal sebab permainkan kau."

Alara menahan sebak. Sakit rupanya pertama kali putus cinta ini.

"Faham tak apa aku cakap tu?"

Alara mengangguk lemah.

"Bagus... now aku nak kau minum macchiato kau ni. Lepas tu nanti, jom aku bawak kau pergi somewhere..."

"Somewhere? Pergi mana?"

"Kita pergi berhibur... haaa itu lagi bagus dari kau duk nangis aje macam ni."

Alara menyambut huluran gelas minuman dari Fariha. Kering pula tekaknya kerana menangis. Habis sengau suaranya tika ini.

Fariha pula tekun menggosok belakang badan Alara. Dia turut menghulurkan tisu untuk Alara menyapu tangisan. Memang siap dua manusia itu kalau dapat padanya. Akan dia ganyang sampai lumat. Berani mereka buat Alara menangis.





♛♛♛♛♛♛





Raja Adriel menyandarkan kepala pada kerusi eksekutif. Sehari suntuk dia menghadap tugasan pejabat semata-mata kerana audit. Haih, penat betul dia hari ini. Memang tidak sempat rehat atau nap sekejap. Ke hulur dan ke hilir dia menghadiri mesyuarat syarikat.

Raja Adriel memejamkan mata. Ada beberapa dokumen perlu disemak dan diserahkan pada Raja Auliya esok. Walaupun mereka berketurunan kerabat, mereka tetap menjalankan business perniagaan keluarga.

Syarikat yang dijaga Raja Adriel ini ditubuhkan di bawah namanya sendiri yang diberi nama R&A Holdings iaitu pengurusan perniagaan hartanah. Dan, jawatan yang dipegang juga bukanlah jawatan yang main-main. Segala pentadbiran dan organisasi syarikat di bawah pemantauannya kerana dia antara CEO muda di Malaysia.

'Tukkk... tukkk...'

Kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar.

Raja Adriel menekan butang kecil di hujung meja untuk memberi akses pada orang yang mengetuk pintu itu. Siapa pula kacau dia ingin rehat ni?

"Weh... kau tak balik lagi ke?" Tanya Raja Haziq apabila mendekati meja kerja Raja Adriel.

"Habis, sekarang kau nampak aku balik ke tak?" Raja Adriel membalas dengan soalan.

"Entahlah... tak sure sama ada ni betul-betul kau atau jelmaan kau." Raja Haziq ketawa.

"Kalau aku ni jelmaan, dah lama aku terkam kau dan campak kau ke alam barzakh..." Balas Raja Adriel kasar.

"Wow... pedih mat. Aku punya doa mintak dipanjangkan umur, tapi kau sendiri nak pendekkan umur aku. Janganlah gitu, aku ni kahwin pun tak lagi tau. Bagilah aku rasa dulu nikmat dunia..." Raja Haziq loyar buruk.

"Nikmat apa yang kau nak?" Tanya Raja Adriel malas.

"Nikmat berhibur puas-puas..." Raja Haziq menayangkan sengihan. "Jom keluar. Having fun..."

Raja Adriel mengerling pada Raja Haziq yang sedang mengangkat-angkat kening.

"Malaslah... aku tak rasa nak keluar..."

"Come on bro... tadi kau stress dengan audit kan. Sekarang kita enjoy..."

Raja Adriel membetulkan duduk. Tangannya disilangkan dengan kepala masih bersandar pada kerusi.

"Kau pergi ajelah... Aku nak rest ni..." Jawab Raja Adriel malas.

Raja Haziq mencebik. Dan-dan pula nak rest. Selalu Raja Adriel ini paling tidak lekat di pejabat. Ini mesti dah kena bebel oleh Raja Auliya. Itu yang dah bertukar jadi CEO yang tak sanggup tinggalkan pejabat.

"Kalau kau sayangkan aku, jomlah teman aku keluar." Raja Haziq buat-buat sedih.

Raja Adriel celik mata. Dia mencapai pen di meja dan membalingkan pada Raja Haziq.

"Kau tak payah nak buat drama depan aku lah!"

"Mana ada... aku perlukan kau untuk lindung aku. Macam mana kalau jadi pape pada aku nanti? Haaa, mesti kau jugak yang risau kan. So, why not, kau teman aku malam ni... at least aku selamat pergi dan pulang." Raja Haziq cuba menggunakan teknik psikologi.

Raja Adriel mengeluh. Pantang betul isu keselamatan dibangkitkan.

"Kau dah besar panjang kan, dah boleh jaga diri sendiri. Dah... keluar. Aku nak rehat." Tegas Raja Adriel berkata.

"Hmmm... takpelah. Kalau kau tak sudi, aku keluar dulu lah. Tapi, nanti kau jawablah dengan Nenda kalau jadi pape pada aku."

Raja Haziq terus mengangkat punggung. Dalam kata-kata yang dia tinggalkan pada Raja Adriel. Haaa, mesti Raja Adriel tidak senang duduk. Sebut sahaja tentang Nenda mereka, Raja Adriel pasti gelisah. Itu adalah kunci kelemahan Raja Adriel.

Raja Adriel membentak sedikit sebelum tubuhnya bangun juga dari kerusi. Dia mengejar langkah  Raja Haziq dan sempat dia memukul belakang badan sepupunya itu. Pandai betul Raja Haziq mengumpannya.

Mereka memilih Havana Bar & Grill sebagai tempat hiburan malam ini. Raja Haziq betul-betul berseronok memandang sekeliling. Yela, ramai wanita seksi dan cantik sedang menari-nari mengikut rentak muzik yang dipasangkan. Memang berhibur sakan malam ini.

Raja Adriel pula menunjukkan riak wajah bosan. Meluat betul dia kalau di bawa datang ke tempat seperti ini. Dia dah lama tidak menjejakkan kaki ke bar. Hampir dua tahun rasanya.

Raja Adriel meneguk jus oren di tangan. Dia hanya memandang kosong wanita-wanita yang menggeletis dan menggedik itu. Dia tidak beminat dengan hiburan seperti ini.

"Weh, kau pilih lah awek mana kau nak malam ni." Ujar Raja Haziq.

"Awek? Untuk apa?" Tanya Raja Adriel berkerut.

"Untuk apa kau tanya? Haiii... takkan tak faham lagi kot untuk apa." Raja Haziq tersenyum sinis.

"Nonsense. Kalau kau nak, kau rembat sorang. I'm not interested into it. Dah, aku nak blah dulu..." Raja Adriel meneguk rakus minuman di gelas sebelum dia bangun dari kerusi. Dia ingin pulang sekarang. Dia membetulkan mask di wajah.

"Weh tunggulah..."

Raja Haziq mengejar langkah sepupunya itu. Mak aiii, laju betul jalan.

Raja Adriel tidak menghiraukan panggilan di belakang. Dia terus mengatur langkah untuk keluar dari bar. Dan, tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang.

"Aucchhh..." Seorang wanita mengaduh.

Raja Adriel memandang wanita itu. Aduh, sakit matanya. Pakaian memang tembus habis.

"You ni buta ke langgar orang macam tu?" Marah wanita itu seraya bangun dari jatuh terduduk.

Namun, wanita itu bagaikan terpersona melihat Raja Adriel yang segak mengenakan sut hitam serta bertali leher. Wah, ini mesti orang-orang kenamaan ini. Lihat pada gaya pun sudah tahu.

"But nevermind... tak sakit mana pun." Sambung wanita tadi dengan suara menggoda.

Raja Adriel terus ingin beredar tapi langkahnya terhenti apabila lengannya dipaut oleh wanita itu.

"Where are you going? Masih awal lagi ni, jomlah kita kenal-kenal dan minum-minum dulu. Then, maybe kita boleh hook up." Ajak wanita itu dengan senyuman penuh makna.

Raja Adriel menarik nafas panjang sebelum tangan wanita itu ditarik dan dicengkam.

"I don't have time for that. Don't you ever dare to offer me with that kind of bullshit!" Raja Adriel menolak wanita itu sehingga jatuh kali kedua. Dasar perempuan murahan.

Wanita itu terus memegang pergelangan tangannya yang terasa pedih. Kuat betul Raja Adriel memegangnya tadi. Hampir biru kulitnya.

Raja Haziq pula hanya menjadi pemerhati. Hmmm, memang itu sikap semula jadi Raja Adriel. Tidak suka didekati dan digoda. Sakit makan dia.

Raja Adriel mengorak langkah jauh meninggalkan bar. Pandai-pandailah Raja Haziq mengejarnya.

Manakala, Alara dan Fariha pula seronok menyanyi di pusat karaoke. Pelbagai jenis lagu mereka nyanyi. Walaupun suara masing-masing sudah serak, tapi mereka tetap berhibur. Memang segala kesedihan yang melanda diri Alara tadi terus terbang.

Alara memilih lagu terakhir sebagai penutup untuk aktiviti mereka malam ini.


Sampai saat ini tak terpikir olehku

Aku pernah beri rasa pada orang sepertimu

Seandainya sejak awal tak kuyakinkan diriku

Tutur kata yang sempurna, tak sebaik yang kukira

Andai ku tahu semua akan sia-sia

Takkan kut'rima cinta sesaatmu

Bagaimana dengan aku terlanjur mencintaimu?

Yang datang beri harapan, lalu pergi dan menghilang

Tak terpikirkan olehmu, hatiku hancur kar'namu

Tanpa sedikit alasan, pergi tanpa berpamitan

Takkan kut'rima cinta sesaatmu

Seandainya sejak awal tak kuyakinkan diriku

Tutur kata yang sempurna, tak sebaik yang kukira

Andai ku tahu semua akan sia-sia

Takkan kut'rima cinta sesaatmu

Bagaimana dengan aku terlanjur mencintaimu?

Yang datang beri harapan, lalu pergi dan menghilang

Tak terpikirkan olehmu, hatiku hancur kar'namu

Tanpa sedikit alasan, pergi tanpa berpamitan

Takkan kut'rima cinta sesaatmu

Sial-sialnya ku bertemu dengan cinta semu

Tertipu tutur dan caramu

Seolah cintaiku

Puas kau curangi aku?

Bagaimana dengan aku terlanjur mencintaimu?

Yang datang beri harapan, lalu pergi dan menghilang

Tak terpikirkan olehmu

Hatiku hancur kar'namu

Tanpa sedikit alasan, pergi tanpa berpamitan

Takkan kut'rima cinta sesaatmu

Penuh penghayatan sekali Alara menyanyikan sebuah lagu terkenal dari penyanyi Mahalini. Memang lagu itu betul-betul mengambarkan situasinya sekarang. Lirik lagu sudah jelas menunjukkan bahawa dirinya hanya sia-sia bercinta bersama dengan Hariz selama ini.

Fariha pula ternganga mulut mendengar nyanyian Alara. Betul-betul Alara lepas geram melalui lagu. Memang padu betul Alara ini. Boleh cuba jadi penyanyi pula.

Selesai berkaraoke, mereka berjalan keluar.

"Weh, suara kau memang sedaplah, Lara..." Puji Fariha.

"Yeye aje kau ni... ni kalau sedap, takdelah langit macam nak hujan kejap lagi." Alara memandang langit malam yang kelihatan seperti ingin hujan.

"Alaaa... anggaplah tu hujan rahmat." Usik Fariha.

Mereka bergabung tawa. Seronok betul mereka menghabiskan masa bersama-sama.

Tiba-tiba, Fariha menghentikan langkah.

"Lara... kejap..."

Alara memandang Fariha dengan pandangan pelik.

"Kenapa?"

Fariha membelek-belek tas di tangan.

"Alamak... aku rasa aku tertinggal powerbanklah dekat bilik karaoke tadi." Beritahu Fariha.

"Yeke? Dah, baik kau pergi ambik cepat sebelum orang lain ambik." Arah Alara.

Fariha pantas mengangguk.

"Kau tunggu sini kejap ek... aku pergi ambik."

Fariha terus berlari semula menuju ke pusat karaoke. Nasib baik, mereka tidak berjalan jauh lagi.

Alara terus memandang keadaan sekeliling. Terus dia rasa meremang apabila baru sedar keadaan di sekitar itu agak sunyi.

'Cepatlah Far...' Gerutu hati Alara.

Bunyi guruh kuat disertakan hujan lebat. Alara sudah basah. Dia berlari-lari mencari tempat untuk berteduh. Punya badannya menggigil menahan sejuk dengan angin kuat. Dia pula memakai baju yang nipis kainnya. Memang terus rasa sejuk itu ke kulit.

Alara membawa keluar Iphone dari poket jeans hitamnya. Dia ingin memaklumkan pada Fariha tentang keberadaannya sekarang. Risau Fariha tercari-carinya pula.

'Your Iphone is running out battery.'

Alara mengeluh. Elok pula Iphonenya mati di saat-saat ini. Dia pula lupa nak bawa powerbank juga. Takpelah, nanti dia pinjam aje powerbank Fariha.

Alara melilau memandang ke sekitar kawasan karaoke tadi. Dia akan menjerit memanggil nama Fariha nanti sebaik Fariha keluar dari bangunan itu.

Namun, Alara terkejut apabila melihat tiga orang lelaki datang menghampirinya. Alara cuba berlagak tenang. Fikirnya, mungkin mereka ingin berteduh juga.

Tapi, makin lama makin dekat. Alara sudah ketakutan. Dia segera memegang kemas tas di tangan. Risau kalau dia dirompak pula.

"Kkk- korang nak apa ni?" Tanya Alara takut apabila salah seorang dari mereka memegang tangan Alara.

"Nak kau... nak kau si cantik manis ni..." Jawab lelaki itu.

"Untuk apa? Lepaslah..." Alara cuba menarik tangannya kembali.

"Kau jangan nak banyak gerak. Kalau kau nak selamat, baik kau diam dan tutup mulut." Ugut lelaki itu.

Alara menggeleng-geleng. Dia tetap meronta minta dilepaskan.

"Korang jangan berani nak buat bukan-bukan! Aku jerit nanti!" Jawab Alara berani.

"Jeritlah kalau berani..." Kata dua lelaki di belakang.

Alara menelan liur. Dia tiada senjata apa-apa sekarang ini melainkan meminta pertolongan. Baiklah, Alara menarik nafas dalam-dalam.

"Tolong!! Tolong!! Tolong!!" Alara menjerit sekuat mungkin.

Tiga lelaki itu terkejut dengan jeritan Alara. Lantas mereka mengeluarkan kain kecil yang diletakkan chloroform dan menekup mulut Alara.

"Tolong... tolong... to..." Alara semakin lemah dan terus tidak sedarkan diri.

Mereka bertiga terus mengheret Alara untuk ke suatu tempat.

Sementara itu, Raja Adriel dan Raja Haziq juga berteduh di bangunan berdekatan terdengar suara wanita menjerit.

"Bro, kau dengar tak apa yang aku dengar?" Tanya Raja Haziq.

Raja Adriel hanya mengangguk.

"Weh... bunyi apa tu? Memang orang minta tolong atau... benda lain yang mintak tolong?" Raja Haziq sudah menunjukkan riak seram. "Weh, dah jomlah gerak balik sekarang..."

Raja Haziq terus menarik tangan Raja Adriel. Tak kisah mereka basah, janji mereka cepat-cepat meninggalkan tempat itu. Takut pula nak lama-lama di situ.

Sementara itu, Alara tersedar apabila dirasakan tubuhnya bagaikan sedang dibelai. Dia mencelik matanya beberapa kali. Entah kenapa dia rasa sungguh mamai ketika ini.

Alara cuba untuk melihat keadaan sekeliling dengan jelas. Bagaikan mahu terkeluar biji mata apabila sekumpulan lelaki sedang memandangnya yang sedang terbaring.

"Korang ni siapa?" Alara bertanya dalam ketakutan. Terus mamainya hilang.

Mereka semua ketawa melihat Alara yang menggigil hebat itu.

"Rileks lah... jangan takut-takut. Kitorang tak buat pape pun pada kau..." Jawab mereka.

"Korang nak apa ha? Korang nak apa dari aku?!" Tempik Alara kuat.

"Bukan kitorang nak kau... tapi... ni... dia yang nak kau..." Mereka semua memberi laluan pada seseorang.

Muncul seorang lelaki yang agak berusia di antara mereka.

"Alara Sophia. Pelakon terkenal di Malaysia..." Lelaki itu bersuara. "Wah, cantik rupanya kau depan-depan ya..."

Lelaki itu duduk di sebelah Alara. Tangannya mengelus pipi Alara.

Alara segera menepis.

"Kau siapa ha? Kenapa kau culik aku macam ni?"

"Aku siapa? Rasanya kau tak perlu tahu kot... sebab tugas kau sekarang ni untuk layan aku aje..."

"Layan? Layan apa?"

"Layan aku atas katil... aku dah beli kau, Alara Sophia. Aku nak rasa kau malam ni." Lelaki itu bernada ghairah.

Alara menelan liur. Sungguh terkejut dia mendengar pengakuan itu. Terus otaknya teringat kisah selebriti dari negara Thailand yang mati dibunuh akibat dijual juga. Alara sudah berdebar-debar. Adakah dia bakal menerima nasib yang sama?

"Kau beli aku dari siapa ha?!"

"Ssyyhh, kau tak perlu tahu siapa yang jual kau. Itu semua tak penting sekarang ni..."

Alara menggeleng beberapa kali. Dia cuba untuk bangun tapi tubuhnya ditolak kuat jatuh ke sofa. Berkerut wajah Alara menahan sakit apabila pinggangnya terkena kayu kerusi.

"Kau nak pergi mana, Alara? Aku dah beli kau dengan harga mahal. Jadi, jangan kau berani nak lari dari aku." Ucap lelaki itu keras.

"Lepaskan aku lah!!! Lepaskan aku!!!" Alara cuba menendang lelaki itu tapi kuat tubuhnya dipegang oleh lelaki-lelaki lain.

"Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat apa yang aku nak dari kau."

"Jangan mimpilah kau boleh dapat aku!" Alara meludah pada wajah lelaki tua itu.

Lelaki itu mencerlung memandang Alara.

"Berani kau ludah aku?!"

'Pang.'

Lelaki itu terus menampar pipi Alara. Pecah bibir Alara sehingga mengeluarkan darah.

"Lepaskan aku lah..." Alara masih meronta.

"Kau duduk diam-diam, Alara! Jangan nak bagi aku sakitkan kau lagi."

"Aku rela sakitlah dari serah tubuh aku dekat lelaki bodoh macam kau ni!"

"Sial kau, Alara!"

Lagi sekali Alara ditampar kuat sehingga kulit wajahnya bertukar merah.

Alara sudah menangis. Dia tidak mempedulikan rasa sakit di tubuh dan wajahnya. Apa yang dia pedulikan sekarang adalah maruah dirinya.

Lelaki itu terus merentap baju kemeja di tubuh Alara. Terliur dia melihat tubuh basah Alara.

Alara cuba menghalang dari tubuhnya terdedah tapi tangannya kuat dipegang sehingga dia tidak mampu untuk bergerak.

"Lepaskan aku lah!!!!" Jerit Alara lagi.

Lelaki itu tidak mempedulilah jeritan Alara. Dia sudah bernafsu untuk meratah tubuh Alara saat ini.

Alara cuba untuk mengumpul kekuatan. Dia menarik tangannya dari terus dipegang dan menolak lelaki-lelaki itu semua. Alara pantas bangun tapi rambutnya direntap kuat sehingga dia tersadung ke belakang.

"Kau ni memang degil kan..." Lelaki itu menarik Alara dan menghantukkan kepala Alara pada meja. "Aku dah cakap, jangan banyak gerak. Tapi kau sibuk nak lari... liar betul kau ni."

Alara menahan sakit apabila kepalanya dihantuk berkali-kali. Sungguh, kekuatannya sudah hilang untuk melawan mereka semua.

"Lepaskan aku lah..." Alara masih cuba untuk meronta.

Mereka semua ketawa melihat keadaan Alara yang berusaha untuk melepaskan diri. Terus, mereka mengambil sebotol arak dan menjiruskan pada wajah Alara.

Alara mengelakkan wajah dari meneguk arak itu. Kuat mulutnya ditutup agar tiada satu titis arak masuk ke rongga tekaknya namun dia terbatuk-batuk juga apabila arak itu pedih masuk melalui hidung.

"Le... le... le... lepaskan aku lah..." Suara Alara makin perlahan.

Mereka semua bersorak apabila melihat Alara sudah layu. Tiada lagi gerakan dari tubuh cantik itu.

Alara merasakan bajunya ditarik dari lengan. Alara yang dalam keadaan separuh sedar itu sempat memanjatkan doa agar Allah masih menjaga maruahnya.

'Ya Allah... lindungilah aku. Lindungi maruahku untuk keluargaku, untuk bakal suamiku dan untuk agamaku...'

Terus Alara tidak sedarkan diri. Hanya air mata yang jatuh berjuraian membasahi pipi.








- Tbc -

Kerja siapa ni yang sanggup buat Alara macam ni?

Continue Reading

You'll Also Like

536K 20.6K 46
⚠️ WARNING!!! : YOUNGADULT, 18+ ‼️ hars word, smut . Tak ingin terlihat gamon setelah mantan kekasihnya berselingkuh hingga akhirnya berpacaran denga...
7.2M 351K 75
"Baju lo kebuka banget. Nggak sekalian jual diri?" "Udah. Papi lo pelanggannya. HAHAHA." "Anjing!" "Nanti lo pura-pura kaget aja kalau besok gue...
1M 103K 27
Karmina Adhikari, pegawai korporat yang tengah asyik membaca komik kesukaannya, harus mengalami kejadian tragis karena handphonenya dijambret dan ia...
3.3M 48.6K 31
Mature Content || 21+ Varo sudah berhenti memikirkan pernikahan saat usianya memasuki kepala 4, karena ia selalu merasa cintanya sudah habis oleh per...