ADRIANA ALISSA ( A Wounded He...

By MrsNeyyy

4.8K 397 10

{ COMPLETE } DULU ADA SINOPSIS CERITA YANG BAHAGIA, SEKARANG TIADA... Tiada apa-apa. Sama seperti sekeping... More

DISCLAIMER๐ŸŒ•โœจ
CAST !! ๐ŸŒ•โœจ
INTRO INTRO ๐ŸŒ•โœจ
Prolog ๐ŸŒ•โœจ
AA 1 ๐ŸŒ•โœจ
AA 3 ๐ŸŒ•โœจ
AA 4 ๐ŸŒ•โœจ
AA 5 ๐ŸŒ•โœจ
AA 6 ๐ŸŒ•โœจ
AA 7๐ŸŒ•โœจ
AA 8 ๐ŸŒ•โœจ
AA 9 ๐ŸŒ•โœจ
AA 10 ๐ŸŒ•โœจ
AA 11๐ŸŒ•โœจ
AA 12 ๐ŸŒ•โœจ
AA 13 ๐ŸŒ•โœจ
AA 14 ๐ŸŒ•โœจ
AA 15 ๐ŸŒ•โœจ
AA 16 ๐ŸŒ•โœจ
AA 17 ๐ŸŒ•โœจ
AA 18 ๐ŸŒ•โœจ
AA 19 ๐ŸŒ•โœจ
AA 20 ๐Ÿ’โœจ
AA 21 ๐Ÿ’โœจ
AA 22 ๐Ÿ’โœจ
AA 23 ๐Ÿ’โœจ
AA 24 ๐Ÿ’โœจ
AA 25 ๐Ÿ’โœจ
AA 26 ๐Ÿ’โœจ
AA 27 ๐Ÿ’โœจ
AA 28 ๐Ÿ’โœจ
AA 29 ๐Ÿ’โœจ
AA 30 ๐Ÿ’โœจ
AA 31 ๐Ÿ’โœจ
AA 32 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 33 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 34 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 35 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 36 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 37 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 38 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 39 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 40 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 41โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 42 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 43 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 44 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 45 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 46 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 47 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
SPECIAL CHAPTER ๐Ÿ’๐Ÿ’
MY LAST WORDS ๐Ÿ’Œ

AA 2 ๐ŸŒ•โœจ

120 10 0
By MrsNeyyy

"Mama, papa. Issa nak keluar tau pergi cafe Sham. Diorang ajak jumpa sana semua".  papa senyum tanda mengizinkan.

Mama dan papa memang sudah arif tentang semua hal dirinya termasuklah siapa kawannya.

"Yela sayang. Hati-hati drive kereta tu ". Tangan mama dan papa aku salam.

"Kau jangan blushing teruk tau kak. Malu keturunan aku . HAHAHAHAH !! ".

So guys let me introduce my adik bongsu yang perangainya tak berapa nak menggah menggoh sikit. Adwa.

"Takde makna aku nak blushing macam katak kat situ jumpa kawan je pun". aku jeling Adwa yang terkekeh ketawa disebelah Angah dan Achik. Mama dan papa hanya menggeleng melihat tingkah anak-anak nya.

"Goodluck kakakku sayang !! ".

Bruhh .........

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Pintu cafe DE' Delizioso milik Sham itu aku buka. Aikk mana orangnya sunyi je. Adakah aku kena scam? No !!!!

"Welcome Si Cantik Manis , selamat datang ke Cafe DE' Delizioso. Cik Cantik Manis ni namanya Adriana Alissa ke ? ". soal salah satu pelayan disitu ramah.

"Ye saya. Ermmm Boss awak mana yaa. Ke dia tak datang lagi".

"Cik Cantik Manis Adriana Alissa sila ikut tangga ini untuk naik ke atas ye. Mereka tunggu Cik Cantik Manis Adriana Alissa di atas ". senyum pelayan tadi.

Pelik juga sebenarnya. Dengan panggilan Cik Cantik Manis lagi. Dengan kereta Farisya dan Syaqila juga tiada di luar. Dia perasan itu namun mungkin mereka yang lambat. Kaki tetap memanjat satu persatu anak tangga naik ke tingkat atas seperti yang di arahkan pelayan tadi.

Sampai saja di tangga yang terakhir dapat Alissa lihat kelopak-kelopak mawar merah di kiri dan kanan seakan membentuk arah jalan. Alissa berjalan di tengah mengikuti susunan kelopak mawar merah itu.

Sampai saja di tengah ruang cafe itu ada satu meja bulat kecil yang mempunyai sejambak bunga ros merah dan nota sedikit besar berbentuk hati.

'Sila Ambil Saya'

Alissa memandang sekeliling hairan. Apa semua ni ? otaknya masih tidak dapat menafsirkan apa yang jadi. Surprise apa ni sedangkan harini bukan hari lahir nya. Dan dimana semua kawannya ??

Tanpa membuang masa bunga tadi diambil dan Dia teruskan perjalanan mengikut kelopak ros merah tadi kembali hingga lah ke ruang belakang cafe. Pintu kaca itu dibuka perlahan melihat ke arah luar.

"Assalamualaikum Si Cantik Manis". sapa satu suara dari luar.

Alissa memandang wajah itu dengan riak tidak percaya . Apa ni ?? Apakah semua ini tolonglah sesiapa explain dekat saya.

"Waalaikumussalam. Awak buat apa dekat sini ? Mana yang lain and bunga ? Apa semua ni ? ". bertubi-tubi soalan yang di ajukan Alissa.

Farhan hanya tersenyum sebelum dia mempelawa Alissa untuk duduk di meja yang telah disiapkan di kawasan luar Cafe tingkat atas itu. Alissa hanya mengikut Farhan.

Kerusi ditarik Farhan meminta Alissa duduk sebelum dia menolak kerusi itu perlahan saat Alissa selamat melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Tonight is our night Cik Cantik Manis. Saya yang suruh Sham bagitahu awak siang tadi supaya datang malam ni ramai-ramai kan". Alissa hanya menggangguk perlahan mengingatkan hal siang tadi.

"But yahh, bukan semua tapi hanya kita. It just you, me and our special dinner date". lembut bicara Farhan menerangkan situasi sekarang.

"Ohhh, berkomplot la semua ni. Takpe tunggu la diorang esok ". geram Alissa . Farhan hanya tersenyum melihat wajah cantik comel Alissa yang marah itu.

"By the way cantik bunga. And semua ni, untuk apa Farhan ? Saya rasa bukan hari lahir saya yang awak nak surprisekan saya ".

"Ye betul bukan birthday awak. Tapi apa yang saya buat ni special untuk awak Alissa". Alissa memandang Farhan.

"Maksud awak ? ".

Farhan memberikan senyum manis kepada Alissa. Alissa hanya tersipu malu melihat senyuman itu. Cair beb !!!!!!!!

"Saya ada benda yang saya nak berterus terang dengan awak Alissa".

"Apa dia ? Cakap je la awak ni bikin suspens je HAhahahah". Alissa cuba mengawal riak wajahnya.

"I love you Cik Cantik Manis". jujur Farhan.

"Oooo". Alissa mengangguk kepala nya. Eh kejap !! Terbuntang matanya memandang ke arah Farhan yang sudah ketawa melihat ke arahnya.

Kejap !!

Love you ??

Love siapa ??

Aku ke ??

Wait??

What ??!!

"Aaaa... aapa awak cakap ? ". tergagap Alissa bertanya. Farhan ketawa lagi. Comel saja Alissa.

"I said I LOVE YOU Adrianna Alissa ". Terdiam Alissa mendengar sebaris kata yang keluar dari mulut Farhan itu.

"Kenapa tiba-tiba Farhan? Sejak bila ? ".

Farhan menarik nafas perlahan sebelum mata Alissa ditatapnya lembut.

"I love you. Saya suka awak since our first meet masa dekat uni dulu. Bunyi mungkin macam cliche but that's the truth Alissa. Saya crush dengan awak sejak haritu dan saya pasti awak ingat lagi bila pertama kali kita jumpa".

Ya. Dia tahu.                    

Flashback.....

"Hye awak Alissa ke ? ".

"Ye saya kenapa ya  ?".

"Takde apa cuma Proff San minta saya pass ni dekat awak".

"Oh Thanks yaaa. Maaf susahkan awak saya baru nak jumpa dia".

"Takpe lagipun proff dah balik sebabtu dia pass dekat saya".

"Oh ye lah. Thanks again. Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum".

"waalaikumussalam".

End flashback....

Alissa mengangguk ke arah Farhan tanda dia ingat akan apa yang dikatakan Farahn tentang bila dan bagaimana mereka kenal dan berkawan meskipun hanya kawan biasa dan tidaklah rapat mana.

"Kenapa baru sekarang awak bagitahu saya ? ". kenapa tidak dari dulu lelaki itu jujur akan perasaannya kepada Dia. Tak mungkin baginya untuk menolak Farhan. Cehhhh menyempat ye !!

"Saya minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk confess dekat awak. Saya cuma taknak relay kita menganggu study kita walaupun saya tahu kita mampu untuk professional tapi sedikit sebanyak akan menggangu kerana ia juga bermain dengan emosi. That's the main reason la personal for me. And now both of us pun dah jumpa future kita right. So I think this is the right time untuk saya confess awak. And im pretty sure sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita berada dalam relay yang serious before we move to next step later. I know u have a crush on me also right Issa ".

Alissa terpinga mendengar kata-kata Farhan. Bukan tentang apa yang diterangkan Farhan kenapa lambat dia meluahkan isi hatinya, tetapi ayat terakhir yang keluar dari mulut farhan itu.

"Okayy, but the last sentence. Macam mana awak tahu ". Aduhhh kantoi !! Siapa punya angkara ?? Hatinya hanya mengesyak 2 orang saja sekarang ini.

"You know them Issa".

"Yaa, i get it ". okay gotcha !!

Farhan ketawa melihat Alissa. Tahu bahawa akan ada perang saudara esok.

"So Adriana Alissa". panggil Farhan. Alissa melihat ke arah Farhan.

"Will you be my girlfriend Cik Cantik Manis ".  Alissa melihat ke dalam anak mata Farhan. Benarkah apa yang sedang terjadi sekarang? Ini bukan mimpi kan ?

"Awak yakin dan serius ke Farhan".

"Lebih dari yakin ".

"Mampu ke awak faham saya. Emosi saya , fikiran saya. Mampu ke awak kawal overthinking saya".

"Saya yakin saya mampu jaga dan bahagiakan awak Issa. Berikan saya peluang untuk masuk ke dalam hati awak sayang".

Alissa seakan terpukau akan kata-kata Farhan. Ini kah maksud Goodluck dari Adwa tadi ? Dia akui dia juga suka akan Farhan cuma bersediakah hati ?

"Alissa. Are you okay? Kenapa saya ada salah cakap ke? ".

"Ehh tak takk.. ".

"So How ?". soal Farhan. Alissa melepaskan hembusan nafas kecil sebelum dia memandang ke arah Farhan sambil menganggukan kepalanya dan tersenyum.

"Yes Muhd Farhan Hakim. Saya setuju". Farhan sudah tersenyum bangga mendengar kata yang keluar dari mulut Alissa.

"Yes !! ". tergelak dia melihat tingkah Farhan yang happy bukan main.

Yaa jujur dia suka akan Farhan dari dulu cuma tak sangka rasa sukanya juga berbalas. Dia bersyukur cintanya akhirnya dibalas baik lelaki itu . Juga effort lelaki itu untuk melamarnya malam ini. Jambangan bunga ros tadi dipegangnya erat.

Adwa !! Kakakkk blushingggggg !!!

Namun tidak lama moment bahagia dan happy antara Alissa dan Farhan yang baru saja sah sebagai makwe pakwe itu bila ada seseorang hadir merosakkan segalanya. Cehh.

"Yeayyyy dah couple !! Shit !! Bapak lama nak confess nak accept pun. Kebas mata aku tengok drama tak berbayar dari tadi ". sampuk Sham. Alissa sudah menutup mukanya dengan jambangan bunga ros tadi. Malu!! Sah kena bahan nanti !!

Farhan sudah menjeling tajam ke arah Sham.

Macam mana mangkuk ni boleh ada sini?? EHH alamakkk inikan cafe dia . Kenapa lah aku tak terfikir panjang nih. Seronok kena confess gamaknya.

"Single duduk diam. Tau kau jeles sebab tak mampu jadi gentleman macam aku". bahu Sham ditumbuk FArhan perlahan. Mencebik Sham.

"Nah dessert korang. Tolong kemas kelopak bunga tu. Jangan nak buli staff aku ".

"Taknak !! ". serentak aku dan Farhan berkata. Tawa kami terlepas saat melihat wajah bengang Sham. Elehh padahal dia suka la tu kitorang dah jadian . Terus dia mengatur langkah turun ke tingkat bawah.

"Thankyou sayang. ". Farhan melemparkan senyum paling manis kepada Alissa.

Auwwww my face tak merah kah yeorobun !!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Alissa tersenyum-senyum sendirian di atas katil. Sejak pulang dari makan malam tadi bibirnya tak henti-henti tersenyum. Dah macam gadis kurang siuman dah lihatnya. Tak sangka cintanya tak bertepuk sebelah tangan.

Abang dan adik aku juga tak lepas dari mengenakan aku semasa dia pulang dengan membawa sejambak bunga ros merah dari Farhan tadi. Patut lah Adwa beria , mereka dah tahu niat Farhan. Farhan terlebih dahulu minta izin mama dan papa untuk adakan dinner dengan aku.

Sahabat ? Mereka of course tengah bergelak tawa dengar cerita dari Sham kerana sedari tadi notifications whatsapp group mereka tak henti berbunyi. Tahulah dia apa puncanya....

Sedang dia ralit meningatkan saat manis tadi pintu biliknya diketuk.

Tokk !! Tok !!

"Masuklah, Issa tak kunci pintu". wajah mama muncul dibalik pintu. Permaisuri hati dia itu menutup semula pintu bilik sebelum dia melangkah ke arah puterinya yang sorang ini.

"Mama tak sleep lagi ma". telefonnya di silentkan seketika sebelum diletakkan di atas meja tepi katil. Tak ingin ada yang mengganggu masa dia bersama Si Permaisuri Hatinya.

"Macam mana dinner tadi ? ". soal mama.

"Alhamdulillah semua okay. sampai hati mama tak bagitahu Issa tadi". Alissa mencebik bibirnya sengaja pura-pura merajuk. Mama hanya tergelak kecil melihat.

Tangan Alissa diambil dan digenggam erat dan kemas. Alissa memandang wajah Mama. Dia tahu jika mama sudah pegang tangan dan usap lembut itu pasti ada yang dikatakannya.

"Tak salah untuk kita jatuh cinta dengan sesiapa saja yang hati kita suka. Kerana memang itu lumrah hati manusia. Cuma jangan terlalu tinggi dalam meletakkan harapan. Mama taknak kamu kecewa dan terluka hanya kerana harapan dari cinta manusia. Mama hanya nasihatkan dan tegur apa yang patut saja, tapi mama nak Issa tahu yang doa mama akan selalu ada untuk kamu sayang. Jika benar ini mampu bahagiakan Issa mama akan doakan selalu untuk puteri mama ni".

Alissa terharu mendengarkan nasihat daripada mamanya. Sungguh dia sayang akan wanita itu. Sangat-sangat. Tanpa wanita itu siapalah dia di dunia ini. Alissa memeluk erat tubuh Puan Anissa.

"Terima kasih mama. Issa sayang sangat dengan mama".

"Mama juga sayangkan Adriana Alissa ". wajah anaknya itu dicium sayang.

Entah kenapa berat hatinya melepaskan sekeping hati milik Adriana Alissa kepada lelaki lain. Kerana bukan saja diri itu yang dia bersama suaminya jaga dan tatang seperti minyak yang penuh, juga sekeping hati milik anaknya itu mereka jaga dan sayang sehabis baik agar tidak terluka.

Puan Anissa beristighfar di dalam hati mengusir kata negatif di dalam hati tua nya. Cukup doanya yang mengiringi hati dan langkah anaknya itu di dalam alam percintaan. Sekali lagi pipi Alissa diciumnya lembut.

"Sudah pergi tidur, esok lambat pula pergi kerja". Puan Anissa meleraikan pelukan mereka anak beranak.

"Okay mama selamat malam cinta hati saya. Tolong kiss papa untuk Issa sekali ya". Alissa mengenyitkan matanya ke arah mama. Nakal.

"Sudah tidur jangan mengada".

"HAHAHAHAH okay mama". Alissa menghulurkan tangan untuk menyalami tangan Puan Anissa.

Alissa menghantar langkah mamanya keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup lalu dikunci. Alissa merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu.

Goodnight guys !!.....

Continue Reading

You'll Also Like

464K 22.7K 72
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
500 52 24
1st Malay Fiksyen ๐ŸŒน๐ŸŒน Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyala...
1.4K 80 22
Ini dua kisah cinta duka. Dua kisah cinta yang berbeza dunia. Mereka mencintai tetapi sukar untuk memiliki. Mereka harus menempuh segala onak duri un...
242K 9.6K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...