[C] CINTA BEZA AGAMA | JJK

By syafeiz

11.6K 1.6K 665

"be my girlfriend?" "awak lupa atau awak buat-buat lupa? saya dan awak, kita tak sama. awak agama awak. saya... More

CINTA BEZA AGAMA - START
01 | CBA
02 | CBA
03 | CBA
04 | CBA
05 | CBA
06 | CBA
07 | CBA
08 | CBA
09 | CBA
10 | CBA
11 | CBA
12 | CBA
13 | CBA
14 | CBA
15 | CBA
16 | CBA
17 | CBA
18 | CBA
19 | CBA
20 | CBA
21 | CBA
22 | CBA
23 | CBA
24 | CBA
25 | CBA
26 | CBA
27 | CBA
28 | CBA
29 | CBA
30 | CBA
31 | CBA
32 | CBA
33 | CBA
34 | CBA
35 | CBA
36 | CBA
37 | CBA
38 | CBA
39 | CBA
40 | CBA
41 | CBA
42 | CBA
43 | CBA
44 | CBA
45 | CBA
46 | CBA
47 | CBA
48 | CBA
49 | CBA
50 | CBA
51 | CBA
52 | CBA
53 | CBA
54 | CBA
55 | CBA
56 | CBA
57 | CBA
58 | CBA
59 | CBA
60 | CBA
61 | CBA
62 | CBA
63 | CBA
64 | CBA
65 | CBA
66 | CBA
67 | CBA
68 | CBA
70 | CBA
71 | CBA
72 | CBA
73 | CBA
74 | CBA
75 | CBA
76 | CBA
CINTA BEZA AGAMA - END

69 | CBA

101 18 8
By syafeiz

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

"Sayang, nak buat apa ni? Abang nak terberak ni." Jungkook memegang perutnya. Sudah lima minit dia tercongok di sofa.

Semua gara-gara isterinya yang memaksanya untuk menunggu di situ. Perutnya pula sejak dari tadi memulas. Memberi isyarat agar dia ke tandas dengan kadar segera.

"Alah, kejaplah abang ni." Aisyah menahan tubuh Jungkook daripada bangun. Kepalanya terjenguk-jenguk di sebalik dinding. Mencari kelibat seseorang.

Seketika kemudian, seorang gadis berpakaian litup masuk ke ruang tamu rumah mereka. Jungkook yang sedang mengaduh sakit kerana perutnya serta-merta berhenti merungut. Matanya tidak berkelip memandang gadis itu di hadapannya.

Macam kenal, bisik hatinya.

Wajah gadis itu mirip seseorang. Ya, seseorang. Jungkook mengecilkan anak mata. Cuba mengecam wajah gadis itu.

"Sayang, siapa ni?"soal Jungkook. Berbisik.

Aisyah tidak membalas. Dia bangun dari sofa dan menarik gadis itu agar menghampiri tempat duduk mereka.

Gadis itu hanya mengikut langkahnya. Sebaik sahaja Aisyah dan gadis misteri itu berdiri beberapa langkah daripada Jungkook, keningnya terangkat.

"Kenalkan, ini Maryam." Jungkook mengerut dahi.

Maryam?

"Maryam? Siapa Maryam?" Aisyah mengeluh. Takkan tak cam langsung!

"Abangg! Ini Mia la. Takkan abang tak kenal kut." Aisyah hentak kaki.

Ohhh.

Jungkook mengangguk faham.

"Mia?" Dia bertanya lagi. Gadis misteri itu mengangguk. Betullah maksudnya. Tapi...

"Mia masuk Islam. Nama baru dia Maryam. Cantik kan dia?" Mia tersenyum nipis. Kembang sebesen dah hidung ni. Asyik kena puji je.

"Mia masuk Islam? Bila masa? Kenapa abang tak tahu pun?"

"Eleh abang ni! Sibuklah nak tahu. Baru je tiga hari yang lepas. Sepanjang dia tinggal dengan kita, dia belajar pasal Islam dengan saya. Itu pun dia yang mintak. Dan lama-lama, dia kata dia nak convert."cerita Aisyah. Mia di sebelahnya hanya mengangguk-angguk.

"Ohhhhhhh." Jungkook mengoh. Panjang. Dah tu nak kata apa lagi kan? Nak suruh ucap tahniah ke?

'Fuh! Gempak arh Mia! Baik do kau. Sape do kau sebenarnya? Gempak ile masuk Islam. Baguslah tu dah bertaubat. Lepas ni jangan menggatal dengan laki lain dah.'

Nak macam tu ke?

"Jungkook, Aisyah, saya sebenarnya ada benda nak bagitahu." Kening Aisyah bertaut. Banyak sangat ke rahsia dia ni?

Aisyah duduk di sebelah Jungkook. Memberi ruang kepada Mia untuk bercakap. Mia menarik nafas panjang.

"Saya dah buat keputusan untuk balik Penang. Rumah Mama Jeon. Hari ni jugak. Saya dah call Hana semalam. Dia dalam perjalanan ke sini. Dia akan ambil saya dekat stesen bas nanti. Saya cuma nak cakap terima kasih sebelum saya keluar ni.

Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya tinggal di rumah ni. Terima kasih, Aisyah. Sebab kau banyak tolong aku. Tolong aku kenal Islam. Aku tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi dah dekat kau. Aku terhutang budi.

Dan untuk Jungkook jugak. Terima kasih selamatkan saya hari tu. Kalau awak tak balik, mungkin saya dah kena culik sekali lagi dengan Taufiq. Atau lebih teruk, jadi mangsa pemuas nafsu dia. Saya mintak maaf atas kesalahan aku yang dulu. Sekarang saya dah menyesal. Dan saya nak berubah. Doakan saya supaya dapat istiqamah ya."jelas Mia dengan senyuman.

Aisyah tergamam.

"Mia, kau... nak keluar? Tak bagitahu aku pun. Tak nak duduk lama lagi ke dekat sini?" Mia menggeleng perlahan.

"Aku tak nak ganggu kau orang berdua. Dan aku ni bukan sesiapa dalam rumah ni. Makin lama aku di sini, makin aku menyusahkan kau orang. Lagipun, aku nak tengok kubur Aeri dengan Mama Jeon. Aku rindu diorang." Aisyah mengeluh.

Nak halang pun dia tak ada hak. Itu kan hidup Mia? Suka hati dialah nak buat apa.

"Baiklah kalau macam tu. Aku pun tak boleh halang kau kan?" Mia angguk.

"Kalau tak ada apa-apa aku pergi dulu ya, Aisyah, Jungkook."

"Eh jap. Kau nak pergi naik apa tu? Memang la Hana ambil kau balik Penang, tapi kau nak pergi naik apa ke stesen bas? Nak Jungkook hantarkan?"pelawa Aisyah.

Jungkook di sebelah sudah mengerut kening. Dalam banyak-banyak orang, dia juga yang kena mention. Orang dah la nak terberak ni.

Mia geleng lagi.

"Tak apa. Aku boleh naik Grab. Jangan risaukan aku."

"Mana boleh tak risau."

PON PON

Mereka memandang ke arah pintu. Bunyi hon sudah kedengaran.

"Grab aku dah sampai tu. Aku pergi dulu." Mia berkata buat kali terakhir sebelum dia berlari ke pintu. Aisyah mengekorinya dari belakang. Begitu juga dengan Jungkook.

"Bye bye, Mia! Ada masa nanti kita jumpa lagi!!"laung Aisyah sambil melambaikan tangannya kepada Mia yang sudah berada di dalam kereta. Gadis itu membalas lambaiannya.

Seketika kemudian, kereta itu meluncur pergi dari rumah mereka.

Jungkook menutup pintu. Mereka bersandar di situ buat seketika. Jungkook memandang Aisyah di sebelah.

"Abang tak sangka. Dalam diam sayang ajar Mia pasal Islam. Abang kagum dengan sayang."

"Tak ada apa pun. Mia jugak yang mintak saya ajarkan. Benda baik, takkan saya nak tolak pulak kan? Saya pun ajar ajelah. Dah Allah nak bagi hidayah dekat dia. Masuk Islam dah dia tu. Alhamdulillah."

"Alhamdulillah.. Lega hati abang. Taufiq dah tak ada. Mia dah kena berubah. In Shaa Allah, lepas ni takkan ada lagi yang kacau hidup abang dan sayang."

"Dan Yusuf."sambung Aisyah sambil tersengih.

"Dan Yusuf." Jungkook mengulang. Perut Aisyah dipegang sebelum dia mengucupnya sekilas.

"Eh abang lupalah abang ni sebenarnya nak terberak. Dah la. Abang pergi membuang dulu. Kang terabur dekat sini, tak ke naya?" Aisyah ketawa sambil menampar bahu Jungkook. Jungkook berlalu pergi dari situ sambil tersengih-sengih.

Aisyah menggeleng.

Jungkook, semua benda dia buat main.

__________🐰🤍__________

"Sayanggg!!" Jungkook menerjah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup sebelum dia berlari dan melompat ke atas katil.

Silap hari bulan, tidur atas kotak jawabnya sebab katil roboh.

Dah nak jadi bapak orang pun lompat atas katil lagi.

Aisyah tidak menjawab apa. Mata tertancap pada telefon. Tangan pula sibuk menaip. Entah apa yang ditengoknya sampai tak sedar suami dah ada dekat sebelah.

Jungkook mengintai dari tepi. Dia lihat Aisyah sedang membelek Facebook.

Page baju Muslimah.

Ah sudah. Nanti ada la duit orang tu habis tiba-tiba.

"Cantiknya baju ni.."kata Aisyah. Sengaja dia kuatkan suara. Alang-alang suami dekat sebelah, biar dia dengar sekali.

Jungkook membuat muka menyampah. Tahu sangat dah.

"Kalau cantik beli je la, sayang oii." Kata-kata Jungkook membuatkan Aisyah mendongak. Wajah Jungkook yang sedang memandangnya dipandang sambil dia mencebik.

"Tapi saya mana ada duit."

Aceceh. Buat sedih nampak.

"Alahhh! Sayang, sejak kita kahwin la kan. Kan kan? Ada ke abang bagi sayang guna duit sayang sendiri untuk beli apa-apa walaupun tu baju sayang sendiri?"tanya Jungkook.

Aisyah menggeleng.

Betul jugak tu.

"Habis tu? Beli je. Yang habisnya nanti duit abang jugak. Lagipun ni kan tanggungjawab abang sebagai suami? Memenuhi keperluan isteri?"

"Tapi ni bukan keperluan. Ni kemahuan." Aisyah membalas.

Eh Aisyah! Orang nak belanja tu tak payahlah cakap banyak!

Hidung Aisyah ditarik.

"Nak ke tak nak? Kalau tak nak, abang tak kisah. Bukan abang yang nak pakai." Jungkook mula menarik selimut. Nak tidur kononnya. Aisyah segera menahan tangannya.

"Nak nak! Saya nakk!!"jerit Aisyah. Jungkook senyum.

"Kalau nak, pilihlah yang mana berkenan. Abang tukang bayar je. Kalau abang yang pilih nanti, jadi lain pulak."

Aisyah menggulingkan tubuhnya mendekati Jungkook. Dia kemudian berbaring di atas lengan lelaki itu.

Lengan Jungkook jangan buat main. Selesa dia macam bantal hotel lima bintang.

"Amboi... Bila abang belanja benda, bukan main nak dekat dengan abang. Bermanja bukan main. Cuba kalau abang tak bagi beli tu. Sampai ke sudah tak nak cakap dengan abang." Pipi Aisyah ditarik-tarik. Geram betul dengan pipi gadis itu.

Kalau potong lepas tu jual satu seringgit dekat tepi jalan pun boleh laku keras.

Gurau.

"Eishhh! Sakitlah! Abang ni cubit cubit saya, meh saya pulak cubit abang!" Aisyah bangun. Telefonnya sudah tercampak ke tepi. Jungkook berguling sampai hujung katil. Tapi tersekat sebab dia dah ada dalam selimut.

Sudahnya..

"Adoiiii!! Janganlah tarik kuat-kuat sayang! Abang cubit sikit je!" Tangan Aisyah dipegang. Menahannya daripada terus mencubit pipinya.

Mak aih. Kalau hilang pipi ni, mana nak cari baru? Dekat Siam bukan ada jual sepasang dua ringgit.

"Sikit abang cakap?!" Perut Jungkook ditampar-tampar.

Jungkook mengerang perlahan. Kuat betul tangan isterinya itu. Kalau kena sepak ni, terus bisu tak keluar suara agaknya.

"Hei, hei! Sayang! Apa buas buas sangat ni? Nanti perangai sayang yang suka pukul orang ni turun dekat Yusuf macam mana? Sayang jugak yang pening nak layan perangai anak nanti."

Dan Aisyah berhenti.

Dia meletakkan kepala di perut Jungkook. Penat. Dadanya berombak laju. Termengah-mengah dia mencari nafas.

"Haa tengok? Kan dah penat. Tu la abang cakap, tak nak dengar."

"Abang tak cakap apa pun."

"Menjawab je kerja dia ni." Pipi Aisyah ditarik lagi. Tetapi kali ini gadis itu tidak memberontak. Penat sangat sampai nak angkat tangan pun tak larat.

Jungkook bangun perlahan-lahan. Kepala Aisyah dialihkan ke bantal. Dia mengambil selimut dan menyelimutkan tubuh isterinya.

Dahi Aisyah dikucup lembut. Rambutnya dikemaskan agar gadis itu dapat tidur dengan selesa. Dia membaringkan tubuhnya di sebelah.

Mata Aisyah perlahan-lahan tertutup. Kalau dah dibelai elok dengan cik suami, mana tak mengantuknya.

Jungkook mengambil telefon Aisyah yang sudah berada di penjuru katil dan meletakkannya di atas nightstand. Sempat dia membuka telefonnya sekejap.

TING!

Notifikasi dari Whatsapp menarik perhatiannya. Dia menekannya.

adik ipaq (sufi)

Habang

kenapa aku rasa geli bila
kau panggil cam tu?

Abang~~~

Abang ku sayang~~~

SUDAH

K.

btw Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apa hajat tuan hamba ke mari?

Ni la. Mak mertua hang suh mai sini Sabtu minggu depannn

Nak makan makan katanya

Makan pa la taktau tiba-tiba.

Mai la nanti.

Umi kata saja la nak
tengok muka menantu dia.

Tengok pa pun aku tak tau.

Bukan hensem pon.

Oi oi oi

Ini dah lebih.

Cakap kat umi, tengok dulu macam mana.

Kalau ada kerja, tak boleh la.

Tapi kalau tak ada, terpacak la
aku laki bini depan rumah tu

Laki bini ja?

Ni Kak Aisyah bila nak beqanak?

Tak sabaq dah nak jadi pakcik.

Tak lama dah tu.

dua minggu lagi keluaq la.

Ceh.

Umi kata

kalau tarikh akak dah dekat suh dia tidoq kampung

senang kalau jadi apa-apa

Ya la

nanti kami tidoq la sana

sebulan ka setahun ka

Nak jadi pakcik dah hang.

Tapi makcik dia mana?

Dah nak habih tahun dah ni.

Takkan single lagi..

Weh hang.

Tak baik gila cakap lagu tu.

Takpa hang takpa.

Aku mengadu kat bini hang satgi.

Pi la ngadu.

Bukan dia boleh buat pa pun kat laki dia

Ish!

Sabaqla

Nanti ada la tu

Nak doa bagi jodoh sampai.

Hana adik angkat aku tu takmau?

Boleh dah tu dia.

Hang pun, sepanjang masa dok tanya pasai dia.

Takkan nak tanya ja. Pi la minang terus.

Hang sembang macam
nak pi beli cekodok depan rumah.

Pikiaq senang ka pasai kahwin ni?

Dia tu pun. Suka aku pun dak.

Haihh

Sapa kata?

Hah?

Takdak pa.

Betoi la tu.

Dia suka hang pun dak.

Tak baik sumpah.

hahahaahahaha

ala pi ja try.

tengok cam aku

bawak cincin pi rumah

bincang ngan mak pak

pastu melamar

tengok?

nak ada anak dah pon

hang tu?

bila lagi?

takkan nak tengok anak buah ja

anak sendiri bila lagi?

qasa qasa, aku ni mai nak
habaq kata umi suh mai rumah ja

awat keluaq topik anak pulak ni?

mana aku nak tau

dahla nak tidoq

bini aku dah lama lena

best weh

tidoq sambil kat sebelah ada isteri sendiri...

DIAMLAH KAU

BENCI GILA

SUMPAH TAK BAIK

EEE

TUNGGU LA AKU NAIK PELAMIN NANTI

seen

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

72.5K 6.5K 17
"jinu unnie ! kookie nak biskut tu !" -jeon jungkook "kenapa la aku kena jaga orang dewasa lagi berbulu tapi perangai macam budak-budak ni"-park jinu...
114K 14.7K 96
Ingat bila mak kau kahwin lagi, kau ingat akan dapat bapa tiri je, rupanya kau dapat 'extra package' sekali.
92K 7.6K 31
Isteri Jungkook. Eh tak! Maid Jeon Jung Kook. Cast: Jeon Jung Kook,Park Haegyul Genre: Romance,Sad(XD) Status: Completed Start : 31 May 2018 End :...
354K 34K 52
Bukan dari deep web, bukan juga pemerdagangan manusia. Aplikasi Suami Untuk Disewa (SUD) yang dibuat khusus untuk menyewa seorang lelaki untuk dijad...