[C] CINTA BEZA AGAMA | JJK

By syafeiz

11.7K 1.6K 665

"be my girlfriend?" "awak lupa atau awak buat-buat lupa? saya dan awak, kita tak sama. awak agama awak. saya... More

CINTA BEZA AGAMA - START
01 | CBA
02 | CBA
03 | CBA
04 | CBA
05 | CBA
06 | CBA
07 | CBA
08 | CBA
09 | CBA
10 | CBA
11 | CBA
12 | CBA
13 | CBA
14 | CBA
15 | CBA
16 | CBA
17 | CBA
18 | CBA
19 | CBA
20 | CBA
21 | CBA
22 | CBA
23 | CBA
24 | CBA
25 | CBA
27 | CBA
28 | CBA
29 | CBA
30 | CBA
31 | CBA
32 | CBA
33 | CBA
34 | CBA
35 | CBA
36 | CBA
37 | CBA
38 | CBA
39 | CBA
40 | CBA
41 | CBA
42 | CBA
43 | CBA
44 | CBA
45 | CBA
46 | CBA
47 | CBA
48 | CBA
49 | CBA
50 | CBA
51 | CBA
52 | CBA
53 | CBA
54 | CBA
55 | CBA
56 | CBA
57 | CBA
58 | CBA
59 | CBA
60 | CBA
61 | CBA
62 | CBA
63 | CBA
64 | CBA
65 | CBA
66 | CBA
67 | CBA
68 | CBA
69 | CBA
70 | CBA
71 | CBA
72 | CBA
73 | CBA
74 | CBA
75 | CBA
76 | CBA
CINTA BEZA AGAMA - END

26 | CBA

140 20 7
By syafeiz

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

"Abang, cepat sikit bang! Umi dekat rumah tu!"

"Ya sayang. Dah cukup laju ni, sayang."

Aisyah mula gelisah. Mulutnya terkumat-kamit berdoa agar Allah mempermudahkan urusannya. Tubuhnya bergetar dahsyat. Dia takut jika ada apa-apa yang berlaku kepada ibunya.

Jungkook mengerling sekilas ke arah Aisyah. Tangan gadis itu dipegang lalu dia menggenggamnya erat.

"Sayang, relax. Everything's gonna be okay. I promise." Dapat Jungkook rasa Aisyah menggenggam tangannya erat. Tangan gadis itu sejuk seperti ais.

"Sayang, sayang tidur dulu ya? Nanti dah sampai abang kejut. Okey? Sayang tidur dulu. Lama lagi ni nak sampai. Nanti kita sampai pun entah-entah dah pukul 1 pagi. Sayang tidur dulu okey?"pujuk Jungkook. Dia senyum lega apabila melihat Aisyah mengangguk. Aisyah perlahan-lahan menyandarkan tubuhnya di kerusi. Tangan Jungkook tidak dilepaskannya. Hatinya tidak henti berdoa kepada Allah supaya Allah melindungi ibunya.

__________🐰🤍__________

Jungkook masuk ke dalam perkarangan rumah. Usai memarkir kereta, dia menggoncang tubuh Aisyah perlahan. Sesekali dia mengusap kepala Aisyah sambil mulutnya memanggil-manggil nama isterinya.

"Sayang, sayang, sayang bangun sayang. Kita dah sampai ni. Bangun eh. Kata nak jumpa umi kan? Jom, keluar. Kita masuk dalam jumpa umi ya?" Jungkook memanggil Aisyah lembut. Namun Aisyah masih belum terjaga. Jungkook menarik nafas.

Dia keluar lalu berjalan ke arah pintu rumah. Dia memberi salam. Seminit kemudian, pintu rumah dibuka menampakkan Sufi yang sedang membelek kunci untuk membuka mangga. Kemudian, pintu grill ditolak.

"Ha, bang. Sampai pun. Umi dah sedar tu. Tengah cari akak. Akak mana?"

"Akak kau, tidur dalam kereta.Tak bangun lagi tu. Jap aku bawak masuk dia."

Sufi mengangguk. Pintu rumah dibuka seluas yang mungkin sementara Jungkook kembali ke keretanya semula.

Jungkook membuka pintu. Satu tangan diletakkan di bawah lutut dan satu tangannya lagi diletakkan di belakang leher Aisyah. Baru saja dia ingin mengangkat gadis itu, Aisyah membuka mata. Dia memandang sekeliling.

"Kita dah sampai ke?" Jungkook mengangguk beberapa kali. Aisyah mula menggelabah. Dia ingin turun namun dihalang oleh Jungkook.

"Eh eh! Sayang duduk diam-diam. Biar abang bawak sayang masuk dalam." Belum sempat Aisyah membantah, Jungkook sudahpun mengangkatnya keluar dari kereta. Aisyah mengeluh.

Masuk saja ke dalam rumah, Aisyah tanpa membuang masa terjun daripada didukung Jungkook. Dia berlari masuk ke dalam bilik ibunya. Jungkook memandang Aisyah yang sudah hilang di sebalik pintu dengan mulutnya ternganga.

"Isteri aku ni pernah jadi pelakon aksi ngeri ke apa?" Jungkook menggeleng sebelum dia mengatur langkah ke bilik Haji Iskandar.

"Assalamualaikum."ucapnya.

"Waalaikummussalam Warrahmatullah."jawab Sufi dan Haji Iskandar serentak. Jungkook mendekati mereka berdua dan bersalam dengan bapa mertuanya. Hajah Zaharah yang sedang terbaring lemah di atas katil Jungkook pandang.

"Macam mana umi boleh pengsan ni, abi?" Haji Iskandar melepaskan keluhan berat sebelum menjawab pertanyaan Jungkook.

"Abi dah tidur masa tu. Tak perasan pulak umi kamu tak ada dekat sebelah. Tiba-tiba Sufi datang kejut abi. Sufi ni tak tidur lagi masa tu. Dia datang kejut abi, cakap yang umi pengsan dalam bilik air. Cepat-cepatlah abi mintak dia telefon Aisyah. Abi lupa pulak yang kamu berdua tengah honeymoon. Maafkan abi ya?" Jungkook tersenyum sambil menggeleng.

"Allahu Akbar, abi. Tak ada apalah. Lagipun lusa memang kami dah nak balik daripada bercuti. Apa salahnya balik awal dua hari kan?" Jungkook memandang Aisyah yang sedang berbual dengan ibunya.

"Umiiii! Macam mana umi boleh pengsan dalam bilik air tu? Aisyah risau tau tak bila Sufi call Aisyah tadi." Hajah Zaharah ketawa kecil. Aisyah memandang ibunya hairan.

Orang tengah risau, boleh pulak gelak gelak.

"Umi gelak kenapa?"soal Aisyah.

"Umi pening kepala, sayang. Tapi tak tahu pulak sampai boleh pengsan dalam bilik air tu."jelas Hajah Zaharah sambil dia ketawa lagi.

"Umi ni! Aisyah tengah seriuslah! Janganlah gelak!"rengek Aisyah sambil dia menepuk katil ibunya berkali-kali.

"Sayang, janganlah tepuk katil tu macam tu. Umi kan tengah sakit. Kita duduk luar meh. Bagi umi rehat. Nanti cepatlah umi sembuh kalau umi cukup rehat."ajak Jungkook. Bahu Aisyah dipegangnya lembut. Persis seorang anak yang dipujuk oleh bapanya, Aisyah bangun dari situ dan mengikut Jungkook dari belakang. Apabila mereka berdua keluar saja dari bilik itu, Aisyah menerpa ke arah Jungkook dan memeluknya erat dari belakang.

Jungkook terkejut. Dia memegang tangan Aisyah melingkar di pinggangnya sebelum menarik Aisyah ke hadapannya. Aisyah memeluknya kembali. Dagu diletakkan di dada Jungkook sambil dia mendongak memandang lelaki itu dengan satu senyuman nipis terukir di bibir. Jungkook memandang Aisyah pelik. Matanya dikecilkan.

"Sayang kenapa pelik semacam je abang tengok? Ada sorok apa-apa ke?" Aisyah menggeleng sambil tersengih.

"Tak ada apa pun. Saja je."

"Hmm... ye ke ni?"

"Betul! Tak ada apa pun."

"Tak nak percayalah."

"Tak nak percaya sudah. Tak nak kawan." Aisyah meleraikan pelukan dan masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci. Jungkook tergelak kecil. Manja betul lahai.

__________🐰🤍__________

"Sayang, tak nak bagi abang masuk ke? Takkan nak bagi suami sayang yang hensem ni tidur luar kot. Nanti nyamuk gigit muka abang, habislah dah tak hensem." Jungkook bersandar di pintu sambil dia mengetuk perlahan pintu bilik itu.

"Sayang? Ey, sayang tidur dah ke? Ish! Sampai hati tau, tidur tak ajak abang." Jungkook memanggil Aisyah lagi.

"Eleh, sayang tipu je kan? Abang tau, sayang tak tidur lagi pun kan? Sayang mana boleh tidur kalau tak peluk abang. Sayang tak payah tipu abanglah. Ini Muhammad Hadzrel tau." Sufi yang baru keluar dari dapur memandang Jungkook yang sedang bercakap seorang diri di depan bilik. Mereka membalas pandangan.

"Apa? Kau cemburu la tu tak ada isteri nak bermanja-manja macam ni. Pergi main jauh-jauh sana."kata Jungkook. Sufi hanya membuat muka menyampah. Tak kuasa mahu melayan.

"Sayang, bukaklah pin-"

Pintu bilik dibuka. Tubuh Jungkook hilang keseimbangan. Mujur dia tidak jatuh di situ. Jika tidak, habis maruahnya tercalar.

Aisyah yang sedang menjeling tajam ke arahnya sambil memeluk tubuh, Jungkook pandang. Dia tersengih lebar sebelum dia mendekati Aisyah dengan tangannya yang didepakan.

Tubuh Aisyah dipeluk. Aisyah kemudian menolak tubuh Jungkook daripada dekat dengannya namun cubaannya gagal. Dia menolak lagi sambil merungut.

"Ish! Tepilah sana! Tadi saya nak peluk abang, abang tak nak! Tiba-tiba nak peluk orang pulak!" Jungkook senyum mendengar omelan Aisyah.

"Sayang nak tolak abang pun tak lepas. Ada hati nak marah-marah abang eh. Abang gigit nanti baru tau. Bising sangat pagi-pagi buta ni."

"Eee suka hati je nak gigit orang kan. Abang berani, abang buatlah. Saya cubit abang kuat-kuat nanti."ugut Aisyah. Dia sudah berhenti menolak Jungkook. Putus asa kerana lelaki itu terlalu kuat berbanding dirinya.

"Ohh! Sayang cabar abang ya?" Jungkook meleraikan pelukan. Seketika kemudian..

"HAHAHAHA! Abang! Janganlah! Geli! Ya Allah abang!" Aisyah menolak tangan Jungkook yang sedang menggeletek pinggangnya. Tercungap-cungap dia bernafas. Setelah beberapa kali dia menampar tangan Jungkook, lelaki itu pun berhenti.

"Haaa! Tahu pun. Tadi cakap macam berani sangat nak lawan dengan abang."perli Jungkook. Dia memandang Aisyah yang sudah terbaring di atas katil

Dada Aisyah naik turun. Dia termengah-mengah mencari nafas. Penat. Jungkook berbaring di sebelahnya. Pinggangnya dirangkul oleh lelaki itu.

"Abang busuklah. Pergi sana! Hish apalah tak mandi ni. Sejak daripada dekat pantai tadi tak mandi. Patutlah busuk."usik Aisyah. Jungkook hanya mengabaikannya. Dia membenamkan kepalanya di leher Aisyah. Leher Aisyah kemudian dihidu. Wangi betul.

"Yang busuk ni jugak yang disayangnya."gumam Jungkook perlahan. Aisyah senyum kecil mendengar gumaman Jungkook. Dia kemudian memandang siling. Termenung. 

Dia memandang Jungkook yang diam sejak dari tadi. Mungkin lelaki itu sudah terlelap akibat keletihan memandu ke sini. Dia bangun dan menepuk bantal. Tubuh Jungkook dialihkan perlahan sebelum dia berbaring semula.

Jungkook bergerak mendekatinya. Tubuh Aisyah kembali dipeluk. Aisyah hanya tersenyum nipis melihat kerenah suaminya. Dia mengusap kepala lelaki itu perlahan lalu membalas pelukannya.

Comel betullah suami aku ni.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

104K 8K 66
daripada pengasuh sampailah jadi isteri... Status: COMPLETE Start: 24 Oct 2018 End: 5 Oct 2020 hambar ? ofcourse
405K 42K 57
"yeom, kamu jangan pernah bagi jungkook makan benda manis." "kenapa pun mak ?" "sebab nanti kamu takkan tahan dengan perangai hyper manja dia." tapi...
719K 61.9K 68
"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhy...
243K 37.7K 155
"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuh...