[C] CINTA BEZA AGAMA | JJK

By syafeiz

11.7K 1.6K 665

"be my girlfriend?" "awak lupa atau awak buat-buat lupa? saya dan awak, kita tak sama. awak agama awak. saya... More

CINTA BEZA AGAMA - START
01 | CBA
02 | CBA
03 | CBA
04 | CBA
05 | CBA
07 | CBA
08 | CBA
09 | CBA
10 | CBA
11 | CBA
12 | CBA
13 | CBA
14 | CBA
15 | CBA
16 | CBA
17 | CBA
18 | CBA
19 | CBA
20 | CBA
21 | CBA
22 | CBA
23 | CBA
24 | CBA
25 | CBA
26 | CBA
27 | CBA
28 | CBA
29 | CBA
30 | CBA
31 | CBA
32 | CBA
33 | CBA
34 | CBA
35 | CBA
36 | CBA
37 | CBA
38 | CBA
39 | CBA
40 | CBA
41 | CBA
42 | CBA
43 | CBA
44 | CBA
45 | CBA
46 | CBA
47 | CBA
48 | CBA
49 | CBA
50 | CBA
51 | CBA
52 | CBA
53 | CBA
54 | CBA
55 | CBA
56 | CBA
57 | CBA
58 | CBA
59 | CBA
60 | CBA
61 | CBA
62 | CBA
63 | CBA
64 | CBA
65 | CBA
66 | CBA
67 | CBA
68 | CBA
69 | CBA
70 | CBA
71 | CBA
72 | CBA
73 | CBA
74 | CBA
75 | CBA
76 | CBA
CINTA BEZA AGAMA - END

06 | CBA

187 31 0
By syafeiz

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Aisyah dengan longlai melangkah masuk ke dalam rumahnya. Percaya atau tidak? Hampir 40 minit dia duduk di dalam kereta dan menangis. Matanya sudah merah membengkak.

Dia perlu segera masuk ke dalam biliknya. Keluarganya tidak boleh melihat dia dalam keadaan sebegini. Jika tidak, pasti bertubi-tubi soalan keluar dari mulut masing-masing.

Cepat-cepat Aisyah berjalan ke biliknya. Jam di dinding telahpun menunjukkan pukul 7:00 malam. Namun seorang pun daripada ahli keluarganya tidak kelihatan dimana-mana.

Ah! Itu semua tak penting. Yang penting dia perlu segera mandi kerana bila-bila sahaja azan Maghrib akan berkumandang. Badannya sudah melekit selepas seharian bergelumang dengan peluh.

Tudung dibuka dan diletakkan di atas katil sebelum tangannya mencapai tuala yang tersidai di ampaian. Pintu bilik dibuka dan spontan langkahnya mati tatkala matanya ternampak ayahnya yang berada betul-betul di hadapan pintu biliknya.

"A-Abi..."

"Aisyah baru balik?"soal ayahnya.

"H-Haah. Baru nak mandi ni."

"Kenapa balik lambat? Maghrib baru nak balik, pergi mana?" Aisyah menelan liur. Aduh! Macam mana boleh tak sempat ni?

"Aisyah jumpa kawan tadi. Kitorang bincang pasal project final year ni."

"Habis, ni apa?" Aisyah tergamam apabila ayahnya memainkan sebuah video di dalam telefon pintarnya.

"... Cuba kau bagitahu apa yang kau tak puas hati! Aku ingatkan kau bertudung labuh ni hati baik! Tapi rupanya? Busuk hati! Kau memang perempuan tak guna! Kau kalau hidup menyusahkan orang, baik kau pergi mati!"

"Puas? Puas hati awak luahkan semuanya? Sampai semua orang yang ada dekat sini awak bagitahu yang saya buat itu ini. Puas malukan keluarga saya? Awak ingat ya Jungkook, awak fitnah-fitnah saya, awak hina keluarga saya, satu hari nanti giliran awak pulak di tempat saya. Masa tu awak akan rasa apa yang saya rasa bila keluarga saya dihina..."

Video tersebut dimatikan. Aisyah menggigit bibir. Dia tidak menyangka kuasa Internet begitu pantas menyebarkan videonya di laman media sosial. Bagaimana dia hendak menceritakan segalanya kepada ayahnya?

"Aisyah tak nak explain dekat abi?"soal ayahnya nada sedikit kecewa.

__________🐰🤍__________

"Macam tu la ceritanya, abi. Aisyah minta maaf kalau abi kecewa dengan Aisyah. Mesti abi malu kan dapat anak macam Aisyah." Dia cuba menahan sebak. Jika dia lebih berhati-hati semasa mengalihkan buku Jungkook tadi, pasti semua ini tidak akan berlaku.

"Kenapa abi kena malu pulak? Semua yang jadi ni ada hikmahnya, Aisyah. Aisyah tak boleh selalu salahkan diri Aisyah je. Kawan Aisyah tu pun tak patut tengking Aisyah macam tu. Abi faham. Dia mesti marah bila nampak barang dia rosak, tapi disebabkan tak ada orang lain melainkan Aisyah dekat situ, jadi dia terus salahkan Aisyah la. Mustahil botol air dia terjatuh sendiri kan?

Dia mungkin tak sedar dengan apa yang dia cakap masa tu. Aisyah jangan ambil hati sangat ya dengan kata-kata dia tu. Nanti kalau difikirkan lama-lama, takut Aisyah boleh jadi gila pula." Sempat lagi Haji Iskandar membuat lawak jenaka. Sedikit sebanyak ayat terakhir daripada ayahnya tadi membuatkan Aisyah mengukir senyuman.

"Tapi, walaupun Aisyah terasa dengan apa yang dia cakap, Aisyah tetap kena bayar balik barang dia yang rosak tu."

"Aisyah tau, abi. Salah Aisyah jugak tak hati-hati tadi. Tapi, Aisyah nak cari mana duit nak bayar tu? Laptop dia bukan murah. Level level kayangan punya." Aisyah menunduk lalu mengeluh perlahan.

Haji Iskandar mengurut dagu. Dia kemudian berjalan keluar dari bilik Aisyah tanpa berkata apa-apa. Aisyah mengangkat kepala dan memandang pintunya yang terbuka luas.

Lah?

Beberapa minit selepas itu, Haji Iskandar masuk ke dalam biliknya semula. Namun kali ini ditemani oleh satu tong biskut. Tong biskut? Abi ni lapar ke tiba-tiba nak makan biskut?

"Apa tu, abi?" Soalan Aisyah tidak dibalas. Sebaliknya, Haji Iskandar duduk di sebelah Aisyah lalu tong biskut yang dipegangnya tadi dihulurkan kepada anak sulungnya.

"Nah. Ambik ni."

"Hah? Nak buat apa biskut ni? Makan ke?" Haji Iskandar tergelak kecil mendengar soalan anaknya.

"Dalam tong ni, bukan biskut. Tapi, duit." Aisyah tercengang. Tong biskut yang dihulur disambut. Kini, tong biskut itu berada dalam tangannya.

'Beratnyaa.'

"Duit? Nak buat apa dengan duit abi?"

"Guna duit ni, untuk ganti barang dia."balas ayahnya tenang.

"Eh! Tapi kenapa pula? Aisyah boleh cari duit sendiri la, abi. Abi simpanlah duit ni. Tak payah tolong Aisyah. Abi kan dah bersusah payah simpan. Takkan disebabkan masalah yang Aisyah sendiri buat, duit abi yang berapa lama abi simpan terus hilang macam tu." Aisyah memberi tabung itu kepada ayahnya semula, tetapi ayahnya menggeleng.

"Abi simpan duit ni supaya bila ada masalah apa-apa yang memerlukan duit, senang tak perlu susah-susah cari dah. Sekarang ni la masa yang sesuai untuk guna duit ni. Aisyah ambillah. "

"Tapi..."

"Dah. Tak ada tapi tapi. Ambil duit tu, selesaikan masalah Aisyah dengan dia." Belum sempat Aisyah membalas apa-apa, ayahnya terlebih dahulu keluar dari biliknya.

"Mandi cepat, nanti nak solat Maghrib sama-sama." Aisyah mengangguk perlahan. Tabung biskut itu disimpan dalam almarinya. Dia perlu siapkan bahagian Jungkook dengan segera. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tarikh penghantaran tugasannya tamat.

Selepas memastikan tabung biskut itu disimpan dengan selamat di dalam almarinya, Aisyah mengambil bajunya lalu mengatur langkah ke bilik air.

__________🐰🤍__________

Balang biskut yang berisi duit kepunyaan ayahnya itu ditatap lama.

"Guna duit ni, untuk ganti barang dia."

Kata-kata ayahnya dua hari yang lepas masih berlegar dalam fikirannya. Memang tak masuk dek akal, sudah masuk dua hari dia berfikir masak-masak. Cepat betul masa berlalu. Esok dia akan ke universiti semula, jadi dia perlu melangsaikan hutangnya dengan Jungkook secepat yang mungkin.

"Aku tak boleh guna duit ni. Ini masalah antara Jungkook dengan aku. Abi tak ada kena-mengena dalam masalah ni." Aisyah terdiam sejenak. Dia harus memikirkan cara bagaimana dia boleh membayar MacBook Jungkook semula.

"Duit simpanan aku dalam bank cukup ke? Boleh jadi harga MacBook dia tu 15k. Uishh. Kaya betul kan dia tu."

"Tapi kalau kaya tak ada adab, sayang seribu kali sayang la."

Tabung itu dicapainya. Dibelek-belek balang biskut berbentuk segi empat tepat itu. Balang biskut Jacob's tu.

"Boleh tahan berat jugak kan." Dua hari dia sedaya upaya menahan tangannya daripada membuka balang tersebut. Namun kini tangannya sudah tidak tahan lagi. Selepas beberapa kali dia mencuba membuka penutup itu, akhirnya ia terbuka juga.

"Whoa! Berat-berat ingatkan seringgit! Tapi, RM50 semua! Berapa lama abi simpan sampai banyak macam ni? Wah!" Duit-duit itu diambil. Sah! Memang semua duit di dalam tabung itu bernilai RM50 dan RM100. Tiada langsung wang RM1.

"Ish! Tapi kau tetap tak boleh guna duit ni, Syah. Ini duit abi kau. Kau kan dah besar. Takkan asyik nak harapkan duit abi dengan umi je." Penutup tong biskut diambil. Dia kemudian bersandar di almarinya sambil mengeluh panjang.

"Huwaaa!!! Mana nak cari duit ni??"

"Akak cakap dengan sapa tu?" Entah dari mana Sufi datang menegurnya. Segera Aisyah menutup balang biskut itu semula dan menyimpannya di dalam almarinya. Nasib baik balang itu tidak terjatuh. Jika tidak, habis semuanya.

"Haa? Tak adalah. Saja cakap dengan cermin tu. Esok ada pembentangan jadi kena practice sikit." Aisyah menggaru belakang tengkuknya sambil tersengih. Umi dan adiknya tidak boleh tahu tentang masalahnya. Cukuplah hanya ayahnya sahaja yang sempat mengetahui semuanya.

Sufi bukanlah seorang yang aktif di media sosial. Akaun Instagram pusat perawatan islamnya juga dipegang oleh staf di situ. Jadi, kebarangkalian untuk dia tahu mengenai video itu amatlah tipis.

"Ooo. Ingatkan cakap dengan jelmaan manalah tadi."

"Eh, Sufi ni. Akak taulah Sufi banyak uruskan benda-benda ghaib ni. Tapi janganlah sampai akak cakap sorang-sorang pun Sufi kata akak nampak benda la apa la."

"Tak ada lah, kak. Benda boleh jadi. Dahlah. Sufi nak ke Darul Sufi jap. Akak nak ikut? Baru siap renovate tau! Jomlah tengok-tengok sekali."

"Hmm... malaslah. Akak nak kena practice lagi ni. Nanti akak fail, haa sapa nak tolong?" Aisyah memberi alasan. Tapi memang dia ada pembentangan esok. Jadi dia perlu berlatih bercakap di depan rakan kuliahnya nanti agar tidak tersasul apa-apa perkataan yang tiada kaitan.

"Macam-macam la akak ni. Tak apa lah. Sufi pergi dulu. Nanti kalau umi cari mana Sufi ke abi ke, akak cakap je kitorang dekat situ."

"Oh abi pergi sekali?"

"Haah. Sufi cadang nak pergi esok, tapi abi pulak yang bersemangat nak tengok."

"Oklah. Hati-hati bawak motor tu."

"Sufi tauu!"jerit Sufi sebelum pintu bilik kakaknya ditutup. Selang beberapa minit, bunyi tapak kaki adiknya tidak lagi kedengaran. Aisyah menghela nafas lega.

"Fuh! Nasib baik tak kantoi."

__________🐰🤍__________

"...Habis tu kenapa botol air aku ada dekat tangan kau! Ha jawab! Kau tak boleh jawab kan! Sebab memang betul kau sengaja tuang! Kau tak puas hati apa dengan aku sampai kau buat MacBook aku macam ni!"

Video yang bermain dalam telefon dijeda.

"5M views for 3 days? What the hell? Aisyah mesti takkan maafkan aku kalau macam ni punya cerita. Kenapa la orang ni bangang sangat pergi record? Dah record lepastu dia post Youtube pulak. Baguslah tu. Mak bapak tak ajar ke jangan ganggu urusan orang. Malaysian sometimes can be weird. Like, man, go mind your own business laa. Nak rakam rakam dah kenapa.

Memang duduk Malaysia ni semua benda viral. Yang Nstar ni pun, gaduh dekat Starbucks pun kecoh nak buat artikel. Bukan main panjang artikel dia buat. Haih kalau aku tau sapa admin Nstar ni, memang sampai lubang jin aku cari." Selepas penat berleter seorang diri, mug yang berisi Nescafè di atas meja diambil lalu dia menghirup air itu sedikit.

KRINGG

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Segera Jungkook mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?" Berubah-ubah riak wajah Jungkook semasa bercakap di telefon.

"What? Rosak?"

"Haiyaa! Betul-betul la boss. Ini punya rosak memang tak boleh hidup langsung ka?"

"Ah okaylah kalau macam tu. Thank you aa boss!" Hah kau! Siap ada dialek Cina bagai. Anak Jeon ni, jangan main-main! Semua benda dia boleh.

Mengaku yang dia sukakan Aisyah je tak boleh-boleh lagi. Maklumlah anak Jeon ni pantang mengalah. Beberapa minit dia bercakap di telefon, panggilan tersebut akhirnya dimatikan.

"Sumpahlah tak boleh repair langsung..." Jungkook merenung siling biliknya. Frust! Dia benar-benar kecewa.

MacBook pemberian mendiang atuknya kini hancur! Sia-sia saja usahanya selama ini menjaga satu-satunya hadiah mendiang atuknya yang masih bertahan dengannya semenjak empat tahun yang lalu atuk kesayangannya pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Tidak sangka hari ini merupakan hari terakhir hadiah itu bersamanya.

R.I.P MacBook anak Jeon.

"Aisyah, Aisyah. Apa kau dah buat dekat laptop aku."

"Ish, tapi kau tak boleh salahkan 'crush' kau. Salah kau lah. Sapa suruh tak tutup botol air tu rapat-rapat? Padan la muka kau."

"Aduh! Macam mana ek? Tak lama dah pun nak habis degree. Kenapa tak habis degree je kau rosak, laptop oii??"

"Mintak laptop baru dekat papa agak-agaknya orang tua tu nak beli tak?"

Lama Jungkook berfikir, sehingga tak sedar yang dirinya kini sudahpun dibuai mimpi.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

307K 42.1K 66
"Saya sayang awak, Sejung." "Untuk apa awak sayang perempuan yang dah jadi tin kosong ni?" Nantikan...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
72.5K 6.5K 17
"jinu unnie ! kookie nak biskut tu !" -jeon jungkook "kenapa la aku kena jaga orang dewasa lagi berbulu tapi perangai macam budak-budak ni"-park jinu...
519K 44K 76
Nama aku Choi Nara. Job ? Aku hanya pelayan lelaki bernafsu di kelab malam terkenal. Dia ? Dia Kim Taehyung. Pengusaha muda yang tiba-tiba menarik ak...