[C] CINTA BEZA AGAMA | JJK

By syafeiz

11.6K 1.6K 665

"be my girlfriend?" "awak lupa atau awak buat-buat lupa? saya dan awak, kita tak sama. awak agama awak. saya... More

CINTA BEZA AGAMA - START
01 | CBA
02 | CBA
03 | CBA
04 | CBA
06 | CBA
07 | CBA
08 | CBA
09 | CBA
10 | CBA
11 | CBA
12 | CBA
13 | CBA
14 | CBA
15 | CBA
16 | CBA
17 | CBA
18 | CBA
19 | CBA
20 | CBA
21 | CBA
22 | CBA
23 | CBA
24 | CBA
25 | CBA
26 | CBA
27 | CBA
28 | CBA
29 | CBA
30 | CBA
31 | CBA
32 | CBA
33 | CBA
34 | CBA
35 | CBA
36 | CBA
37 | CBA
38 | CBA
39 | CBA
40 | CBA
41 | CBA
42 | CBA
43 | CBA
44 | CBA
45 | CBA
46 | CBA
47 | CBA
48 | CBA
49 | CBA
50 | CBA
51 | CBA
52 | CBA
53 | CBA
54 | CBA
55 | CBA
56 | CBA
57 | CBA
58 | CBA
59 | CBA
60 | CBA
61 | CBA
62 | CBA
63 | CBA
64 | CBA
65 | CBA
66 | CBA
67 | CBA
68 | CBA
69 | CBA
70 | CBA
71 | CBA
72 | CBA
73 | CBA
74 | CBA
75 | CBA
76 | CBA
CINTA BEZA AGAMA - END

05 | CBA

191 31 3
By syafeiz

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

"Mana Aisyah ni?" Jemari Jungkook mengetuk meja sambil dia melihat jam di tangan kirinya.

"Janji pukul 4:00 petang tapi sekarang dah nak pukul 4:30 petang dah ni. Haih, pantang betul aku orang jenis tak tepati janji ni."

Satu minit.

Dua minit.

Tiga minit.

Empat minit.

Lima minit.

Tepat jam 4:30 petang, Jungkook lihat seorang gadis sedang termengah-mengah lari masuk ke dalam Starbucks. Siapa lagi kalau bukan Aisyah.

"S-Sorry saya lambat sikit." Aisyah memohon maaf sambil tercungap-cungap mencari nafas.

Jungkook menyilang tangan dan menggeleng kepala.

"Lambat sikit kau kata? Kau lambat 30 minit tau. Kau buat apa sampai 30 minit tu? Bersiap? Pakai mekap? Hah?"

"M-Mana ada saya pakai mekap."

"Patutlah buruk."ujar Jungkook.

Oh.

Buruk?

Nice.

Mungkin dia bergurau.

Gurau pasal muka orang?

Face shaming ke?

"Ha dah tu apahal kau lambat?" Lamunan Aisyah serta-merta terhenti apabila Jungkook kembali menanyakan soalan.

"Macam ni, saya tertidur tadi lepas tu saya baru nak solat Asar. Masa saya dalam perjalanan nak datang sini, jalan jammed teruk gila sebab ada accident. Haa, sebab tu lah."jelas Aisyah sambil bermain dengan jarinya. Persis seorang anak kecil di hadapan bapanya pula apabila membayangkan situasi dia dengan Jungkook sekarang.

"Banyaklah alasan kau. Punyalah lama aku tunggu."

"30 minit je pun." Selamba Aisyah berkata.

"Menjawab! Aku ni boleh mati kebuluran tau tunggu kau sampai sini."

"Makan jelah dulu. Buat apa nak tunggu saya."

"Sebab aku nak makan dengan kau la, aku tunggu."

"Haa?" Aisyah menyoal tidak faham.

"Tak ada apa. Dah kau pergi duduk sekarang. Ke nak beli air dulu?"

"Saya mintak maaf. Awak nak apa? Cakap je, saya belanja."

"Tak payahlah."

"Ish, saya nak belanja ni. Cakap-"

"Aku nak McD."potong Jungkook laju. Shy shyton pulak dia.

"Apa-apa je lah. Lepas kita siapkan separuh daripada baki tugasan ni, kita pergi ya?"ujar Aisyah sambil senyum kepada Jungkook dengan harapan Jungkook akan memaafkannya.

"Ok."

OK je?

"Awak maafkan saya ke tak ni?"

"Tak."

"Hmm ... okey." Aisyah melabuhkan punggung di hadapan Jungkook. Takkan nak duduk sebelah pula kan?

"Awak dah siap bahagian awak?"soal Aisyah sambil tangannya meraba-raba mencari komputer ribanya.

Jungkook yang sedang membuka penutup botol airnya, terhenti. Dia kemudian memeriksa kerjanya sebelum membalas pertanyaan Aisyah.

"Sikit lagi. Nantilah aku sambung. Penat menaip." Air masak diteguk. Menaip pun boleh haus tau.

"Hmm, baguslah tu. Saya ingat ada banyak lagi."ujar Aisyah

"Oh kau nak kata aku malas la ni?"

"Takkk!"nafi Aisyah. Dia cuma ingin bertanya mana tahu Jungkook perlukan pertolongannya atau tidak.

"Kau dah siap ke?" Soalan Jungkook tidak dibalas sebaliknya Aisyah hanya tersengih. Jungkook yang faham akan maksud Aisyah, menggeleng.

"Alah saya buat kejap je ni. Awak jangan risau."

"Ha ye la tu jangan risau. Submission date lagi empat hari tau. Next week kita kena bentang lagi. Kalau lambat, habis carry mark ni kena potong."

"Wow! Sejak bila Encik Jungkook kisah pasal markah ni?"

"Hey! Hello hello. Sepanjang aku belajar dekat sini, aku selalu score even tak dapat 4.00 okey? This is my last semester, the end of my degree life, so I NEED to do this. " Tangan Jungkook yang dilenggok-lenggokkannya memainkan peranan. Harap muka je gangster tapi gaya macam sotong.

"Ooo, faham faham."jawab Aisyah malas.

"Apa yang kau faham?"

"Entah."

"Bodoh" Aisyah tergelak kecil.

Walaupun kata-kata Jungkook agak kasar, tapi Aisyah tidak hairan kerana dia seorang lelaki. Lainlah jika Jungkook itu seorang wanita, sudah menjadi keperluan untuk Aisyah menegurnya.

__________🐰🤍__________

'Aduh! Nak terkencing la pulak.'bisik hati Jungkook.

"Kau tunggu sini jap. Aku nak pergi toilet." Aisyah mengangguk perlahan tanpa bersuara. Jungkook bingkas bangun lalu beredar dari situ.

"Itulah minum air banyak lagi, kan dah nak terkencing." Aisyah mengomel sendiri sambil membelek buku notanya. Sesekali dia menoleh mencari kelibat Jungkook.

Beberapa minit selepas itu, saki-baki tugasannya akhirnya siap dibuat. Sekarang dia hanya perlu menyiapkan bahagian terakhir di slaid mereka.

Dia mengemas barang-barangnya dan memasukkannya ke dalam beg.  Buku-buku Jungkook yang berteraburan di atas meja disusun dan dialihnya ke tepi.

Secara tidak sengaja, tangannya tertepis botol air Jungkook yang kebetulan tidak tertutup rapat. Nasibnya bertambah malang apabila botol air itu betul-betul jatuh di atas MacBook Jungkook yang sedang terpasang.

"Ya Allah!" Aisyah dengan pantas mengangkat botol air itu daripada komputer Jungkook. Namun lain pula jadinya apabila Jungkook pada masa yang sama kembali ke tempat mereka.

Jungkook terkedu apabila melihat botol airnya berada di dalam tangan Aisyah sementara komputernya yang tadi sedang terpasang, kini sudah terpadam dengan air di sekitarnya.

"Fuck fuck fuck!" Langkahnya dipercepatkan sambil mulutnya mengeluarkan kata-kata kesat.

Tubuh Aisyah serta-merta terdorong ke belakang apabila Jungkook secara tiba-tiba muncul di sebelahnya. Jungkook cuba membuka komputernya namun tiada sebarang tanda-tanda komputernya akan terbuka.

Riak wajah Jungkook berubah. Dia memandang Aisyah di sebelahnya yang sudah panik.

"Kau buat apa dekat komputer aku, sial?!"jerkah Jungkook. Semua pelanggan yang datang ke Starbucks itu mula memandang ke arah mereka berdua.

"Weh laki tu bukan Jungkook ke?"tanya seorang lelaki kepada rakannya.

"Weh haah laa. Diorang gaduh ke sia. Rakam we rakam! Boleh viral ni dekat kampus kita nanti!" Lelaki itu segera mengambil telefon pintarnya dan merakam insiden tersebut.

"T-Tak Jungkook tak! Saya tak sengaja!" Aisyah cuba memberitahu perkara yang sebenar tetapi dipotong Jungkook.

"Kau ingat aku tak nampak ke babi? Kau sengaja kan? Kau sengaja tuang air atas MacBook aku kan? Aku nampaklah pompuan! Kau jangan nak tipu!"

"B-Bukan, saya-"

"Bukan apanya! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri!"

"Sumpah saya tak buat Jungkook!"

"Habis tu kenapa botol air aku ada dekat tangan kau! Ha jawab! Kau tak boleh jawab kan! Sebab memang betul kau sengaja tuang! Kau tak puas hati apa dengan aku sampai kau buat MacBook aku macam ni!

Kau tau tak dua hari aku tak tidur semata-mata nak siapakan tugasan ni?! Lepastu kau rosakkan laptop aku macam tu je! Habis hilang segala benda yang aku bersusah-payah buat!" Jungkook mula hilang kawalan. Habis kepala Aisyah ditunjal-tunjal sambil mulutnya menghamburkan kata-kata makian.

Aisyah kehilangan kata-kata. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya daripada bertentang mata dengan Jungkook. Air mata perlahan-lahan menitis jatuh ke lantai. Dia malu. Sudahlah difitnah, malah dihina dan dimalukan di hadapan orang ramai.

"Kau mampu ke nak bayar balik?? Kau mampu ke?? Gaji bapak kau pun belum tentu cukup nak bayar tau! Haritu kau langgar motor aku sambai bercalar! Lepastu MacBook aku pulak kau rosakkan!

Cuba kau bagitahu apa yang kau tak puas hati! Aku ingatkan kau bertudung labuh ni hati baik! Tapi rupanya? Busuk hati! Kau memang perempuan tak guna! Kau kalau hidup menyusahkan orang, baik kau pergi mati!"

PAP

Satu tamparan naik ke pipi Jungkook. Jungkook memegang pipinya sambil merengus kasar.

"Puas? Puas hati awak luahkan semuanya? Sampai semua orang yang ada dekat sini awak bagitahu yang saya buat itu ini. Puas malukan keluarga saya? Awak ingat ya Jungkook, awak fitnah-fitnah saya, awak hina keluarga saya, satu hari nanti giliran awak pulak di tempat saya.

Masa tu awak akan rasa apa yang saya rasa bila keluarga saya dihina. Saya sedar saya datang dari keluarga yang tak berkemampuan tapi tak perlulah awak hina saya. Saya pun ada maruah. Saya bukan patung yang tak ada hati dan perasaan!" Teresak-esak Aisyah menangis sambil meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya. Nafasnya mula naik turun.

Tanpa melengahkan masa, dia mengambil begnya, membiarkan Jungkook yang masih berdiri di situ. Mujur dia sudah mengemas barangnya sebentar tadi. Jika tidak, makin bertambah malu dia menjadi bahan bualan hangat pelanggan yang datang ke situ.

Siapa sahaja yang akan berdiam diri apabila keluarganya yang berkorban demi membesarkan mereka, dihina dan dicaci maki?

"Saya rasa kita tak perlu dah kot nak berjumpa untuk berbincang pasal projek ni. Takut makin membuak-buak perasaan benci awak tu dekat saya. Bahagian awak tu nanti saya sendiri yang akan selesaikan dan saya sendiri yang akan submit. Dan pasal komputer awak tu, saya akan cari jalan untuk ganti balik. Saya balik dulu. Bye." Cepat-cepat Aisyah keluar dari situ tanpa menghiraukan orang ramai yang sedang memandang ke arah mereka berdua.

Ada yang sedang berbisik sesama mereka. Ada juga yang berani merakam video pertengkaran mereka. Sungguh memalukan. Jika video itu sampai ke pengetahuan keluarganya, pasti mereka akan berasa kecewa.

Jungkook mengangkat kepala setelah beberapa minit dia menundukkan kepala. Wajah-wajah orang ramai yang sedang memandangnya dipandang lemah.

"Jungkook, apa semua ni? Kau dah janji untuk berubah demi Aisyah kan? Kenapa kau buat dia macam tu?" Satu suara berbisik di telinganya. Suara itu kedengaran sayup-sayup bunyinya namun masih jelas di pendengaran Jungkook.

"Aku tak tahu. Aku terlalu marah sampai bertindak terburu-buru bila tengok MacBook aku kena air. Dengan botol air aku dekat tangan dia, macam mana aku tak syak dia yang buat?"

"Why don't you go and check the CCTV? This cafe must have it somewhere around your table."

Wajah Jungkook kembali bersinar.

"Brilliant idea!"

"Now, go." Suara itu kemudian hilang. Bagaikan seorang anak kecil, Jungkook berlari ke kaunter pembayaran. Orang ramai pula sudah mula membuat hal masing-masing. Tiada lagi yang sedang merakam ataupun melihat.

"Hi, welcome to Starbucks. What can I help you, sir?" soal penjaga kaunter itu ramah.

__________🐰🤍__________

Rakaman CCTV yang sedang bermain ditengok. Setiap gerak-geri Aisyah, Jungkook perhatikan. Dia perlu memastikan samada Aisyah betul-betul tidak sengaja atau sebaliknya.

"She didn't do that intentionally, man. I already watched the record when you started to scold her."balas pekerja lelaki yang meneman Jungkook masuk ke dalam bilik stor itu.

"I know. Ugh! What have I done."kata Jungkook penuh kesal.

"If you don't mind, may I know who is she to you?"

"We're having a partner project as our final year project. But I think I kinda like her." Staf itu terdiam.

"You're not a Muslim right?"

"Hmm...yeah."balas Jungkook teragak-agak.

"Well, you can't be with her. Their religion doesn't allow other relationship between a man and a woman than marriage."

"And why is that?"soal Jungkook tertanya-tanya.

"Neither do I know about it." Pekerja lelaki itu mengangkat bahu. Dia menepuk bahu Jungkook beberapa kali sebelum dia keluar dari stor itu.

"I'll wait for you outside. Call me if you have finished watching the record."

"Thanks, man." Jungkook senyum tanda berterima kasih dengan lelaki itu.

"I have to fix this."

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

72.5K 6.5K 17
"jinu unnie ! kookie nak biskut tu !" -jeon jungkook "kenapa la aku kena jaga orang dewasa lagi berbulu tapi perangai macam budak-budak ni"-park jinu...
307K 42.1K 66
"Saya sayang awak, Sejung." "Untuk apa awak sayang perempuan yang dah jadi tin kosong ni?" Nantikan...
519K 44K 76
Nama aku Choi Nara. Job ? Aku hanya pelayan lelaki bernafsu di kelab malam terkenal. Dia ? Dia Kim Taehyung. Pengusaha muda yang tiba-tiba menarik ak...
9.7K 742 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...