[C] CINTA BEZA AGAMA | JJK

Por syafeiz

11.6K 1.6K 665

"be my girlfriend?" "awak lupa atau awak buat-buat lupa? saya dan awak, kita tak sama. awak agama awak. saya... Más

CINTA BEZA AGAMA - START
01 | CBA
02 | CBA
04 | CBA
05 | CBA
06 | CBA
07 | CBA
08 | CBA
09 | CBA
10 | CBA
11 | CBA
12 | CBA
13 | CBA
14 | CBA
15 | CBA
16 | CBA
17 | CBA
18 | CBA
19 | CBA
20 | CBA
21 | CBA
22 | CBA
23 | CBA
24 | CBA
25 | CBA
26 | CBA
27 | CBA
28 | CBA
29 | CBA
30 | CBA
31 | CBA
32 | CBA
33 | CBA
34 | CBA
35 | CBA
36 | CBA
37 | CBA
38 | CBA
39 | CBA
40 | CBA
41 | CBA
42 | CBA
43 | CBA
44 | CBA
45 | CBA
46 | CBA
47 | CBA
48 | CBA
49 | CBA
50 | CBA
51 | CBA
52 | CBA
53 | CBA
54 | CBA
55 | CBA
56 | CBA
57 | CBA
58 | CBA
59 | CBA
60 | CBA
61 | CBA
62 | CBA
63 | CBA
64 | CBA
65 | CBA
66 | CBA
67 | CBA
68 | CBA
69 | CBA
70 | CBA
71 | CBA
72 | CBA
73 | CBA
74 | CBA
75 | CBA
76 | CBA
CINTA BEZA AGAMA - END

03 | CBA

249 38 11
Por syafeiz

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Mata Aisyah memandang sekeliling perpustakaan itu. Dia sedang mencari kelibat rakan kuliahnya. Dia perlu bertanya kepada mereka tentang perkara yang dibincangkan oleh Sir Edrian semalam.

"Ha tu diorang." Kaki melangkah mendekati meja yang diduduki beberapa orang gadis di bahagian hujung perpustakaan itu.

"Hai semua."sapa Aisyah.

"Oh hai Aisyah!"balas Syifa.

"Aisyah nak tanya ni. Pasal Sir Ed semalam. Sir bincang pasal apa eh? Setahu Aisyah, Sir nak buat partner project eh?"soal Aisyah. Gadis berkaca mata bulat yang sedang khusyuk membaca buku mula mengangkat kepalanya.

"Partner project? Ohh yang tu. Sir kata project tu kita kena buat presentation."jelas gadis berkaca mata bulat yang bernama Riana itu.

"Tapi pasangan tu kitorang dah bahagikan semalam."sampuk gadis ketiga iaitu Ezra.

"Dan semua dah cukup. Memang takde orang yang tak ada pasangan."sambung dia lagi.

"Hah? Jadinya saya dengan siapa?"soal Aisyah.

"Hmm betul jugak kan." Syifa terdiam sejenak.

"Tak apalah nanti kita tanya Sir Ed."balas Riana.

"Baiknya korang semua. Thank you sangat sangat!" ucap Aisyah terharu. Mana nak cari kawan baik macam ni zaman sekarang ni.

"Tak ada apalah! Kita kan kawan!!" 

__________🐰🤍__________

"Ok everyone! Masing-masing dah ada pasangan betul? Jadi kamu semua boleh mula berbincang. Ingat ya! Kerja kumpulan ni akan diambil kira untuk markah final ni juga! Jadi, do your best!" Semangat Sir Edrian berkata-kata. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi di meja guru yang tersedia. Kertas kerja dibelek-belek sebelum dia menandanya.

Pelajar mula bergerak ke tempat pasangan masing-masing. Riuh tidak terkata suasana di dalam bilik itu. Sesekali Sir Edrian mengangkat kepala melihat pelajar-pelajarnya berbincang. Seketika kemudian, dia terpandang seorang pelajar perempuan berjalan mendekati mejanya.

"Hi sir,"sapa Aisyah.

"Yes Aisyah? What can I help you?"

"Urmm sir... saya tak ada pasangan untuk kerja kumpulan ni. Macam mana ya? Atau saya perlu buat seorang diri?"

"Tak ada pasangan?  Pelik. Bukan bilangan pelajar dalam ni angka genap? Sepatutnya cukup."

Aisyah diam seribu bahasa. 

Ya Allah, bantu hamba-Mu ini.

"Sirr!!" Sir Edrian mengangkat kepala apabila seseorang memanggilnya.

"Yes, Jungkook?"

"I tak ada partner la sir. I tak payah buat lah kerja ni. Hehehe." Jungkook tersengih-sengih di hadapan pensyarahnya. Aisyah memandang Jungkook pelik.

Berani betul dia cakap macam tu dengan sir.

"Boleh, tapi jangan datang cari saya bila final nanti awak tak pass." Senyuman Jungkook mati.

"Saya gurau je sir. " 

"Ha baguslah tu. Alang-alang awak tak ada partner, awak dengan Aisyah satu kumpulan. Dah pergi buat kerja. Saya tak ada masa nak melayan kerenah awak ni."

"Aisyah?" Jungkook menoleh ke kanannya. Seorang gadis bertudung labuh sedang memandangnya tidak berkelip.

"KAU??"soal Jungkook tidak percaya.

"T-Tapi sir," 

Pasangan dengan perempuan ni? 

Mustahil!

"Tak ada tapi tapi, Jungkook. Dah shuh shuh!" Jungkook mengeluh kasar. Mereka berdua berjalan pergi dari meja itu dan kembali ke tempat masing-masing.

"Urghh! Kenapa dalam banyak-banyak manusia, perempuan ni jugak sekumpulan dengan aku?" Jungkook berbisik perlahan namun masih dapat didengari oleh Aisyah.

"Dia ingat aku nak sangat berpasangan dengan dia."kata Aisyah. Langkah Jungkook terhenti. Dia kemudian menoleh memandang Aisyah di belakangnya.

"Apa kau kata? Eh! Kau patut bersyukur sebab dapat budak popular dekat kampus ni tau! Ramai lagi orang yang teringin bercakap dengan aku. Yang teringin nak satu kumpulan dengan aku." Kepala Aisyah yang berlapik tudung ditunjal-tunjal.

"Eh! Kepala orang jangan buat main ya! Mak ayah tak ajar hormat orang ke?"tegas Aisyah. Wah wah wah, haritu dah hina keluarga lepas tu nak main kepala orang. Depan orang pulak tu!

"Orang macam kau, layak ke dihormat? Hah? Dengan cara pemakaian kau yang kolot ni. Tudung labuh semua. Aku pun naik rimas tengok kau lama-lama."

"Kalau rimas, tak perlu tengok. Saya tak suruh pun awak tengok saya."

"Dahlah, malas bercakap dengan orang macam kau." Jungkook berjalan ke tempat duduknya meninggalkan Aisyah yang terpinga-pinga berdiri.

"Kau buat apa dekat dia tu?"soal Mike.

"Mind your own business." Walaupun ayatnya tampak ringkas, namun ianya cukup untuk membuatkan rakannya, Mike diam membisu.

"Marah eh."bisik Mike perlahan.

"Kau pasangan kau siapa?"soal Jungkook secara tiba-tiba.

"Meet Khayra, my new girlfriend." Mike bersandar ke kerusinya supaya Jungkook dapat melihat wajah Khayra dengan jelas. Jungkook terlopong.

"Wtf? Your new girlfriend? Bapak cepat kau move on dengan ex kau!" Jungkook menjerit. Hampir sahaja didengari oleh Khayra namun cepat-cepat Mike menekup mulutnya.

"Jangan jerit bodo. Tak lama pun. Nanti aku dah bosan, aku break la." Mike berkata dalam nada berbisik. Mata Jungkook membuntang. Dia menutup mulut menahan ketawa.

"Kau ni tak baik tau. Pft-" Dia sudah tidak tahan lagi. Terkekek-kekek Jungkook ketawa sambil tangannya masih di mulut.

"Kau bukan tak kenal aku, Kook." 

"Kenal sangat."

"Dah tu kau partner dengan sapa sekarang untuk projek ni?" Soalan Mike membuatkan Jungkook diam semula.

Jungkook menoleh mencari kelibat Aisyah sebelum menunding jari ke arahnya.

"Tu, perempuan tu ha."jawabnya pendek.

"Kau tak suka dia eh?"

"Hello? Bagi aku dua sebab kenapa aku perlu suka dia??"

"Well, she's pretty. And...polite."

"Ok I can't deny the fact that she's pretty. But she must be ten times prettier if she doesn't  wear that weird cloth thing on her head."

"It is called as a hijab."

"Yeah yeah, whatever it is."

"Nah, she's prettier with the hijab."

"Why did you say so?"

"If you look at her, the way she wear reflected everything about her personality."

"But the hijab-"

"Enough, Jungkook. Enough. It's an obligation for her in her religion, okay? She's different from other people. If you look at Muslim lady these days, most of them won't wear proper hijab like her. She's one in a million."

"You're just the same as her. Old-fashioned." Jungkook mengambil telefon pintarnya yang terletak di atas meja kemudian dia berjalan keluar dari bilik kuliah itu.

"Sir, I want to go to the toilet!"jerit Jungkook tanpa memandang pensyarahnya langsung.

"Jungkook, Jungkook. I'm sure that one day you will accept the fact."kata Mike perlahan. Dia kemudian menyambung perbincangan kerja kumpulan bersama dengan pasangannya.

Aisyah memerhati Jungkook dari jauh. Dia sedar dari tadi Jungkook asyik memandangnya sambil berkata sesuatu kepada rakannya.

"Agak-agaknya apa yang dia cakap masa dia pandang aku tadi?"soal Aisyah kepada dirinya sendiri.

__________🐰🤍__________

"Assalamualaikum, Aisyah." Aisyah mengangkat kepala tatkala satu suara garau memberi salam. Seorang lelaki berkopiah dan berjubah hitam sedang tersenyum kepadanya. Nampak gaya macam baru balik masjid saja.

"Waalaikummussalam. Eh Taufiq? Awak buat apa dekat sini?"soal Aisyah sambil mengerling sekilas ke arah tangan Taufiq yang sedang memegang seplastik berisi pelbagai aneka kuih-muih.

"Tak adalah. Saya baru balik dari masjid tadi. Kebetulan lalu di depan kedai kuih. Sajalah saya belikan sikit untuk awak."

Untuk aku?

"U-Untuk saya?" 

"Yep. Nah, ambillah. Boleh buat alas perut sambil-sambil awak tengah study tu."kata Taufiq sambil menghulurkan plastik berwarna kuning itu.

"Oh, t-terima kasih." Aisyah berterima kasih selepas mengambil beg plastik daripada tangan Taufiq.

"Akak!" Taufiq dan Aisyah menoleh. Sufi berlari ke arah mereka sambil melambai-lambai tangannya.

"Kenapa Sufi ni?"soal Aisyah. 

"Tak ada apalah. Saja. Hehe." Aisyah memandang Sufi pelik. 

"Pulak."

"Haa Sufi, makanlah kuih tu sekali. Abang baru balik masjid tadi,  nampak gerai kuih tepi jalan tu macam tak ada orang je. Abang singgah la. Belek punya belek, laa ada kuih ketayap dekat gerai tu. Terus abang teringatkan Sufi suka kuih ni. Abang pun belilah sekali." 

"Kuih ketayap??"  Segera Sufi mengambil beg plastik yang berada di tangan Aisyah. Bersinar matanya melihat Sufi melihat kuih berwarna hijau yang menjadi kegemarannya itu.

"Wah! Banyaknya Abang Taufiq beli! Terima kasih, bang!" Aisyah tersenyum melihat wajah ceria adiknya. 

"Terima kasih banyak-banyak, Taufiq. Susah-susah awak je habiskan duit beli semua ni untuk keluarga saya."

"Tak adalah. Rezeki ada kita sama-sama kongsi. Sedekah kan pembuka pintu rezeki. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dululah. Kang tak manis pula orang nampak kita berborak dekat sini."

"Iyalah. Hati-hati balik tu." Lelaki itu mula melangkah pergi.

"Elok-elok bang! Terima kasih sekali lagi belikan kuih ni untuk Sufi!" Taufiq menoleh lantas tersenyum. Dia melambai perlahan sebelum berjalan semula.

Sufi duduk di sebelah kakaknya yang tak lepas memandang Taufiq dari belakang.

"Akak tak nak ke Abang Taufiq tu jadi suami akak?" Aisyah berkerut kening.

"Heh! Apa benda Sufi merepek ni? Akak muda lagi la. Lambat lagi nak fikir pasal kahwin semua ni. Akak nak habiskan degree dulu, lepas tu nak cari kerja lagi. Tak ada masa la nak kahwin kahwin ni."

"Akak ni. Lambat-lambat nanti takut melepas. Sufi tengok, Abang Taufiq tu baik je. Tengok, dia siap tahu lagi Sufi suka makan apa. Fuh! Ciri-ciri abang ipar idaman tu!"kata Sufi sambil mulutnya mengunyah kuih yang berada dalam mulutnya.

"Yalah tu. Jodoh tu di tangan Allah. Baik macam mana pun Abang Taufiq tu, kalau dia memang bukan jodoh akak, memang takkan bertahan punya. Kahwin ni bukan benda main-main."

"Apa-apa je lah akak. Sufi malas nak ambil tahu. Kalau Sufi jadi akak, esok jugak Sufi masuk minang dia. Sementara dia still available tu, kita patutnya kena rebut!"

"Makan kuih tu bagi habis. Bising je dari tadi. Yang Sufi nak sibuk cari jodoh untuk akak ni kenapa. Sufi tu, dah ada yang melekat ke belum?"

"Jodoh di tangan Allah, kak."

"Eleh, pandai pulak." Sufi hanya mengabaikan kakaknya di sebelah.

'Agaknya umi dengan abi berkenan ke dengan Taufiq?'getus hati Aisyah.

TBC

Seguir leyendo

También te gustarán

243K 37.7K 155
"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuh...
9.6K 735 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
142K 13.7K 55
August D. Penjenayah yang dicari-cari. Start:24.3.2019 End:12.9.2019
405K 42K 57
"yeom, kamu jangan pernah bagi jungkook makan benda manis." "kenapa pun mak ?" "sebab nanti kamu takkan tahan dengan perangai hyper manja dia." tapi...