[C] CINTA BEZA AGAMA | JJK

By syafeiz

11.6K 1.6K 665

"be my girlfriend?" "awak lupa atau awak buat-buat lupa? saya dan awak, kita tak sama. awak agama awak. saya... More

CINTA BEZA AGAMA - START
02 | CBA
03 | CBA
04 | CBA
05 | CBA
06 | CBA
07 | CBA
08 | CBA
09 | CBA
10 | CBA
11 | CBA
12 | CBA
13 | CBA
14 | CBA
15 | CBA
16 | CBA
17 | CBA
18 | CBA
19 | CBA
20 | CBA
21 | CBA
22 | CBA
23 | CBA
24 | CBA
25 | CBA
26 | CBA
27 | CBA
28 | CBA
29 | CBA
30 | CBA
31 | CBA
32 | CBA
33 | CBA
34 | CBA
35 | CBA
36 | CBA
37 | CBA
38 | CBA
39 | CBA
40 | CBA
41 | CBA
42 | CBA
43 | CBA
44 | CBA
45 | CBA
46 | CBA
47 | CBA
48 | CBA
49 | CBA
50 | CBA
51 | CBA
52 | CBA
53 | CBA
54 | CBA
55 | CBA
56 | CBA
57 | CBA
58 | CBA
59 | CBA
60 | CBA
61 | CBA
62 | CBA
63 | CBA
64 | CBA
65 | CBA
66 | CBA
67 | CBA
68 | CBA
69 | CBA
70 | CBA
71 | CBA
72 | CBA
73 | CBA
74 | CBA
75 | CBA
76 | CBA
CINTA BEZA AGAMA - END

01 | CBA

605 70 14
By syafeiz

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Aisyah membetulkan tudungnya di hadapan cermin sebelum dia keluar dari biliknya.

"Aisyah! Kamu dah bangun ke belum? Dah lambat ni!" Lantang Hajah Zaharah menjerit memanggil nama anaknya.

"Dah umi! Lagi sikit je ni!"balasnya.

Aisyah keluar dari biliknya dan bergerak ke dapur. Kelihatan kedua ibubapanya sedang duduk menjamah sarapan di meja makan.

"Ha Aisyah, mari makan dulu. Jamah sikit nanti perut tu kosong pulak dalam kelas."panggil ayah Aisyah, Haji Iskandar.

Dengar sahaja ayahnya memanggil namanya, Aisyah segera mengambil tempat duduk. Laju tangannya mencedok bihun goreng yang berada di dalam mangkuk kaca itu. Masakan ibunya mana pernah mengecewakan. Rugi jika tidak menjamah walaupun semulut.

"Pelan pelan la Aisyah oi. Umi tau kamu lambat tapi jangan sampai gelojoh macam tu. Nanti tersedak tiba-tiba, tak ke naya tu?"

Aisyah hanya tersengih memandang ibunya. Bihun yang berjaya disuap ke dalam mulutnya dikunyah.

Haji Iskandar menggeleng melihat perangai anak daranya. Macam mana nak jadi bini orang kalau makan pun tak senonoh macam ni?

"Ni anak teruna awak tu mana perginya? Tak makan sekali?"soal Haji Iskandar kepada Hajah Zaharah.

"Sufi? Hmm saya pun tak pasti, bang. Pukul 7 tadi ada je di rumah saya nampak. Tapi sekarang hilang ke mana entah."

"Alah abi ni. Macam tak tahu si Sufi tu. Rajin sangat pergi tengokkan pusat rawatan dia. Semenjak dua menjak ni, dia kata ramai betul orang datang minta rawatan dekat situ,"celah Aisyah.

"Dia kan ada ramai pekerja? Kenapa dia pulak yang sibuk?"soal ayahnya.

"Mana Aisyah tahu. Okeylah umi, abi. Aisyah pergi dulu eh? Dah lambat sangat ni. Nanti sampai dekat sana dah pukul 8:30 pula."

"Yalah. Bawak kereta elok-elok ya? Kang tak sempat pula abi nak ada cucu,"seloroh Haji Iskandar.

Aisyah tersenyum kelat.

PAP

Satu tamparan hinggap di bahu Haji Iskandar.

"Apa benda abang merepek ni? Dah, Aisyah pergilah. Jangan layankan sangat abi kamu ni. Memang kerjanya cakap benda merapu je."kata Hajah Zaharah kepada anaknya sambil menjeling tajam ke arah suaminya.

"Baiklah umi, abi. Jangan risau ya? Aisyah pandai jaga diri." Tote bag diambil dan kerusi yang didudukinya disorong ke bawah meja.

Kedua tangan ibubapanya disalam sebelum dia meminta diri.

"Bye umi, abi. Asalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Selepas beberapa minit, bunyi enjin kereta Aisyah hilang dari pendengaran mereka berdua.

"Awak tak rasa ke kita patut carikan calon suami untuk Aisyah?"

__________🐰🤍__________

"Woi kau dekat mana?"jerit Jungkook di telefonnya sambil matanya melilau mencari kelibat rakannya, Mike.

"Aku ada tengah lambai dekat kau ni haa. Cuba kau angkat sikit kepala tu." Mike menggeleng kepala seraya mengeluh. Susah betul nak layan manusia sorang ni.

"Mana babi!"

"Amboi mulut kau. Aku dah jaga parking untuk kau ni, kau membabikan aku pulak ya. Ni lah kawan. Tak kenang budi."

"Bodoh. Kau lambai tu tinggilah sikit. Kepala aku ni nak tercabut dah ni."

"Kau pusing belakang nanti kau nampak seorang makhluk Tuhan pakai baju warna merah. Ha aku dekat situ."

"Ohh! Yang pakai baju ada corak bunga dekat bahagian bawah tu eh?"soal Jungkook.

"Yaaa."

"Yang ex-girlfriend dia bagi tu ke?" Jungkook menahan senyum.

"Kau, kalau kau sampai dekat sini nanti aku cabut tayar motor kau."

"Ok gurau gurau. Bebi tunggu ayang pergi sana okey. Bye. Mwah!" Jungkook ketawa besar melihat riak wajah Mike yang membuat mimik muka geli.

"Gay." Mike berkata perlahan.

"Tak sangka kan, rasanya baru tahun lepas first sem. Tiba-tiba je, dah last semester. Cepat betul!" Aisyah bersandar di kerusi sambil menghela nafas panjang. Dia kemudian kembali fokus kepada pemanduannya.

Sedang dia ralit mencari parking, sebuah motosikal melintas di hadapannya. Tidak sempat dia menekan brek, motosikal yang melintas tadi dilanggarnya tidak sengaja sehingga menyebabkan pembonceng motosikal itu jatuh di atas jalan.

"Ya Allah!" Aisyah keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan pembonceng tersebut.

"What the hell! My motorbike!" Terlopong mulut Jungkook melihat motornya. Walaupun hanya ada kesan calar sedikit di bahagian hadapan, cukup membuatkannya marah.

"Err encik, saya mintak maaf sangat. Saya tak nampak encik lalu tadi." Jungkook merenung tajam ke arah Aisyah.

"Kau buta ke perempuan?! Bawak kereta guna lutut ke apa tak tengok jalan. Kau tengok apa jadi dekat motor aku! Eh! Kau tahu tak motor ni mahal? Nak beli motor ni pun dah beribu tahu? Belum termasuk lagi dengan aksesori dia tau!"jerkah Jungkook.

"Saya mintak maaf. Saya betul-betul tak sengaja."rayu Aisyah kepada Jungkook.

"Wah wah wah! Senangnya kau mintak maaf! Jangan ingat aku senang-senang nak lepaskan kau macam tu je eh. Aku nak kau bayar balik!"

"Awak cakap je nak saya bayar berapa. Saya bayar."

"Ceh! Kau pakai kereta pun kereta murah. Entah-entah kereta secondhand tak. Tengok pun tau. Mesti mak ayah kau tak mampu kan? Miskin! Ada hati nak bayar motor aku."

Aisyah menggenggam penumbuknya. Hatinya mula panas. Orang cakap elok-elok, yang nak kaitkan keluarga ni kenapa?

"Mak bapak jangan main-main ya? Saya nak selesaikan masalah ni cara elok, kita selesaikan cara elok. Tak perlulah sampai nak babitkan keluarga, sampai nak hina-hina keluarga saya! Keluarga saya pun ada maruah!" Giliran Aisyah pula naik angin. Melampau betul!

"Pft! Marah? Takutnya! Mama tolong Jungkook! Ada orang tengah marah! HA HA HA!" Jungkook ketawa terbahak-bahak selepas melihat wajah Aisyah yang sudah merah padam. Aisyah beristighfar untuk menenangkan dirinya. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia tumbuk muka lelaki di hadapannya itu.

"Dah la kau. Kalau aku mintak kau bayar pun, belum tentu kau ada duit. Berambus kau dari sini. Kali ni mungkin aku akan lepaskan kau, tapi kalau kau langgar aku lagi lepas ni, tau aku nak buat apa. Huh!" Jungkook mengangkat motosikalnya dan memakai helmetnya. Aisyah hanya memandang Jungkook berlalu pergi dari tempat kejadian itu. Beberapa saat kemudian, dia menghentak kakinya di atas jalan.

"Urghhh!!! Umiii! Kenapa Aisyah kena jumpa mamat poyo macam tuuu. Dahla acah hensem! Hish!"

PON PON

Aisyah terhinjut ke belakang apabila seseorang menekan hon di hadapannya. Dia tersengih sebelum memohon maaf kepada pemandu kereta itu.

Aisyah masuk ke dalam keretanya semula dan mencari parking lot untuk memarkir keretanya. Dia dah lambat. Bila-bila masa sahaja pensyarahnya akan masuk ke dalam kelasnya. Setelah berjaya memarkir keretanya, dia mengambil beg dan airnya lalu bergegas ke kelasnya.

Ya Allah, tolong jangan bagi Sir Ed masuk lagi, doanya dalam hati.

__________🐰🤍__________

"Fuhh!" Aisyah berdiri di hadapan pintu.

"Tomorrow, we will start our partner project okay?" Suara Sir Edrian kedengaran jelas di luar walaupun pintu bilik tertutup rapat.

"Ya Allah tak sempat."bisik Aisyah perlahan.

Dia mengelap peluh di dahi sebelum menarik nafas dalam-dalam.

"Ya Allah, semoga segalanya dipermudahkan."

"Bismillah."

Baru saja Aisyah mahu mengetuk pintu itu, bunyi tapak kasut datang dari arah kirinya seolah-olah ada seseorang sedang berlari ke arahnya.

"Kau tercongok apa dekat sini? Tepilah!" Tak sempat Aisyah mengelak, tubuhnya sudahpun ditolak sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk ke atas lantai.

"Aduu, sakitnya."

"Jeon Jungkook!" Aisyah mengangkat kepala apabila mendengar jeritan daripada satu suara yang dikenalinya. Sir Edrian.

Pensyarahnya mungkin dikenali sebagai seorang yang peramah dan mesra dengan pelajarnya tapi jika sekali dia mula naik angin, jangan harap boleh terlepas.

Aisyah segera berdiri. Belakang badannya disapu untuk menghilangkan debu pasir yang melekat. Dia menelan air liur melihat susuk tubuh tegap di hadapannya. Pasti lelaki ini yang bernama Jeon Jungkook.

"Why are you late, Jeon Jungkook?" Tegas Sir Edrian bertanya. Aisyah mengundur ke belakang agar pensyarahnya tidak dapat melihatnya.

'Ya Allah, selamatkan aku.'

"Berdiri dekat luar sana! Jangan masuk! Saya tak benarkan! Final dah dekat tapi masih tak ubah-ubah perangai!"bebel Sir Edrian.

"Ughh! I hate his class so much."Jungkook menoleh ke belakang dan berjalan keluar sambil berbisik. Dia kemudian terpandang Aisyah yang berada di belakang pintu.

"Awak tak faham bahasa ke Jungkook? Saya kata keluar!"

"Sir,"Jungkook menarik beg Aisyah sehingga Aisyah hampir merapatinya. Sir Edrian menggeleng kepala. Aisyah menunduk malu apabila dia merasakan seperti dirinya dipandang oleh rakan sekuliahnya yang lain.

"Hmm. Lenguhnya kaki berdiri,"gumam Aisyah perlahan. Jungkook mengerling sekilas apabila terdengar Aisyah bersuara.

"Kau lenguh, duduklah. Tu pun tak reti."

"Mana boleh. Kotorlah baju saya nanti."

"Suka hati kaulah."

Jungkook tersenyum sinis melihat Aisyah mengurut betisnya perlahan.

"Dah cakap suruh duduk." Jungkook berbisik sambil menggeleng kepala.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

243K 37.7K 155
"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuh...
104K 8K 66
daripada pengasuh sampailah jadi isteri... Status: COMPLETE Start: 24 Oct 2018 End: 5 Oct 2020 hambar ? ofcourse
193K 16.2K 28
"mana awak dapat nombor saya ?!" "dah ada dalam hati saya" -kisah seorang gadis yang selalu chat bersama crushnya sendiri tanpa disedari. 【orang kat...
405K 42K 57
"yeom, kamu jangan pernah bagi jungkook makan benda manis." "kenapa pun mak ?" "sebab nanti kamu takkan tahan dengan perangai hyper manja dia." tapi...