OUR BEAUTIFUL FATE √√

syxhxris tarafından

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... Daha Fazla

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 10

2.5K 300 28
syxhxris tarafından

Blade pulang dengan wajah yang keletihan. Sehari suntuk pelbagai perkara yang perlu dia lakukan. Apa lagi kalau bukan siasat tentang Sam Smith. Di tambah pula kerjanya yang sedia ada di pejabatnya.

Melihat keadaan rumahnya yang gelap gelita sudah pun memberitahunya bahawa Qayyum sudah pun berangkat ke tempat kerja. Motor adik lelakinya itu pun tiada.

Dia masuk ke dalam rumah sesudah membuka pintu rumah lalu menghidupkan suis lampu dan kipas di ruang tamunya.

Sofa panjang di hampiri lalu dia merebahkan tubuhnya atas sofa tersebut. Matanya di pejam seketika mahu merehatkan dirinya sebentar sebelum naik ke bilik tidurnya untuk mandi.

"Arghhh so tired..." Dia merenggangkan kepala dan tangannya sebelum bangun daripada sofa. Hampir saja dia terlelap.  Lebih baik dia mandi menyegarkan tubuhnya.

Kakinya melangkah naik ke atas menuju bilik tidurnya. Sambil itu dia membuka tali lehernya serta butang baju kemejanya. Panas.

Selesai buat apa yang patut dia turun ke bawah sambil membawa Iphonenya untuk mengisi perutnya yang mula berbunyi. Lapar.

Ruang dapur di tuju. Pasti Qayyum sudah masak untuk dirinya sebelum adiknya itu pergi kerja. Apa lah yang Qayyum masak untuk makan malam ni ya?

Namun, sebuah beg kertas yang terletak elok di tepi tudung saji menarik perhatiannya. Beg apa tu? Dia pun melihat isi dalam beg kertas tersebut.

Bekal makanan?

Jangan cakap yang Qayyum tertinggal bekal makanan?

Terus dia menelefon Qayyum untuk menanyakan perkara ini. Pasti Qayyum lupa mahu membawanya.

Tut tut tutttt

This is a mailbox for the number 01....

Terus Blade menamatkan panggilannya. Dia cuba lagi untuk kali yang kedua tetapi sama saja. Langsung tidak di jawab.

Berkerut wajahnya.

Busy mungkin?

Memikirkan Qayyum yang akan kelaparan membuatkan dirinya ingin menghantar bekal makanan tersebut pada Qayyum sendiri.

Terus dia naik semula ke biliknya untuk memakai baju dan seluar panjang. Kunci kereta dan walletnya turut di capai sama sebelum turun ke bawah.

Beg kertas yang berisi bekal makanan itu di ambil. Dia meletakkan beg kertas itu di sebelah tempat pemandunya. Dia memecut laju menuju ke hospital tempat Qayyum bekerja.

Sampai saja dia memakirkan keretanya di tempat pakir kereta yang disediakan untuk orang luar. Dia pun turun daripada kereta tanpa menutup enjin keretanya kerana dia hanya keluar sebentar saja sekadar mahu menghantar bekal makanan kepada Qayyum.

Beberapa orang doktor lelaki dan perempuan yang lalu berhampiran dengannya menoleh ke arahnya dengan pandangan pelik. Pelik sangat ke tengok orang yang bertatu?

Sambil itu tangannya tidak hendak membuat panggilan pada Qayyum tapi hasilnya tetap sama. Qayyum dalam bilik pembedahan ke?

Serba salah pula dia apabila merasakan dirinya mengganggu Qayyum bekerja. Mahu ke ruang kerja Qayyum dia langsung tidak tahu di mana. Sudahnya seorang doktor lelaki yang sedang berdiri di depan lif di dekati.

"Excuse me..."

Doktor lelaki itu menoleh ke arah sisinya apabila dirinya di tegur oleh seorang lelaki asing yang bertatu di lehernya.

"Yes? Can i help you sir?" Soalnya dengan ramah.

Blade melihat sekilas nama doktor itu yang tergantung pada lehernya.

Khalif Ariq

"Did you know Doctor Qayyum Da Enver?" Tanya Blade dengan formal.

"Yes, he is my friend. You want meet him?" Tanya Khalif sedikit hairan.

Kenalan Qayyum ke? Jarang untuk orang lain mengetahui nama panjang Qayyum. Hanya beberapa orang yang rapat saja yang tahu nama panjang lelaki itu. Pesakit pun belum tentu ingat nama Qayyum yang sangat unik itu.

"Nope, i'm his brother. Dia tertinggal bekal makanan dia atas meja makan. Boleh bagi pada dia?" Blade menghulurkan beg kertas yang di pegangnya itu pada Khalif.

Khalif terkejut. Tidak sangka lelaki bertatu ini merupakan abang Qayyum. Namun, kata-kata lelaki itu membuat dirinya dilanda kehairanan.

"Minta maaf tapi Qayyum ada bagitahu yang dia amik EL harini. Ada emergency tiba-tiba." Kata Khalif pula.

Memang benar Qayyum ada menghubunginya dengan mengatakan dia tidak masuk belerja malam ini dan mengambil EL. Baru saja dia mahu bertanya lebih lanjut terus talian di matikan. Bila dia call semula hanya peti simpanan suara saja yang dia dapat.

Berkerut wajah Blade. Emergency? Emergency apa? Kenapa Qayyum tak call dia saja? Dia cuba lagi membuat panggilan pada Qayyum namun masih tetap sama.

Damn! Where are you Qay?

Melihat wajah Blade yang tegang itu membuatkan sedikit sebanyak Khalif berasa gerun. Aura lelaki yang mengaku sebagai abang kepada Qayyum, sahabatnya itu terasa amat menyeramkan dirinya.

Tanpa berkata apa-apa lagi Blade terus beredar pergi. Entah mengapa hatinya mula berasa tidak enak. Seolah-olah ada perkara buruk yang berlaku pada Qayyum.

Markas utama di tuju. Di pecut laju agar dia cepat tiba di markas. Sampai saja di depan pintu markas, dia keluar tanpa mematikan enjin keretanya.

"Chann!!!"

Elan, Chann dan James yang sedang santai di ruang utama markas terkejut apabila tiba-tiba saja pintu ruang utama itu di rempuh kasar oleh Blade.

"Blade?" Pelik melihat wajah Blade yang kelihatan agak resah itu. Resah?

"Chann, i need your help."

Makin pelik mereka bertiga. Tak pernah-pernah Blade berkelakuan seperti ini. Ada apa-apa yang berlakukah?

"What's up bro? What happen?" Soal Chann.

"Detect Qayyum location." Ujarnya sambil mengeluarkan Iphonenya lalu di berikan pada Chann.

Chann mengambil Iphone Blade lalu dengan segera dia menyambung wayar USB ke laptopnya. Walaupun dia tertanya-tanya tetapi melihat raut wajah gelisah Blade membuatkan dia tidak jadi bertanya.

"Kenapa dengan Qayyum? Hilang?" Tanya James ingin tahu.

"Don't know. Aku call banyak kali tak dapat." Jawab Blade dengan nada yang risau.

Tak sampai lima minit Chann sudah pun menemui lokasi keberadaan Qayyum.

"Blade, aku dah jumpa tapi ni bukan ke dekat area jalan ke rumah kau?" Chann mengerutkan wajahnya melihat titik merah yang berada di sebuah jalan lama yang tidak jauh daripada rumah Blade.

Terus Blade melihat ke arah titik merah tersebut. Memang benar apa yang dikatakan oleh Chann. Tapi kenapa Qayyum berada di kawasan itu?

"Thanks, aku gerak dulu." Melihat Blade yang tergopoh-gapah keluar daripada markas membuatkan mereka bertiga saling berpandangan.

"I think better we follow him. I feel something wrong at there." Ujar Elan.

Chann dan James mengangguk setuju. Segera mereka bersiap-siap untuk ke tempat tersebut sambil membawa pistol sebagai langkah berjaga-jaga.













Qayyum mengelap wajahnya yang berpeluh itu menggunakan hujung lengan baju kemejanya. Dua butang baju kemejanya telah di buka kerana kepanasan.

"Haih, mana dia pergi ni?" Matanya melilau melihat sekelilingnya yang gelap itu.

Jam di tangannya di pandang. Sudah jam 10:11p.m. Hampir tiga jam dia berada dalam hutan ini untuk mencari perempuan itu.

Dia risau jika berlaku sesuatu pada perempuan itu dengan keadaan diri yang cedera teruk itu. Kerana disebabkan itu lah tanpa berfikir panjang dia turut masuk ke dalam hutan ini untuk mengejar langkah perempuan itu.

Tapi dia langsung tidak dapat menjejaki langkah perempuan itu. Dia pasti dia sudah berada jauh dalam hutan.

Dia menyandarkan tubuhnya pada sebatang pokok yang berada berhampiran dengannya untuk melepaskan lelah.

Entah di mana dia berada saat ini. Di tengah hutan mungkin? Sudah lah dia langsung tidak meninggalkan sebarang jejak supaya dia tidak sesat untuk berpatah balik.

Handphone? Dia tertinggal dekat atas rasa motornya setelah membuat panggilan pada Khalif.

"Haih, jangan motor kena curi sudah." Risau pula dia.

Kalau ada yang mencuri macam mana dia nak balik? Satu hal nak kena jalan kaki balik rumah Blade. Tapi masalah terbesar sekarang ni dia kena cari jalan keluar daripada hutan ni. Entah apa yang ada dalam hutan ni pun dia tak tahu.

Dia segera melangkah cuba mengingati jalan yang dia lalu tadi sambil-sambil itu dia membuat tanda sepanjang dia jalan agar dia tidak kembali pada jalan yang sama. Dia membuat ikatan pada daun-daun yang menjalar sebagai tanda laluannya.

Dia jalan tanpa henti sehingga lah dia terlihat sebuah pondok usang yang tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Di perhati pondok itu tanpa berkelip.

Tidak hairan jika ada pondok usang di dalam hutan. Pasti ada yang membuatnya ketika sesat atau pun hutan ini pernah di huni suatu ketika dulu.

Mengikut pandangan matanya, sudah pasti pondok itu sudah terlalu lama di tinggalkan apabila melihat keadaan pondok itu di penuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang liar.

Kakinya melangah ke arah pondok itu tanpa ada rasa gentar. Hatinya kuat mengatakan perempuan yang di carinya berada dalam pondok usang tersebut.

Tiba saja di depan pintu masuk pondok itu, matanya melihat dalam pondok itu. Gelap. Langsung tidak nampak apa-apa. Dia melangkah masuk ke dalam tanpa was-was.

"Berani sungguh kau datang ke sini huh?"

Qayyum terkejut apabila dirinya tiba-tiba saja di tegur sebegitu. Terus dia mencari-cari suara yang menegurnya itu.

Walaupun hanya samar-samar saja, dapat dia melihat susuk tubuh seseorang yang berdiri tegak di tepi pintu sebuah bilik tidak jauh daripadanya.

"Kau siapa? Aku datang bukan nak bermusuh tapi aku datang untuk mencari seseorang." Balas Qayyum dengan berani.

Dia cuba untuk melihat siapa yang berdiri di hadapannya itu tapi langsung tidak dapat kerana terlalu gelap. Tiada sebarang cahaya yang dapat membantunya melihat dengan jelas wajah orang itu.

Balasan Qayyum mengundang tawanya. Makin lama ketawanya makin kuat seolah-olah apa yang dikatakan oleh Qayyum adalah perkara yang amat kelakar.

Berkerut wajah Qayyum. Perempuan?

Takkan lah.....

"Urghhhh...." Qayyum terbaring atas lantai kayu itu apabila tubuhnya tiba-tiba saja di tolak kasar tanpa sempat dia mengelak.

Baru saja dia ingin bangun tapi badannya yang telah di tindih membuatkan dia terkaku. Matanya sedikit membulat apabila dengan jelas dia dapat melihat wajah empunya suara itu.

"A-awak?"

Perempuan itu menyeringai tatkala lelaki yang di tindihnya ini terkejut melihat dirinya. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Jari jemarinya menari-nari atas dada bidang Qayyum dengan pandangan yang penuh menggoda.

"Bukan ke dia suruh kau pergi? Kenapa kau degil hurmmm?" Soalnya dengan suara yang lunak.

Qayyum kehairanan.

Dia suruh pergi? Dia degil?

Apa yang perempuan ini cuba sampaikan? Dia tak faham langsung.

"Apa yang awak cakap ni? Awak sedar tak yang awak ni kena pergi hospital? Luka awak teruk dah ni." Ujar Qayyum dengan tegas.

Dia cuba untuk bangun dan menolak tubuh perempuan itu dengan lembut tapi tubuhnya di hempas semula dengan kasar hingga membuatkan dirinya berdesis sakit.

"Apa masalah awak ni? Gila ke apa?" 

"Gila? Ya aku memang gila! Hahahahaha dah lama aku tak dapat darah segar orang muda macam kau. Hehehehe tak sangka aku, perempuan ni terlalu lemah. Disebabkan dia lemah lah aku ambil alih badan dia." Dia menatap wajah Qayyum dengan sengihan lebar.

Qayyum terkejut mendengar setiap apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Ambil alih badan? Jangan cakap perempuan ni kena rasuk? Tapi macam tak je serupa orang gila adalah.

Astaghfirullahalazim....

Tapi kalau mengikut logik dia sebagai seorang doktor, kemungkinan perempuan ini mengalami split personaliti di mana satu entiti yang tercipta dalam diri seseorang individu tanpa atau di sedari  oleh tuan empunya badan sendiri.

Jika benar apa yang difikirkannya ini, perempuan ini dalam keadaan yang agak berbahaya dari segi fizikal mahu pun mental. Apa-apa pun dia harus melepaskan diri daripada genggaman perempuan ini.

"Memandangkan kau orang lain, aku minta maaf kalau aku sakitkan kau." Sebaik sahaja dia menuturkan ayat itu terus dia menolak kuat tubuh perempuan itu ke tepi.

Dia bingkas bangun dengan wajah yang sedikit berkerut sakit. Boleh tahan kuat perempuan itu menghempas dirinya ke lantai. Nampak gayanya dia terpaksa sedikit berkasar dengan perempuan ini.

"Gentlemen huh? Huh heh hahahaha so cuteee i like hehehehe...." Dia ketawa sambil bangun menghadap Qayyum yang telah menolak dirinya.

Qayyum tajam memerhati setiap langkah perempuan itu dengan langkah yang berjaga-jaga. Dia risau jika dia cuai sedikit dirinya yang akan menjadi mangsa perempuan itu.

Apa yang boleh dia katakan personaliti perempuan itu sewaktu dia berjumpa di tepi jalan amat berlainan dengan pada waktu sekarang. Jika tadi dia lihat perempuan itu amat lemah tidak bermaya kerana mengalami luka yang teruk tapi kini tidak lagi. Perempuan itu kelihatan amat agresif dan berbahaya.

Macam inikah personaliti seseorang yang mengalami split personaliti?

Gila!

"Kau hurmm kenapa kau tak lari? Kau tak takut mati ke hurmm?" Soalnya sebelum dia ketawa kuat.

"Kenapa aku perlu lari? Takut? Aku lebih rela mati daripada biarkan seseorang mati dalam keadaan yang parah tanpa di rawat." Kata Qayyum dengan berani.

"Uuuuuu doktor hurmm? Doktor hensem macam kau tak takut mati muda? Pffttt hahahahaha kau dah lama hidup yeeee heeeee kalau macam tu..." Dia bergerak menyerang Qayyum dengan pantas.

Qayyum terkejut melihat ketangkasan perempuan itu segera mengelak daripada di serang.

"Kata lebih rela mati? Kenapa mengelak?" Soal perempuan itu dengan sinis.

Qayyum meneguk liurnya. Dia mula rasa sedikit goyah. Nampaknya dia tiada pilihan lain.

Maafkan saya....














Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

433K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
287K 11K 74
Main characters ; Engku Hazellyna Emelda Engku Haizad Ezray : dia cantik , dia manis , dia hati kering , dia anak orang kaya tapi perwatakannya tidak...
283K 2.7K 11
• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jang...
61.3K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...